Thariq Ridzuwan: His Treasure ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Eyra Rahman. Ia dibintangi oleh Meerqeen dan Qasrina Karim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 23 Julai 2025 menggantikan Si Bakhil Dengan Bunganya.
Thariq Ridzuwan: His Treasure | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya Huda Najwa |
Ditulis oleh | Panel Skrip MIG |
Pengarah | Eyra Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "P. Ramlee Saloma" - Alpha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Teo Jason |
Penerbit | David Teo |
Penyunting | Soul Studio |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 23 Julai 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Si Bakhil Dengan Bunganya |
Sinopsis
Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka
Pelakon
Pelakon Utama
- Meerqeen sebagai Thariq Ridzuwan
- Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa
Pelakon Pembantu
- Evertts Gomes sebagai Farez
- Noki K-Clique sebagai Tengku Adrean Ruiz
- Afiq Hamidon sebagai Tengku Daniel Louis
- Darien Aeldra sebagai Ir Haider
- Edaman Othman sebagai Megat Hafiz
- Thompson Goh sebagai Kevin Kyle
- Nasuha Sulaiman sebagai Thalia Razqya
- Ezlisa Loy sebagai Dahlia
- Ibad Yaala sebagai Emir Aiman
- Mia Sara Shauki sebagai Aina
- Alicia Amin sebagai Anita
- Shafiq Irfan sebagai Shafiq
- Nadia Mustafar sebagai Rozita
- Myra Afrina Hashim sebagai Husziya Raudhah
- Reen Rahim sebagai Husnifa Ridha
- Manan Sulaiman sebagai Husaini
- Sharifah Zarina sebagai Datin Tiana
- Rashdan Baba sebagai Dato Tizz Razif
- Hakimi Nirdin sebagai Zafir
- Rashidah Jaafar sebagai Rosyida
- Dai Fuad sebagai Adib
- Jay Iskandar sebagai Razi
- Razzuan Rosli sebagai Lee
- Imran Aqil sebagai Thaufiq Ridzwa
- Taufik Hidayat Khan sebagai Konco Gengster Chebeng
Pautan luar
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Thariq Ridzuwan: His Treasure | Berikutnya |
Si Bakhil Dengan Bunganya | TBA |