Daniel Sher Aaron Bahadur[1] (lahir 28 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Daniel Sher ialah seorang penyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau berasal dari Kluang, Johor dan mula aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2015. Daniel dikenali melalui penyertaannya dalam beberapa program realiti nyanyian dan persembahan pentas di peringkat tempatan serta antarabangsa. Pada tahun 2025, beliau merupakan finalis program Big Stage Alpha terbitan Astro dan seterusnya debut sebagai ketua kumpulan Alpha bersama 6 orang lagi finalis di bawah label Rocketfuel Entertainment[2].
Daniel Sher | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Daniel Sher Aaron Bahadur |
Kelahiran | Kluang, Johor, Malaysia | 28 Jun 1990
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu, pelakon |
Alat muzik | Dram, gitar dan keyboard piano |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kehidupan awal dan pendidikan
Daniel Sher membesar di Kluang, Johor dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, yang membolehkannya menguasai bahasa Mandarin dengan fasih. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif sejak tahun 2015.
Kerjaya seni
Daniel Sher mula dikenali selepas menyertai Astro Star Quest 2015, di mana beliau meraih tempat naib juara[3]. Pada tahun 2020, beliau menjuarai Bintang Ai @ RTM, program realiti nyanyian yang menampilkan bakat berbilang kaum[4]. Pada tahun 2025, beliau menjadi salah seorang finalis rancangan realiti Big Stage Alpha 2025 dan berjaya mara ke peringkat akhir serta menamatkan saingan di tempat ke-4.
Susulan kejayaan itu, Daniel Sher telah dipilih untuk debut bersama kumpulan lelaki baharu, Alpha, di bawah naungan Rocketfuel Entertainment
Diskografi
Single (Solo)
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2021 | “You’re The Only One (为了你存在)” – bersama Justin 吴宗翰 | |
"Biarku Jadi Your Knight" - bersama Brendonse7an | ||
2022 | "She Walks By" | |
2023 | "Aku Luar BIasa" | |
"Di Sini Hatiku" feat Chris M. Yong & Angela Chua | OST filem Adoiii Jiwaku | |
2024 | "Kita Pasti Boleh" | OST filem Gold |
"MOMOCOCO" - feat. Daniel Sher |
Single (Kumpulan Alpha)
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2025 | "Mona Lisa (Bang Bang)" | Lagu Debut |
"P Ramlee Saloma" | OST Thariq Ridzuwan | |
"Sahabat" |
Televisyen
Rancangan realiti / Hiburan
Tahun | Tajuk rancangan | Catatan |
---|---|---|
2015 | Astro Star Quest | Naib juara |
2017 | The Voice Singapore - Malaysia | Top 8 |
2018 | Come Sing With Me (Hunan TV, China) | |
2019 | The Sheng Siong Show (MediaCorp, Singapura) | |
2020 | Bintang Ai @ RTM | Juara |
2021 | Shila Amzah Masterclass (8TV)[5] | Sesi bimbingan khas bersama Shila Amzah |
All Together Now Malaysia | Episod 5 (top 6) | |
2023 | I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 | Minggu 1 |
2024 | Kemuncak Bintang @aifm.malaysia | Juri dan pelatih kepada top 8 peserta |
2025 | Big Stage Alpha | Tempat ke-4 |
Rancangan dokumentari / Gaya hidup
Tahun | Tajuk rancangan | Saluran tv | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Find The Wasabi Musim 3 (NHK, Jepun) | ||
2021 | Kampung Life | TV2 | |
2025 | Alpha Dreams Unlocked | Astro Ria | Episod 3 |
Filem,Telefilem dan Drama
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Adoiii Jiwaku | Horan Khan | Watak pembantu |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran tv | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Papa Jinak Singa | Bratt | Tv Okey, RTM | Watak utama
(Telemovie khas Tahun Baru Cina) |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran tv | Catatan |
---|---|---|---|---|
2025 | "One Cent Thief" (musim 2) | Ahli "Digital Karma" | Astro Ria | Cameo |
Pencapaian
- Naib Juara Astro Star Quest 2015
- Finalis The Voice Singapore-Malaysia 2017 (Top 8)
- Juara Bintang Ai @ RTM 2020
- Finalis Big Stage Alpha 2025, (tempat ke-4)
- Pemenang mingguan Anugerah Ikon Perfume Paradise Big Stage Alpha 2025, (minggu ke-5 hingga minggu ke-8)
Gaya muzik dan persembahan
Daniel terkenal dengan genre funk dan rock, serta gaya persembahan yang dinamik dan bertenaga. Beliau juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik seperti gitar dan dram, di samping menyusun dan menggubah lagu sendiri.
Pautan luar
- Daniel Sher di Pengkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Daniel Sher di Instagram
- Daniel Sher di Tiktok
- Daniel Sher di Youtube
Rujukan
- ^ "Daniel Sher". Malaysian Pop Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-26.
- ^ "Ariel Fesol juara Big Stage Alpha, 7 finalis jadi 'boy group' baharu... Bakal tampil di konsert Hael Husaini - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-16. Dicapai pada 2025-07-26.
- ^ vincentloy (2015-07-11). "Astro Star Quest (新秀大赛) 2015 Final". Vincent Loy's Online Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-21.
- ^ "Daniel Sher dari Johor Dinobat Juara Bintang Ai @ RTM 2020". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-12. Dicapai pada 2025-07-21.
- ^ Sallehuddin, Serimah Mohd (2021-11-26). "Shila pengetua program realiti bahasa Mandarin". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-26.