
Pelatihan anjing ialah sejenis pelatihan haiwan, penerapan analisis tingkah laku yang menggunakan peristiwa persekitaran bagi anteseden (pencetus untuk tingkah laku) dan akibat untuk mengubah suai tingkah laku anjing, sama ada supaya ia membantu dalam kegiatan spesifik atau melaksanakan tugas tertentu, atau supaya ia ikut serta secara berkesan dalam kehidupan domestik kontemporari. Walaupun pelatihan anjing untuk peranan spesifik bertarikh kembali ke zaman Rom sekurang-kurangnya, pelatihan anjing untuk menjadi haiwan peliharaan isi rumah serasi dimajukan dengan pembangunan pinggir bandar pada tahun 1950-an.
Anjing belajar daripada interaksi yang dialami olehnya dengan persekitarannya.[3] Ini dapat berlaku melalui pelaziman klasik, bilamana ia membentuk perkaitan antara dua rangsangan; pembelajaran bukan perkaitan, bilamana tingkah lakunya diubah suai melalui pembiasaan atau pemekaan; dan pelaziman operan, bilamana ia membentuk perkaitan antara anteseden dengan akibatnya.[4]
Kebanyakan anjing pekerja kini dilatih dengan menggunakan kaedah berasaskan ganjaran,[5] yang kadang-kadang dirujuk sebagai pelatihan pengukuhan positif.[6] Kaedah pelatihan lain berasaskan ganjaran termasuk pelatihan pengklik, pelatihan saingan model, dan pelatihan berasaskan hubungan.[7][8]
Kaedah pelatihan yang menekankan hukuman termasuk kaedah Koehler, pelatihan elektronik (kolar renjatan), pelatihan berasaskan kedominanan, dan pelatihan seimbang.[9] Penggunaan hukuman adalah berkontroversi kerana kedua-dua kemanusiaan dan keberkesanan dipersoalkan oleh ramai ahli behaviorisme. Tambahan pula, banyak kajian saintifik telah mendapati bahawa pelatihan berasaskan ganjaran adalah lebih berkesan dan kurang memudaratkan kepada hubungan pemilik–anjing berbanding dengan kaedah berasaskan hukuman.[10][11][12]
Takrifan
Pelatihan anjing ialah tindakan pengajaran anjing tentang kemahiran atau tingkah laku tertentu. Pelatihan anjing termasuk pengajaran anjing untuk bertindak balas terhadap perintah dan isyarat tertentu serta bertindak secara bebas dengan sengaja mengubah tingkah laku semula jadinya.[13][14]
Anjing telah dilatih untuk melakukan sebilangan besar fungsi praktikal termasuk pencarian dan penyelamatan, penggembalaan haiwan ternakan, pengawalan, pengesanan bahan letupan atau dadah, dan bantuan hilang upaya. Anjing juga telah dilatih untuk melakukan fungsi rekreasi, termasuk pendampingan dan bantuan tembakan.
Pelatihan anjing biasanya melibatkan pelatihan kepatuhan asasi untuk mengasaskan kawalan ke atas haiwan berkenaan dan kemudian dapat beransur kepada pelatihan pakar lebih lanjut. Pelatihan kepatuhan asasi termasuk pengajaran anjing tentang yang berikut:[15]
- Balik – pengajaran anjing untuk datang mengikut perintah
- Duduk – pengajaran anjing duduk mengikut perintah
- Sanding – pengajaran anjing berjalan dengan cawak atau tanpa cawak bersama-sama dengan pengendali
- Tunggu – pengajaran anjing supaya tidak merayau mengikut perintah
- Sosialisasi – keneutralan atau keterujaan apabila wajar semasa tindak balas dengan dunia luar
Sejarah
Walaupun penyelidikan tentang cara anjing belajar dan tentang komunikasi rentas spesies telah mengubah pendekatan kepada pelatihan anjing dalam beberapa dekad kebelakangan ini, pemahaman peranan jurulatih dan saintis awal menyumbang kepada penghargaan tentang cara kaedah dan teknik tertentu dibangunkan.[16]
Sebelum 1900
Pada sekitar tahun 127–116 SM, seorang petani Rom, iaitu Marcus Varro, mencatatkan nasihat tentang pemeliharaan dan pelatihan anak anjing untuk penggembalaan haiwan ternakan. Tulisan beliau menunjukkan bahawa bukan sahaja pelatihan anjing untuk tugas spesifik lama berasas, tetapi bahawa nilai pelatihan awal diperakui.[17]
Pada tahun 1848, W. N. Hutchinson menerbitkan buku beliau Dog Breaking: The Most Expeditious, Certain and Easy Method, Whether Great Excellence or Only Mediocrity Be Required, With Odds and Ends for those Who Love the Dog and the Gun. Dengan tumpuan utama pada pelatihan anjing pemburu seperti anjing penuding dan seter, buku itu menggalakan suatu bentuk pelatihan berasaskan ganjaran, dengan mengulas tentang lelaki yang mempunyai "lengan kuat dan hati keras untuk menghukum, tetapi tiada angin dan tidak mempunyai kepala untuk mengarah" dan mencadangkan "Jadilah baik hati sentiasa kepada kebaikan-kebaikannya. Jadilah buta sedikit kepada kesalahan-kesalahannya."[18] Stephen Hammond, iaitu seorang penulis untuk majalah Forest and Stream, menggalakkan dalam buku tahun 1882 beliau Practical Training agar anjing pemburu dipuji dan diganjari daging kerana melakukan tingkah laku betul.[19] Salah satu panduan pelatihan terawal untuk pelatihan anjing diterbitkan pada tahun 1910.
Tahun perang
Konrad Most mula melatih anjing untuk kerja polis di Jerman dan dilantik sebagai pengetua Pertubuhan Pembiakbakaan dan Pelatihan Negeri untuk anjing polis di Berlin; di sana, beliau menjalankan penyelidikan asli tentang pelatihan anjing untuk pelbagai tugas perkhidmatan. Semasa tercetusnya perang pada tahun 1914, beliau didakwa mengatur dan mengarahkan penggunaan anjing untuk melanjutkan usaha perang. Beliau mengetuai Institut Uji Kaji untuk Anjing Angkatan Tentera Darat semasa Perang Dunia Kedua dan, selepas itu, menjalankan Ladang Anjing Jerman, iaitu sebuah pusat pelatihan anjing pekerja, termasuk anjing pembantu untuk orang buta. Beliau memainkan peranan utama dalam pembentukan Persatuan Penyelidikan Anjing Jerman dan Persatuan untuk Psikologi Haiwan.[20] Terbitan tahun 1910 beliau, iaitu Training Dogs: A Manual, menekankan penggunaan tingkah laku kenalurian seperti dorongan pemangsa untuk melatih tingkah laku yang diingini, menggalakkan penggunaan paksaan dan dorongan, membezakan antara pengukuh primer dengan pengukuh sekunder, dan menerangkan pembentukan tingkah laku, perantaian komponen-komponen kegiatan, dan kepentingan masa ganjaran dan hukuman. Buku ini menunjukkan pemahaman tentang prinsip pelaziman operan pada hampir tiga puluh tahun sebelum ia digariskan secara formal oleh B. F. Skinner dalam The Behavior of Organisms.[21] Walaupun penerbit cetakan semula tahun 2001 memberikan amaran bahawa sesetengah "dorongan kompulsif" seperti suis, kolar berduri, dan pematuhan paksa adalah tidak semestinya kasar untuk anjing peliharaan kini,[22] prinsip asas kaedah Most masih digunakan dalam persekitaran polis dan tentera.[23]
Marian Breland Bailey memainkan peranan besar dalam pembangunan kaedah pelatihan haiwan yang disahkan secara empirik dan berperikemanusiaan dan dalam penggalakan pelaksanaan meluas kaedah tersebut.[24] Marian ialah pelajar siswazah di bawah B. F. Skinner. Suami pertama beliau, iaitu Keller Breland, juga datang untuk belajar dengan Skinner dan mereka bekerjasama dengan Skinner, melatih merpati untuk memandu bom. Pasangan Breland melihat kemungkinan komersial daripada pelatihan operan, lalu mengasaskan Animal Behavior Enterprises (ABE). Pada tahun 1955, mereka membuka "Zoo IQ" sebagai prasarana pelatihan dan pameran haiwan terlatih. Mereka merupakan antara yang pertama yang menggunakan haiwan terlatih dalam iklan televisyen dan yang pertama yang melatih lumba-lumba dan paus sebagai hiburan, serta untuk pihak tentera laut.[24] Keller meninggal dunia pada tahun 1965 dan, pada tahun 1976, Marian menikahi Bob Bailey, yang pernah menjadi pengarah pelatihan mamalia laut untuk pihak tentera laut. Mereka mempelopori penggunaan pengklik sebagai pengukuh terlazim untuk melatih haiwan pada jarak jauh.[23] ABE terus melatih beribu-ribu haiwan daripada lebih daripada 140 spesies.[24] Kerja mereka mendapat pendedahan awam ketara melalui liputan akhbar tentang haiwan latihan ABE, lalu membawa prinsip analisis tingkah laku dan pelaziman operan kepada khalayak luas.[25]
Konrad Lorenz, iaitu seorang saintis Austria yang dianggap membangunkan asas penyelidikan etologi,[26] selanjutnya mempopularkan behaviorisme haiwan dengan buku-buku beliau, Man Meets Dog dan King Solomon's Ring.[27] Lorenz menyatakan bahawa terdapat tiga perintah penting untuk diajarkan kepada anjing: "baring" (kekal di situ), "bakul" (pergi ke sana), dan "tumit" (ikut saya).[28]
Pada tahun 1935, American Kennel Club memulakan ujian kepatuhan dan, pada tahun-tahun berikutnya, majalah-majalah popular meningkatkan kesedaran awam tentang faedah pemilikan anjing peliharaan terlatih dan faedah kemungkinan rekreasi pelatihan anjing sebagai hobi.[29] Selepas Perang Dunia Kedua, kerumitan kehidupan pinggir bandar yang semakin meningkat menuntut agar, untuk perlindungan anjing peliharaan dan keselesaan pemiliknya, anjing berkenaan patut patuh. William Koehler telah berkhidmat sebagai jurulatih utama di Pusat Pelatihan Anjing Perang, di California, dan selepas perang menjadi ketua jurulatih untuk Orange Empire Dog Club—pada masa itu, kelab anjing terbesar di Amerika Syarikat—pengajar untuk sebilangan kelab baka, dan jurulatih anjing untuk Walt Disney Studios.[30]
Pada tahun 1962, Koehler menerbitkan The Koehler Method of Dog Training, yang dalamnya beliau sangat hal yang dipanggil oleh beliau "teknik pelatihan kudap-kudap" berdasarkan "bebelan 'ahli psikologi anjing'".[29] Antara inovasi pelatihan yang dikaitkan dengan Koehler ialah penggunaan garisan panjang bersama-sama dengan ketiadaan penuh komunikasi lisan sebagai cara untuk menyemai perhatian sebelum sebarang pelatihan cawak. Koehler bertegas bahawa peserta dalam kelas pelatihan beliau menggunakan "pembetulan tegas", termasuk sentakan cawan dan rantai lempar, dengan menjelaskan bahawa pembetulan leteran tentatif adalah kejam kerana menyebabkan gangguan emosi kepada anjing berkenaan.[31] Vicki Hearne, iaitu seorang murid Koehler, mengulas tentang kritikan meluas terhadap pembetulan Koehler, dengan penjelasan bahawa bahasa sarat emosi yang digunakan dalam buku itu membawa kepada sebilangan kes mahkamah dan buku itu dilarang di Arizona untuk seketika.[32] Walaupun terdapat kontroversi, kaedah asasi beliau membentuk teras bagi banyak sistem pelatihan sezaman.[33]
Selepas Perang Dunia Kedua
Pada tahun 1950-an, Blanche Saunders ialah penyokong tegar bagi pelatihan anjing peliharaan, mengembara ke serata Amerika Syarikat untuk mempromosikan kelas kepatuhan.[27] Dalam The Complete Book of Dog Obedience, beliau berkata, "Anjing belajar dengan mengaitkan tindakannya dengan hasil menyenangkan atau hasil tidak menyenangkan. Ia mesti didisiplinkan apabila melakukan yang salah, tetapi juga mesti diganjari apabila melakukan yang betul."[34] Tatacara pengukuhan negatif memainkan peranan penting dalam kaedah Saunders, terutamanya penyentakan rantai cekik. Mantera yang diajarkan kepada pelajar ialah "Perintah! Sentak! Puji!". Beliau berasa bahawa makanan tidak patut menjadi ganjaran berterusan, tetapi penggunaan "kudap-kudap sekali-sekala untuk mengatasi masalah" dapat diterima. Saunders mungkin memulakan anjakan daripada kaedah pelatihan ketenteraan dan polis, dengan berulang-ulang menekankan kepentingan pengukuhan untuk tingkah laku baik dalam pelatihan—satu langkah ke arah kaedah pelatihan positif yang digunakan kini.[35]
Pada tahun 1965, John Paul Scott dan John Fuller mengenal pasti tempoh kritikal untuk pembelajaran dan perkembangan sosial pada anak anjing dan menerbitkan Genetics and the Social Behavior of the Dog, sebuah kajian penting tentang tingkah laku anjing.[36]
Siri televisyen tahun 1980, Training Dogs the Woodhouse Way, menjadikan Barbara Woodhouse sebagai nama buah mulut di United Kingdom dan jurulatih anjing selebriti antarabangsa pertama.[37] Woodhouse, yang terkenal dengan falsafah "tiada anjing jahat", sangat kritikal tentang "pemilik jahat", khususnya yang dipandang oleh beliau sebagai pemilik yang "terlalu sentimental".[38] Beliau memerihalkan "psikoanalisis anjing" sebagai "sampah belaka".[39] Gaya "jangan merapu" beliau menjadikan beliau ikon budaya pop, dengan "duduk" tegas dan teriakan "jalan kaki" yang menjadi sebahagian daripada bahasa vernakular popular.[40]
Para rahib New Skete, yang merupakan pembiak baka dan jurulatih anjing gembala Jerman di Cambridge, New York, menerbitkan How to Be Your Dog's Best Friend: A Training Manual for Dog Owners pada tahun 1978 dan buku itu menjadi buku laris segera. Walaupun menyokong falsafah bahawa "pemahaman ialah kunci komunikasi dan belas kasihan dengan anjing anda",[41] mereka menyokong hukuman konfrontasi yang kemudiannya ditunjukkan menimbulkan gerak balas yang agresif sehingga berbahaya pada banyak anjing.[42]
Pada tahun 1980-an, doktor haiwan dan pakar tingkah laku haiwan, Ian Dunbar, mendapati bahawa walaupun terdapat bukti tentang tempoh pembelajaran puncak pada haiwan, sedikit jurulatih anjing bekerja dengan anak anjing sebelum berusia enam bulan.[37] Dunbar mengasaskan Sirius Dog Training, iaitu program pelatihan tanpa cawak pertama khusus untuk anak anjing, yang menekankan kepentingan pengajaran perencatan gigitan, kesosialan, dan adab isi rumah asas lain kepada anjing berusia kurang daripada enam bulan.[43] Dunbar telah mengarang banyak buku dan terkenal kerana perbentangan seminar antarabangsa beliau dan video pemenang anugerah tentang tingkah laku dan pelatihan anak anjing dan anjing dewasa.[44]
Sebelum tahun 1980-an, Karen Pryor ialah seorang jurulatih mamalia laut yang menggunakan prinsip operan Skinner untuk mengajar lumba-lumba dan membangunkan pertunjukan mamalia laut. Pada tahun 1984, beliau menerbitkan buku beliau, Don't Shoot the Dog: The New Art of Teaching and Training, iaitu penjelasan tentang tatacara pelaziman operan yang ditulis untuk orang awam.[35] Dalam buku itu, Pryor menjelaskan sebabnya hukuman sebagai cara untuk membuat orang berubah kerap gagal dan memerihalkan kaedah positif spesifik untuk mengubah tingkah laku suami, anak, dan haiwan peliharaan.[45] Bahan dan seminar pelatihan anjing Pryor menunjukkan cara tatacara operan dapat digunakan untuk menyediakan pelatihan berdasarkan pengukuhan positif bagi tingkah laku baik.[35] Pryor dan Gary Wilkes memperkenalkan pelatihan pengklik kepada jurulatih anjing dengan sebuah siri seminar pada tahun 1992 dan tahun 1993. Wilkes menggunakan aversif di samping ganjaran dan perbezaan falsafah segera menamatkan gandingan itu.[46]
Abad ke-21
Abad ke-21 telah menyaksikan peningkatan dramatik dari segi penggunaan pelatihan berasaskan ganjaran. International Association of Animal Behavior, APDT, BC SPCA di Kanada,[47] dan, di United Kingdom, RSPCA,[48] Dogs Trust,[49] Blue Cross,[50] dan APDT UK, PACT, dan Pet Professional Guild[51] kini menyokong jenis pelatihan seperti ini secara eksklusif. Doktor haiwan juga beralih kepada sokongan untuk pelatihan berasaskan ganjaran dan Garis Panduan Pengurusan Tingkah Laku Anjing dan Kucing AAHA 2015[52] menyertakan garis panduan yang menyatakan bahawa jurulatih hanya patut menggunakan kaedah positif.
Selain itu, pada abad ke-21, banyak negara telah melaksanakan undang-undang yang melarang kaedah pelatihan anjing yang menggunakan aversif seperti penggunaan kolar renjatan,[53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65] kolar serampang,[66][67] dan kolar cekik.[68] Di tempat tanpa larangan undang-undang pun, "Pertubuhan yang menentang penggunaan kolar serampang dan kolar cekik termasuk: CHS, RSPCA UK, RSPCA Australia, RSPCA Australia Selatan, Majlis Penasihat Kanada mengenai Piawaian Tempat Perlindungan Kebangsaan, CVMA, ACVB, ABTC, PACT, APDT UK, dan APDT".[68]
Abad ke-21 telah menyaksikan percambahan rancangan televisyen dan buku iringan yang menonjolkan pelatihan dan pemulihan anjing.[69] "Malangnya, jika pemilik anjing membuat keputusan untuk merujuk buku, sesetengah buku pelatihan anjing yang paling popular – dan bertahan – menyertakan maklumat salah".[6][70]
Rancangan televisyen pelatihan anjing abad ke-21 yang terutamanya merupakan hiburan termasuk Good Dog U karya Joel Silverman, Dog Whisperer dengan Cesar Millan, It's Me or the Dog yang menampilkan Victoria Stillwell, The Underdog Show, Dogs in the City, dan SuperFetch. Association of Pet Dog Trainers menasihatkan bahawa rancangan televisyen dibikin terutamanya untuk hiburan dan, walaupun semua rancangan mempunyai isi baik dan isi tidak begitu baik, penonton patut menilai maklumat secara kritis sebelum membuat keputusan tentang petua pelatihan yang akan diguna pakai.[71]
Lihat juga
Umum
Rujukan
- ^ Ritland, Michael B. (5 Januari 2016). Team Dog: How to Train Your Dog–the Navy SEAL Way [Pasukan Anjing: Cara untuk Melatih Anjing Anda–dengan Cara SEAL Tentera Laut] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Penguin Group. ISBN 9780425276273. OCLC 1398189656.
- ^ Ritland, Michael B. (13 Januari 2015). Navy SEAL Dogs: My Tale of Training Canines for Combat [Anjing SEAL Tentera Laut: Kisahku tentang Melatih Anjing untuk Pertempuran] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: St. Martin's Press. ISBN 9781250049698. OCLC 898154303.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 33.
- ^ Braslau-Schneck, Stacy (1998). "An Animal Trainer's Introduction To Operant and Classical Conditioning" [Pengenalan Jurulatih Haiwan kepada Pelaziman Operan dan Pelaziman Klasik] (dalam bahasa Inggeris). Stacy's Wag'n'Train. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2013. Dicapai pada 25 April 2013.
- ^ Rooney, Nicola Jane; Clark, Corinna C. A.; Casey, Rachel Alison (12 Disember 2016). "Minimizing fear and anxiety in working dogs: A review" [Meminimumkan ketakutan dan keresahan pada anjing pekerja: Semakan]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 16: 53–64. doi:10.1016/j.jveb.2016.11.001. ISSN 1878-7517. S2CID 54194409.
- ^ a b Todd, Zazie (14 Mac 2018). "Barriers to the adoption of humane dog training methods" [Sawar kepada penerimagunaan kaedah pelatihan anjing berperikemanusiaan]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 25: 28–34. doi:10.1016/j.jveb.2018.03.004. ISSN 1878-7517. S2CID 149309452.
- ^ Włodarczyk, Justyna (6 September 2018). Genealogy of Obedience: Reading North American Dog Training Literature, 1850s–2000s [Genealogi Kepatuhan: Membaca Kesusasteraan Pelatihan Anjing Amerika Utara, 1850-an–2000-an] (dalam bahasa Inggeris). Leiden, Belanda: Brill Publishers. doi:10.1163/9789004380295. ISBN 9789004380288. OCLC 1041887167.
- ^ Fisher, Gail Tamases (2009). The Thinking Dog: Crossover to Clicker Training [Anjing Berfikir: Lintasan kepada Pelatihan Pengklik] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781929242627. OCLC 903509070.
- ^ Serpell (2016), m/s. 211–226.
- ^ Hiby, Elly F.; Rooney, Nicola Jane; Bradshaw, John William Stephen (Februari 2004). "Dog training methods: their use, effectiveness and interaction with behaviour and welfare" [Kaedah pelatihan anjing: penggunaan, keberkesanan, dan interaksi dengan tingkah laku dan kebajikan]. Animal Welfare (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. 13 (1): 63–69. doi:10.1017/S0962728600026683. hdl:1983/8300a159-8679-4299-8fcd-c1c1f2e7e3cf. ISSN 2054-1538. S2CID 142667565.
- ^ Rooney, Nicola Jane; Cowan, Sarah (21 April 2011). "Training methods and owner–dog interactions: Links with dog behaviour and learning ability" [Kaedah pelatihan dan interaksi pemilik–anjing: Pautan dengan tingkah laku dan kebolehan pembelajaran]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 132 (3–4): 169–177. doi:10.1016/j.applanim.2011.03.007. hdl:1983/7f9637a7-be21-4d5f-a275-ce878e9f566f. ISSN 1872-9045. S2CID 144301849.
- ^ Ziv, Gal (22 Februari 2017). "The effects of using aversive training methods in dogs—A review" [Kesan penggunaan kaedah pelatihan aversif pada anjing—Semakan]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 50–60. doi:10.1016/j.jveb.2017.02.004. ISSN 1878-7517. S2CID 151846599.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 32.
- ^ "training". Lexico (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
The action of teaching a person or animal a particular skill or type of behaviour.
- ^ "Obedience Training Organisations" [Pertubuhan Pelatihan Kepatuhan] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Alam Sekitar, Tanah, Air, dan Perancangan. 8 April 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Burch & Bailey (1999), m/s. 1.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 82.
- ^ Hutchinson (2005), m/s. 11.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 83.
- ^ Most (2001), m/s. 7.
- ^ Burch, Mary R.; Pickel, Duane Howard (Musim Panas 1990). "A TOAST TO MOST: KONRAD MOST, A 1910 PIONEER IN ANIMAL TRAINING" [UCAPAN SANJUNGAN KEPADA MOST: KONRAD MOST, PERINTIS TAHUN 1990 DALAM PELATIHAN HAIWAN]. Journal of Applied Behavior Analysis (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 23 (2): 263–264. doi:10.1901/jaba.1990.23-263. ISSN 1938-3703. PMC 1286234. PMID 16795731. S2CID 28590261.
- ^ Most (2001), m/s. 26.
- ^ a b Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 84.
- ^ a b c "Marian Breland Bailey (1920–2001)". Encyclopedia of Arkansas (dalam bahasa Inggeris). Central Arkansas Library System. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Bailey, Robert Edward; Gillaspy, J. Arthur Jr. (Oktober 2005). "Operant psychology goes to the fair: Marian and Keller Breland in the popular press, 1947–1966" [Psikologi operan pergi ke pesta: Marian dan Keller Breland dalam akhbar popular, 1947–1966]. The Behavior Analyst (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 28 (2): 143–159. doi:10.1007/BF03392110. ISSN 2520-8977. PMC 2755380. PMID 22478446. S2CID 36784562.
- ^ Tinbergen, Nikolaas (1963). "On aims and methods of Ethology" [Mengenai sasaran dan kaedah etologi]. Zeitschrift für Tierpsychologie (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 20 (4): 410–433. Bibcode:1963Ethol..20..410T. doi:10.1111/j.1439-0310.1963.tb01161.x. ISSN 1439-0310. S2CID 83739008.
- ^ a b Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 87.
- ^ Lorenz (1994), m/s. 43.
- ^ a b Koehler (1962), m/s. 6.
- ^ Koehler (1962), m/s. 7.
- ^ Koehler (1962), m/s. 8.
- ^ Hearne (1987), m/s. 10.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 88.
- ^ Saunders (1969), m/s. 11.
- ^ a b c Burch, Mary R. (15 Julai 2002). "The Evolution of Modern-Day Dog Training & Obedience" [Evolusi Pelatihan dan Kepatuhan Anjing Zaman Moden] (dalam bahasa Inggeris). National Animal Interest Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Scott, John Paul; Fuller, John Langworthy (1965). Genetics and the Social Behavior of the Dog [Genetik dan Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226190822.001.0001. ISBN 9780226743387. OCLC 786181048.
- ^ a b Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 89.
- ^ Woodhouse (1984), m/s. 13.
- ^ Woodhouse (1984), m/s. 9.
- ^ Dudman, Helga (April 1997). The Dog's Guide to Famous Owners [Panduan Anjing untuk Pemilik Masyhur] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Robson Books. ISBN 9781861050564. OCLC 154273037.
- ^ Monks of New Skete (1978), m/s. 3.
- ^ Herron, Meghan E.; Shofer, Frances S.; Reisner, Ilana R. (24 Januari 2009). "Survey of the use and outcome of confrontational and non-confrontational training methods in client-owned dogs showing undesired behaviors" [Tinjauan penggunaan dan kesudahan kaedah pelatihan berkonfrontasi dan kaedah pelatihan tidak berkonfrontasi pada anjing milik klien yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 117 (1–2): 47–54. doi:10.1016/j.applanim.2008.12.011. ISSN 1872-9045. S2CID 29968412.
- ^ "About SIRIUS" [Tentang SIRIUS] (dalam bahasa Inggeris). Sirius Dog Training. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2012. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 90.
- ^ Pryor (1999), m/s. ix.
- ^ Spector, Morgan (1 Mac 2009). "Who Started Clicker Training for Dogs?" [Siapakah yang Memulakan Pelatihan Pengklik untuk Anjing?] (dalam bahasa Inggeris). Karen Pryor Clicker Training. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2013. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Position Statements" [Pernyataan Kedudukan] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). British Columbia Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Ogos 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Find a dog trainer" [Cari jurulatih anjing] (dalam bahasa Inggeris). Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Dog School" [Sekolah Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Dogs Trust. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2025. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "What to do if your dog has a behaviour problem" [Yang perlu dilakukan jika anjing anda mempunyai masalah tingkah laku] (dalam bahasa Inggeris). Blue Cross. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2024. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Force Free Dog Training - No Choke, No Prong, No Pain!" [Pelatihan Anjing Bebas Paksaan - Tiada Cekikan, Tiada Serampang, Tiada Kesakitan!] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pet Professional Guild. 2012. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 9 Mei 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Hammerle, Marcy; Horst, Christine M.; Levine, Emily D.; Overall, Karen Lynn; Radosta, Lisa; Rafter Ritchie, Marcia; Yin, Sophia (1 Julai 2015). "2015 AAHA Canine and Feline Behavior Management Guidelines" [Garis Panduan Pengurusan Tingkah Laku Anjing dan Kucing AAHA 2015]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 51 (4): 205–221. doi:10.5326/JAAHA-MS-6527. ISSN 1547-3317. PMID 26191821. S2CID 8593288.
- ^ "Electric shock collars" [Kolar renjatan elektrik] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Animal Welfare Act" [Akta Kebajikan Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Dog Keeping Laws for Germany" [Undang-undang Pembelaan Anjing untuk Jerman] (dalam bahasa Inggeris). Pangkalan Udara Ramstein. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Kragten, Ron (4 April 2019). "Elektronische halsband voor honden vanaf volgend jaar verboden" [Kolar elektronik untuk anjing dilarang mulai tahun hadapan] (dalam bahasa Belanda). RTL Nieuws. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Netherlands to ban shock collars for dogs, limit breeding of 'designer cats'" [Belanda akan larang kolar renjatan untuk anjing, batasi pembiakbakaan 'kucing pereka'] (dalam bahasa Inggeris). NL Times. 4 April 2019. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Achtung vor verbotenen Halsbändern für Hunde" [Awas kolar terlarang untuk anjing] (dalam bahasa Jerman). Heute. 13 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Jepsen, Maria Lillesø (23 Mei 2019). "Fynsk dyrlæge forarget over salg af stødhalsbånd: Hundene ved ikke, hvad der rammer dem" [Doktor haiwan Fyn berang kerana jualan kolar renjatan: Anjing tidak tahu yang terjadi kepadanya] (dalam bahasa Denmark). TV 2/Fyn. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Finnish Animal Welfare Decree" [Dekri Kebajikan Haiwan Finland] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Eläinsuojelulaki" [Akta Perlindungan Haiwan] (dalam bahasa Finland). Finlex. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Hrönn, Guðný (17 Januari 2019). "Notkun rafmagnsólarinnar tilkynnt sem ill meðferð til MAST" [Penggunaan kolar elektrik diumumkan sebagai penganiyaan kepada MAST] (dalam bahasa Iceland). Mannlíf. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Rafmagnsólar hunda bannaðar" [Kolar elektrik anjing dilarang] (dalam bahasa Iceland). Vísir.is. 15 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Lindin, Ina-Kristin (27 Januari 2017). "Dømt for bruk av strømhalsbånd" [Dituduh atas penggunaan kolar elektrik] (dalam bahasa Inggeris). NRK. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Gernes, Jonatan (20 Mei 2021). "Elhalsband gav plågsamma skador på hunden" [Kolar elektrik sebabkan kecederaan menyakitkan pada anjing] (dalam bahasa Sweden). Hallandsposten. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2024. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ "Swedish Animal welfare regulations" [Peraturan kebajikan haiwan Sweden] (dalam bahasa Inggeris). Piala Dunia WDSF 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2023. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Bekoff, Marc (25 April 2019). "Should Dogs Be Shocked, Choked, or Pronged?" [Patutkah Anjing Direnjat, Dicekik, atau Diserampang?] (dalam bahasa Inggeris). Psychology Today. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ a b Makowska, I. Joanna (Mac 2023). "Review of dog training methods: welfare, learning ability, and current standards" [Semakan kaedah pelatihan anjing: kebajikan, kebolehan pembelajaran, dan piawaian semasa] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). British Columbia Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Februari 2024. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
- ^ Millán Favela & Peltier (2010), m/s. 91.
- ^ Browne, Clare Melody; Starkey, Nicola Jayne; Foster, Therese Mary; McEwan, James Stewart Anderson (18 Ogos 2017). "Examination of the Accuracy and Applicability of Information in Popular Books on Dog Training" [Pemeriksaan Ketepatan dan Kebolehgunaan Maklumat dalam Buku-buku Popular tentang Pelatihan Anjing]. Society and Animals (dalam bahasa Inggeris). Brill Publishers. 25 (5): 411–435. doi:10.1163/15685306-12341453. hdl:10289/11365. ISSN 1568-5306. S2CID 148759543.
- ^ "Can I Train My Dog Just Like They Do On TV?" [Dapatkah Saya Melatih Anjing Saya seperti yang Dilakukan oleh Mereka dalam Televisyen?] (dalam bahasa Inggeris). Association of Pet Dog Trainers. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Oktober 2025.
Bibliografi
- Burch, Mary R.; Bailey, Jon S. (4 Mei 1999). How Dogs Learn [Cara Anjing Belajar] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876053713. OCLC 1223578564.
- Hearne, Victoria Elizabeth (1987). Adam's Task: Calling Animals by Name [Tugas Adam: Memanggil Haiwan mengikut Nama] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Vintage Books. ISBN 9780394755304. OCLC 15588774.
- Hutchinson, W. N. (September 2005). Dog Breaking for the Gun [Melatih Anjing untuk Senapang] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781846640353.
- Koehler, William R. (1962). The Koehler Method of Dog Training [Kaedah Pelatihan Anjing Koehler] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876056578. OCLC 1301559.
- Lindsay, Steven R. (31 Januari 2000). Handbook of Applied Dog Behavior and Training: Adaptation and Learning [Buku Panduan Tingkah Laku dan Pelatihan Anjing Terapan: Penyesuaian dan Pembelajaran] (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9780813807546. OCLC 222763721.
- Lindsay, Steven R. (19 Julai 2005). "Biobehavioral Monitoring and Electronic Control of Behavior" [Pengawasan Bioperilaku dan Kawalan Elektronik Tingkah Laku]. Handbook of Applied Dog Behavior and Training: Procedures and Protocols [Buku Panduan Tingkah Laku dan Pelatihan Anjing Terapan: Tatacara dan Protokol] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 557–633. doi:10.1002/9780470344514. ISBN 9780470344514. OCLC 212176007.
- Lorenz, Konrad Zacharias (1994). Man Meets Dog [Manusia Menemui Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Kodansha. ISBN 9781568360515. OCLC 30915979.
- Marlo, Shelby; Mizrahi, Taura S. (1999). Shelby Marlo's New Art of Dog Training: Balancing Love and Discipline [Seni Baharu Pelatihan Anjing Shelby Marlo: Mengimbangi Kasih Sayang dan Disiplin] (dalam bahasa Inggeris). Lincolnwood, Illinois, Amerika Syarikat: Contemporary Books. ISBN 9780809231706.
- McGreevy, Paul Damien; Boakes, Robert Alan (2011). Carrots and Sticks: Principles of Animal Training [Lobak dan Kayu: Prinsip Pelatihan Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Sydney, New South Wales, Australia: Sydney University Press. ISBN 9781921364150. OCLC 746007979.
- Millán Favela, César Felipe; Peltier, Melissa Jo (2010). Cesar's Rules: Your Way to Train a Well-behaved Dog [Peraturan Cesar: Cara Anda untuk Melatih Anjing Bertingkah Laku Baik] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Crown Publishing Group. ISBN 9780307716866. OCLC 500797238.
- Monks of New Skete (1978). How to Be Your Dog's Best Friend: A Training Manual for Dog Owners [Cara untuk Menjadi Sahabat Baik Anjing Anda: Panduan Pelatihan untuk Pemilik Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: Little, Brown and Company. ISBN 9780316604918. OCLC 3893579.
- Most, Konrad (Mei 2001). Training Dogs: A Manual [Melatih Anjing: Panduan] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781929242009. OCLC 809366621.
- Pryor, Karen Liane (1999). Don't Shoot the Dog!: The New Art of Teaching and Training [Jangan Tembak Anjing!: Seni Baharu Pengajaran dan Pelatihan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). New York, New York, Amerika Syarikat: Bantam Books. ISBN 9780553380392. OCLC 40954033.
- Pryor, Karen Liane (2002). Clicker Training for Dogs [Pelatihan Pengklik untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Lydney, Gloucestershire, United Kingdom: Ringpress Books. ISBN 9781860542824. OCLC 56446350.
- Reid, Pamela J. (1996). Excel-erated Learning: Explaining in Plain English How Dogs Learn and How Best to Teach Them [Pembelajaran Dicemerlangkan: Menjelaskan dalam Bahasa Ringkas Cara Anjing Belajar dan Cara Terbaik untuk Mengajarnya] (dalam bahasa Inggeris). Berkeley, California, Amerika Syarikat: James & Kenneth Publishers. ISBN 9781888047073. OCLC 41041717.
- Saunders, Blanche (1969). The Complete Book of Obedience: The Guide for Trainers [Buku Lengkap tentang Kepatuhan: Panduan untuk Jurulatih] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876054574.
- Scott, John Paul; Fuller, John Langworthy (1965). Genetics and the Social Behavior of the Dog [Genetik dan Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226190822.001.0001. ISBN 9780226743387. OCLC 786181048.
- Serpell, James Andrew, penyunting (8 Disember 2016). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9781316817681.
- Woodhouse, Barbara Kathleen Vera (Oktober 1984). No Bad Dogs: The Woodhouse Way [Tiada Anjing Jahat: Cara Woodhouse] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 9780671541859. OCLC 8111984.
Bacaan lanjut
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pelatihan anjing |
- Arnold, Jennifer (23 Ogos 2016). Love Is All You Need: The Revolutionary Bond-based Approach to Educating Your Dog [Cintalah Semua yang Anda Perlukan: Pendekatan Revolusioner Berdasarkan Ikatan untuk Mendidik Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Random House Publishing. ISBN 9780553527636. OCLC 957265465.
- Hall, Nathaniel James; Johnston, Angie M.; Bray, Emily E.; Otto, Cynthia M.; MacLean, Evan Lawrence; Udell, Monique A. R. (27 Julai 2021). Ohta, Mitsuaki (penyunting). "Working Dog Training for the Twenty-First Century" [Pelatihan Anjing Pekerja untuk Abad Kedua Puluh Satu]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 8. doi:10.3389/fvets.2021.646022. hdl:2346/90386. ISSN 2297-1769. PMC 8353195 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34386536. S2CID 236437584 Check|s2cid=
value (bantuan). Unknown parameter|article-number=
ignored (bantuan) - Hare, Brian; Woods, Vanessa (5 Februari 2013). The Genius of Dogs: How Dogs Are Smarter than You Think [Kegeniusan Anjing: Betapa Anjing Lebih Pintar daripada yang Anda Fikirkan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Penguin Group. ISBN 9781101609637. OCLC 843203091.
- Johnson, Anamarie C.; Wynne, Clive David Lawrence (27 April 2024). Lyn, Heidi; Villegas, Joclyn (penyunting). "Training Methods Used by Dog Guardians in the United States: Prevalence, Sources of Information, and Reasons for Use" [Kaedah Pelatihan yang Digunakan oleh Penjaga Anjing di Amerika Syarikat: Prevalens, Sumber Maklumat, dan Sebab untuk Penggunaan]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 14 (9): 1310. doi:10.3390/ani14091310. ISSN 2076-2615. PMC 11083790 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38731314 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 269475406 Check|s2cid=
value (bantuan). - Tramson, Éric (13 Disember 2019). Le Chien, de vous à lui ! [Anjing, daripada Anda Kepadanya!] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: 7 Écrit Éditions. ISBN 9791032631461. OCLC 1144229154.