Pengakuran, kesebentukan, atau konformasi pada anjing merujuk semata-mata perincian terlihat luaran bagi struktur dan penampilan anjing, sebagaimana yang ditakrifkan secara terperinci oleh setiap piawaian baka bertulis bagi setiap baka anjing.[1][2][3] Anjing yang mengakuri kebanyakan item perihal dalam piawaian baka individunya dikatakan mempunyai pengakuran baik. Tidak seperti pengakuran kuda, tiada peraturan tetap untuk pengakuran anjing, kerana anjing ialah yang paling berubah-ubah dari segi penampilan bagi mana-mana haiwan ("Variasi fenotip dalam kalangan baka anjing, sama ada dari segi saiz, rupa bentuk, atau tingkah laku, adalah lebih besar berbanding dengan haiwan lain".[4]). Sebaliknya, pengakuran pada anjing adalah berdasarkan jenis anjing yang daripadanya baka berkembang, bersama-sama dengan banyak perincian yang telah ditambahkan ke dalam piawaian baka untuk tujuan pembezaan daripada baka lain, atas sebab kerja, atau untuk meningkatkan kecantikan haiwan berkenaan dari sudut pandangan daripada penggemar yang mengarang piawaian baka.[5][6]
Piawaian baka
Piawaian baka untuk setiap baka anjing memperincikan atribut yang diingini dan atribut yang tidak diingini bagi penampilan dan perangai untuk baka individu. Oleh sebab kebolehubahan besar pada anjing, tiada satu piawaian tunggal bagi pengakuran baik. Hal yang merupakan pengakuran baik untuk anjing riba tidak akan menjadi pengakuran baik untuk anjing pengawal; struktur tungkai baik untuk anjing yang mesti melakukan perjalanan jauh tidak akan sama dengan struktur tungkai baik untuk anjing yang pengakurannya mewajibkan ledakan singkat bagi kelajuan.
Piawaian baka direka semata-mata untuk memerihalkan sejarah dan tujuan, perangai, dan penampilan bagi baka berkenaan. Piawaian baka bukanlah senarai kotak semak bagi syarat, tetapi lebih kepada perihal, yang memberikan "gambar kata" terperinci[7] tentang anjing terunggul bagi baka berkenaan. Syarat untuk pendokumenan, pengujian genetik, pengujian kesihatan, pengujian untuk gaya kerja tertentu atau kecergasan untuk sukan anjing tertentu atau syarat untuk pelatihan adalah di luar skop bagi piawaian baka dan sebaliknya dibangunkan sebagai garis panduan pembiak baka oleh kelab baka, kelab kenel, atau bahkan oleh peraturan jabatan pertanian kebangsaan. Pengakuran merujuk semata-mata perincian terlihat luaran bagi struktur dan penampilan anjing, bersama-sama dengan perangai terjangka anjing berkenaan, yang berbeza-beza untuk setiap baka atau jenis anjing.[8]
Untuk perincian tentang kandungan bagi piawaian baka untuk sesuatu baka dan hal yang dianggap sebagai pengakuran baik untuk baka tertentu, lihat rencana tentang baka anjing tertentu.[9]
Lihat juga
- Anatomi anjing
- Jenis anjing
- Kecacatan (pembiakbakaan)
- Peristilahan anjing
- Piawaian baka
- Senarai baka anjing
Rujukan
- ^ "Conformation" [Pengakuran] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ "CONFORMATION SHOW RULES & REGULATIONS" [UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTUNJUKAN PENGAKURAN] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. 1 Januari 2018. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ Meisels, Gerry G. (24 November 2015). "What is the Purpose and Use of Conformation Shows?" [Apakah Tujuan dan Kegunaan Pertunjukan Pengakuran?] (dalam bahasa Inggeris). Canine Chronicle. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ "Scientists fetch useful information from dog genome publications" [Saintis tangkap maklumat berguna daripada terbitan genom anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bio-Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2019. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- ^ Molon, Adam (7 Julai 2014). "Westminster dog show opens to—gasp!—mutts" [Pertunjukan anjing Westminster buka untuk anjing kacuk] (dalam bahasa Inggeris). CNBC. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ "Conformation related health problems" [Masalah kesihatan berkaitan dengan pengakuran] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2019. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ "Glossary" [Glosari] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ "BVA Policy position on extreme conformation" [Kedudukan Dasar BVA mengenai pengakuran ekstrem] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). British Veterinary Association. September 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Januari 2019. Dicapai pada 17 Oktober 2025.
- ^ Packer, Rowena Mary Anne; Hendricks, Anke; Volk, Holger Andreas; Shihab, Nadia K.; Burn, Charlotte C. (24 Julai 2013). Wade, Claire Margaret (penyunting). "How Long and Low Can You Go? Effect of Conformation on the Risk of Thoracolumbar Intervertebral Disc Extrusion in Domestic Dogs" [Selama Mana dan Serendah Manakah Dapat Anda Capai? Kesan Pengakuran terhadap Risiko Penerobosan Ceper Intervertebra Torakolumbar pada Anjing Bela Jinak]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (7). Bibcode:2013PLoSO...869650P. doi:10.1371/journal.pone.0069650. ISSN 1932-6203. PMC 3722130. PMID 23894518. S2CID 6227193. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan)








