| Gigitan anjing | |
|---|---|
Anjing menggigit lengan latihan | |
| Keterangan | |
| Jenis | |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gigitan anjing ialah gigitan pada orang atau haiwan lain oleh anjing. Lebih daripada satu gigitan berturut-turut kerap dipanggil serangan anjing, walaupun serangan anjing dapat termasuk penumbangan dan pencakaran. Walaupun sesetengah gigitan anjing tidak mengakibatkan kecederaan, ini dapat mengakibatkan jangkitan, pencacatan, kehilangan upaya sementara atau kekal, atau kematian. Satu lagi jenis gigitan anjing ialah "gigitan lembut" yang dipaparkan oleh anjing yang terlatih dengan baik, oleh anak anjing, dan dalam permainan tidak agresif.[1] Gigitan anjing dapat berlaku semasa laga anjing, sebagai gerak balas kepada penganiayaan, oleh anjing terlatih yang bekerja sebagai haiwan pengawal, polis, atau tentera, atau semasa persemukaan rawak.[2][3]
Terdapat perdebatan tentang sama ada baka anjing tertentu sememangnya lebih cenderung atau tidak untuk melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan serius (iaitu, sedemikian didorong oleh naluri dan pembiakbakaan sehinggakan, dalam keadaan tertentu, ia berkemungkinan besar untuk mencuba atau melakukan serangan berbahaya).[4] Terdapat perakuan bahawa risiko gigitan anjing dapat ditingkatkan oleh tindakan manusia seperti penderaan atau pelatihan gigitan, atau melalui ketiadaan tindakan seperti pengabaian, kecuaian dalam pengurungan, atau kekurangan kawalan.[5]
Gigitan anjing ketara menjejaskan berpuluh-puluh juta orang di seluruh dunia setiap tahun.[6][7] Anggaran 2% daripada jumlah populasi Amerika Syarikat, iaitu 4.5–4.7 juta orang, digigit oleh anjing pada setiap tahun.[8] Kebanyakan gigitan berlaku pada kanak-kanak,[9] dengan hampir separuh daripada semua kanak-kanak di Amerika Syarikat yang digigit oleh anjing sekurang-kurangnya sekali menjelang usia 12 tahun.[10] Pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an, Amerika Syarikat berpuratakan 17 kematian setiap tahun.[11] Pada antara tahun 2011 dengan tahun 2021, hampir-hampir 468 orang terbunuh akibat gigitan anjing di Amerika Syarikat, berpuratakan 43 kematian setiap tahun.[12] Pada antara tahun 2018 dengan tahun 2021, kematian meningkat sebanyak lebih daripada dua kali ganda untuk kedua-dua lelaki (usia 15 hingga 37) dan perempuan (usia 20 hingga 44).[12] Gigitan haiwan, kebanyakannya daripada anjing, ialah sebab untuk 1% daripada jumlah lawatan ke jabatan kecemasan di Amerika Syarikat.[9]
Punca
Baka
Semua baka anjing dapat menyebabkan gigitan; baka bukan peramal tepat sama ada anjing akan menggigit atau tidak.[13] Di Amerika Syarikat, jenis pitbul dan anjing Rottweil merupakan baka yang paling kerap dikenal pasti dalam kes gigitan parah.[9][13] Dalam sebuah kajian yang membandingkan keterangan media tentang 256 kematian berkaitan dengan gigitan anjing dalam tempoh tahun 2000–2009, apabila takrif ketat digunakan ("pedigri berdokumen, maklumat keindukan, atau hasil keputusan ujian DNA atau berdasarkan keseirasan dalam penerang baka media, penerang baka kawalan haiwan, dan baka tetapan doktor haiwan daripada fotograf"), 45 ekor anjing yang terhasil terdiri daripada 20 baka beriktiraf dan 2 silangan yang diketahui. Kajian juga menerbitkan maklumat yang membandingkan apabila berbilang laporan media (atau laporan media yang dibandingkan dengan laporan kawalan haiwan) berbeza dalam pelaporan baka. Apabila menggunakan takrif ketat ("anjing Rottweil" adalah tidak sama dengan "kacukan anjing Rottweil"), 30%–40% daripada jumlah laporan berbeza-beza. Apabila menggunakan takrif kurang ketat ("anjing Rottweil" dan "kacukan anjing Rottweil" adalah cukup sama) hanya 12%–15% daripada jumlah laporan berbeza-beza.[14][non sequitur]
Sebuah kajian tahun 2000 oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) tentang kematian manusia akibat gigitan anjing selama dua puluh tahun (1979–1998) melaporkan bahawa anjing jenis pitbul dan anjing Rottweil terlibat dalam lebih separuh daripada jumlah kematian.[11] Pendapat Persatuan Perubatan Veterinar Amerika, yang diterbitkan dalam Journal of the American Veterinary Medical Association, ialah bahawa kajian itu tidak dapat digunakan untuk menginferenskan sebarang risiko spesifik baka untuk kematian gigitan anjing tanpa juga mencatatkan bilangan bagi setiap baka yang bermastautin di Amerika Syarikat.[15]
Tingkah laku anjing
Secara berasingan, tingkah laku pemangsa jarang menjadi punca bagi serangan ke atas manusia.[16] Agresi pemangsa lebih lazim terlibat sebagai faktor penyumbang, sebagai contoh, dalam serangan oleh berbilang anjing; "naluri pembunuhan kawanan" mungkin timbul jika berbilang anjing terlibat dalam serangan.[17][18]
Pencegahan

Pencegahan gigitan anjing ialah usaha untuk mencegah orang daripada diserang dan digigit oleh anjing. Badan perundangan telah membangkitkan kebimbangan tentang gigitan anjing yang termasuk undang-undang pelesenan, statut yang melarang laga anjing terancang, dan undang-undang cawak. Perundangan spesifik baka (BSL) telah digubal di sesetengah kawasan, yang membatasi pemilikan dan kegiatan anjing yang dianggap lebih berkemungkinan untuk menggigit dan menyerang.[20][21][22][23] Baka anjing yang disasarkan oleh peraturan spesifik baka termasuk anjing Rottweil, bulterier Staffordshire Amerika ("pitbul"), cau-cau, anjing gembala Jerman, dan pincer Dobermann. Langkah lain dalam pencegahan gigitan anjing merupakan papan tanda Awas anjing dan kurungan anjing berkunci.[2]
Sesetengah orang, seperti yang sangat muda atau yang sangat tua, lebih rentan terhadap penerimaan gigitan dan, oleh itu, mungkin memerlukan kaedah tambahan bagi pencegahan. Pakar telah menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan bayi atau kanak-kanak muda bersendirian dengan mana-mana anjing dan juga telah menasihati ibu bapa agar mengajar kanak-kanak untuk tidak mendekati anjing yang tidak dikenali, tidak berlari daripada anjing atau menjerit, dan tidak bermain dengan anjing melainkan dipantau oleh orang dewasa.[24][25]
Anjing dapat menjadi sangat teritorial dan bersikap pelindung. Anjing dapat menyerang sesiapa yang menimbulkan ancaman kepada temannya, sama ada manusia, anjing lain, atau malah kucing. Anjing dapat menyaingi beruang dan kucing besar dari segi keganasan apabila menghadapi perompak, walaupun jika ia biasanya jinak.
Selain menyebabkan kesakitan, kecederaan, atau kerosakan saraf, hampir seperlima jumlah gigitan menjadi terjangkit. Mereka yang bekerja dan tinggal di sekeliling anjing telah dinasihati agar sedar tentang risiko dan mengambil langkah berjaga-jaga.[24] Rabies ialah risiko tertentu yang dikaitkan dengan gigitan anjing. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 99% daripada jumlah kes rabies manusia disebabkan oleh anjing.[26] Di Amerika Syarikat, antara 16,000 dengan 39,000 orang bersentuhan dengan anjing dan haiwan lain yang berpotensi menghidap rabies dan menerima profilaksis rabies prapendedahan dan profilaksis rabies pascapendedahan melawan virus rabies pada setiap tahun.[27] Oleh sebab sesiapa yang digigit oleh anjing yang tidak divaksin berisiko untuk menghidap rabies, agensi kawalan haiwan tempatan atau polis kadang-kadang dapat menangkap haiwan berkenaan dan menentukan sama ada ia terjangkit dengan rabies atau tidak.[24]
Pengenalpastian risiko untuk digigit oleh anjing dapat mencegah serangan dan kecederaan atau kematian susulan. Bayi dan kanak-kanak lebih berkemungkinan untuk digigit. Kanak-kanak kecil dapat diserang jika mereka datang dekat atau bermain dengan anjing apabila tidak diawasi. Dalam kalangan kanak-kanak, kadar kecederaan berkaitan dengan gigitan anjing adalah tertinggi untuk yang berusia lima tahun hingga sembilan tahun. Kanak-kanak lebih berkemungkinan berbanding dengan orang dewasa untuk memerlukan rawatan perubatan untuk gigitan anjing. Lelaki dewasa lebih berkemungkinan berbanding dengan wanita untuk digigit oleh anjing. Lebih separuh daripada jumlah kecederaan gigitan anjing berlaku di dalam rumah. Kehadiran anjing di dalam isi rumah dikaitkan dengan kemungkinan lebih tinggi untuk digigit berbanding dengan ketiadaan anjing. Semakin bilangan anjing di dalam rumah meningkat, demikian juga kemungkinan untuk digigit. Orang dewasa dengan dua ekor anjing atau lebih di dalam rumah adalah lima kali lebih berkemungkinan untuk digigit berbanding dengan yang tinggal tanpa anjing di dalam rumah.[24][25]
Tingkah laku anjing mungkin tidak selalu menunjukkan keramahan atau kemungkinan penggigitan. Ini adalah kerana, apabila anjing menggoyangkan ekornya, kebanyakan orang mentafsirkan ini sebagai anjing yang mengekspresikan kegembiraan dan keramahan. Walaupun penggoyangan ekor sememangnya dapat mengekspresikan emosi positif ini, penggoyangan ekor juga merupakan penunjuk bagi ketakutan, ketidakterjaminan, keresahan, cabaran kedominanan, pengasasan hubungan sosial, atau amaran bahawa anjing berkenaan mungkin menggigit.[28]
Kesan kesihatan

Rabies mengakibatkan kematian bagi hampir-hampir 55,000 orang setahun, dengan kebanyakan kes yang disebabkan oleh gigitan anjing.[6] Capnocytophaga canimorsus, MRSA, tetanus, dan Pasteurella dapat disebarkan daripada anjing kepada seseorang yang digigit oleh anjing.[27] Bergeyella zoohelcum ialah jangkitan membangkit yang disebarkan melalui gigitan anjing.[29] Jangkitan dengan B. zoohelcum daripada gigitan anjing dapat membawa kepada bakteremia.[30]
Rawatan
Apabila orang menerima gigitan anjing bilamana kulitnya pecah, risiko bagi jangkitan serius dapat dikurangkan dengan membersihkan luka dan mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan sesuai.[31][32] Ada kepentingan untuk tahu sama ada pemvaksinan rabies anjing adalah yang terkini.[24] Ulasan Cochrane mendapati bahawa tiada banyak bukti yang menyokong atau menentang amalan semasa untuk pengekalan luka gigitan anjing terbiar terbuka untuk sembuh sepanjang tempoh singkat sebelum penutupan (penutupan lewat) atau tidak terjahit langsung (tiada penutupan) berbanding dengan penutupan segera melalui penjahitan.[33]
Epidemiologi

Gigitan anjing ketara menjejaskan berpuluh-puluh juta orang di seluruh dunia pada setiap tahun.[6] Anggaran 1.5–2 peratus daripada jumlah populasi Amerika Syarikat, iaitu daripada 4.5 hingga 4.7 juta orang, digigit oleh anjing pada setiap tahun.[34][8] Kebanyakan gigitan berlaku pada kanak-kanak.[9] Lebih separuh daripada jumlah kecederaan gigitan anjing berlaku di dalam rumah dengan anjing yang dikenali dan kehadiran anjing di dalam isi rumah dipautkan dengan kemungkinan lebih tinggi untuk digigit berbanding dengan ketiadaan anjing. Semakin bilangan anjing di dalam rumah meningkat, demikian juga kemungkinan untuk digigit.[24] Gigitan anjing mungkin menyebarkan jangkitan zoonosis, yang juga mungkin mengakibatkan penyakit atau kematian. Anjing ialah sumber primer bagi penyebaran rabies kepada manusia.[35] Maklumat tentang takat kecederaan trauma akibat serangan anjing adalah tidak lengkap dan bilangan gigitan dianggap kurang dilaporkan.[36][37][35] Dalam tinjauan gigitan anjing di Pennsylvania, kadar gigitan anjing adalah 36 kali lebih tinggi berbanding dengan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.[36][35] Menurut anggaran kebangsaan, hampir 1,000 orang setiap hari dilayan di jabatan kecemasan di Amerika Syarikat untuk gigitan anjing.[35][38] Telah ada anggaran bahawa 1 dalam 2 orang akan menerima kecederaan berkaitan dengan anjing semasa hayatnya.[39][35] Kebanyakan mangsa terlibat dalam kegiatan normal yang kelihatannya tidak memprovokasi sebelum serangan anjing.[40][41][42]
Gigitan haiwan, kebanyakannya daripada anjing, ialah sebab untuk 1% daripada jumlah lawatan ke jabatan kecemasan di Amerika Syarikat.[9] Sesetengah orang, seperti yang sangat muda atau yang sangat tua, lebih rentan terhadap penerimaan gigitan daripada anjing.[25] Dari tahun 1979 hingga tahun 1994, terdapat hampir-hampir 279 kematian yang berkaitan dengan serangan anjing di Amerika Syarikat.[43]
Kecederaan lebih serius daripada anjing kerap diperihalkan dalam media.[44][2] Pada tahun 2010, lebih ramai orang dibunuh oleh anjing (34) berbanding dengan yang disambar oleh petir (29).[45][46] Lawatan jabatan kecemasan dan rawatan bagi yang digigit berjumlah ribuan.[30]
Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, hampir-hampir 4.5 juta orang digigit oleh anjing pada setiap tahun. Hampir-hampir dua puluh peratus daripada jumlah gigitan anjing menjadi terjangkit.[24]
Dalam tinjauan gigitan anjing di Pennsylvania, kadar gigitan anjing adalah 36 kali lebih tinggi berbanding dengan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut anggaran kebangsaan, hampir 1,000 orang setiap hari dilayan di jabatan kecemasan untuk gigitan anjing. Telah ada anggaran bahawa 1 dalam 2 orang akan mengalami kecederaan berkaitan dengan anjing semasa hayatnya.[35]
Australia
Pada purata, 2,061 orang menerima rawatan untuk kecederaan gigitan anjing pada setiap tahun pada antara tahun 2001 dengan tahun 2013.[47]
Austria
Sekitar 5,900 orang Austria dirawat pada setiap tahun selepas digigit oleh anjing. Seperlima daripada yang tercedera merupakan kanak-kanak.[48]
Isu undang-undang
Pemilik anjing boleh dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk gigitan dan kecederaan yang disebabkan oleh anjing mereka kepada orang atau anjing lain. Sebagai tambahan, negeri dan pemerintah tempatan telah meluluskan undang-undang dan ordinan yang mengizinkan pemerintah untuk mengambil tindakan terhadap anjing yang dianggap berbahaya.[49][50][51][52][53][54][55] Dalam sesetengah kes, pemilik anjing mungkin didakwa atas kesalahan jenayah kerana serangan anjing terhadap orang lain.[56][57] Dasar insurans pemilik rumah biasanya menyediakan sesetengah perlindungan liabiliti untuk gigitan anjing yang berlaku di hartanah insured.
Amerika Syarikat
Semua negeri di Amerika Syarikat memperakui bahawa pemilik anjing berpotensi bertanggungjawab atas gigitan anjing. Bergantung pada negeri, peraturan untuk masa pemilik anjing mungkin bertanggungjawab atas gigitan akan berbeza-beza. Model liabiliti untuk gigitan anjing tergolong dalam tiga kategori luas:
- Common law. Dalam common law, pemilik anjing boleh dipertanggungjawabkan atas kecederaan yang disebabkan oleh anjing yang dikenali oleh pemilik, atau yang pemiliknya mempunyai sebab untuk tahu bahawa ia mungkin berbahaya. Banyak bidang kuasa common law dahulunya mengiktiraf peraturan "satu gigitan", yang bermaksud bahawa, jika maklumat tidak hadir yang mencadangkan bahawa anjing mungkin berbahaya secara luar biasa kepada orang lain, pemilik anjing tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kecederaan gigitan pertama yang disebabkan oleh anjingnya.
- Liabiliti ketat. Negeri yang mengenakan liabiliti ketat menjadikan pemilik anjing bertanggungjawab atas kecederaan yang disebabkan oleh anjing, tanpa pertimbangan lanjut bagi fakta. Undang-undang liabiliti ketat mungkin menghendaki agar orang yang menuntut ganti rugi untuk gigitan anjing membuktikan bahawa dia bertindak dengan damai dan di sisi undang-undang pada masa gigitan. Undang-undang juga mungkin mengiktiraf lingkungan terbatas bagi pembelaan terhadap liabiliti, seperti apabila pemilik anjing berjaya membuktikan bahawa orang tercedera menceroboh pada masa kecederaan atau telah terlibat dalam kelakuan yang memprovokasi serangan.[58][59] Setakat tahun 2023, tiga puluh enam buah negeri mengenakan suatu bentuk liabiliti ketat untuk serangan anjing.[60]
- Undang-undang campuran. Banyak negeri mengambil pendekatan bercampur, dengan meluluskan statut yang berdasarkan common law tetapi menambahkan unsur tambahan yang mesti dibuktikan supaya kecederaan gigitan anjing berjaya dalam tuntutan kecederaan, atau menyediakan pembelaan yang tidak tersedia dalam common law.[61]
Amerika Syarikat tidak menerima idea bahawa anjing itu sendiri boleh dipertanggungjawabkan atas jenayah kerana gigitan.[62] Sebuah mahkamah California menjelaskan bahawa, walaupun kecenderungan untuk mengantropomorfkan haiwan dapat difahami, terutamanya dengan haiwan kesayangan seperti anjing, undang-undang tidak mengiktiraf anjing sebagai makhluk yang mempunyai keadaan mental yang dapat menanggung liabiliti jenayah, iaitu, walaupun anjing dan haiwan lain mungkin mempunyai keupayaan untuk melakukan perbuatan ganas dan kejam, ia tidak mempunyai keupayaan undang-undang untuk melakukan jenayah.[63]
Negeri yang telah menggubal perundangan yang menetapkan liabiliti termasuk Michigan,[64] Rhode Island,[65] Florida,[66] California,[67][68] dan Texas.[55]
Lihat juga
- Senarai serangan anjing maut
- Agresi anjing
- Anjing di Amerika Syarikat
- Awas anjing
- Gigitan kucing
- Manusia menggigit anjing
- Penyakit anjing gila
- Perundangan spesifik baka
- Serangan dingo
- Serangan haiwan
- Serangan koyote
- Serangan serigala
- Tingkah laku anjing
Rujukan
- ^ Miller, Patricia (12 Mei 2010). "Reinforce Your Dog's Bite Inhibition" [Perkukuh Perencatan Gigitan Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Whole Dog Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b c Weiss, Linda S. (2001). "Breed-Specific Legislation in the United States" [Perundangan Spesifik Baka di Amerika Syarikat] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Tulloch, John S. P.; Owczarczak-Garstecka, Sara Cecylia; Fleming, Kate M.; Vivancos, Roberto; Westgarth, Carri (19 Januari 2021). "English hospital episode data analysis (1998–2018) reveal that the rise in dog bite hospital admissions is driven by adult cases" [Analisis data episod hospital England (1998–2018) mendedahkan bahawa kenaikan bilangan kemasukan hospital akibat gigitan anjing didorong oleh kes dewasa]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 11 (1). Bibcode:2021NatSR..11.1767T. doi:10.1038/s41598-021-81527-7. ISSN 2045-2322. PMC 7815787. PMID 33469116. S2CID 231651196. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Nolen, R. Scott (1 November 2017). "The dangerous dog debate" [Perdebatan anjing berbahaya] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Reese, Laura Ann; Vertalka, Joshua John (11 April 2020). "Preventing Dog Bites: It Is Not Only about the Dog" [Mencegah Gigitan Anjing: Ini Bukan Hanya tentang Anjing]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 10 (4): 666. doi:10.3390/ani10040666. ISSN 2076-2615. PMC 7222712. PMID 32290463. S2CID 215773134.
- ^ a b c "Animal bites" [Gigitan haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2015. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "Animal bites" [Gigitan haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 12 Januari 2024. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b "Dog Bite Prevention" [Pencegahan Gigitan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2013. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b c d e Ellis, Robert Victor; Ellis, Carrie (15 Ogos 2014). "Dog and Cat Bites" [Gigitan Anjing dan Kucing]. American Family Physician (dalam bahasa Inggeris). American Academy of Family Physicians. 90 (4): 239–243. ISSN 1532-0650. PMID 25250997. S2CID 22222239.
- ^ Anderson, Brian C. (Musim Bunga 1999). "Scared of Pit Bulls? You'd Better Be!" [Takut kepada Pitbul? Memang Patut Pun!] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: City Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2023. Dicapai pada 13 November 2025.
Incredibly, nearly half of all American kids have been bitten by the age of 12.
- ^ a b Sacks, Jeffrey J.; Sinclair, Leslie; Gilchrist, Julie; Golab, Gail C.; Lockwood, Randall (15 September 2000). "Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998" [Baka anjing yang terlibat dalam serangan manusia maut di Amerika Syarikat pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 217 (6): 836–840. doi:10.2460/javma.2000.217.836. ISSN 1943-569X. PMID 10997153. S2CID 10817039.
- ^ a b Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (8 September 2023). "QuickStats: Number of Deaths Resulting from Being Bitten or Struck by a Dog, by Sex — National Vital Statistics System, United States, 2011–2021" [Statistik Segera: Bilangan Kematian Akibat Digigit atau Diserang oleh Anjing, mengikut Jantina — National Vital Statistics System, Amerika Syarikat, 2011–2021]. Morbidity and Mortality Weekly Report (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 72 (36): 999. doi:10.15585/mmwr.mm7236a6. ISSN 1545-861X. PMC 10495186 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 37676834 Check|pmid=value (bantuan). - ^ a b "Welfare Implications of The Role of Breed in Dog Bite Risk and Prevention" [Implikasi Kebajikan daripada Peranan Baka dalam Risiko dan Pencegahan Gigitan Anjing] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 17 April 2012. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Patronek, Gary J.; Sacks, Jeffrey J.; Delise, Karen M.; Cleary, Donald V.; Marder, Amy R. (15 Disember 2013). "Co-occurrence of potentially preventable factors in 256 dog bite-related fatalities in the United States (2000–2009)" [Kehadiran bersama faktor-faktor yang berpotensi dicegah dalam kematian berkaitan dengan gigitan anjing di Amerika Syarikat (2000–2009)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 243 (12): 1726–1736. doi:10.2460/javma.243.12.1726. ISSN 1943-569X. PMID 24299544. S2CID 6466457.
- ^ "American Veterinary Medical Association Statement on "Breeds of dogs involved in fatal human attacks in the United States between 1979 and 1998"" [Pernyataan Persatuan Perubatan Veterinar Amerika mengenai "Baka anjing yang terlibat dalam serangan manusia maut di Amerika Syarikat pada antara tahun 1979 dengan tahun 1998"] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Lindsay, Steven R. (2001). "Social Competition and Aggression" [Persaingan Sosial dan Agresi]. Handbook of Applied Dog Behavior and Training: Adaptation and Learning [Buku Panduan Tingkah Laku dan Pelatihan Anjing Terapan: Penyesuaian dan Pembelajaran] (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 229–272. doi:10.1002/9780470376997. ISBN 9780470376997. OCLC 232626086.
- ^ Kneafsey, Brian; Condon, K. C. (Januari 1995). "Severe dog-bite injuries, introducing the concept of pack attack: a literature review and seven case reports" [Kecederaan gigitan anjing parah, memperkenalkan konsep serangan kawanan: ulasan kesusasteraan dan tujuh laporan kes]. Injury (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 26 (1): 37–41. doi:10.1016/0020-1383(95)90550-H. ISSN 1879-0267. PMID 7868208.
- ^ Avis, Simon Paul (September 1999). "Dog Pack Attack: Hunting Humans" [Serangan Kawanan Anjing: Memburu Manusia]. The American Journal of Forensic Medicine and Pathology (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. 20 (3): 243–246. doi:10.1097/00000433-199909000-00005. ISSN 1533-404X. PMID 10507791. S2CID 36579310.
- ^ Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (4 Julai 2003). "Nonfatal Dog Bite--Related Injuries Treated in Hospital Emergency Departments --- United States, 2001" [Kecederaan Berkaitan dengan Gigitan Anjing Tanpa Maut yang Dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital --- Amerika Syarikat, 2001]. Morbidity and Mortality Weekly Report (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 52 (26): 605–610. ISSN 1545-861X. JSTOR 23313887. PMID 12844076. S2CID 23802188.
- ^ "West's Florida Statutes Annotated. Title XLV. Torts. Chapter 767. Damage by Dogs. Title XL. Real and Personal Property (Chapters 689-724). Chapter 705. Lost or Abandoned Property. Title XLVI. Crimes (Chapters 775-899). Chapter 823. Public Nuisances" [Statut-statut Florida Beranotasi West. Tajuk XLV. Tort. Bab 767. Kerosakan oleh Anjing. Tajuk XL. Harta Benda Nyata dan Peribadi (Bab 689–724). Bab 705. Harta Benda Hilang atau Ditinggalkan. Tajuk XLVI. Jenayah (Bab 775–899). Bab 823. Gangguan Awam.] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
767.11. Definitions
- ^ "Michigan Compiled Laws Annotated. Chapter 287. Animal Industry. Dangerous Animals" [Undang-undang Terkompilasi Michigan Beranotasi. Bab 287. Industri Haiwan. Haiwan Berbahaya.] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "Baldwin's Ohio Revised Code Annotated. Title IX. Agriculture--Animals--Fences. Chapter 955. Dogs" [Kanun Semakan Ohio Beranotasi Baldwin. Tajuk IX. Pertanian--Haiwan--Pagar. Bab 955. Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
955.11 Definitions; transfer of ownership certificate; form stating dog's prior behavior.
- ^ "Minnesota Statutes Annotated. Agriculture. Chapter 35. Animal Health. Chapter 346. Stray Animals; Companion Animals. Chapter 347. Dogs and Cats. Regulation of Dangerous Dogs" [Statut-statut Minnesota Beranotasi. Pertanian. Bab 35. Kesihatan Haiwan. Bab 346. Haiwan Terbiar; Haiwan Pendamping. Bab 347. Anjing dan Kucing. Peraturan Anjing Berbahaya.] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b c d e f g "Preventing Dog Bites" [Mencegah Gigitan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b c "Dog Bite Prevention" [Pencegahan Gigitan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "Rabies" [Rabies] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 5 Jun 2024. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b Manning, Susan Elizabeth; Rupprecht, Charles Edward; Fishbein, Daniel B.; Hanlon, Cathleen Alma; Lumlertdacha, Boonlert; Guerra, Marta A.; Meltzer, Martin Isaac; Dhankhar, Praveen; Vaidya, Sagar Abhay; Jenkins, Suzanne R.; Sun, Benjamin; Hull, Harry F. (23 Mei 2008). "Human Rabies Prevention --- United States, 2008: Recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices" [Pencegahan Rabies Manusia --- Amerika Syarikat, 2008: Syor Jawatankuasa Penasihat tentang Amalan Pengimunan]. MMWR: Recommendations and Reports (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 57 (RR-3): 1–28. ISSN 1545-8601. JSTOR 42001069. PMID 18496505. S2CID 263029029 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Coren, Stanley (5 Disember 2011). "What a Wagging Dog Tail Really Means: New Scientific Data" [Yang Benar-benar Dimaksudkan oleh Ekor Anjing Bergoyang: Data Saintifik Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Psychology Today. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Chen, Yili; Liao, Kang; Ai, Lu; Guo, Penghao; Huang, Han; Wu, Zhongwen; Liu, Min (12 April 2017). "Bacteremia caused by Bergeyella zoohelcum in an infective endocarditis patient: case report and review of literature" [Bakteremia yang disebabkan oleh Bergeyella zoohelcum pada seekor pesakit endokarditis berjangkit: laporan kes dan ulasan kesusasteraan]. BMC Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 17 (1). doi:10.1186/s12879-017-2391-z. ISSN 1471-2334. PMC 5389159. PMID 28403835. S2CID 6961076. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ a b Lin, Wei-Ru; Chen, Yao-Shen; Liu, Yung-Ching (6 September 2007). "Cellulitis and Bacteremia Caused by Bergeyella zoohelcum" [Selulitis dan Bakteremia yang Disebabkan oleh Bergeyella zoohelcum]. Journal of the Formosan Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 106 (7): 573–576. doi:10.1016/S0929-6646(07)60008-4. ISSN 1876-0821. PMID 17660147. S2CID 30721663.
- ^ "Animal and human bites" [Gigitan haiwan dan manusia] (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Sissons, Beth (12 November 2019). "What happens if a dog bite gets infected?" [Apakah yang terjadi jika gigitan anjing menjadi terjangkit?] (dalam bahasa Inggeris). Medical News Today. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Bhaumik, Soumyadeep; Kirubakaran, Richard; Chaudhuri, Sirshendu (6 Disember 2019). "Primary closure versus delayed or no closure for traumatic wounds due to mammalian bite" [Penutupan primer berbanding penutupan lewat atau tiada penutupan bagi luka trauma yang akibat gigitan mamalia]. Cochrane Database of Systematic Reviews (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Cochrane. 2019 (12). doi:10.1002/14651858.CD011822. ISSN 1469-493X. PMC 6894945. PMID 31805611. S2CID 70959579. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Gilchrist, Julie; Sacks, Jeffrey J.; White, Dionne D.; Kresnow, Marcie-jo (3 Oktober 2008). "Dog bites: still a problem?" [Gigitan anjing: masih masalah?]. Injury Prevention (dalam bahasa Inggeris). BMJ. 14 (5): 296–301. doi:10.1136/ip.2007.016220. ISSN 1475-5785. PMID 18836045. S2CID 8417910.
- ^ a b c d e f Langley, Ricky Lee (1 Mac 2009). "Human Fatalities Resulting From Dog Attacks in the United States, 1979–2005" [Kematian Manusia Akibat Serangan Anjing di Amerika Syarikat, 1979–2005]. Wilderness & Environmental Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 20 (1): 19–25. doi:10.1580/08-WEME-OR-213.1. ISSN 1545-1534. PMID 19364181. S2CID 35640704.
- ^ a b Beck, Alan M.; Jones, Barbara A. (Mei 1985). "Unreported Dog Bites In Children" [Gigitan Anjing Tidak Terlapor pada Kanak-kanak]. Public Health Reports (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 100 (3): 315–321. ISSN 1468-2877. JSTOR 20056479. PMC 1424765. PMID 3923540. S2CID 33766125.
- ^ Hanna, Thomas L.; Selby, Lloyd Arthur (November 1981). "Characteristics of the human and pet populations in animal bite incidents recorded at two Air Force bases" [Ciri populasi manusia dan populasi haiwan peliharaan dalam insiden gigitan haiwan yang dicatatkan di dua buah pangkalan Tentera Udara]. Public Health Reports (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 96 (6): 580–584. ISSN 1468-2877. JSTOR 4596612. PMC 1424265. PMID 7302114. S2CID 23022531.
- ^ Weiss, Harold Burton; Friedman, Deborah I.; Coben, Jeffrey H. (7 Januari 1998). "Incidence of Dog Bite Injuries Treated in Emergency Departments" [Insiden Kecederaan Gigitan Anjing yang Dirawat di Jabatan Kecemasan]. JAMA (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Amerika. 279 (1): 51–53. doi:10.1001/jama.279.1.51. ISSN 1538-3598. PMID 9424044. S2CID 23615967.
- ^ Hoff, Gerald Lawrence; Cai, Jinwen; Kendrick, Robyn; Archer, Rex (November 2005). "Emergency department visits and hospitalizations resulting from dog bites, Kansas City, MO, 1998-2002" [Lawatan jabatan kecemasan dan penghospitalan akibat gigitan anjing, Kansas City, Missouri, 1998–2002]. Missouri Medicine (dalam bahasa Inggeris). Missouri State Medical Association. 102 (6): 565–568. ISSN 0026-6620. PMID 16355644. S2CID 11437443.
- ^ Sacks, Jeffrey J.; Lockwood, Randall; Hornreich, Janet; Sattin, Richard W. (1 Jun 1996). "Fatal Dog Attacks, 1989-1994" [Serangan Anjing Maut, 1989–1994]. Pediatrics (dalam bahasa Inggeris). Akademi Pediatrik Amerika. 97 (6): 891–895. doi:10.1542/peds.97.6.891. ISSN 1098-4275. PMID 8657532. S2CID 245088140 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Patrick, Gail R.; O'Rourke, Kathleen M. (Mei 1998). "Dog And Cat Bites: Epidemiologic Analyses Suggest Different Prevention Strategies" [Gigitan Anjing dan Kucing: Analisis Epidemiologi Mencadangkan Strategi Pencegahan Berlainan]. Public Health Reports (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 113 (3): 252–257. ISSN 1468-2877. JSTOR 4598260. PMC 1308678. PMID 9633872. S2CID 67919845.
- ^ Persatuan Perubatan Veterinar Amerika (1 Jun 2001). "A community approach to dog bite prevention" [Pendekatan komuniti kepada pencegahan gigitan anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 218 (11): 1732–1749. doi:10.2460/javma.2001.218.1732. ISSN 1943-569X. PMID 11394820. S2CID 38773566.
- ^ Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (30 Mei 1997). "Dog-Bite-Related Fatalities -- United States, 1995-1996" [Kematian Berkaitan dengan Gigitan Anjing -- Amerika Syarikat, 1995–1996]. Morbidity and Mortality Weekly Report (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 46 (21): 463–466. ISSN 1545-861X. JSTOR 23307426. PMID 9182209.
- ^ "Stray dog pack attacks Albanian town" [Kawanan anjing terbiar serang pekan Albania] (dalam bahasa Inggeris). Independent Online. 13 Oktober 2004. Dicapai pada 13 November 2025.
An Albanian town had to call in police and hunters after a pack of 200 stray mountain dogs attacked at least nine people. Headed by a clearly identifiable leader, the snarling pack overran the main street of the small northern town of Mamurras, its mayor said on Wednesday. "Even in the movies I have never seen a horde of 200 stray dogs from the mountains attacking people in the middle of a town," Anton Frroku said on Wednesday. He said the dogs bit at least nine people, aged from 20 to 60, dragging them to the ground and inflicting serious wounds.
- ^ Jilani, Zaid (25 Ogos 2011). "CHART: Only 15 Americans Died From Terrorism Last Year — Fewer Than From Dog Bites Or Lightning Strikes" [CARTA: Hanya 15 Orang Amerika Terkorban Akibat Keganasan Tahun Lepas — Kurang daripada Akibat Gigitan Anjing atau Sambaran Petir] (dalam bahasa Inggeris). ThinkProgress. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2019. Dicapai pada 13 November 2025. hair space character in
|title=at position 55 (bantuan) - ^ "What Are the Odds of Dying From..." [Apakah Kemungkinan untuk Mati Akibat...] (dalam bahasa Inggeris). National Safety Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2015. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Rajshekar, Mithun; Blizzard, Christopher Leigh; Julian, Roberta D.; Williams, Anne-Marie M.; Tennant, Marc; Forrest, Alexander Stewart; Walsh, Laurence James; Wilson, Gary (16 Julai 2017). "The incidence of public sector hospitalisations due to dog bites in Australia 2001–2013" [Insiden penghospitalan sektor awam akibat gigitan anjing di Australia 2001–2013]. Australian and New Zealand Journal of Public Health (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Kesihatan Awam Australia. 41 (4): 377–380. doi:10.1111/1753-6405.12630. hdl:102.100.100/565541. ISSN 1753-6405. PMID 28712151. S2CID 13760157.
- ^ "Tausende Verletzte durch Hundebisse" [Ribuan cedera akibat gigitan anjing] (dalam bahasa Jerman). Die Presse. 10 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Walden, Charlotte A. (2019). "State Dangerous Dog Laws" [Undang-undang Anjing Berbahaya Negeri] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "MC-600" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kehakiman California. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "MC-601" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kehakiman California. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 13 November 2025.
DO NOT BRING THE DOG TO THE HEARING
- ^ "MC-602" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kehakiman California. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "MC-603" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Majlis Kehakiman California. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "California Code, FAC 31601" [Kanun California, Kanun Makanan dan Pertanian 31601] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Undangan Negeri California. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ a b "HEALTH AND SAFETY CODE: TITLE 10. HEALTH AND SAFETY OF ANIMALS: CHAPTER 822. REGULATION OF ANIMALS" [KANUN KESIHATAN DAN KESELAMATAN: TAJUK 10. KESIHATAN DAN KESELAMATAN HAIWAN: BAB 822. PENGAWALATURAN HAIWAN] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Undangan Negeri Texas. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Waterman, Cole (8 Januari 2011). "Bay City attorney offers legal perspective on felony dog bite case" [Peguam bela Bay City tawarkan perspektif undang-undang kes gigitan anjing feloni] (dalam bahasa Inggeris). MLive Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "Couple Whose Dogs Fatally Mauled Jogger Charged With Murder" [Pasangan yang Anjingnya Cederakan Pelari Joging sampai Maut Didakwa Atas Tuduhan Pembunuhan] (dalam bahasa Inggeris). CBS News. 1 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Orlando, James (17 Oktober 2012). "LIABILITY FOR DOG BITES" [LIABILITI UNTUK GIGITAN ANJING] (dalam bahasa Inggeris). Perhimpunan Agung Connecticut. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "CHAPTER 435* DOGS AND OTHER COMPANION ANIMALS. KENNELS AND PET SHOPS" [BAB 435* ANJING DAN HAIWAN TEMAN LAIN. KENEL DAN KEDAI HAIWAN PELIHARAAN] (dalam bahasa Inggeris). Perhimpunan Agung Connecticut. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2017. Dicapai pada 13 November 2025.
Sec. 22-357. Damage by dogs to person or property.
- ^ Wisch, Rebecca F.; Conley, Diamond (2025). "Table of Dog Bite Strict Liability Statutes" [Jadual Statut-statut Liabiliti Ketat Gigitan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ Schwartzberg, Hilary M. (2008). "Tort Law in Action and Dog Bite Liability: How the American Legal System Blocks Plaintiffs from Compensation" [Undang-undang Tort Bertindak dan Liabiliti Gigitan Anjing: Cara Sistem Perundangan Amerika Menyekat Plaintif daripada Pampasan]. Connecticut Law Review (dalam bahasa Inggeris). Sekolah Perundangan Universiti Connecticut. 40 (3): 845–882. ISSN 1930-9813.
- ^ Girgen, Jen (2003). "The Historical and Contemporary Prosecution and Punishment of Animals" [Pendakwaan dan Hukuman Terdahulu dan Semasa ke Atas Haiwan]. Animal Law Review (dalam bahasa Inggeris). Joe Christensen, Inc. 9: 97–133. ISSN 1088-8802. S2CID 209765611.
- ^ "People v. Frazier, 173 Cal. App. 4th 613, 92 Cal. Rptr. 3d 794 (2009)" (dalam bahasa Inggeris). Google Scholar. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "LIABILITY OF OWNER FOR DOG BITE (EXCERPT)" [LIABILITI PEMILIK UNTUK GIGITAN ANJING (PETIKAN)] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Undangan Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "TITLE 4: Animals and Animal Husbandry: CHAPTER 4-13: Dogs: SECTION 4-13-16" [TAJUK 4: Haiwan dan Penternakan Haiwan: Bab 4-13: Anjing: SEKSYEN 4-13-16] (dalam bahasa Inggeris). Perhimpunan Agung Rhode Island. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "767.04 Dog owner's liability for damages to persons bitten" [767.04 Liabiliti pemilik anjing untuk kerosakan kepada orang yang digigit] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Undangan Florida. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2019. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "California Code, CIV 3342" [Kanun California, Kanun Sivil 3342.] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Undangan Negeri California. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2018. Dicapai pada 13 November 2025.
- ^ "Priebe v. Nelson, 47 Cal.Rptr.3d 848, 47 Cal. Rptr.3d 553, 39 Cal. 4th 1112 (2006)" (dalam bahasa Inggeris). Google Scholar. Dicapai pada 13 November 2025.
Bacaan lanjut
- Alizadeh, Kaveh; Shayesteh, Ali; Xu, Min Li (Oktober 2017). "An Algorithmic Approach to Operative Management of Complex Pediatric Dog Bites: 3-Year Review of a Level I Regional Referral Pediatric Trauma Hospital" [Pendekatan Algoritme kepada Pengurusan Pembedahan bagi Gigitan Anjing Pediatrik Kompleks: Semakan 3 Tahun bagi Sebuah Hospital Trauma Pediatrik Rujukan Rantauan Tahap I]. Plastic and Reconstructive Surgery – Global Open (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. 5 (10). doi:10.1097/GOX.0000000000001431. ISSN 2169-7574. PMC 5682160. PMID 29184724. S2CID 22069936. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - Daigle, Laurence; Delesalle-Gueri, Léa; Ravel, André; Ford, Barrie; Aenishaenslin, Cécile (18 April 2022). Brookes, Victoria Jane (penyunting). "Occurrence and Risk Factors of Dog Bites in Northern Indigenous Communities: A Scoping Review" [Kejadian dan Faktor Risiko Gigitan Anjing dalam Komuniti Peribumi Utara: Ulasan Meninjau]. Frontiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Frontiers Media. 9. doi:10.3389/fvets.2022.777640. ISSN 2297-1769. PMC 9064469 Check
|pmc=value (bantuan). PMID 35518635 Check|pmid=value (bantuan). S2CID 248231177 Check|s2cid=value (bantuan). Unknown parameter|article-number=ignored (bantuan)
Templat:Senarai serangan anjing maut Templat:Gigitan dan sengatan haiwan









