Penuaan pada anjing berbeza-beza daripada baka kepada baka dan menjejaskan kesihatan dan keupayaan fizikal anjing. Seperti manusia, usia lanjut kerap membawa perubahan dari segi keupayaan anjing untuk mendengar, melihat, dan bergerak dengan mudah. Keadaan kulit, selera, dan paras tenaga kerap merosot dengan usia geriatrik. Keadaan perubatan seperti kanser, kegagalan ginjal, artritis, demensia, dan keadaan sendi dan tanda-tanda lain usia lanjut mungkin muncul.
Profil penuaan anjing berbeza-beza menurut saiz dewasanya (kerap ditentukan oleh bakanya): baka lebih kecil mempunyai jangka hayat purata 10–15 tahun, malah sesetengah anjing melebihi usia 18 tahun; baka sederhana biasanya hidup selama 10 hingga 13 tahun; dan baka anjing gergasi mempunyai jangka hayat minimum paling rendah, dengan purata keseluruhan sebanyak 8 hingga 13 tahun. Baka anjing gergasi mencapai usia dewasa pada usia lebih tua sedikit berbanding dengan baka lebih kecil; baka gergasi mencapai usia dewasa pada usia sekitar dua tahun berbanding dengan norma usia sekitar 13–15 bulan untuk baka lain. Kadar pertumbuhan yang dipercepat yang diperlukan oleh perubahan drastik dari segi saiz yang dipamerkan pada baka gergasi diduga oleh ahli sains dalam American Kennel Club membawa kepada risiko lebih tinggi bagi pertumbuhan sel abnormal dan kanser.[1]
Peristilahan

Istilah "tahun anjing" dan "tahun manusia" kerap digunakan apabila memerihalkan usia anjing. Walau bagaimanapun, terdapat dua cara yang bertentangan secara diametrik untuk mentakrifkan istilah tersebut:
- Satu tatanama lazim menggunakan "tahun manusia" untuk mewakili asas kalendar ketat (365 hari) dan "tahun anjing" untuk menjadi padanan setara bagi tempoh kehidupan anjing, sebagaimana tahun takwim ialah padanan untuk manusia. Dalam sistem ini, anjing berusia 6 tahun akan diperihalkan sebagai anjing yang berusia 6 tahun manusia atau 40–50 (bergantung pada baka) tahun anjing.
- Lagi satu sistem lazim mentakrifkan "tahun anjing" sebagai tahun takwim sebenar (365 hari setiap tahun takwim) bagi kehidupan anjing dan "tahun manusia" sebagai usia padanan bagi manusia.[2] Dengan peristilahan ini, usia anjing berusia 6 tahun diperihalkan sebagai anjing yang berusia 6 tahun anjing atau 40–50 tahun manusia, iaitu suatu pembalikan daripada takrif sebelumnya.
Walau bagaimanapun, tanpa mengira set peristilahan yang digunakan, hubungan antara tahun anjing dengan tahun manusia adalah tidak linear, seperti yang dijelaskan oleh seksyen berikut.
Profil penuaan
Konsep usia anjing dapat diringkaskan kepada tiga jenis:
- Mitos popular — Terdapat kepercayaan popular bahawa satu tahun manusia bersamaan dengan tujuh tahun anjing.[3] Ini adalah tidak tepat kerana anjing kerap membiak pada usia 1 tahun sementara manusia pula hampir tidak pernah membiak pada usia 7 tahun.
- Satu saiz sesuai untuk semua — Salah satu petua ialah bahawa tahun pertama kehidupan anjing bersamaan dengan 15 tahun manusia, tahun kedua pula bersamaan dengan 9 tahun manusia, dan setiap tahun berikutnya bersamaan dengan sekitar 5 tahun manusia.[3] Maka, usia anjing 2 tahun adalah bersamaan dengan usia manusia 24 tahun, sementara usia anjing 10 tahun bersamaan dengan usia manusia 64 tahun. Ini adalah lebih tepat tetapi masih gagal mempertimbangkan saiz/baka, yang merupakan faktor ketara.
- Kalkulator spesifik saiz atau baka — Ini mencuba untuk memfaktorkan saiz atau baka juga. Ini ialah jenis paling tepat. Ini biasanya berfungsi sama ada mengikut berat dewasa jangkaan atau dengan mengkategorikan anjing berkenaan sebagai anjing "kecil", anjing "sederhana", atau anjing "besar".
Tiada satu pun formula untuk penukaran usia anjing kepada manusia yang dipersetujui secara saintifik, walaupun, dalam batasan agak hampir, formula tersebut menunjukkan keserupaan besar. Penyelidik mencadangkan bahawa usia anjing bergantung pada pemetilan DNA yang merupakan proses epigenetik. Perubahan epigenetik berlaku secara tidak linear pada anjing berbanding dengan manusia.[4]
Tekanan pengoksidaan kelihatannya menjadi penentu ketara bagi kelanjutan usia pada anjing baka kecil berbanding dengan anjing baka besar.[5] Kerosakan pengoksidaan kepada DNA dapat diukur dengan mentaksir paras 8-Okso-2'-deoksiguanosina di dalam DNA. Kerosakan pengoksidaan DNA yang diukur pada anak anjing didapati lebih tinggi pada baka anjing lebih besar dengan jangka hayat lebih pendek berbanding dengan kerosakan pengoksidaan DNA pada anjing baka lebih kecil dengan jangka hayat lebih panjang.[5] Hasil keputusan ini mencadangkan bahawa mekanisme pembaikan DNA gagal lebih awal pada anjing baka lebih besar sehinggakan lebih banyak kerosakan DNA tertumpuk lebih awal pada baka ini yang membawa kepada pengurangan kelanjutan usia.[5]
Kematangan emosi berlaku, seperti manusia, sepanjang tempoh lanjut dan secara berperingkat. Seperti di kawasan lain, perkembangan baka gergasi sedikit tertangguh berbanding dengan baka lain dan, seperti manusia, terdapat perbezaan antara usia dewasa dengan kematangan penuh (bandingkan manusia berusia 20 dengan manusia berusia 40 sebagai contoh). Pada semua baka selain baka besar, minat sosioseks bangkit pada usia sekitar 6–9 bulan, menjadi dewasa dari segi emosi pada usia sekitar 15–18 bulan, dan matang sepenuhnya pada usia sekitar 3–4 tahun, walaupun, seperti manusia, pembelajaran dan penambahbaikan berterusan selepas itu.
Menurut Book of Dogs ("Buku Anjing") Universiti California Davis, anjing baka kecil (seperti terier kecil) menjadi geriatrik pada usia sekitar 11 tahun; anjing baka sederhana (seperti spaniel lebih besar) pada usia 10 tahun; anjing baka besar (seperti anjing gembala Jerman) pada usia 8 tahun; dan anjing baka gergasi (seperti anjing besar Denmark) pada usia 7 tahun.[6]
Kelanjutan usia mengikut baka
Jangka hayat biasanya berbeza-beza dalam lingkungan. Sebagai contoh, beagle (purata jangka hayat 13.3 tahun) biasanya hidup sehingga sekitar usia 12–15 tahun dan terier Scotland pula (purata jangka hayat 12 tahun) biasanya hidup sehingga sekitar usia 10–16 tahun. Anjing tentu sah hidup paling lama ialah Bluey, iaitu seekor anjing lembu Australia yang mati pada usia 29 tahun. Bobi, seekor anjing kacuk Alentejo baka tulen jantan, didakwa telah mati pada usia 31 tahun pada tahun 2023.
Dua ekor anjing paling lama hidup dalam rekod, "Bluey" dan "Chilla", merupakan anjing lembu Australia.[7] Ini telah mendorong kajian tentang kelanjutan usia anjing lembu Australia untuk memeriksa sama ada baka itu mungkin mempunyai kelanjutan usia luar biasa. Tinjauan 100 ekor anjing itu menghasilkan kelanjutan usia min sebanyak 13.41 tahun dengan sisihan piawai sebanyak 2.36 tahun.[8] Kajian itu berkesimpulan bahawa, walaupun anjing lembu Australia ialah baka sihat dan hidup lebih lama sebanyak hampir setahun pada purata berbanding dengan kebanyakan anjing daripada baka lain dalam kelas berat sama, usia rekod seperti usia Bluey atau usia Chilla patut dianggap sebagai pengecualian luar ciri dan bukan sebagai penunjuk bagi kelanjutan usia luar biasa lazim untuk keseluruhan baka itu.[8]
Anjing baka rawak (yang juga dikenali sebagai anjing baka kacuk) mempunyai purata jangka hayat sebanyak 13.2 tahun[perlu rujukan] di dunia Barat.
Sesetengah percubaan[9][10] telah dibuat untuk menentukan punca untuk variasi baka dari segi jangka hayat.
Diisih mengikut baka atau kelanjutan usia
Data berikut adalah daripada sebuah kajian tahun 2024 yang diterbitkan dalam Scientific Reports. Jumlah saiz sampel untuk kajian ini ialah sekitar 584,734 ekor anjing unik yang terletak di United Kingdom, 284,734 daripadanya mati.[11]
Faktor yang mempengaruhi kelanjutan usia
Selain baka, beberapa faktor mempengaruhi kelanjutan usia:
- Kekerapan pemberian makan — Penyelidik yang berkenaan dengan Dog Aging Project ("Projek Penuaan Anjing") melaporkan bahawa anjing yang diberi makan sekali sehari adalah lebih sihat pada purata berbanding dengan anjing yang diberi makan dengan lebih kerap. Anjing yang menerima satu hidangan sehari menghidap kurang kecelaruan bagi sistem pergigian, sistem perut usus, sistem otot rangka, sistem ginjal, dan sistem kencing.[12][13]
- Diet — Terdapat sesetengah perselisihan mengenai diet unggul. Lazimnya, anjing senior diberi makan diet anjing senior yang dihasilkan secara komersial. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua ekor anjing mati pada usia 27 tahun dengan diet tidak tradisional: seekor collie sempadan yang diberi diet vegetarian semata-mata[14][15] dan seekor silangan bulterier yang diberi makan terutamanya daging kanggaru dan daging emu.[16] Kedua-dua anjing mati lebih muda sebanyak hanya 2 tahun 5 bulan berbanding dengan anjing kedua terlapor tertua, iaitu Bluey.
- Pemandulan dan peneuteran — Menurut sebuah kajian oleh British Veterinary Association (pengarang A. R. Michell ialah presiden Royal College of Veterinary Surgeons), "Betina terneuter hidup paling lama berbanding dengan anjing yang mati akibat semua punca, walaupun betina lengkap hidup paling lama berbanding dengan anjing yang mati akibat punca semula jadi, sambil jantan terneuter mempunyai jangka hayat terpendek dalam setiap kategori."[17] Peneuteran mengurangkan atau menghapuskan risiko bagi sesetengah punca kematian awal, contohnya piometra pada betina dan kanser buah zakar pada jantan, serta punca tidak langsung bagi kematian awal seperti kemalangan dan eutanasia (anjing utuh berkeliaran dan cenderung untuk menjadi lebih agresif), tetapi mungkin terdapat peningkatan risiko bagi kematian akibat keadaan lain (peneuteran dalam kertas kupasan hanya menunjukkan peningkatan risiko untuk kanser prostat tetapi tidak diulangi dalam kertas-kertas ikutan) pada jantan dan jantan terneuter mungkin mempunyai kadar lebih tinggi untuk kanser salur kencing seperti karsinoma sel peralihan dan adenokarsinoma prostat.[18][19] Patut ada waspada apabila mentafsir hasil keputusan kajian-kajian ini. Ini amat penting apabila mempertimbangkan kekerapan karsinoma sel peralihan dan karsinoma prostat pada anjing jantan berbanding dengan peluang untuk anjing jantan utuh mati akibat berkeliaran (dilanggar oleh kereta atau kecederaan lain), hiperplasia benigna prostat yang menyebabkan abses prostat atau ketidakbolehan untuk kencing (yang menyebabkan eutanasia jika ini tidak dapat diselesaikan dengan terapi) atau eutanasia akibat pergaduhan atau agresi.
- Sebuah lagi kajian menunjukkan bahawa betina termandul hidup lebih lama berbanding dengan betina utuh (purata lebih lama sebanyak 0.8 tahun), tetapi, tidak seperti kajian sebelumnya, tiada perbezaan antara jantan terneuter dengan jantan utuh. Namun, kedua-dua kelompok hidup lebih lama sebanyak 0.4 tahun berbanding dengan betina utuh.[20]
Untuk maklumat lanjut, lihat kesan kesihatan daripada peneuteran.
Sebuah kajian besar tentang kelanjutan usia anjing, yang mempertimbangkan kedua-dua faktor semula jadi dan faktor lain yang mempengaruhi kelanjutan usia, berkesimpulan bahawa:
- [Terjemahan]: "Usia min semasa kematian (semua baka, semua punca) ialah 11 tahun 1 bulan, tetapi, pada anjing yang mati akibat punca semula jadi, usia minnya ialah 12 tahun 8 bulan. Hanya 8 peratus daripada jumlah anjing hidup melebihi 15 tahun dan 64 peratus daripada jumlah anjing mati akibat penyakit atau dieutanasia akibat penyakit. Hampir 16 peratus daripada jumlah kematian berpuncakan kanser, yang dua kali ganda jumlah kematian berpuncakan penyakit jantung. [...] Pada anjing terneuter, kepentingan kanser sebagai punca kematian adalah serupa dengan penyakit jantung. [...] Hasil keputusannya juga termasuk perbezaan baka dari segi jangka hayat, kerentanan terhadap kanser, kemalangan jalan raya, dan masalah tingkah laku sebagai punca euthanasia."[17]
Pada tahun 2024, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports yang melibatkan 584,734 ekor anjing British merentasi lebih daripada 150 baka mendedahkan bahawa baka lebih besar dan baka bermuka rata cenderung untuk mempunyai jangka hayat purata lebih pendek berbanding dengan anjing lebih kecil dan baka muncung memanjang. Anjing betina didapati hidup lebih lama sedikit berbanding dengan anjing jantan.[21]
Kesan penuaan
Pada umumnya, anjing menua dengan cara yang serupa dengan manusia. Tubuhnya mula mengalami masalah yang kurang lazim pada usia lebih muda. Ia lebih terdedah kepada keadaan serius atau keadaan maut seperti kanser, strok, dll. Ia menjadi kurang aktif secara fizikal dan kurang bergerak dan mungkin menghidap masalah sendi seperti artritis. Ia juga menjadi kurang berupaya untuk mengendalikan perubahan, termasuk variasi iklim atau suhu luas dan mungkin menghidap masalah diet atau masalah kulit atau menjadi pekak. Dalam sesetengah kes, inkontinens mungkin berkembang dan kesukaran pernafasan mungkin muncul.
- [Terjemahan]: "Penuaan bermula pada kelahiran, tetapi penjelmaannya tidak ketara selama beberapa tahun. Tanda pertama penuaan ialah penurunan umum bagi paras kegiatan, termasuk kecenderungan untuk tidur lebih lama dan lebih nyenyak, penurunan semangat untuk berjalan lama-lama dan permainan tangkap-tangkap, dan kehilangan minat terhadap hal di dalam rumah."[22]
Dalam kajian kebolehan kognisi pada anjing menua, kualiti seperti penyelesaian masalah, kegalakan, dan sifat suka bermain telah ditunjukkan cenderung untuk berkurang seiring dengan peningkatan usia. Walau bagaimanapun, dalam tugas yang melibatkan motivasi tinggi dan permintaan fizikal rendah, anjing lebih tua telah belajar untuk melaksanakan tugas baharu sebaik anjing lebih muda. Pada usia lanjut, anjing mungkin menghidap demensia, yang dikaitkan dengan amiloid-beta, iaitu suatu protein tersalah lipat yang telah diperhatikan pada kedua-dua anjing dan manusia.[12]
Kesan paling lazim daripada penuaan merupakan:[23]
- Kehilangan pendengaran
- Kehilangan penglihatan (katarak)
- Pengurangan kegiatan, lebih banyak tidur, dan pengurangan tenaga (sebahagiannya disebabkan oleh pengurangan fungsi paru-paru)
- Peningkatan berat (keperluan kalori dapat menjadi lebih rendah sebanyak 30–40% pada anjing lebih tua)
- Pelemahan sistem imun yang membawa kepada jangkitan
- Perubahan kulit (penebalan atau penggelapan kulit, kekeringan yang membawa kepada pengurangan keanjalan, keguguran, atau pemutihan bulu)
- Perubahan pada kaki dan kuku (kuku lebih tebal dan lebih rapuh mempersukar pemangkasan)
- Artritis, displasia, dan masalah sendi lain
- Kehilangan gigi
- Gangguan perut usus (pelapikan perut, penyakit pankreas, sembelit)
- Kelemahan pada otot dan tulang
- Isu kencing (inkontinens pada kedua-dua jantina dan prostatitis/peneranan untuk kencing pada jantan)
- Sista dan tumor buah dada pada betina
- Demensia
- Desir jantung
- Diabetes[24]
Kepentingan diet dalam penuaan
Dengan mengubah nutrisi diet anjing semakin ia menua, penyakit dan kesan sampingan tertentu daripada penuaan dapat dicegah atau diperlahankan.
Sesetengah nutrien dan ramuan penting dalam diet anjing senior termasuk:
- Sumber baik bagi protein[25] untuk memenuhi keperluan protein lebih tinggi[26]
- Glukosamina[27] dan kondroitin sulfat[27] untuk membantu mengekalkan kesihatan sendi dan tulang
- Asid lemak omega-3[28] untuk kesihatan sendi dan tulang serta mengekalkan kesihatan sistem imun
- Kalsium dan fosforus[29] untuk pengekalan struktur tulang
- Pulpa bit[30] dan biji rami[31] untuk kesihatan perut usus
- Fruktooligosakarida dan mananoligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan salur perut usus dengan meningkatkan bilangan bakteria "baik" dan mengurangkan amaun bakteria "buruk"[32]
- Paras sesuai bagi vitamin E dan penambahan L-karnitina untuk menyokong kesihatan otak dan kognisi[33]
- Antioksidan diet seperti vitamin E[34]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Burke, Anna (14 Julai 2016). "How Long Do Dogs Live?" [Selama Manakah Anjing Hidup?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ "Dog Years to Human Years Conversion" [Penukaran Tahun Anjing kepada Tahun Manusia] (dalam bahasa Inggeris). Dog Food Corner. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2013. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ a b "How to Calculate Dog Years to Human Years" [Cara untuk Menghitung Tahun Anjing kepada Tahun Manusia] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 20 November 2019. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Wang, Tina; Ma, Jianzhu; Hogan, Andrew N.; Fong, Samson H.; Licon, Katherine; Tsui, Brian Y.; Kreisberg, Jason Francis; Adams, Peter D.; Carvunis, Anne-Ruxandra; Bannasch, Danika L.; Ostrander, Elaine Ann; Ideker, Trey (2 Julai 2020). "Quantitative Translation of Dog-to-Human Aging by Conserved Remodeling of the DNA Methylome" [Terjemahan Kuantitatif bagi Penuaan Anjing kepada Manusia dengan Pemodelan Semula Terpulihara bagi Metilom DNA]. Cell Systems (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 11 (2): 176–185.e6. doi:10.1016/j.cels.2020.06.006. ISSN 2405-4720. PMC 7484147. PMID 32619550. S2CID 220336069.
- ^ a b c Jimenez, Ana Gabriela; Winward, Joshua D.; Beattie, Ursula Konstantin; Cipolli, William III (25 April 2018). Ling, Feng (penyunting). "Cellular metabolism and oxidative stress as a possible determinant for longevity in small breed and large breed dogs" [Metabolisme sel dan tekanan pengoksidaan sebagai penentu mungkin untuk kelanjutan usia pada anjing baka kecil dan anjing baka besar]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 13 (4): e0195832. Bibcode:2018PLoSO..1395832J. doi:10.1371/journal.pone.0195832. ISSN 1932-6203. PMC 5918822. PMID 29694441. S2CID 19244813.
- ^ Aldrich, Janet (25 Oktober 1995). "Geriatrics" [Geriatrik]. Dalam Siegal, Mordecai (penyunting). UC Davis School of Veterinary Medicine Book of Dogs: A Complete Medical Reference Guide for Dogs and Puppies [Buku Anjing Sekolah Perubatan Veterinar UC Davis: Panduan Rujukan Perubatan Lengkap untuk Anjing dan Anak Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: HarperCollins. ISBN 9780062701367. OCLC 32589720.
- ^ "World's oldest pooch dies" [Anjing tertua di dunia mati]. The Beaver County Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 1984. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ a b Lee, Pascal (Musim Bunga 2011). "Longevity of the Australian Cattle Dog: Results of a 100-Dog Survey" [Kelanjutan Usia Anjing Lembu Australia: Hasil Keputusan Tinjauan 100 Ekor Anjing]. ACD Spotlight. Jil. 4 no. 1. m/s. 96–105.
- ^ McAloney, Camille A.; Silverstein, Kevin Andrew Tang; Modiano, Jaime F.; Bagchi, Anindya (14 Januari 2014). "Polymorphisms within the Telomerase Reverse Transcriptase gene (TERT) in four breeds of dogs selected for difference in lifespan and cancer susceptibility" [Polimorfisme di dalam gen Transkriptase Berbalik Telomerase (TERT) pada empat baka anjing yang terpilih untuk perbezaan jangka hayat dan kerentanan kanser]. BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 10 (1): 20. doi:10.1186/1746-6148-10-20. ISSN 1746-6148. PMC 3904191. PMID 24423165. S2CID 504890.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Dog Aging Project. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b Ogden, Lesley Evans (27 Julai 2022). "Inside the brains of aging dogs" [Di dalam otak anjing menua]. Knowable Magazine (dalam bahasa Inggeris). Annual Reviews. doi:10.1146/knowable-072622-1. ISSN 2575-4459. S2CID 251140538 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Bray, Emily E.; Zheng, Zihan; Tolbert, Mary Katherine; McCoy, Brianah M.; Akey, Joshua Michael; Benton, Brooke; Borenstein, Elhanan; Castelhano, Marta Guilherme Pimentel; Coleman, Amanda E.; Creevy, Kate Elizabeth; Crowder, Kyle; Dunbar, Matthew D.; Fajt, Virginia R.; Fitzpatrick, Annette L.; Jeffery, Unity; Jonlin, Erica C.; Karlsson, Elinor Kathryn; Levine, Jonathan Michael; Ma, Jing; McClelland, Robyn L.; Promislow, Daniel E. L.; Ruple, Audrey; Schwartz, Stephen M.; Shrager, Sandi; Snyder-Mackler, Noah; Urfer von Burgistein, Silvan Roland; Wilfond, Benjamin Simon; Kaeberlein, Matt R.; Kerr, Kathleen F. (28 April 2022). "Once-daily feeding is associated with better health in companion dogs: results from the Dog Aging Project" [Penyuapan sekali sehari dikaitkan dengan kesihatan lebih baik pada anjing pendamping: hasil keputusan daripada Dog Aging Project]. GeroScience (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 44 (3): 1779–1790. bioRxiv 10.1101/2021.11.08.467616. doi:10.1007/s11357-022-00575-7. ISSN 2509-2723. PMC 9213604 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35484470 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 244062115 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Gloria (28 Jun 2011). "Vegetable-Eating Dog Lives to Ripe Old Age of 27" [Anjing Pemakan Sayur Hidup sehingga Usia Lanjut 27 Tahun] (dalam bahasa Inggeris). extremeringdogs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2016. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ "Bramble oldest dog died yesterday" [Bramble anjing tertua mati semalam] (dalam bahasa Inggeris). HighBeam Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2013. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Fickling, David (12 Julai 2004). "'Oldest' dog heads for 27th birthday" [Anjing 'tertua' tuju ulang tahun ke-27] (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ a b Michell, Alastair Robert (27 November 1999). "Longevity of British breeds of dog and its relationships with-sex, size, cardiovascular variables and disease" [Kelanjutan usia baka anjing British dan hubungannya dengan jantina, saiz, pemboleh ubah kardiovaskular, dan penyakit]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 145 (22): 625–629. doi:10.1136/vr.145.22.625. ISSN 2042-7670. PMID 10619607. S2CID 34557345.
- ^ Teske, Erik; Naan, Elaine C.; van Dijk, E. M.; van Garderen, Evert; Schalken, Jack A. (7 November 2002). "Canine prostate carcinoma: epidemiological evidence of an increased risk in castrated dogs" [Karsinoma prostat anjing: bukti epidemiologi bakti risiko meningkat pada anjing terkembiri]. Molecular and Cellular Endocrinology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 197 (1–2): 251–255. doi:10.1016/S0303-7207(02)00261-7. ISSN 1872-8057. PMID 12431819. S2CID 7080561.
- ^ Bryan, Jeffrey N.; Keeler, Matthew R.; Henry, Carolyn J.; Bryan, Margaret E.; Hahn, Allen W.; Caldwell, Charles William (21 Mei 2007). "A population study of neutering status as a risk factor for canine prostate cancer" [Kajian populasi tentang status peneuteran sebagai faktor risiko untuk kanser prostat anjing]. The Prostate (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 67 (11): 1174–1181. doi:10.1002/pros.20590. ISSN 1097-0045. PMID 17516571. S2CID 19384395.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Church, David B.; McGreevy, Paul Damien; Thomson, Peter Campbell; Brodbelt, David C. (25 September 2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" [Kelanjutan usia dan mortaliti anjing berpemilik di England]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. ISSN 1532-2971. PMID 24206631. S2CID 13103255.
- ^ Anthes, Emily (1 Februari 2024). "The Dogs That Live Longest, by a Nose" [Anjing yang Hidup Terlama, dengan Hidung] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Bennett Woolf, Norma. "Taking care of an older dog: Age brings changes in pet behavior and health" [Menjaga anjing tua: Usia membawa perubahan tingkah laku dan kesihatan haiwan peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Canismajor.com. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ "What to Expect as Your Dog Ages" [Yang Perlu Dijangkakan Semakin Anjing Anda Menua] (dalam bahasa Inggeris). PetPlace. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2007. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Paylo, Joan. "Commonly Asked Questions About Senior Dogs" [Soalan Lazim tentang Anjing Senior] (dalam bahasa Inggeris). PetPlace. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2007. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Long, Debra (8 November 2016). "Dietary Protein for Dogs and Cats - The Importance of Digestible Proteins" [Protein Diet untuk Anjing dan Kucing - Kepentingan Protein Boleh Cerna] (dalam bahasa Inggeris). Happy Dog Food. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Churchill, Julia A. (2015). "Nutrition for senior dogs: new tricks for feeding old dogs" (dalam bahasa en). 2015 NAVC/WVC Symposia Proceedings.
- ^ a b Hess, Alex. "Glucosamine & Chondroitin for Arthritis" [Glukosamina dan Kondroitin untuk Artritis] (dalam bahasa Inggeris). Arthritis Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Roush, James K.; Cross, Alan R.; Renberg, Walter C.; Dodd, Chadwick Everett; Sixby, Kristin A.; Fritsch, Dale Allen; Allen, Timothy Arthur; Jewell, Dennis Edward; Richardson, Daniel C.; Leventhal, Phillip S.; Hahn, Kevin A. (1 Januari 2010). "Evaluation of the effects of dietary supplementation with fish oil omega-3 fatty acids on weight bearing in dogs with osteoarthritis" [Penilaian kesan pensuplemenan diet dengan asid lemak omega-3 minyak ikan pada penahan berat pada anjing dengan osteoartritis]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 236 (1): 67–73. doi:10.2460/javma.236.1.67. ISSN 1943-569X. PMID 20043801. S2CID 29309479.
- ^ Gollakner, Rania. "Calcium Supplements" [Suplemen Kalsium] (dalam bahasa Inggeris). VCA Animal Hospitals. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ "Beet Pulp: Its Benefits in Pet Food" [Pulpa Bit: Faedahnya dalam Makanan Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). PetEducation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ "Common Pet Food Ingredients" [Ramuan Lazim Makanan Haiwan Peliharaan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Skaer Veterinary Clinic. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 30 Mei 2025.
- ^ Swanson, Kelly S.; Grieshop, Christine M.; Flickinger, Elizabeth Anne; Bauer, Laura L.; Healy, Hans-Peter; Dawson, Karl A.; Merchen, Neal R.; Fahey, George C. Jr. (1 Mei 2002). "Supplemental Fructooligosaccharides and Mannanoligosaccharides Influence Immune Function, Ileal and Total Tract Nutrient Digestibilities, Microbial Populations and Concentrations of Protein Catabolites in the Large Bowel of Dogs" [Fruktooligosakarida dan Mananoligosakarida Suplemen Mempengaruhi Fungsi Imun, Kebolehcernaan Nutrien Salur Ileum dan Seluruh Salur, Populasi Mikrob, dan Kepekatan Katabolit Protein di Dalam Usus Besar Anjing]. Journal of Nutrition (dalam bahasa Inggeris). American Society for Nutrition. 132 (5): 980–989. doi:10.1093/jn/132.5.980. ISSN 1541-6100. PMID 11983825. S2CID 4452817.
- ^ Roudebush, Philip; Zicker, Steven Curtis; Cotman, Carl Wayne; Milgram, Norton William; Muggenburg, Bruce Al; Head, Elizabeth (1 September 2005). "Nutritional management of brain aging in dogs" [Pengurusan nutrisi bagi penuaan otak pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 227 (5): 722–728. doi:10.2460/javma.2005.227.722. ISSN 1943-569X. PMID 16178393. S2CID 20319031.
- ^ Wander, Rosemary Casey; Hall, Jean A.; Gradin, Joseph L.; Du, Shi-Hua; Jewell, Dennis Edward (1 Jun 1997). "The Ratio of Dietary (n-6) to (n-3) Fatty Acids Influences Immune System Function, Eicosanoid Metabolism, Lipid Peroxidation and Vitamin E Status in Aged Dogs" [Nisbah Asid Lemak Diet (n-6) dengan (n-3) Mempengaruhi Fungsi Sistem Imun, Metabolisme Eikosanoid, Pemperoksidaan Lipid, dan Status Vitamin E pada Anjing Berusia]. Journal of Nutrition (dalam bahasa Inggeris). American Society for Nutrition. 127 (6): 1198–1205. doi:10.1093/jn/127.6.1198. ISSN 1541-6100. PMID 9187636. S2CID 4494014.