
Pemvaksinan atau vaksinasi anjing ialah amalan pemvaksinan haiwan yang diterapkan untuk anjing. Program di bidang ini telah menyumbang kepada kesihatan anjing dan kesihatan awam. Di negara yang mengamalkan pemvaksinan rabies rutin pada anjing, sebagai contoh, rabies pada manusia dikurangkan kepada peristiwa sangat jarang.
Buat masa ini, terdapat "vaksin teras" yang ditakrifkan secara geografi dan syor "vaksin bukan teras" yang dipilih secara individu untuk anjing. Sebilangan kontroversi yang menyelubungi tindak balas buruk terhadap vaksin telah menyebabkan badan berwibawa menyemak garis panduan mereka tentang jenis, kekerapan, dan kaedah/lokasi untuk pemvaksinan anjing.
Syor pemberian vaksin
Pada tahun 2010[1] dan tahun 2011,[2] garis panduan semakan menangani kebimbangan tentang tindak balas vaksin buruk[3] dengan mengubah kekerapan, jenis, kaedah, dan lokasi yang disyorkan untuk pemberian bagi vaksin anjing teras dan vaksin anjing bukan teras.
Jadual umum
Kebanyakan protokol pemvaksinan mengesyorkan satu siri vaksin untuk anak anjing, dengan penggalak vaksin yang diberikan pada usia 11–13 minggu, kemudian pada usia 15–17 minggu, dan selanjutnya. Kekerapan pemvaksinan selepas itu berbeza-beza bergantung pada gaya hidup anjing individu, termasuk:[4]
- ruangan dalam atau ruangan luar
- rancangan perjalanan
- rancangan kenel/asrama
- keadaan penyakit pendasar
- risiko pendedahan lain
- penyakit dan jenis vaksin
Oleh sebab faktor-faktor ini mungkin berubah seiring dengan masa, banyak pertubuhan profesional[4][5] mengesyorkan pemeriksaan tahunan rutin, bilamana rancangan pemvaksinan untuk setiap anjing individu dapat diputuskan semasa perbincangan antara doktor haiwan dengan pemilik anjing.
Jenis
Dalam cadangan tahun 2010 mereka, WSAVA menegaskan kepentingan pemberian vaksin tidak adjuvan bila-bila mungkin, kerana vaksin yang menyertakan agen perangsang imun ini ditunjukkan meningkatkan tindak balas vaksin buruk pada haiwan peliharaan.[1]
Kekerapan
WSAVA juga lebih mengutamakan pengujian serologi berbanding dengan penggalak atau dos pemvaksinan semula yang tidak perlu bagi vaksin teras selepas penggalak awal 12 bulan yang mengikuti siri anak anjing bagi vaksin virus hidup (MLV) terubah suai. Ini kerana vaksin teras menunjukkan korelasi cemerlang antara kehadiran antibodi dengan keimunan pelindung melawan penyakit dan mempunyai tempoh keimunan (DOI) panjang. Ujian antibodi dapat digunakan untuk menunjukkan DOI selepas pemvaksinan dengan vaksin teras, walaupun bukan untuk vaksin bukan teras (seperti parainfluenza).[1]
Kaedah
Kebanyakan vaksin diberikan melalui suntikan subkutis (di bawah kulit) atau suntikan intraotot (ke dalam otot). Pemvaksinan penyakit saluran pernafasan mungkin diberikan secara intrahidung (di dalam hidung) dalam sesetengah kes.
Lokasi
Banyak protokol terkini menunjukkan bahawa vaksin patut diberikan di kawasan spesifik untuk memudahkan pengenalpastian vaksin yang menyebabkan tindak balas buruk dan memudahkan penyingkiran mana-mana sarkoma berkaitan dengan vaksin.[6] Walaupun protokol ini pada mulanya direka untuk kucing, sesetengah protokol serupa berkemungkinan juga dibangunkan untuk anjing.
Di Amerika Utara, doktor haiwan menerima pakai amalan penyuntikan anggota badan tertentu sejauh yang mungkin dari batang badan,[7] contohnya anggota kanan belakang untuk rabies.
Set lokasi ini tidak diterima pakai secara meluas di luar Amerika Utara dan Vaccination Guidelines Group (VGG) di peringkat antarabangsa membuat syor baharu supaya vaksin diberikan:[1]
- di tapak subkutis (dan bukan di tapak intraotot)
- di dalam kulit toraks sisi atau abdomen (untuk eksisi lebih mudah bagi sebarang FISS yang berlaku)
- untuk menghindari kawasan antara skapula atau kawasan interkosta (kerana silang alik bedah lebih meluas diperlukan untuk sarkoma)
- di tapak berbeza pada setiap masa (sama ada dengan lokasi umum setiap spesies setahun atau gambar rajah bagi tempat pemberian pada lawatan spesifik)
Vaksin teras

Vaksin teras ditakrifkan sebagai vaksin yang patut diterima oleh semua anjing, tanpa mengira keadaan. Vaksin teras melindungi haiwan daripada penyakit parah dan mengancam nyawa yang mempunyai taburan global.[1]
Rabies
Syor Amerika Utara tahun 2011[2] menyertakan rabies dalam vaksin teras. Begitu juga, National Association of State Public Health Veterinarians (NASPHV) di Amerika Syarikat memberikan arahan terperinci tentang cara menangani hal yang diperihalkan oleh mereka sebagai masalah kesihatan awam serius dan menyertakan jadual berguna,[8] yang meringkaskan semua vaksin rabies yang dijual di Amerika Syarikat.
Syor VGG antarabangsa tahun 2010 pada umumnya menganggap vaksin rabies sebagai vaksin bukan teras, kecuali di kawasan yang di sana penyakit itu adalah endemik atau jika diwajibkan oleh undang-undang.
CDV/CAV-2/CPV-2
Di banyak lokasi, vaksin rabies diiringi oleh suntikan vaksin gabungan tunggal yang memberikan perlindungan melawan yang berikut:
- CDV (distemper anjing)
- CAV-2 (virus hepatitis anjing atau adenovirus-2)
- CPV-2 (parvovirus anjing)
Vaksin gabungan ini juga mungkin dikenali sebagai DHPP atau DAPP.
Vaksin bukan teras
Vaksin bukan teras ialah vaksin yang diperlukan oleh haiwan yang lokasi geografinya, persekitaran tempatannya, atau gaya hidupnya menjadikannya berisiko untuk menghidap jangkitan spesifik.[1]
- Kecuali di kawasan yang di sana penyakit itu adalah endemik atau jika diwajibkan oleh undang-undang, VGG menganggap vaksin rabies sebagai vaksin bukan teras.
- Kedua-dua protokol vaksin paling terkini[1][2] tidak lagi menganggap parainfluenza anjing sebagai vaksin teras dan telah memindahkan CPiV ke dalam kategori bukan teras.
- Untuk anjing yang dijangka menginap di kenel, ditunjukkan, atau memasuki situasi kenel dalam tempoh 6 bulan, doktor haiwan mungkin mengesyorkan pemberian vaksin melawan bakteria Bordetella, yang menyebabkan penyakit pernafasan yang lazimnya dikenali sebagai "batuk kenel" sebagai tambahan kepada virus parainfluenza anjing (satu lagi agen batuk kenel).[4]
- Pemvaksinan melawan penyakit Lyme, iaitu penyakit yang disebarkan melalui sengkenit rusa, juga ditunjukkan dalam persekitaran tertentu yang mengalami kekerapan kehadiran sengkenit rusa. Penyakit Lyme diketahui menyebabkan ketidakbermayaan, demam, kesengalan, dan, dalam kes yang dibiarkan tidak terawat, kerosakan pada sendi, kelumpuhan, dan kerosakan saraf.
- Untuk anjing yang menghuni/mengunjungi kawasan luar bandar atau kawasan yang kerap dikunjungi oleh hidupan liar, satu lagi vaksin tersedia melawan leptospirosis, iaitu penyakit yang bercirikan kelemahan, pemuntahan, demam, nyeri abdomen, dan kegagalan ginjal dan hati. Leptospirosis berpunca daripada genangan air yang mengandungi air kencing daripada haiwan yang terjangkit dengan bakteria Leptospira dan penyakit ini dapat berpindah kepada manusia melalui air atau makanan terkontaminasi.
Vaksin tidak disyorkan
Vaksin untuk yang berikut pada umumnya tidak disyorkan, kerana kemujaraban tidak terbukti:
- koronavirus anjing
- adenovirus-1 anjing (yang juga menyebabkan tindak balas ketara)
- Giardia
Kontroversi
Tindak balas buruk spesifik dan akibat umum untuk kesihatan dan keimunan jangka panjang kedua-duanya dipetik sebagai sebab untuk mengurangkan kekerapan pemvaksinan haiwan peliharaan.
Garis panduan pemvaksinan tahun 2010 yang diterbitkan oleh WSAVA mengurangkan bilangan vaksin yang patut dianggap sebagai vaksin teras untuk anjing, serta mengesyorkan pemberian vaksin kurang kerap.[1]
Dalam seksyen ringkasan eksekutif, garis panduan WSAVA berhujah sebagai sokongan kepada "pembangunan dan penggunaan ujian ringkas dalam amalan untuk penentuan seropenukaran (antibodi) yang menyusuli pemvaksinan." Mereka juga menyatakan bahawa "Vaksin tidak patut diberikan tanpa keperluan. Vaksin teras tidak patut diberikan dengan lebih kerap daripada setiap tiga tahun selepas suntikan penggalak 12 bulan yang menyusuli siri anak anjing/anak kucing, kerana tempoh keimunan (DOI) ialah berbilang tahun dan mungkin sehingga sepanjang hayat haiwan peliharaan berkenaan." Kritikan surat terbuka tertumpu pada ringkasan kurang bernuansa bagi syor ini dalam jadual yang diberikan untuk garis panduan pemvaksinan, yang dapat memberikan implikasi bahawa pemvaksinan semula patut berlaku setiap tiga tahun.[1]
Tindak balas mudarat
Doktor haiwan dan pemilik juga patut mempertimbangkan faktor yang telah ditunjukkan meningkatkan risiko tindak balas vaksin buruk.[3] Contoh faktor sedemikian termasuk:
- usia,
- bilangan pemvaksinan setiap lawatan pejabat,
- saiz,
- jenis atau ramuan vaksin,
- baka,
- status terneuter,
- kesihatan umum anjing, dan
- sejarah pemvaksinan lampau.
Vaskulitis cetusan vaksin ialah satu bentuk alopesia yang berlaku selepas pemvaksinan, kerap kerana pemvaksinan rabies. Ini mungkin berlaku pada 2–3 bulan selepas pemvaksinan.[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i Day, Michael Joseph; Horzinek, Marian Christian; Schultz, Ronald David (1 Jun 2010). "WSAVA Guidelines for the Vaccination of Dogs and Cats" [Garis Panduan WSAVA untuk Pemvaksinan Anjing dan Kucing]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (6): e1–e32. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00959a.x. hdl:1983/adb89914-b165-4012-9478-4fab8d15cb02. ISSN 1748-5827. PMC 7166980. PMID 20645435. S2CID 219575242.
- ^ a b c Welborn, Link V.; DeVries, John G.; Ford, Richard B.; Franklin, Robert T.; Hurley, Kate F.; McClure, Kent D.; Paul, Michael A.; Schultz, Ronald David (1 September 2011). "2011 AAHA Canine Vaccination Guidelines" [Garis Panduan Pemvaksinan Anjing AAHA 2011]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 47 (5): 1–42. doi:10.5326/JAAHA-MS-4000. ISSN 1547-3317. PMID 21998907.
- ^ a b Moore, George Edward; Guptill-Yoran, Lynn F.; Ward, Michael Patrick; Glickman, Nita W.; Faunt, Karen K.; Lewis, Hugh Bilson; Glickman, Lawrence T. (1 Oktober 2005). "Adverse events diagnosed within three days of vaccine administration in dogs" [Peristiwa-peristiwa buruk yang didiagnosis dalam tempoh tiga hari pemberian vaksin pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 227 (7): 1102–1108. doi:10.2460/javma.2005.227.1102. ISSN 1943-569X. PMID 16220670. S2CID 8625559.
- ^ a b c "Canine and Feline Vaccination Guidelines" [Garis Panduan Pemvaksinan Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Universiti California, Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2012. Dicapai pada 22 Oktober 2025.
- ^ Hoyumpa Vogt, Amy; Rodan, Ilona R.; Brown, Marcus G.; Brown, Scott Alan; Buffington, Charles Anthony; LaRue Forman, M. J.; Neilson, Jacqueline C.; Sparkes, Andrew H. (1 Januari 2010). "AAFP–AAHA: Feline Life Stage Guidelines" [AAFA–AAHA: Panduan Peringkat Hidup Kucing]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 46 (1): 70–85. doi:10.5326/0460070. ISSN 1547-3317. PMID 20045841. S2CID 33915858.
- ^ Eigner, Diane R. "Feline Vaccine Guidelines" [Garis Panduan Vaksin Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Winn Feline Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2006. Dicapai pada 22 Oktober 2025.
- ^ "VAFSTF Vaccine Site Recommendations" [Syor Tapak Vaksin VAFSTF] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2012. Dicapai pada 22 Oktober 2025.
- ^ Brown, Catherine M. (4 November 2011). "Compendium of Animal Rabies Prevention and Control, 2011: National Association of State Public Health Veterinarians, Inc. (NASPHV)" [Kompendium Pencegahan dan Kawalan Rabies Haiwan, 2011: National Association of State Public Health Veterinarians, Inc. (NASPHV)]. MMWR: Recommendations and Reports (dalam bahasa Inggeris). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 60 (RR-6): 1–14. ISSN 1545-8601. JSTOR 24842393. PMID 22052042. S2CID 262963139 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 44. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
Pautan luar
- Day, Michael Joseph; Horzinek, Marian Christian; Schultz, Ronald David (1 Jun 2010). "WSAVA Guidelines for the Vaccination of Dogs and Cats" [Garis Panduan WSAVA untuk Pemvaksinan Anjing dan Kucing]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (6): e1–e32. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00959a.x. hdl:1983/adb89914-b165-4012-9478-4fab8d15cb02. ISSN 1748-5827. PMC 7166980. PMID 20645435. S2CID 219575242.
- Horzinek, Marian Christian (1 Disember 2009). "Vaccination Protocols for Companion Animals: The Veterinarian's Perspective" [Protokol Pemvaksinan untuk Haiwan Pendamping: Sudut Pandangan Doktor Haiwan]. Journal of Comparative Pathology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 142 (Supplement 1): S129–S132. doi:10.1016/j.jcpa.2009.11.001. ISSN 1532-3129. PMID 19954796. S2CID 22502670.
- "UK KENNEL CLUB: VACCINATION ADVICE SHEET" [THE KENNEL CLUB UNITED KINGDOM: LEMBARAN NASIHAT PEMVAKSINAN] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan Anjing American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Ogos 2014. Dicapai pada 11 Mei 2013.
- Brooks, Wendy C. (1 Januari 2001). "Vaccine Information for Dogs, Cats, Puppies and Kittens" [Maklumat Vaksin untuk Anjing, Kucing, Anak Anjing, dan Anak Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Partner. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2014. Dicapai pada 11 Mei 2013.
- Baughan, Loretta. "Are We Over Vaccinating Our Pets?" [Adakah Kita Terlebih Memvaksin Haiwan Peliharaan Kita?] (dalam bahasa Inggeris). Spaniel Journal. Dicapai pada 11 Mei 2013.
- Guerra, Marta A. (15 Februari 2009). "Leptospirosis" [Leptospirosis]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 234 (4): 472–478. doi:10.2460/javma.234.4.472. ISSN 1943-569X. PMID 19222355.
- Radulovic, Bojana (25 Oktober 2022). "Puppy Vaccination Schedule – Shots Your Puppy Needs" [Jadual Pemvaksinan Anak Anjing – Suntikan yang Diperlukan oleh Anak Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Barking Royalty. Dicapai pada 22 Oktober 2025.








