![]() Anjing poi Hawaii (kiri) diukir oleh Louis Choris, sekitar 1816–1817 | |||||||||
Nama lain | ʻĪlio, ʻīlio mākuʻe, anjing Hawaii | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Hawaii Kuno | ||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing poi Hawaii[a] ialah satu baka pupus anjing paria dari Hawaiʻi yang digunakan oleh Orang Asli Hawaii sebagai pelindung rohani bagi kanak-kanak dan sebagai sumber makanan.
Sejarah

Anjing poi Hawaii asli diturunkan daripada anjing Polinesia yang dibawa ke Kepulauan Hawaii oleh orang Polinesia. Kajian genetik tentang kurī New Zealand menunjukkan bahawa asal usul anjing ini (dan, oleh itu, mungkin anjing poi Hawaii) ialah Indonesia. Dengan rujukan ʻīlio dalam bahasa Hawaii, nama moden baka ini diterbitkan daripada poi, iaitu makanan ruji Hawaii yang diperbuat daripada akar kalo (atau keladi) yang dilenyek dan dimasak. Poi lenyek itu digunakan untuk menggemukkan anjing untuk kegunaan sebagai haiwan ternakan, kerana sebarang daging yang diperoleh (sama ada dari darat atau dari laut) dianggap terlalu bernilai untuk digunakan hanya sebagai makanan anjing. Memandangkan kepulauan Hawaii tidak mempunyai mamalia darat besar, selain babi jalang (yang berkemungkinan juga tiba bersama dengan orang Polinesia), anjing poi tidak khususnya diingini atau diperlukan untuk perburuan. Anjing ini tidak pernah dibiakbakakan secara sengaja atau secara spesifik menurut piawaian, tetapi pembiakbakaan terpilih oleh manusia dan pemilihan semula jadi masih terlibat.
Penjelajah Eropah, seperti Kapten Cook, menemukan anjing poi "berperut buncit dan bertungkai pendek" yang sebebasnya dikaitkan dengan babi belaan di kampung. Anjing ini dikatakan mempunyai lapis bulu sangat pendek, dengan pelbagai warna; anjing poi perang dianggap berbeza, cukup untuk diberi nama istimewa. Kepala anjing ini juga, ganjilnya, mempunyai penampilan "penyek", iaitu trait yang kadang-kadang dikaitkan dengan diet anjing ini, walaupun dalam sesetengah cara yang tidak tersebut (mungkin berkaitan dengan nutrisi); memandangkan poi tidak memerlukan pengunyahan banyak untuk dimakan, anjing ini mungkin secara beransur-ansur telah menyahevolusikan keperluan untuk mengekalkan otot temporalis kuat, kerana pengurangan fosa temporal menyebabkan kepala anjing kelihatan "penyek".[b] Oleh itu, anjing poi dianggap kurang bijak dan lembap—kebanyakannya, kelihatannya, kekurangan deria tajam dan pasti bukan anjing pemburu bagus dan tidak mempunyai kegunaan amali di kepulauan itu. Namun yang demikian, ia dikatakan berkeinginan kuat dan sukar untuk dilatih.[1]
Anjing poi ialah baka dwitujuan; ia dibiakbakakan dan digunakan untuk sara diri di kepulauan dan sebagai tangkal bertuah. Tidak sesuai untuk banyak lagi, baka ini merosot sehingga kepupusan kerana kepercayaan penduduk kepulauan dilupakan dan pemakanan daging anjing menjadi tidak bergaya. Seiring dengan masa, anjing bebas merantau dan anjing jalang, yang dibawa oleh peneroka Eropah dan Amerika, saling membiak dengan anjing poi tempatan; menjelang awal abad ke-20, selewat-lewatnya, baka ini telah lenyap sebagai entiti tersendiri.
Gambaran terselamat

Tiada karya seni atau fotograf terselamat daripada sejarah Hawaii yang dikaitkan secara autentik sebagai anjing poi. Seniman Barat kerap menerapkan ciri-ciri Eropah-Amerika dalam penggambaran abad ke-18 mereka tentang anjing di Polinesia dan, menjelang abad ke-19, anjing yang digambarkan adalah daripada baka asing. Kekurangan perincian telah menyebabkan sejarawan meneka karya-karya yang menjadi gambaran realistik bagi baka ini berdasarkan ciri fizikal.[2]
Para penulis Katharine Luomala dan Margaret Titcomb kedua-duanya bersetuju dengan lukisan garisan tidak selesai, yang bertarikh sekitar 1816–1817, oleh seniman Perancis Louis Choris, yang merupakan sebahagian daripada ekspedisi penjelajahan Otto von Kotzebue, mungkin menunjukkan salah seekor anjing di tengah-tengah yang mungkin menyerupai baka pupus ini. Luomala juga mendakwa bahawa seniman Perancis Barthélémy Lauvergne mungkin menangkap seekor anjing dengan trait sama dalam lukisan berwarna Pelabuhan Honolulu pada tahun 1836.[3][4][5]
Petroglif Hawaii purba menggambarkan perwakilan ringkas bagi anjing ini. Petroglif berkenaan kerap menunjukkan ekor melingkar dan telinga runcing yang merupakan ciri baka ini.[3][6]
Program pembiakbakaan
Pada tahun 1967, Jack L. Throp, pengarah Zoo Honolulu, mencuba untuk mengembalikan baka ini melalui pembiakbakaan terpilih anjing tempatan berdasarkan ciri morfologi. Projek ini mengkaji perihal abad ke-18 dan abad ke-19 tentang anjing ini sebelum tahun 1825 dan juga tinggalan-tinggalan rangka terselamat bagi baka purba ini untuk menetapkan piawaian. Daripada ini, mereka memilih anjing tempatan di Hawaii, yang kemudiannya dibiakbakakan untuk trait yang diingini. Menjelang generasi ketiga daripada anjing asli yang dipilih dalam program ini, seekor betina dilahirkan dengan penampilan yang diingini daripada baka purba.[7][8][9][10] Throp, yang mengulas pada tahun 1969, menyatakan:
Zoo Honolulu menjalankan projek pada tahun 1967 untuk mewujudkan anjing Polinesia semula. Tujuan di sebalik projek sedemikian adalah untuk menceritakan kisah kehidupan haiwan di Kepulauan Hawaii dalam pameran hidup Hawaii. Anjing ialah bahagian penting dalam sumbangan orang Polinesia kepada kisah ini.[7]
Program ini dianggap telah dihentikan sejurus selepas itu.[11] Pada tahun 1976, kru di Hōkūleʻa dalam ekspedisi mereka untuk menghidupkan pelayaran bersejarah Polinesia semula di antara Hawaii dengan Tahiti membawa seekor anjing daripada program ini, yang dinamai Hoku.[12]
Kegunaan
Kini, istilah "anjing poi" paling kerap digunakan untuk merujuk anjing baka kacuk, tetapi juga mengatributkan ciri spesifik kepada anjing poi, termasuk kebolehan untuk memakan apa-apa, keinginan kuat, dan penampilan unik yang terdiri daripada baka berlainan. Istilah "anjing poi" juga digunakan secara basahan untuk memerihalkan orang yang mempunyai warisan bercampur, walaupun istilah lebih lazim yang digunakan ialah hapa.[13][14][15]
Lihat juga
- Kurī – baka anjing Polinesia pupus yang asli di New Zealand
- Anjing Marquesas – baka anjing Polinesia pupus yang asli di Kepulauan Marquesas
- Anjing Tahiti – baka anjing Polinesia pupus yang asli di Tahiti di Kepulauan Masyarakat
- Anjing Polinesia
- Anjing jalanan Filipina
- Anjing Taiwan
- Anjing hutan Filipina
- Haiwan dan tumbuhan bela jinak Austronesia
- Senarai baka anjing
- Senarai baka anjing pupus
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤوي هاواي; Hawaii: ʻīlio mākuʻe, ʻīlio mākuʻe, lit. 'anjing, anjing perang'; bahasa Inggeris: Hawaiian poi dog
- ^ Bandingkan kepala tinggi baka anjing laga yang biasanya mempunyai otot temporalis amat kuat yang tercantum dengan fosa temporal besar dan dalam.
Rujukan
- ^ Coren (2006), m/s. 137–168.
- ^ Luomala (1960), m/s. 195–197.
- ^ a b Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 2–3, 5–6.
- ^ Luomala (1960), m/s. 195–197, 209.
- ^ Luomala (1962), m/s. 170–180.
- ^ Luomala (1960), m/s. 197, 216, 221.
- ^ a b Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 22–23.
- ^ Coren (2006), m/s. 138–140.
- ^ Hemmer (1990), m/s. 33–34.
- ^ "To revive early poi dog" [Menghidupkan anjing poi awal semula]. The Honolulu Advertiser (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. 18 Mei 1967.
- ^ Williams (2015), m/s. 30–31.
- ^ Lewis (1978), m/s. 187.
- ^ Sharma (2011), m/s. 122.
- ^ Haas (2011), m/s. 25.
- ^ Reinecke & Tsuzaki (1967), m/s. 110.
Bibliografi
- Coren, Stanley (5 Januari 2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Atria Publishing Group. ISBN 9780743280877. OCLC 61461866.
- Haas, Michael, penyunting (19 Januari 2011). Barack Obama, the Aloha Zen President: How a Son of the 50th State May Revitalize America Based on 12 Multicultural Principles [Barack Obama, Presiden Zen Aloha: Cara Anak Negeri Ke-50 Mungkin Menggiatkan Amerika Semula Berdasarkan 12 Prinsip Berbilang Budaya] (dalam bahasa Inggeris). Santa Barbara, California, Amerika Syarikat: ABC-Clio. ISBN 9780313394034. OCLC 714891924.
- Hemmer, Helmut, penyunting (27 Julai 1990). Domestication: The Decline of Environmental Appreciation [Pembelajinakan: Kemerosotan Penghargaan Alam Sekitar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521341783. OCLC 19814423.
- Lewis, David (1978). The Voyaging Stars: Secrets of the Pacific Island Navigators [Bintang Belayar: Rahsia Pemandu Arah Pulau Pasifik] (dalam bahasa Inggeris). Sydney, New South Wales, Australia: HarperCollins. ISBN 9780002164047. OCLC 4722789.
- Luomala, Ellen Katharine (Julai 1960). "A History of the Binomial Classification of the Polynesian Native Dog" [Sejarah Pengelasan Binomial Anjing Asli Polinesia]. Pacific Science (dalam bahasa Inggeris). University of Hawaiʻi Press. 14 (3): 193–223. hdl:10125/8347. ISSN 1534-6188. S2CID 56055034.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Luomala, Ellen Katharine (April 1962). "Additional Eighteenth-Century Sketches of the Polynesian Native Dog, Including the Maori" [Lakaran Tambahan Abad Kelapan Belas tentang Anjing Asli Polinesia, Termasuk Anjing Maori]. Pacific Science (dalam bahasa Inggeris). University of Hawaiʻi Press. 16 (2): 170–180. hdl:10125/5950. ISSN 1534-6188. S2CID 162964715.
- Reinecke, John E.; Tsuzaki, Stanley Mamoru (Musim Sejuk 1967). "Hawaiian Loanwords in Hawaiian English of the 1930's" [Kata Pinjaman Bahasa Hawaii dalam Bahasa Inggeris Hawaii Tahun 1930-an]. Oceanic Linguistics (dalam bahasa Inggeris). University of Hawaiʻi Press. 6 (2): 80–115. doi:10.2307/3622760. ISSN 1527-9421. JSTOR 3622760. S2CID 147155899.
- Sharma, Dinesh J. (22 September 2011). Barack Obama in Hawaiʻi and Indonesia: The Making of a Global President [Barack Obama di Hawaiʻi dan di Indonesia: Pembikinan Seorang Presiden Global] (dalam bahasa Inggeris). Santa Barbara, California, Amerika Syarikat: ABC-Clio. ISBN 9780313385339. OCLC 548555647.
- Titcomb, Margaret; Wiggin Pukui, Mary Abigail Kawenaʻulaokalaniahiʻiakaikapoliopele Naleilehuaapele (1969). Dog and Man in the Ancient Pacific, with Special Attention to Hawaii [Anjing dan Manusia di Pasifik Purba, dengan Perhatian Khas kepada Hawaii] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: Bishop Museum. ISBN 9780910240109. OCLC 62073.
- Williams, Carys Louisa (2015). For the Love of Dog – A Discussion on Dog Domestication with an Ethnographic Focus on the Islands of the South Pacific [Demi Kasih Anjing – Perbincangan tentang Pembelajinakan Anjing dengan Fokus Etnografi pada Kepulauan di Lautan Pasifik Selatan] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press.
Bacaan lanjut
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing poi Hawaii |
- Bay-Petersen, Jan Lorna (1983). "Competition for resources : the role of pig and dog in the Polynesian agricultural economy" [Persaingan untuk sumber: peranan babi dan anjing dalam ekonomi pertanian Polinesia.]. Journal de la Société des Océanistes (dalam bahasa Inggeris). Société des Océanistes. 39 (77): 121–129. doi:10.3406/jso.1983.2793. ISSN 1760-7256. S2CID 153417106.
- Bryan, William Alanson (1915). Natural History of Hawaii, Being an Account of the Hawaiian People, the Geology and Geography of the Islands, and the Native and Introduced Plants and Animals of the Group [Sejarah Semula Jadi Hawaii, sebagai Keterangan tentang Orang Hawaii, Geologi and Geografi Kepulauan, dan Tumbuhan dan Haiwan yang Asli dan yang Diperkenalkan dalam Kumpulan] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: The Hawaiian Gazette. OCLC 3395236.
- Clark, Geoffrey Richard (April 1997). "Anthropogenic factors and prehistoric dog morphology: a case study from Polynesia" [Faktor-faktor antropogeni dan morfologi anjing prasejarah: kajian kes dari Polinesia]. Archaeology in Oceania (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 32 (1): 124–130. doi:10.1002/j.1834-4453.1997.tb00378.x. ISSN 1834-4453. JSTOR 40387064. S2CID 130521837.
- Day, Arthur Grove (Februari 1951). "How to Talk in Hawaii" [Cara untuk Bercakap di Hawaii]. American Speech (dalam bahasa Inggeris). Duke University Press. 26 (1): 18–26. doi:10.2307/453309. ISSN 1527-2133. JSTOR 453309. S2CID 147618798.
- Hawaiian Humane Society (November 1997). Poi Dogs & Pōpoki [Anjing Poi dan Pōpoki] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: Watermark Publishing. ISBN 9780963115461. OCLC 39089454.
- Luomala, Ellen Katharine (1959). "Polynesian Myths about Maui and the Dog" [Mitos Polinesia tentang Maui dan Anjing]. Fabula (dalam bahasa Inggeris). De Gruyter. 2 (1): 139–162. doi:10.1515/fabl.1959.2.1.139. ISSN 1613-0464. S2CID 161088509.
- Luomala, Ellen Katharine (1960). The Native Dog in the Polynesian System of Values [Anjing Asli dalam Sistem Nilai Polinesia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Columbia University Press. m/s. 190–240. OCLC 16324448.
- Svihla, Arthur (18 Mac 1957). "Dental Caries in the Hawaiian Dog" [Karies Gigi pada Anjing Hawaii] (PDF). Occasional Papers of Bernice P. Bishop Museum (dalam bahasa Inggeris). Bishop Museum Press. 22 (2): 7–13. ISSN 0067-6160.
- Wood Jones, Frederic (12 Februari 1931). "The Cranial Characters of the Hawaiian Dog" [Ciri Tengkorak bagi Anjing Hawaii]. Journal of Mammalogy (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 12 (1): 39–41. doi:10.2307/1373802. ISSN 1545-1542. JSTOR 1373802. S2CID 87410307.