![]() | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing paria Asia Selatan[1] Pye-dog[2] INDog[3] Anjing desi[4] | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Subbenua India[2] | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing paria India,[a] yang juga dikenali sebagai anjing asli India, INDog, nadan,[5][3] pye dog Asia Selatan, desi kutta,[4][5] dan neri kutta,[6] ialah landrace anjing yang asli di subbenua India.[2] Ia mempunyai telinga tegak, kepala berbentuk baji, dan ekor melengkung. Ia mudah dilatih dan kerap digunakan sebagai anjing pengawal dan anjing polis.[7][2] Anjing ini ialah contoh kelompok anjing purba yang dikenali sebagai pye-dog. Terdapat bukti arkeologi bahawa anjing ini hadir di perkampungan India seawal 4,500 tahun lalu.[8]
Walaupun kebanyakan anjing jalanan di subbenua India sebenarnya merupakan pye dog India, nama untuk baka ini kerap salah digunakan untuk merujuk semua anjing terbiar bandar Asia Selatan walaupun pada hakikatnya sesetengah anjing bebas merantau di subbenua India tidak memadani "jenis paria" dan mungkin bukan anjing peribumi tulen tetapi sebaliknya baka kacuk,[2][9] terutamanya di sekeliling lokasi bekas petempatan penjajah Eropah di India, kerana percampuran dengan baka anjing Eropah.[10][11]
Penampilan
Ia ialah anjing bersaiz sederhana dengan binaan segi empat sama hingga segi empat tepat sedikit dan lapis bulu pendek. Anjing ini mempunyai lapis bulu ganda, lapis bulu atas kasar dan lapis bulu bawah lembut. Warna yang paling lazim diperhatikan merupakan perang, daripada perang gelap hingga perang kemerah-merahan, dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih. Hitam padu adalah jarang, tetapi sesetengah anjing berwarna pie. Lapis bulu bercahaya warna, brindle, putih padu, dan tompok jenis dalmatian tidak pernah terlihat dalam populasi-populasi tulen. Ini mungkin tanda percampuran dengan baka moden, kerana ini hanya terlihat pada anjing di bandar dan di tapak lain yang mengalami pengenalan anjing tidak asli.[12]
Kepalanya bersaiz sederhana dan berbentuk baji. Muncungnya runcing dan sama panjang atau lebih panjang sedikit berbanding dengan kepala. Lehernya adi dan sukuan hadapannya tegak. Sukuan belakang pula bersudut minimum. Ligasannya pendek. Matanya berbentuk badam dan berwarna perang gelap. Telinganya terangkat tegak-tegak dan runcing pada hujungnya, dengan pangkal lebar, terletak rendah-rendah pada kepala, dan ekornya melingkar dan terangkat tinggi-tinggi apabila teruja.
Nama





Nama baka ini diberikan semasa Raj British di India sempena suku Paria Kepresidenan Madras.[13] Daripada perkataan bahasa Inggeris India pye atau paë dan perkataan bahasa Hindi pāhī yang memaksudkan "orang luar", anjing paria India kadang-kadang dirujuk sebagai pye dog (juga dieja pie dog atau pi dog) dan anjing asli India.[14] Ia lebih dikenali sebagai desi kutta atau desi dog (yang diterbitkan daripada perkataan bahasa Hindi-Urdu desi, yang memaksudkan "asli"), serta Indi-dog atau In-dog (dengan pelbagai ejaan).[4][15] Ia dirujuk dalam karya Rudyard Kipling sebagai "anjing paria kuning".[16]
Sejarah

Anjing paria India ialah landrace autokton purba yang terdapat di serata India, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Sri Lanka, dan malah menjangkau Asia Selatan.[2][sumber lebih baik diperlukan][17][halaman diperlukan] Tengkorak anjing mirip paria ditemukan di tapak India purba Mohenjo-daro dan seni batu prasejarah yang menggambarkan seekor anjing daripada jenis serupa telah ditemukan di pelindung batuan Bhimbetka.[4][sumber lebih baik diperlukan][18] Ini ditampilkan dalam filem National Geographic Channel, Search for the First Dog, bersama-sama dengan jenis purba lain seperti anjing Kanaan dari Israel dan dingo Australia.[4]
Pye dog India diperkenalkan ke Kepulauan Andaman dengan pengasasan jajahan tahanan di sana, setelah sebelum itu anjing tidak pernah dikenali oleh orang asli Andaman.[19]
Walaupun anjing paria India sangat cerdas dan mudah dilatih, baka ini sengaja direndah-rendahkan semasa Raj British oleh para saudagar yang berhajat untuk menjual baka asing mereka di dalam negara itu.[4] Kepopularannya di Barat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walau bagaimanapun, telah menyebabkan beratus-ratus anjing dieksport keluar dari subbenua India.[20]
Pada tahun 2015, piawaian baka diterbitkan dalam Indian Kennel Gazette, terbitan Kennel Club of India,[5] dan anjing ini telah diiktiraf oleh Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi (PADS), iaitu sebuah kumpulan penggemar sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat.[8]
Sesetengah orang dalam masyarakat memandang anjing ini sebagai risiko dengan mengutip peningkatan populasinya di India dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka menganggap anjing ini sebagai ancaman dan gangguan kerana sentiasa menyalak dan menggigit orang. Bilangan gigitan anjing dan kematian akibat serangan anjing semakin meningkat pada setiap tahun. Memandangkan anjing ini sebahagian besarnya tidak divaksin, ia kerap membawa rabies.[21] Hanya segelintir wilayah pulau di India, contohnya, Kepulauan Andaman dan Nicobar bebas daripada rabies walaupun mempunyai populasi anjing paria. Anjing paria India ialah salah satu baka anjing tertua yang wujud kini.
Perangai
Anjing paria sangat berwaspada dan sosial.[8] Ia digunakan sebagai anjing pengawal dan anjing polis, kerana sangat teritorial dan defensif.[7][2] Ia memerlukan sosialisasi baik semasa muda dan bertahan dengan baik dengan keluarga dan kanak-kanak jika diberi pergaulan sedemikian.[20] Ia amat cerdas dan mudah dilatih; oleh yang demikian, doktor haiwan Premlata Choudhary menyatakan bahawa "desi dog adalah jauh lebih cerdas dan tahan lasak berbanding dengan kebanyakan anjing berpedigri yang untuknya orang membelanjakan sedemikian banyak wang."[20]
Kesihatan
Sebagai baka yang ber-evolusi secara semula jadi, ia mempunyai sangat sedikit kebimbangan kesihatan dan bertahan hidup dengan penyelenggaraan minimum dalam iklim sesuai.[2] Kulitnya memerlukan sangat sedikit pendandanan dan anjing ini sendiri agak bersih.[2] Ia mempunyai sedikit bau badan.[4][2] Penyakit kesihatan genetik seperti displasia pinggul adalah amat jarang, kerana tiada pembiakbakaan dalam dan gen-gen dominan yang membantu kemandiriannya dipilih secara semula jadi seiring dengan masa.[2] Kebanyakan kematian berlaku akibat kemalangan di jalan raya dan di landasan kereta api, kebuluran, minum air tercemar, tumor pada badan, gigitan ular, atau bahaya daripada manusia.[22]
Galeri
-
Indie dog bela jinak
-
Seekor anjing paria India di Bengaluru
-
Seekor anjing paria India terbiar
-
Anjing paria terbiar di India
-
Anjing paria
-
Anak anjing
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Senarai baka anjing dari India
- Anjing Telom
- Anjing pemburu Sinhala
- Lembu terbiar
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤاريا اينديا; bahasa Inggeris: Indian pariah dog
Rujukan
- ^ van Asch, Barbara; Zhang, Aibing; Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F. C.; Amorim dos Santos, António Manuel; Savolainen, Carl Peter Olavi (7 September 2013). "Pre-Columbian origins of Native American dog breeds, with only limited replacement by European dogs, confirmed by mtDNA analysis" [Asal usul pra-Columbus bagi baka anjing asli Amerika, dengan hanya penggantian terbatas oleh anjing Eropah, disahkan oleh analisis mtDNA]. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 280 (1766): 20131142. doi:10.1098/rspb.2013.1142. ISSN 1471-2954. JSTOR 23478920. PMC 3730590. PMID 23843389. S2CID 18913715.
- ^ a b c d e f g h i j k Vellampalli, Jaya (13 Januari 2018). "Why the Indian Pariah is a perfect pet" [Sebabnya anjing paria India ialah haiwan peliharaan sempurna] (dalam bahasa Inggeris). Telangana Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2019. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ a b "INDog: The INDog (Indian Native Dog, Indian Pariah Dog)" [INDog: INDog (Anjing Asli India, Anjing Paria India)] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ a b c d e f g Choudhury-Mahajan, Lina (12 Julai 2011). "Paws for thought" (dalam bahasa Inggeris). Hindustan Times. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ a b c "Article on the Indian Native Dog in the Kennel Gazette, Kennel Club of India, July 2015" [Rencana tentang Anjing Asli India dalam Kennel Gazette, Kennel Club of India, Julai 2015] (dalam bahasa Inggeris). INDog Project. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ "Kolkata's stray 'Neri' dog proves herself in the dog squad!" [Anjing neri terbiar Kolkata buktikan diri dalam skuad anjing!] (dalam bahasa Inggeris). Get Bengal. 2 Mac 2019. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ a b Mukherjee Pandey, Jhimli (5 Mac 2019). "Kolkata: Rescued street pup trains her way into elite dog squad" [Kolkata: Anjing jalanan yang diselamatkan latih diri ke dalam skuad anjing elit] (dalam bahasa Inggeris). The Times of India. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ a b c "INDog Project" (dalam bahasa Inggeris). INDog Project. Dicapai pada 6 September 2013.
- ^ "Opening doors to what we call pariah" [Membuka pintu kepada perkara yang kita panggil paria] (dalam bahasa Inggeris). The Telegraph. 27 November 2005. Dicapai pada 17 Mei 2025.
A pariah is a desi dog, while a stray is an ownerless dog and a mongrel is a mixed breed. In India, most strays are pariah dogs or mongrels.
- ^ Shannon, Laura M.; Boyko, Ryan H.; Castelhano, Marta Guilherme Pimentel; Corey, Elizabeth; Hayward, Jessica J.; McLean Boyko, Corin; White, Michelle E.; Abi Said, Mounir R.; Anita, Baddley Ashton; Bondjengo Ikombe, Nono; Calero Flores, Jorge A.; Galov, Ana; Hedimbi, Marius; Imam, Bulu; Khalap, Rajashree; Lally, Douglas; Masta, Andrew; Oliveira, Kyle C.; Alba Pérez, Lucía del Carmen; Randall, Julia; Nguyễn, Minh Tâm; Trujillo Cornejo, Francisco Javier; Valeriano, Carlos; Sutter, Nathan B.; Todhunter, Rory J.; Bustamante, Carlos Daniel; Boyko, Adam R. (19 Oktober 2015). Hillis, David Mark (penyunting). "Genetic structure in village dogs reveals a Central Asian domestication origin" [Struktur genetik pada anjing kampung mendedahkan asal usul pembelajinakan di Asia Tengah]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 112 (44): 13639–13644. Bibcode:2015PNAS..11213639S. doi:10.1073/pnas.1516215112. ISSN 1091-6490. JSTOR 26465666. PMC 4640804. PMID 26483491. S2CID 25838920.
- ^ Boyko, Ryan H.; Boyko, Adam R. (24 Disember 2013). "8-Dog conservation and the population genetic structure of dogs" [8-Pemuliharaan anjing dan struktur genetik populasi anjing]. Dalam Gompper, Matthew Edzart (penyunting). Free-ranging Dogs & Wildlife Conservation [Anjing Bebas Merantau dan Pemuliharaan Hidupan Liar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Oxford University Press. m/s. 185–210. doi:10.1093/acprof:osobl/9780199663217.003.0008. ISBN 9780191810183. OCLC 868971167.
- ^ "Types of Dog Breed Lists That You Never Knew About" [Senarai Jenis Baka Anjing yang Belum Pernah Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). Meramaal. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2018. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Chakrabarti, Pratik (1 Jun 2010). "Beasts of Burden: Animals and Laboratory Research in Colonial India" [Haiwan Beban: Haiwan dan Penyelidikan Makmal di India Kolonial]. History of Science (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 48 (2): 125–151. Bibcode:2010HisSc..48..125C. doi:10.1177/007327531004800201. ISSN 1753-8564. PMC 2997667. PMID 20582325. S2CID 26364595.
- ^ "pye-dog". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Purkayastha, Bandana (8 Jun 2005). Negotiating Ethnicity: Second-generation South Asian Americans Traverse a Transnational World [Merundingkan Keetnikan: Orang Asia Selatan Amerika Generasi Kedua Mengharungi Dunia Transnasional] (dalam bahasa Inggeris). New Brunswick, New Jersey, Amerika Syarikat: Rutgers University Press. m/s. 53. ISBN 9780813537801. OCLC 64187796.
Desi is a Hindi/Urdu term for South Asian native
- ^ Kipling, Joseph Rudyard (1894). The Jungle Book [Anak Didikan Rimba] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Kumud (1995). Handicrafts in the Indus Valley Civilization [Kraf Tangan dalam Tamadun Lembah Indus] (dalam bahasa Inggeris). Patna, India: Janaki Prakashan. ISBN 9788185078878. OCLC 33044726.
- ^ Joshi, Abhishek (9 April 2020). "7 reasons why the Indian pariah dog is best for Indian home?" [7 sebab anjing paria India paling sesuai di rumah India] (dalam bahasa Inggeris). Dog with Blog. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Cipriani, Lidio (1966). The Andaman Islanders [Orang Kepulauan Andaman] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Frederick A. Praeger. m/s. 81. OCLC 180760.
- ^ a b c Sharma, Purnima (13 Februari 2017). "Desi stray dogs are finding loving homes thousands of miles away from the mean streets of India" [Anjing terbiar desi temukan rumah penyayang beribu-ribu batu jauh dari jalanan kejam India] (dalam bahasa Inggeris). Quartz. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Harris, Gardiner (7 Ogos 2012). "Where Streets Are Thronged With Strays Baring Fangs" [Di Sana Jalanan Disesaki oleh Anjing Terbiar yang Menayangkan Taring] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Pandey, Ashish (1 Ogos 2021). "Over 300 dogs poisoned to death by Andhra village panchayat, alleges activist" [Lebih 300 anjing diracuni sampai mati oleh panchayat kampung Andhra, dakwa penggiat] (dalam bahasa Inggeris). India Today. Dicapai pada 17 Mei 2025.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing paria India |
- "INDog Project" (dalam bahasa Inggeris). INDog Project. Dicapai pada 6 September 2013.
- "About PADS" [Tentang PADS] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- "Life as a pariah sees it" [Kehidupan sebagaimana yang dipandang oleh paria] (dalam bahasa Inggeris). The Times of India. 8 April 2018. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- Pandey, Aditya (1 Oktober 2023). "Dogs Breed In India" [Baka Anjing di India] (dalam bahasa Inggeris). Trending Newswala. Dicapai pada 17 Mei 2025.