Keragaman sederhana, berbulu dawai | |||||||||||||
| Nama lain | Anjing pemburu sarang arnab Portugis | ||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Portugal | ||||||||||||
| |||||||||||||
| |||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||
Podengo Portugis atau anjing pemburu sarang arnab Portugis[a] ialah satu baka anjing Portugis daripada jenis anjing pemburu sarang arnab. Sebagai baka, podengo terbahagi kepada tiga kategori saiz yang tidak dibiakbakakan secara bersilang: kecil, sederhana, dan besar. Lapis bulunya sama ada pendek dan licin atau panjang atau mirip dawai. Keragaman berbulu licin adalah tradisional, sementara keragaman berbulu dawai terhasil daripada asimilasi pelbagai baka lain semasa abad kedua puluh.[perlu rujukan]
Sejarah
Pada Zaman Pertengahan, anjing pemburu di Portugal dikenali secara kolektif sebagai podengo de mostra ("podengo penuding"). Anjing jenis ini digunakan untuk membunuh tikus di dalam karavel laut Portugis.[1]:248
Pengiktirafan podengo sebagai baka homogen bermula pada awal abad kedua puluh.[1]:248 Piawaian baka untuk keragaman besar bertarikh dari tahun 1953.[2]
Perihal
Podengo Portugis dibiakbakakan dalam tiga keragaman saiz: besar, sederhana, dan kecil.[3][4]:384 Menurut piawaian baka, yang besar berdiri setinggi 55–70 sentimeter (22–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 20–30 kilogram (44–66 lb), yang sederhana berdiri setinggi 40–54 sentimeter (16–21 in) dan berukuran seberat 16–20 kilogram (35–44 lb), dan yang kecil pula berdiri setinggi 20–30 sentimeter (8–12 in) dan berukuran seberat 4–6 kilogram (9–13 lb).[5]
Kegunaan
Podengo mempunyai kesemendaan untuk buruan, tanpa mengira saiz. Keragaman besar digunakan terutamanya untuk kelinci, sama ada secara bersendirian atau secara berpasangan;[6]:86[4]:384 ia mungkin juga digunakan untuk mengejar rusa.[7]:21 Keragaman sederhana dan keragaman kecil biasanya berburu dalam kawanan untuk arnab,[6]:86 tetapi mungkin juga digunakan secara bersendirian.[4]:384
Catatan
- ^ Jawi: ڤوديڠݢو ڤورتوݢيس; Portugis: podengo português; bahasa Inggeris: Portuguese podengo, Portuguese warren hound
Rujukan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Podengo Portugis |
- ^ a b "Catálogo Oficial de Raças Autóctones Portuguesas" [Katalog Rasmi Baka Autokton Portugal] (pdf) (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Direção-Geral da Alimentação e Veterinária. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 6 September 2025.
- ^ "Cães - Raça Podengo Português Grande" [Anjing - Baka Podengo Portugis Besar] (dalam bahasa Portugis). Vale de Santarém, Portugal: Sociedade Portuguesa de Recursos Genéticos Animais. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2025. Dicapai pada 6 September 2025.
- ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c Hamilton, Ferelith; Jones, Arthur Frederick (1971). The World Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Dunia tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. ISBN 9780883653029. OCLC 1693894.
- ^ "Podengo Português" [Podengo Portugis] (dalam bahasa Portugis). Lisbon, Portugal: Clube Português de Canicultura. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2025. Dicapai pada 28 Mac 2025.
- ^ a b Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- ^ Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.








