![]() Alopekis putih | |||||||||||||
Negara asal | Greece | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Alopekis[a] ialah satu landrace anjing kecil, purba, dan primitif dari Greece dan rantau bersebelahan di Semenanjung Balkan. Alopekis mempunyai telinga mencucuk, ekor melengkung, dan lapis bulu ganda.[1] Alopekis dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna, yang berfungsi sebagai anjing pemburu, anjing pengawas, dan anjing gembala.[2] Anjing ini terdapat di serata Greece tetapi paling lazim terlihat di rantau Yunani utara dengan banyak tanah ladang dan kampung, seperti Serres, Drama, dan Xanthi.[3] Sebagai baka terancam genting, bilangan tepat spesimen yang masih kekal kini tidak diketahui.[2]
Baka ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan bahasa Yunani Kuno ἀλωπεκίς (alōpekís) memaksudkan "kacukan antara rubah dengan anjing".[5] Sumber purba seperti Aristophanes juga memerihalkannya sebagai "κυναλώπηξ" (kunalṓpēx), yang mempunyai maksud sama.[6][7] Anjing ini mempunyai banyak nama tambahan termasuk alepuditsa, alepudoskylo, venetaki, zacharoskylo, moropa, bombis atau bouboudi, tsoupi atau tsupaki, dan fneli / fnoudi (simpulan bahasa tempatan).[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembelajinakan anjing alopekis di Greece bertarikh sebelum era Mykenai, iaitu 1750 SM.[8] Gambaran terawal datang dari era pasca-Paleolitik / Neolitik (Yunani Neolitik 3000 SM). Ada pitos terukir dari Thessalia yang mempunyai coretan dengan siluet ciri alopekis dan berada di muzium arkeologi di Athens. Penemuan ini menempatkan baka ini dalam zaman sejarah sama dan di kawasan geografi sama dengan orang Pelasgos. Ini ialah gambaran tertua tentang anjing di Greece. Penemuan serupa juga didapati di Rafina dan bertarikh dari Zaman Gangsa Awal (2500–2100 SM).[9][8][3]
Pengarang klasik Yunani Kuno menyebut baka ini, termasuk Aristoteles, Xenophon, dan Aristophanes. Xenophon memerihalkan alopekis sebagai salah satu daripada dua contoh utama Yunani bagi anjing pemburu dalam karya beliau Cynegeticus.[10] Pengarang purba termasuk Xenophon percaya bahawa alopekis dicipta dengan mengawankan anjing dengan rubah.[10][11]
Alopekis telah mengalami pengurangan besar dari segi populasi, sebahagiannya kerana pemandulan besar-besaran anjing di sesetengah rantau untuk mengurangkan bilangan anjing terbiar. Masih terdapat populasi kecil di Greece Utara.[3] Kumpulan asli Yunani kini sedang berusaha untuk memelihara baka ini.[3]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]
Alopekis adalah kecil, mirip rubah, berbulu agak pendek, dengan kepala berbentuk baji, telinga tegak, dan ekor berbentuk sabit.[12] Tubuhnya adalah lebih panjang berbanding dengan ketinggiannya.[12] Alopekis dikelaskan sebagai anjing primitif: ia mempunyai kegigian nalar dan binaan dan jenis badan mesomorfik dan bersimetri, dengan ekor melengkung atau separa bulat. Individu biasa tidak menunjukkan kekerdilan. Tubuhnya tegap dan anggotanya tidak pendek dengan ketara (dan kaki belantan perolehan ialah ciri yang tidak diingini). Perkadaran baka menunjukkan model pengecilan saiz progresif melalui evolusi, penyesuaian, dan pemilihan buatan.[13]
Alopekis berketinggian purata 25–30 sentimeter (9.8–11.8 in) pada paras kelasa dengan berat purata 4–7 kilogram (8.8–15.4 lb).[8] Baka ini mempunyai tiga jenis lapis bulu ganda: a) lapis bulu pendek, keras, dan licin; b) lapis buku separa panjang, berjumbai, dan kasar; dan c) lapis bulu separa panjang, keras, mirip dawai.[12] Lapis bulunya biasanya tidak nipis, jarang, lembut dan mirip sutera, dan lapis bulu bawah penebat perlindungan juga ada, kerana ini ialah baka utiliti umum bersaiz kecil-sederhana teguh yang patut mampu hidup di ruangan luar dengan selesa. Lapis bulunya mudah didandani dan tekstur dan kualiti lapis bulunya membantu untuk memastikan kebersihannya.[12] Alopekis bersifat sangat bersih dan membersihkan diri dengan kerap dan tekun. Semua warna dan gabungan warna boleh diterima, kecuali ketiadaan pigmen (balar). Warna paling lazim merupakan putih, hitam, perang, dan dwiwarna (hitam dan putih, putih dengan tompok hitam atau perang, hitam dengan tanda putih, perang dengan tanda berapi-api), dan kurang kerap keputih-putihan, kuning pucat, dan warna lain.[12]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Sebagai pendamping, alopekis adalah sangat patuh, pendiam, dan setia kepada pemiliknya.[12] Alopekis biasanya sangat ekspresif dan ramah terhadap manusia, namun ia merupakan anjing berwaspada yang melindungi haiwan ladang lain dan baik dengan kanak-kanak.[12] Alopekis juga merupakan pemburu bagus, terutamanya terhadap haiwan perosak seperti tikus.[2][12] Alopekis ialah anjing bertenaga tinggi yang mampu menempuh jarak sangat jauh.[12][2] Ia merupakan anjing serba guna yang sesuai untuk sama ada rumah bandar atau rumah luar bandar dan sedia menyesuaikan diri sebagai pendamping untuk semua peringkat umur.[12][8][2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]
Populasi alopekis wujud di serata Greece sehingga baru-baru ini dan salah satu kegunaan tradisionalnya ialah pembasmian rodensia seperti tikus dan mencit, serta perlindungan ayam itik daripada rubah, jakal, dan feret.[2] Dengan saiz kecil-sederhananya, alopekis selesa bersarang bersama-sama dengan ayam dan itik di reban ayam belakang rumah dan juga hidup bersama dan bekerja dengan baik dengan anjing gembala Yunani dan anjing penjaga haiwan ternakan yang lebih besar, seperti molossus, di ladang.[14] Baka ini ialah anjing pengawas cemerlang, yang menunjukkan keberanian dan kekuatan apabila diperlukan.[12]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Studdert, Virginia P.; Gay, Clive Collins; Blood, Douglas Charles (9 Disember 2011). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary [Kamus Komprehensif Veterinar Saunders] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Edinburgh, United Kingdom: Saunders. m/s. 37. ISBN 9780702047442. OCLC 882772252.
- ^ a b c d e f g "Κινδυνεύει με εξαφάνιση ο αρχαιοελληνικός σκύλος "Αλωπεκίς"" [Anjing Yunani Kuno "alopekis" diancam kepupusan] (dalam bahasa Greek). News.gr. 8 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b c d "Αρχαιοελληνική ράτσα σκύλου «ζει και κινδυνεύει»" [Baka anjing Yunani Kuno "hidup dan terancam"] (dalam bahasa Greek). Athens, Greece: To Vima. 8 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ "FCI breeds nomenclature" [Tatanama baka FCI] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ "ἀλωπεκίς". Greek Word Study Tool (dalam bahasa Inggeris). Universiti Tufts. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Smith, William (penyunting). "Philo'stratus". Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology (dalam bahasa Inggeris). Universiti Tufts. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ "κυναλώπηξ". Greek Word Study Tool (dalam bahasa Inggeris). Universiti Tufts. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b c d "Древнейшая в Греции порода собак алопекис вымирает" [Baka anjing paling purba di Greece semakin pupus] (dalam bahasa Rusia). RIA Novosti. 11 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2023. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ "8902" (dalam bahasa Greek). Muzium Arkeologi Kebangsaan. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2017. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b Xenophon. The Sportsman on Hunting [Olahragawan dalam Perburuan] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Dakyns, Henry Graham. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2021. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Aristoteles. Aristotle's History of Animals [Sejarah Haiwan Karya Aristoteles] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Cresswell, Richard. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2023. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ a b c d e f g h i j k "Πρότυπο Φυλής Αλωπεκίς" [Piawaian Baka Alopekis] (dalam bahasa Greek). Dogpark.gr. 6 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2022. Dicapai pada 3 Mei 2025.
- ^ Sutter, Nathan B.; Bustamante, Carlos Daniel; Chase, Kevin; Gray, Melissa Marie; Zhao, Keyan; Zhu, Lan; Padhukasahasram, Badri K.; Karlins, Eric; Davis, Sean R.; Jones, Paul Glyn; Quignon, Pascale; Johnson, Gary Steven; Parker, Heidi G.; Fretwell, Neale; Mosher, Dana S.; Lawler, Dennis Frank; Satyaraj, Ebenezer; Nordborg, Magnus; Lark, Karl Gordon; Wayne, Robert Keith; Ostrander, Elaine Ann (6 April 2007). "A Single IGF1 Allele Is a Major Determinant of Small Size in Dogs" [Satu Alel IGF1 Tunggal Ialah Penentu Besar bagi Saiz Kecil pada Anjing]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 316 (5821): 112–115. Bibcode:2007Sci...316..112S. doi:10.1126/science.1137045. ISSN 0036-8075. JSTOR 20035961. PMC 2789551. PMID 17412960. S2CID 5079573.
- ^ "Αλωπεκίδες" [Alopekis] (dalam bahasa Greek). alopekis.gr. Dicapai pada 3 Mei 2025.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alopekis |
- Wichmann, Anna (13 Mei 2021). "Greece's New Pet Law May Threaten Ancient Greek Dog Breed Alopekis" [Undang-undang Haiwan Peliharaan Baharu Greece Mungkin Ancam Baka Anjing Yunani Kuno Alopekis] (dalam bahasa Inggeris). Greek Reporter. Dicapai pada 3 Mei 2025.