![]() Bully Amerika | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | American bully | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Am. bully Bully | ||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bully Amerika atau American bully[a] ialah satu baka anjing moden yang dikembangkan sebagai anjing pendamping dan pada asalnya dipiawaikan dan diiktiraf sebagai baka pada tahun 2004 oleh American Bully Kennel Club (ABKC).[1][2] Piawaian baka terbitan mereka memerihalkan anjing ini sebagai anjing yang memberikan "kesan kekuatan hebat untuk saiznya".[3]
Kebanyakan kelab kenel antarabangsa utama tidak mengiktiraf bully Amerika sebagai baka terpisah, termasuk The Kennel Club United Kingdom, American Kennel Club, dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (persekutuan antarabangsa kelab kenel dan pejabat pendaftaran baka tulen kebangsaan).[4][5][6][7][8] Pada tahun 2008, bully Amerika diiktiraf oleh European Bully Kennel Club (EBKC) dan pada 15 Julai 2013 oleh United Kennel Club (UKC).[9]
Perangai pada anjing dewasa sangat bergantung pada pelatihan dan baka ini dapat menjadi sangat kuat menuntut dan perlu dilatih dengan betul. Oleh sebab saiz, kekuatan, dan paras agresi pada bully Amerika, kawalan perundangan ke atas pemilikan baka ini wujud di beberapa buah negara.
Penampilan
Piawaian baka United Kennel Club (UKC) dan piawaian baka American Bully Kennel Club (ABKC) adalah serupa, kecuali ABKC mengiktiraf empat keragaman saiz, berdasarkan ketinggian (Piawai, Poket, XL, dan Klasik), sementara UKC mengiktiraf hanya satu saiz piawai.[1][3][9]
Semua anjing dikelaskan dan ditunjukkan sebagai anjing piawai sehingga mencapai usia setahun. Dari situ, ia dipisahkan mengikut keragaman dan ditunjukkan dalam persaingan dengan jenis sendiri.
Piawai

Jenis piawai bully Amerika ialah anjing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot besar padat, struktur tulang berat, dan kepala gempal. Anjing jantan mesti setinggi 17–20 in (43–51 cm), sementara betina pula mesti setinggi 16–19 in (41–48 cm) pada paras kelasa.
Poket

Jenis "poket" ialah varian lebih kecil dengan jantan dewasa sepenuhnya yang setinggi 14–17 inci (36–43 cm) dan betina yang setinggi 13–16 inci (33–41 cm) pada paras kelasa.
XL

Jenis XL ditentukan oleh ketinggian dewasanya dengan jantan yang setinggi 21–23 inci (53–58 cm) dan betina yang setinggi 19–22 inci (48–56 cm) pada paras kelasa.
Klasik
Anjing klasik ialah anjing berbingkai lebih ringan daripada anjing piawai, tetapi berada dalam julat ketinggian sama. Anjing ini tidak memaparkan ciri-ciri berlebihan yang kerap terdapat pada keragaman lain dan dapat dikatakan memaparkan zuriat lebih jelas daripada pitbulterier Amerika/terier Staffordshire Amerika.[10][sumber lebih baik diperlukan]
Saiz tidak piawai
Di luar piawaian baka, anjing yang lebih pendek atau lebih tinggi daripada variasi-variasi tersebut telah dibiakbakakan. Anjing lebih kecil kadang-kadang dipanggil "mikro" dan yang lebih besar dipanggil "XXL", tetapi kedua-duanya tidak diiktiraf oleh kelab kenel sebagai keragaman sah.
Perangai
Bully Amerika ialah baka yang sangat mudah menyesuaikan diri dan dapat dilatih.[11] Banyak anjing, walaupun bertindak sebagai anjing riba di rumah, cemerlang dalam sukan seperti penarikan berat dan flirt pole. Agresi terhadap manusia tidak digalakkan dalam piawaian baka.[12] Para pembiak baka telah mengakui bahawa bully Amerika dapat menjadi sangat berbahaya jika dibesarkan atau dibiakbakakan dengan tidak betul.[11]
Kesihatan
Masalah kesihatan berbeza-beza dalam baka ini dan menjangkau seluruh spektrum, dengan sesetengah keragaman yang ditimpa oleh masalah, dan yang lain yang didokumenkan dengan baik untuk kesihatan dan kualiti.[13] Pengujian bukan hal lazim pada baka ini seperti yang pada baka lebih lama, walaupun penskoran pinggul dan siku merupakan yang paling kerap dilakukan. Mata ceri, ektropion, dan entropion kerap terlihat menjejaskan mata, sementara sindrom pernafasan brakisefalik dapat terlihat pada anjing bermuncung lebih pendek.[2][7][8][14]
Terdapat kecacatan genetik yang dikaitkan dengan pewarnaan merle pada lapis bulu yang termasuk peningkatan kadar kepekakan dan kebutaan.[14][15][16] Piawaian baka United Kennel Club untuk bully Amerika menyenaraikan pewarnaan lapis bulu merle dan mata biru sebagai ciri penyingkir.[9] American Bully Kennel Club dahulunya menyenaraikan warna lapis bulu merle sebagai ciri penyingkir[1] tetapi piawaian baka terkini telah mengeluarkan penyingkiran ini.[3]
Purata jangka hayat ialah 8–13 tahun.[2][7][8][14][17]
Sejarah
Bully Amerika, seperti yang dikenali kini, memulakan perkembangan tahun 1980-an dengan majoriti produk tingkah laku dan estetik akhir yang telah diselesaikan pada tahun 1990-an.[6] Baka ini pertama kali diiktiraf oleh kelab bakanya, American Bully Kennel Club (ABKC), pada tahun 2004.[1] Pejabat pendaftaran ini mula-mula bertindak sebagai cara untuk mendokumenkan pedigri dan menunjukkan baka berpandukan piawaian bertulisnya. Menurut ABKC, keinginan awal untuk baka ini adalah untuk menghasilkan anjing dengan dorongan pemangsa lebih rendah dan lebih banyak trait dan ciri "bully" berbanding dengan terier Staffordshire Amerika. Jisim dan tulang berat diutamakan untuk memastikan rupa sedemikian dan, oleh sebab ini, banyak anjing yang ditunjukkan hari ini memaparkan bahagian hadapan lebar yang untuknya ia pada asalnya dibiakbakakan.[1]
Terdapat sepersetujuan bahawa sekurang-kurangnya lima baka lain digunakan untuk mencapai trait-trait fizikal yang diingini serta saiz lebih kecil pada sesetengah susur galur.[9] Pitbulterier Amerika (APBT) ialah asas (baka induk) yang digunakan untuk mewujudkan bully Amerika.[12] APBT telah mengekalkan penampilan dan perangai yang menjadi ciri selama lebih daripada satu abad,[12] dengan strain berlainan APBT yang muncul dalam baka ini, masing-masing dengan atribut fizikal berlainan.[12] Satu strain tertentu APBT disilangkan untuk mewujudkan susuk tubuh lebih gempal yang pada asalnya disalahtafsirkan oleh para pembiak baka sebagai APBT baka tulen. Akhirnya, cukup pembiak baka bersetuju bahawa anjing ini cukup terpisah daripada APBT sehingga patut dipanggil baka berbeza sama sekali.[12] Susur galur baka kacuk ini selanjutnya dipengaruhi dengan pembiakbakaan yang diakui secara terbuka dengan buldog Amerika, buldog Inggeris, dan buldog lama Inggeris untuk memperhalus ciri-ciri fizikal dan trait-trait personaliti yang diingini.[12]
Bully Amerika dibiakbakakan untuk menjadi anjing pendamping dan tidak patut dikelirukan dengan beberapa baka jenis bulldog lain.[12][1] Perkembangan dan kepopularan baka ini lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan budaya hip-hop.[18][19]
Perundangan spesifik baka
Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Bersatu "melarang pemilikan dan pengedaran bully Amerika untuk individu dan pertubuhan komersial."[20]
Ireland
Di Ireland, bully Amerika dibatasi sebagai bandog. Ia mesti diberongsong dan diikat pada cawak yang tidak lebih panjang daripada 2 meter (6.6 ka) apabila berada di ruang awam, antara keperluan lain.[21]
Pada 12 Julai 2024, Menteri Perkembangan Komuniti, Heather Humphreys, mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan larangan dua peringkat mulai 1 Oktober 2024.[22] Fasa 1 bakal menjadi larangan ke atas pembiakbakaan, perumahan semula, penjualan semula, dan pengimportan. Fasa 2 bakal membatasi pemilikan kepada anjing yang telah diperlesenkan, dimikrocip, dan dineuterkan.
Jerman
Jerman telah meluluskan undang-undang mengenai anjing berbahaya (Akta Pembatasan Pemindahan dan Import Anjing ) pada tahun 2001. Undang-undang ini melarang import atau pemindahan anjing tertentu dan menyertakan baka berikut: Bulterier, bulterier Staffordshire, pitbulterier, dan terier Staffordshire Amerika, serta baka silang dan baka kacuk anjing-anjing ini.[23]
Pada 9 Februari 2023, Mahkamah Pentadbiran Tinggi Rheinland-Pfalz memutuskan bahawa pengelasan anjing yang bapanya ialah bully Amerika sebagai anjing berbahaya diizinkan di bawah undang-undang negeri mengenai anjing berbahaya.[24]
Dalam tempoh setahun, 2 orang dibunuh oleh bully Amerika, kedua-dua anjing merupakan anjing peliharaan keluarga. Menurut statistik, Jerman mempunyai kira-kira 3 serangan anjing maut setiap tahun.[25][26]
Turki
Di Turki, ada pengharaman ke atas pemilikan atau pembiakbakaan bully Amerika.[27]
United Kingdom
Bully XL bertanggungjawab untuk lebih daripada 50% (10 daripada 19) kematian manusia berkaitan dengan anjing yang disebabkan oleh anjing di United Kingdom dalam tempoh pada antara tahun 2021 dengan tahun 2023.[28] Pada Disember 2023, Pemerintah United Kingdom menambahkan bully XL ke dalam Akta Anjing Berbahaya 1991,[29] lalu mengharamkan penjualan, pembiakbakaan, peninggalan, atau pembawaan bully XL di ruang awam tanpa cawak dan berongsong.[30][31][32][4] Pemilikan bully XL menjadi haram tanpa sijil pengecualian sah, insurans liabiliti awam, pemikrocipan anjing, peneuteran anjing, pemakluman perubahan kekal alamat rumah, dan keadaan terjamin untuk mencegah pelarian anjing berkenaan. Piawaian pengakuran dibangunkan untuk membantu pegawai penguatkuasaan dalam pengenalpastian bully XL mengikut penampilan dan saiz.[33]
Bully Amerika mula-mula tiba di United Kingdom pada tahun 2014 atau tahun 2015 dan semakin popular semasa sekatan COVID dalam tempoh tahun 2020–2021.[4] Oleh sebab baka ini bukan baka berdaftar dengan The Kennel Club United Kingdom, tidak ada pengetahuan tentang bilangan anjing atau pembiak baka yang ada di United Kingdom.[34] Sebelum pelarangan bully XL, pemerintah menganggarkan bahawa terdapat 10,000 ekor anjing bully XL di United Kingdom,[35] tetapi menjelang Disember 2024 terdapat 59,500 ekor anjing bully XL yang berdaftar dengan pemerintah (57,000 ekor di England dan di Wales dan 2,500 ekor di Scotland), sekitar 4,500 ekor terlarang yang disyaki dirampas, dan 800 ekor anjing dilupuskan.[17][36][37][38] Kawasan Liverpool, Birmingham, Cheshire, Doncaster, dan Sheffield mempunyai kadar tertinggi bagi pendaftaran pengecualian anjing bully XL per kapita.[39]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: بولي اميريکا; bahasa Inggeris: American bully
Rujukan
- ^ a b c d e f "THE AMERICAN BULLY KENNEL CLUB" (dalam bahasa Inggeris). The American Bully Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2021. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ a b c "Pocket Bully Breed: Your Complete Guide" [Baka Bully Poket: Panduan Lengkap Anda] (dalam bahasa Inggeris). Dog Academy. 10 Oktober 2023. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b c "American Bully" [Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). The American Bully Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b c Clarke, Jennifer (11 September 2023). "How dangerous are XL bullies and how does the ban work?" [Seberbahaya manakah bully XL dan bagaimana larangan ini berfungsi?] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Pomeroy, Ross (2 Oktober 2023). "The American Bully XL and the problems with banning dog breeds" [Bully Amerika XL dan masalah dengan pelarangan baka anjing] (dalam bahasa Inggeris). Big Think. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b "American Bully" [Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Dogbible. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b c "Dog Breed 101: American Pocket Bully" [Pengenalan Baka Anjing: Bully Poket Amerika] (dalam bahasa Inggeris). World Dog Finder. 24 Mei 2021. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b c "American Bully - Shredded American Breed" [Bully Amerika - Baka Tersiat Amerika] (dalam bahasa Inggeris). World Dog Finder. 15 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b c d "American Bully" [Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ BULLY KING Magazine (3 Mac 2017). "Everything You Need To Know About The Fastest Growing Dog Breed: The American Bully" [Semua yang Perlu Anda Ketahui tentang Baka Anjing Paling Cepat Membesar: Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Medium. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b Johnson, Chip (24 Ogos 2010). "American bully dogs bred as lovers, not fighters" [Anjing bully Amerika dibiakbakakan sebagai pencinta, bukan petarung] (dalam bahasa Inggeris). SFGate. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g "American Bully: Official UKC Breed Standard" [Bully Amerika: Piawaian Baka Rasmi UKC] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Januari 2024. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 April 2019. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "The New Breed: Is there trouble with designer dog breeding?" [Baka Baharu: Adakah masalah dengan pembiakbakaan anjing pereka?] (dalam bahasa Inggeris). news3lv.com. 5 November 2015. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b c "American Bully" [Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Zooplus. 2 April 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2025. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Merle Bully – Everything You Need to Know About Merle Bully" [Bully Merle – Segala-gala yang Perlu Anda Ketahui tentang Bully Merle] (dalam bahasa Inggeris). The American Bully. 3 April 2022. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Health Issues In Merle - Why To Avoid It in The American Bully Breed" [Isu Kesihatan pada Anjing Merle - Mengapa Perlu Mengelakkannya pada Baka Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Venomline. 17 April 2022. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b "Deadline for XL Bully exemption certificate passes" [Tarikh akhir untuk pas sijil pengecualian bully XL] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 1 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Breed, Allen G. (30 Julai 2007). "PIT BULLS AND THE HIP-HOP CULTURE" [PITBUL DAN BUDAYA HIP-HOP] (dalam bahasa Inggeris). Wisconsin State Journal. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Cassidy, Rory (23 Mei 2023). "Gangland torturer who carved his name into victim's chest had 'devil dog' empire" [Penyeksa Gangland yang ukir namanya pada dada mangsa punyai empayar 'anjing iblis'] (dalam bahasa Inggeris). Daily Record. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Husain, Zainab (23 November 2021). "UAE updates list of dog breeds banned in the country" [UAE kemas kinikan senarai baka anjing yang dilarang di negara itu] (dalam bahasa Inggeris). Gulf News. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Keane, Brendan (7 Disember 2022). "No dogs are banned in Ireland but 11 are on restricted list" [Tiada anjing yang dilarang di Ireland tetapi 11 berada dalam senarai terbatas] (dalam bahasa Inggeris). Irish Independent. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ McQuinn, Cormac (12 Julai 2024). "XL bully dogs to be banned, with penalties including fines of up to €2,500 or jail" [Anjing bully XL bakal dilarang, dengan penalti termasuk denda sehingga €2,500 atau penjara] (dalam bahasa Inggeris). The Irish Times. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ "Dangerous dogs" [Anjing berbahaya] (dalam bahasa Inggeris). Zoll online. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Einstufung als gefährlicher Hund; Kreuzung von einem American Bully und einem Old English Bulldog" [Pengelasan sebagai anjing berbahaya; Penyilangan bully Amerika dengan buldog lama Inggeris] (dalam bahasa Jerman). Landesrecht Rheinland-Pfalz. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Althaus, Peter (28 Januari 2024). "Von eigenem Hund zerfleischt: Mann stirbt nach American-Bully-Angriff" [Dibaham oleh anjing sendiri: Lelaki meninggal selepas serangan bully Amerika] (dalam bahasa Jerman). Berliner Kurier. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Knoll, Teresa (3 Februari 2023). "Familien-Hund beißt Frau (87) in der Pfalz tot – American Bully wird eingeschläfert" [Anjing keluarga gigit wanita (87) sampai mati di Pfalz. Builly Amerika dieutanasia] (dalam bahasa Jerman). Ludwigshafen24. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "TEHLİKE ARZ EDEN HAYVANLARA İLİŞKİN GENELGE" [ARAHAN TENTANG HAIWAN BERBAHAYA] (dalam bahasa Turki). Kementerian Pertanian dan Perhutanan. 9 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2021. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Murray, Jessica (16 Ogos 2023). "Perfect pets or dangerous dogs? The sudden, surprising rise of American bully XLs" [Haiwan peliharaan sempurna atau anjing berbahaya? Kenaikan tiba-tiba dan mengejutkan bagi bully Amerika XL] (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 19 Mac 2024.
In 2021, there were four fatal dog attacks, two of which involved a bully XL. In 2022, there were 10 fatal attacks and six of them involved a bully XL. These huge animals, which can weigh more than 60kg (almost nine and half stone) were also involved in at least two of the five deaths recorded this year.
- ^ "Dangerous Dogs Act 1991: Section 1" [Akta Anjing Berbahaya 1991: Seksyen 1] (dalam bahasa Inggeris). Legislation.gov.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "Prepare for the ban on XL Bully dogs" [Bersiap untuk larangan ke atas anjing bully XL] (dalam bahasa Inggeris). Gov.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ "Dangerous Dog Offences" [Kesalahan Anjing Berbahaya] (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Pendakwaan Diraja. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "Ban on XL Bully dogs" [Larangan ke atas anjing bully XL] (dalam bahasa Inggeris). Gov.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "Guidance for enforcers: Applying the XL Bully breed type conformation standard" [Panduan untuk penguat kuasa: Menerapkan piawaian pengakuran jenis baka bully XL] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Alam Sekitar, Makanan, dan Hal Ehwal Luar Bandar. 1 Februari 2024. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Tennant, Colin (20 Mei 2023). "How killer American bully XL dogs became dangerous 'weapons'" [Cara anjing bully Amerika XL pembunuh menjadi 'senjata' berbahaya] (dalam bahasa Inggeris). The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2023. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "XL Bully ban evidence and analysis: EIR release" [Bukti dan analisis larangan bully XL: Keluaran EIR] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Scotland. 29 Ogos 2024. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "100 dogs a month destroyed since XL bully ban" [100 anjing sebulan dilupuskan sejak larangan bully XL] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 19 Disember 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ "Police seize more than 4500 XL Bully dogs since ban" [Polis merampas lebih daripada 4500 ekor anjing bully XL sejak larangan] (dalam bahasa Inggeris). Majlis Ketua Polis Kebangsaan. 29 Januari 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Walker, David (1 Ogos 2024). "'Chaotic' SNP blamed as thousands of 'killer' dogs remain in Scotland despite ban" [SNP 'kacau-bilau' dipersalahkan sambil ribuan anjing 'pembunuh' kekal di Scotland walaupun dilarang] (dalam bahasa Inggeris). Scottish Daily Express. Dicapai pada 25 Mei 2025.
- ^ Connolly, John (14 Jun 2024). "Exclusive: How many XL Bullies live in your area?" [Eksklusif: Berapa bully XL tinggal di kawasan anda?] (dalam bahasa Inggeris). The Spectator. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 25 Mei 2025.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bully Amerika. |
- "THE AMERICAN BULLY KENNEL CLUB" (dalam bahasa Inggeris). The American Bully Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2021. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- "EBKC – European Bully Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). European Bully Kennel Club. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- "American Bully" [Bully Amerika] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2025. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- "American Bully Association" (dalam bahasa Inggeris). American Bully Association. Dicapai pada 19 Mac 2024.