Ahmad bin Omar | |
---|---|
احمد بن عمر | |
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi N22 Binjai, Terengganu | |
Dalam jawatan 25 April 1964 – 10 Mei 1969 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad bin Awang Omar 1 Disember 1925 Kuala Terengganu, Kesultanan Terengganu |
Meninggal dunia | 11 September 2016 | (umur 90)
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Tek Zaiton binti Yaacob Al Yunani |
Ibu bapa | Awang Omar (bapa) Aishah Awang (ibu) |
Tempat belajar | American University in Cairo Birkbeck, University of London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Haji Ahmad bin Haji Omar (Jawi: حاج احمد بن حاج عمر; 1 Disember 1925 – 11 September 2016) ialah ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Binjai, Terengganu, mewakili parti UMNO. Beliau merupakan salah seorang daripada anak Melayu Terengganu yang berpeluang belajar di Mesir dan kemudiannya di United Kingdom sebelum penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.[1]
Kehidupan awal
Ahmad dilahirkan pada 1 Disember 1925 di Kuala Terengganu.[2]
Beliau pernah bertugas sebagai seorang guru di Madrasah Sultan Zainal Abidin. Ketika itu, beliau pernah mengajar beberapa orang ternama termasuk Wan Mokhtar Ahmad, yang menjadi Menteri Besar Terengganu ke-10 pada tahun 1974.[3]
Ahmad melanjutkan pengajiannya di Kaherah, Mesir pada tahun 1949 di American University in Cairo, bersama-sama Wan Abdul Kadir.[1]
Beliau kemudian menyambung pelajaran di Kolej Birkbeck, University of London dalam bidang sains sosial, sambil bekerja di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaya di London.[4]
Kerjaya
Ketika Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman sedang ke London bagi menghadiri Persidangan Perdana-perdana Menteri Komanwel pada 15 Jun 1960,[5] setiausaha sulit Tunku, Nik Hassan telah membawa Tunku untuk bertemu dengan Ahmad, yang merupakan rakan baik Nik Hassan.[4] Selepas pertemuan tersebut, Tunku telah membawa Ahmad pulang ke Tanah Melayu, termasuk menampung segala perbelanjaan untuk pulang ke tanah air.[5]
Sejurus selepas pulang ke Tanah Melayu, Tunku telah menugaskan Ahmad untuk bertugas sebagai seorang diplomat sambil menuntut ilmu di Vienna, Austria, dan berurusan dengan Jamiah Al-Islam, sebuah pertubuhan yang mengawal orang-orang pelarian Islam daripada negara-negara blok komunis di rantau Eropah.[6][7]
Selepas pulang semula ke Tanah Melayu, Ahmad telah memasuki alam politik tempatan apabila beliau bertanding semasa Pilihan Raya Umum Malaysia kedua pada tahun 1964 di bawah parti Perikatan. Beliau berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kawasan Binjai, mengalahkan calon Parti Islam Se-Malaysia yang dahulunya mendominasi kawasan tersebut.[8]
Sambil mewakili kawasan Binjai, bertugas sebagai setiausaha politik kepada Menteri Besar Terengganu, Ibrahim Fikri.[6] Beliau berhenti menjadi ADUN selepas sepenggal pada 1969, dan sebagai setiausaha politik Ibrahim pada 1971.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1964 | N22 Binjai | Ahmad bin Hj. Omar (PERIKATAN) | 3,111 | 54.65% | Said bin Abdullah (PRM) | 154 | 2.71% | 5,693 | 794 | 80.73% | ||
Syed Hamzah bin Tahir (PAS) | 2,317 | 40.70% |
Rujukan
- ^ a b Haris, Abu Hanifah (2021). "Lepasan Mesir dan perjuangan politik di Terengganu: Sumbangan Wan Abdul Kadir Ismail dan Wan Mokhtar Ahmad". Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (dalam bahasa Melayu). Kuala Lumpur: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). 5 (1). ISSN 2232-1756.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Haji Ahmad (Mat Che Da)". geni_family_tree. 2022-04-29. Dicapai pada 2025-06-06.
- ^ Haris, Abu Hanifah (2013). "Pemergian pelajar Melayu ke Mesir dari tahun 1910-an hingga 1950-an: Cabaran dan implikasi" (PDF). Journal of Al-Tamaddun. 8 (1): 67–84.
- ^ a b "Stranded student flies home with the Tengku". The Straits Times. 16 June 1960.
- ^ a b "Ahmad di-kirim belajar lagi". Berita Harian. 20 July 1960.
- ^ a b Amani, Aiman (2009-08-19). "Say "NO" to the plan to demolish a heritage row in Kuala Terengganu". Aiman Amani's Weblog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-06.
- ^ "Ahmad off again: No money worry now". The Straits Times. 10 September 1960.
- ^ a b "Malaysia General Election 1964 > State Assembly > Trengganu". Singapore Elections.