Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad | |
---|---|
سيد أحمد بن عبدالرحمن الحدّاد | |
![]() Altimet di MeleTOP pada 14 April 2015 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha (PH–PKR) |
Majoriti | 6,678 (2023) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
2023– | Pakatan Harapan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad 27 November 1978 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Perubatan Antarabangsa |
Laman web | Laman web |
Altimet | |
---|---|
![]() Altimet membuat persembahan pada tahun 2011 | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad ![]() |
Juga dikenali sebagai | Altimet ![]() |
Kelahiran | 27 November 1978 ![]() |
Warganegara | Malaysia ![]() |
Genre | Hip hop, rap |
Pekerjaan | Komposer, penulis lagu, pelakon |
Alat muzik | Suara ![]() |
Tahun aktif | 1999–2019 (sebagai penyanyi) 1999–now (sebagai komposer dan pencipta lagu) |
Diskografi | Lihat: Diskografi Altimet ![]() |
Syarikat rakaman | Kartel Records |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | altimet.com.my |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad,[2][3][4][5] atau lebih dikenali sebagai Altimet (lahir 27 November 1978)[6] merupakan seorang ahli politik Malaysia, komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Lembah Jaya sejak Ogos 2023.[7] Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan Teh Tarik Crew yang aktif antara tahun 1999 hingga 2007.[8]
Kehidupan awal
Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam serta melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar, Johor. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan kepada muzik hip hop sejak usia 11 tahun dan menyatakan bahawa lagu "Bring the Noise" telah mencetuskan minatnya terhadap muzik hip hop.[9]
Kerjaya
Muzik

Altimet memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai kumpulan hip hop Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada tahun 1999. Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional.[10][11] Bersama Teh Tarik Crew, Altimet telah menghasilkan tiga album iaitu Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada tahun 2007, beliau memulakan kerjaya sebagai artis solo.[11]
Pada November 2013, Altimet berkolaborasi dengan penyanyi dari Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[12]
Pada tahun 2016, Altimet melancarkan single "Memang Mudah" yang merupakan hasil kerjasama bersama Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu ini diterbitkan sempena ulang tahun ke-9 Mudah.my.[13]
Beliau memenangi trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada edisi ke-32 Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada 11 Februari 2018.[14]
Altimet menamatkan kerjaya nyanyiannya pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 iaitu pada 27 November 2018. Walau bagaimanapun, beliau kekal dalam industri muzik sebagai penulis lirik.[15] Persembahan pentas terakhirnya adalah menerusi konsert The Last Altimet Show yang berlangsung pada 16 Februari 2019.[16]
Perniagaan
Altimet telah mengasaskan jenama pakaian berkonsep Islamik untuk lelaki dan kanak-kanak bernama Benua Clothing bersama rakan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Jenama ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[17] Selain itu, beliau juga menguruskan salah satu cawangan Joe's Barbershop, rangkaian kedai gunting rambut yang diasaskan oleh Joe Flizzow.[15]
Pada tahun 2018, beliau turut mengumumkan rancangan untuk menubuhkan francais kedai gunting rambut serta melabur dalam sebuah syarikat piza dan aplikasi pembelajaran Al-Quran, Recite.[16]
Pada tahun 2020, Altimet dan pengurusnya, Yasmeen Zainal, telah bekerjasama untuk melancarkan SVLTAN Management, sebuah syarikat pengurusan artis.
Penampilan lain
Altimet merupakan salah seorang daripada 120 selebriti tempatan yang menyumbang kepada inisiatif muzik Pete Teo pada tahun 2008, Malaysian Artistes For Unity, yang bertujuan memupuk semangat pelbagai budaya dan Bangsa Malaysia melalui lagu dan video. Antara selebriti lain yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor dan Maya Karin.[18]
Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai salah seorang duta untuk inisiatif 1Malaysia for Youth (iM4U).[19] Altimet membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Rentap sebagai penampilan khas dan kemudiannya menjadi pelakon utama dalam drama PU Wid yang ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[10]
Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Sarjan Ahmad dalam pementasan teater Ola Bola The Musical.[20]
Kehidupan peribadi
Altimet telah berkahwin sejak tahun 2004 dan mempunyai tiga orang anak.[21] Beliau mendedahkan mengenai perkahwinannya semasa konsert perpisahannya, The Last Altimet Show.[22]
Altimet menceburi bidang politik secara rasmi dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2021. Tujuan utama penyertaannya termasuk membantu merealisasikan impiannya untuk melihat Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia serta memperkukuh penglibatan seni dalam landskap politik negara.[23][24]
Diskografi
Album Studio
- First Among Equals (2007)
- Kotarayaku (2014)
- Amboi (2016)
- Air (2018)
- O (2018)
Perfileman
Filem
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2014 | Rentap | Penampilan istimewa |
2018 | Busker | |
2019 | Ejen Ali: The Movie | Andik (Pelakon Suara) |
2021 | Hutang 2D | Gua Mambang |
Belaban Hidup: Infeksi Zombie | Sukma |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2012 | Umrah Kita | Hos TV | TV9 | With Noh Salleh & Aizat Amdan |
2015 | Sounds Of Muslims: Austria | |||
2016 | Sounds Of Muslims: Greece & Macedonia | |||
PU Wid | Tora | Astro Oasis | ||
2017 | Sounds Of Muslims: Denmark | Hos TV | TV9 | |
My Mudah Stories | Astro Ria |
Teater
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Ola Bola The Musical | Sarjan Ahmad[25] |
Video Muzik
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Here In My Home | Sendiri | Lagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity |
2014 | Hello | Sendiri | Bersama The Trisno Trio |
2016 | Amboi | Sendiri | |
2018 | Bunga | Sendiri | |
2018 | Jejaga | Sendiri | Bersama A'trez, Minah B & Mat Piah |
Konsert
- The Last Altimet Show (2019)[26]
Anugerah dan Dicalonkan
Tahun | Anugerah | Kategori | Dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Persembahan Terbaik | "Amboi" | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Lelaki Popular | — | Tercalon | |
Artis Kerjasama Duo/Kumpulan Popular (dengan Hazama) | — | Tercalon |
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N20 Lembah Jaya | Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PKR) | 26,298 | 57.27 | Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PAS) | 19,620 | 42.73 | 45,918 | 6,678 | 69.94% |
Rujukan
- ^ Hasbullah Awang Chik (4 Februari 2018). "Walau nekad, Altimet tidak jadi bersara jika ibu bantah". The Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ "MEMBERSHIP". Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
- ^ Bernama (18 Januari 2013). "Najib wants youth to contribute to the development of society, the country". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
- ^ "20 youth personalities appointed 1Malaysia Ambassadors". Utusan Malaysia. 18 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.
- ^ Bernama (19 Januari 2013). "Serve nation above personal interests, youths told" [Belia disarankan negara didahulukan melebihi kepentingan sendiri]. Borneo Post online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
- ^ Budiey Isma (16 Disember 2016). "Altimet Launches Latest Album Titled AMBOI". Budiey.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
- ^ "Profil Ahli Dewan Negeri N20 Lembah Jaya – Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad" [Profile of State Assembly Member for N20 Lembah Jaya – Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad]. Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 2 Jun 2025.
- ^ "Not a true rap star". Berita Harian. 23 Januari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ "Biodata Altimet, Malaysia's best-known rapper". Azhan.co. 2 Februari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2017.
- ^ a b "Criticism of fans sparks inspiration". Berita Harian. 13 Mei 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ a b Yeoh, Angelin (17 Februari 2017). "Don't shoot the messenger". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
- ^ Azam, Nadia (7 Jun 2016). "Altimet shares the sustenance of If I'm Rich". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Disember 2016.
- ^ "Mudah.my creates music video featuring Altimet". Marketing Interactive. 25 November 2016. Dicapai pada 14 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (12 Februari 2018). "Try to persuade my mother - Altimet". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ a b Nur Asyikin Mayudin (18 Ogos 2017). "Altimet Nekad Tinggalkan Dunia Seni" [Altimet decides to leave the world of art]. mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ a b Fatin Farhana Ariffin (28 November 2018). "Berhenti menyanyi, Altimet tolak tawaran lima angka" [After quitting singing, Altimet refuses five-figure offer]. BH Online. Dicapai pada 29 November 2018.
- ^ Sofea Susan Albert Kassim (25 Julai 2014). "Benua Clothing Tampil Rekaan Eksklusif Busana Lelaki Muslim, Kanak-Kanak" [Benua Clothing showcases exclusive clothing designs for Muslim men and children]. mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Idris, Wanda (1 Jun 2008). "Malaysian Artistes For Unity". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2018. Dicapai pada 19 Mac 2014.
- ^ Adnan, Muhammad (26 Julai 2016). "iM4U appoints 10 new ambassadors". mStar Online. Dicapai pada 9 Disember 2016.
- ^ Ola Bola The Musical is set to witness altimet's first musical theatre appearance Suria FM (11 Oktober 2017). Retrieved 7 Mac 2018.
- ^ Syafiqah Jalal (18 Februari 2019). ""I Was Married 15 Years Ago"- Altimet Has No Intent to Deceive, But..." Gempak. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ "Apparently Altimet was married 15 years ago". Astro Awani. 18 Februari 2019. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ Buang, Shakira; Har Vian, Yasmin; Nasaruddin, Nazira Hasanah (1 April 2021). "Altimet Officially Joins PKR". Malaysiakini. Dicapai pada 3 April 2021.
- ^ Palansamy, Yiswaree (1 April 2021). "Ex-rapper Altimet joins PKR, says prodded by thoughts about children's future". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (22 Januari 2018). "Altimet forced to skips Ola Bola stages". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Asraf Aded (19 Disember 2018). The Last Altimet Show! Altimet's Last Concert Before Retired Astro Gempak. Retrieved 27 Februari 2019.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.