The Last Altimet Show | |
---|---|
Konsert oleh Altimet | |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Tempat | Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) |
Album berkaitan | First Among Equals, Kotarayaku, Amboi, Air |
Tarikh mula | 16 Februari 2019 |
Tarikh tamat | 16 Februari 2019 |
Putaran | 1 |
Jumlah persembahan | 1 |
Kehadiran | 5000 |
Laman sesawang | lastaltimetshow.com.my |
The Last Altimet Show merupakan konsert oleh Altimet, yang menjadi penampilan pentas terakhir beliau setelah bersara dari kerjayanya sebagai penyanyi. Diadakan di Dewan Merdeka PWTC pada 16 Februari 2019, konsert ini ditaja oleh Nescafe; Sebanyak 30 lagu telah dipersembahkan oleh Altimet sepanjang konsert berlangsung. Konsert ini juga diadakan bagi mempromosikan album O, yang dilancarkan pada 21 Disember 2018.[1][2]
Konsert
Konsert ini diumumkan oleh Altimet pada November 2018. Beliau mengumumkan akan menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November. Namun begitu, beliau masih akan menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.[3] Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda sehingga Februari 2019. Konsert ini merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.[2] The Last Altimet Show juga diadakan bagi mempromosikan album terakhir Altimet, O yang dikeluarkan pada Disember 2018.[4]
Senarai lagu
- "Opening DJ Set" (oleh Stylustiks)
- "Bersamamu" (bersama Cuurley)
- "Hello" (bersama Trisno)
- "Chantek" (bersama Adeep)
- "Muda" (bersama Kidd Santhe)
- "Aku"
- "Seru"
- "Pendekar Pena" (bersama Zizi Kirana)
- "Mambang"
- "Salute" (bersama Aman RA)
- "Havoc" (bersama Joe Flizzow, SonaOne)
- "Sang Saka Biru" (bersama Joe Flizzow, SonaOne)
- "Aku Tahu" (bersama Tomok)
- "Sabarlah" (bersama Amir Jahari)
- "Selamat Pagi" (bersama Ila Damiaa)
- "Bangkit" (bersama Salammusik)
- "Alamak" (bersama Salammusik)
- "Jaguh" (bersama Dan $hiv)
- "Berada" (bersama Aman RA, Noh Salleh)
- "Kotarayaku" (bersama Noh Salleh)
- "Kalau Aku Kaya" (bersama Awi Rafael)
- "Keliling Dunia" (bersama Adeep)
- "Dekat Je" (bersama Adeep)
- "Negaraku" (bersama Joe Flizzow, SonaOne, Hazama)
- "Penghibur" (bersama Hazama)
- "Syukur"
- "O" (bersama Sasha Ningkan)
- "Amboi"
- "Bunga"
- "Orang Biasa" (bersama Aizat Amdan)
Tarikh konsert
Tarikh | Bandar | Negara | Lokasi | Kehadiran |
---|---|---|---|---|
16 Februari 2019 | Kuala Lumpur | Malaysia | Pusat Dagangan Dunia Putra | 5000[5] |
Tetamu
Tarikh | Tetamu |
---|---|
16 Februari 2019 | Joe Flizzow, SonaOne, Aman RA, Cuurley, Aizat Amdan, Awi Rafael, Noh Salleh, Tomok, Zizi Kirana, Salammusik, Kidd Santhe, DJ Fuzz, Adeep Nahar, Uno Pop Shuvit, Ila Damiaa, Hazama, Sasha Ningkan, DJ CZA, Amir Jahari, Trisno, Dan Shiv, The Kawan Band[6] |
Tenaga kerja
- Artis: Altimet
- Penganjur konsert: Nando's
- Promoter konsert: Kartel Industries, Warner Music Malaysia
Rujukan
- ^ Asraf Aded (19 Disember 2018). The Last Altimet Show! Konsert Terakhir Altimet Sebelum Bersara Astro Gempak. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ a b Fatin Farhana Ariffin (28 November 2018). "Berhenti menyanyi, Altimet tolak tawaran lima angka". BH Online. Dicapai pada 29 November 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (18 Ogos 2017). "Altimet Nekad Tinggalkan Dunia Seni". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Qarami Hashim (27 November 2018). "Altimet sah bersara... kalau ada nak 'tawar' menyanyi tanya ibu dulu". mSTAR Online. Dicapai pada 29 November 2018.
- ^ Syanty Octavia Amry (17 Januari 2019). "5,000 penonton meriahkan konsert akhir Altimet". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2019.
- ^ Annie May An Insane Lineup Of Malaysian Artists To Perform At The Last Altimet Show. Hype.my. Dicapai pada 27 Februari 2019.