Kerangka | |
---|---|
Kependekan | MACP |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan, performing rights organization, copyright collective |
Status undang-undang | Bukan keuntungan |
Tujuan | Membantu mengumpulkan royalti industri muzik Malaysia |
Keanggotaan | Syarikat muzik Malaysia |
Anggota bagi | Confédération Internationale des Sociétés d'Auteurs et Compositeurs (2023) |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 1989 |
Pengurusan | |
Pengerusi | M. Nasir |
Naib Pengerusi | Aidit Alfian |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (bahasa Inggeris: Music Authors Copyright Protection atau MACP) ialah sebuah pertubuhan muzik bukan keuntungan Malaysia yang ditubuhkan pada 1989. Sejak penubuhannya, MACP telah memainkan peranannya sebagai Badan Pengutip Royalti (CMO) yang sangat aktif dan sehingga kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli di seluruh Malaysia. Sebagai salah satu CMO yang berdaftar dan diberikan lesen untuk mengutip royalti, MACP banyak membantu golongan pengkarya muzik yang biasanya bergantung harap kepada pendapatan menerusi penciptaan lagu dengan pengagihan royalti yang dilakukan pada setiap tahun.[1]
MACP juga merupakan penganjur bagi Anugerah MACP yang diadakan sejak 1996 bagi memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik Malaysia.[2] Habsah Hassan merupakan pengerusi MACP sejak 2000, namun mengumumkan perletakan jawatan pada 1 Oktober 2018.[3] M. Nasir ialah Pengerusi terkini MACP.
Rujukan
- ^ Mohon MACP terus diberikan lesen Diarkibkan 2019-01-24 di Wayback Machine Kosmo! (29 November 2012). Dicapai pada 24 Januari 2013.
- ^ Khairatul Ainal Abdul Karim (24 April 2008). MACP julang artis bermutu Diarkibkan 2019-01-24 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 24 Januari 2013.
- ^ Saharudin Musthafa (1 Oktober 2018). Habsah Hassan lepaskan jawatan Pengerusi MACP hari ini Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
Pautan luar
- Tapak web rasmi (Inggeris)