Qibti | |
---|---|
ϯⲙⲉⲧⲣⲉⲙⲛ̀ⲭⲏⲙⲓ ~ ⲧⲙⲛ̄ⲧⲣⲙ̄ⲛ̄ⲕⲏⲙⲉ | |
Asli kepada | Mesir |
Etnik | Orang Mesir |
Era | abad ke-2 – ke-17, dikekalkan sebagai bahasa keagamaan Gereja Ortodoks Koptik Iskandariah dengan beberapa percubaan yang ada dalam menghidupkan semula bahasa ini dalam konteks seharian. |
Afro-Asia
| |
Bentuk awal | |
Huruf Qibti | |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | cop |
ISO 639-3 | cop |
Bahasa Qibti (Jawi: بهاس قبطي ) atau Bahasa Koptik (dialek Bohairi: ϯⲙⲉⲧⲣⲉⲙⲛⲭⲏⲙⲓ ti.met.rem.ən.khēmi, dialek Sahidi: ⲧⲙⲛⲧⲣⲙⲛⲕⲏⲙⲉ t.mənt.rəm.ən.kēme) adalah bentuk terkini bahasa Mesir, yakni, sebuah bahasa Afro-Asia utara yang digunakan di Mesir terutamanya pada zaman Mesir Purba sehingga pada sekurang-kurangnya abad ke-17.[1] Bahasa ini mula ditulis menggunakan huruf Qibti yang diambil daripada abjad Yunani dengan penambahan enam atau tujuh tanda-tanda dari tulisan demotik terbitan hieroglif untuk mewakili bunyi-bunyi yang wujud dalam bahasa Mesir tapi tiada dalam bahasa Yunani pada abad pertama.[2]
Bahasa ini berkembang sebagai bahasa sastera dari abad kedua sehinggalah ke abad ke-13, manakala dialek Bohairinya terus menjadi bahasa keagamaan bagi Gereja Ortodoks Qibti Iskandariah. Bahasa Arab Mesir mengambil alih tempatnya sebagai bahasa masyarakat harian menjelang awal zaman moden, namun usaha-usaha menghidupkan semula pengunaan bahasa ini telah dilangsungkan sejak abad ke-19.
Rujukan
- ^ Coptic Encyclopedia; http://cdm15831.contentdm.oclc.org/cdm/ref/collection/cce/id/520
- ^ Reintges, Chris H. (2004). Coptic Egyptian (Sahidic dialect): a learner's grammar. Cologne: Rüdiger Köppe Verlag. ISBN 978-3-89645-570-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
- ⲡⲓⲥⲁϧⲟ: Pautan Internet dan bibliografi mengenai bahasa Qibti
- Coptica.ch - Perpustakaan Universiti Geneva dalam talian yang mengandungi teks-teks Qibti (laman dalam Bahasa Perancis)
- Teks-teks dan manuskrip bahasa Qibti di Perpustakaan Universiti Leiden
- Remenkimi - sumber bahasa Qibti yang komprehensif