Nomos (daripada Bahasa Yunani Kuno: νομός , nomós, "daerah") ialah pembahagian Mesir purba kepada daerah.[1]
Setiap nomos diperintah oleh seorang nomark (Bahasa Mesir: ḥrj tp ꜥꜣ, "Penghulu Besar").[2] Bilangan nomos dari semasa ke semasa sepanjang sejarah Mesir purba.[3]
Etimologi
Istilah nomos berasal daripada bahasa Yunani Purba νομός, nomós, bermaksud "daerah"; istilahnya dalam Mesir Purba ialah sepat atau spAt.[4] Penggunaan perkataan Yunani Purba kini daripada menggunakan istilah Mesir Purba muncul semasa zaman Ptolemaik, apabila bahasa Yunani digunakan dengan meluas di Mesir.[5] Ketersediaan catatan Yunani tentang Mesir mempengaruhi penggunapakaian istilah Yunani oleh ahli sejarah kemudian.
Sejarah
Mesir Dinastik
Pembahagian Mesir purba kepada nomos bermula sejak Mesir prasejarah (sebelum 3100 SM). Nomos-nomos ini pada asalnya wujud sebagai negara-negara kota berautonomi[perlu rujukan] tetapi kemudiannya mula bersatu. Menurut pengisahan purba, pemerintah bernama Menes yang akhirnya menyatukan semua nomos.[6]
Pembahagian kepada nomos ini bukan sahaja kekal selama lebih daripada tiga alaf, malah setiap nomos dan susunannya sangat stabil. Sesetengahnya, seperti Xois di Delta Nil atau Khent di Mesir Hulu, pertama kali disebut pada Batu Palermo, yang ditulis pada Dinasti Kelima. Nama beberapa nomos, seperti Bubastis, muncul seawal-awalnya pada zaman Kerajaan Baru. Sepanjang kebanyakan sejarah Mesir di bawah firaun, Mesir terbahagi kepada 42 nomos.
Nomos Mesir Hilir
Mesir Hilir (Bahasa Mesir: "Ā-meḥty"), dari ibu kota Kerajaan Lama Memphis ke Laut Mediterranean, terdiri daripada 20 nomos. Yang pertama berpusat di sekitar Memphis, Saqqara dan Giza, di kawasan Kaherah zaman moden. Nomos-nomosnya dinomborkan dengan agak tertib dari arah selatan ke utara seluruh Delta Nil, bermula dengan belah barat ke timur. Iskandariah berada di Nomos Ketiga; Bubastis berada di Kelapan Belas.
- Namos Dinding Putih
- Tanah pengembara
- Tanah lembu
- Tanah perisai selatan
- Tanah perisai utara
- Tanah lembu gunung
- Tanah tempuling barat
- Tanah tempuling timur
- Tanah dewa Andjety
- Tanah lembu hitam
- Tanah lembu Heseb
- Tanah anak dan ibu lembu
- Tanah Cokmar Makmur
- Tanah Paling Timur
- Tanah Ibis-Tehut
- Tanah Ikan
- Tanah Takhta
- Putera tanah Selatan
- Putera tanah Utara
- Tanah Falkon Berjambul Sopdu
Nomos Mesir Hulu
Mesir Hulu dibahagikan kepada 22 nomos. Yang pertama ini berpusat di Elephantine berhampiran sempadan Mesir dan Nubia di Riam Pertama—kini di Aswan. Dari situ, nombornya mengikut tertib menaik sepanjang lembah Nil. Waset (Thebes purba atau Luxor kini) berada di Nomos Keempat, Amarna pada Nomos Keempat Belas, dan Meidum pada Nomos Dua Puluh Satu.
- Tanah Busur
- Tanah Takhta Horus
- Tanah Keramat
- Tanah Cokmar
- Tanah Dua Falkon
- Tanah Buaya
- Tanah Sistrum
- Tanah Besar
- Tanah Dewa Min
- Tanah Ular Tedung
- Tanah haiwan Sha-Set
- Tanah Ular Kapak Gunung
- Tanah Pokok Ara Hulu dan Ular Kapak
- Tanah Pokok Ara Hilir dan Ular Kapak
- Tanah Kelinci
- Nomos Oryc
- Tanah Anubis
- Tanah Set
- Tanah Dua Cokmar
- Tanah Pokok Ara Selatan
- Tanah Pokok Ara Utara
- Tanah Pisau
Mesir Ptolemaik
Beberapa nomos telah ditambah atau dinamakan semula semasa zaman Yunani dan Rom menduduki Mesir.[7] Contohnya, kerabat Ptolemy menukarkan nomos Krokodilopolis kepada Arsinoe. Hadrianus telah mencipta nomos baru, Antinoopolites, yang mana Antinoöpolis ialah ibu kotanya.
Mesir Rom
Nomos kekal sehingga zaman Rom. Di bawah pemerintahan Rom, setiap nomos menghasilkan syiling sendiri, yang dipanggil "syiling nomos", yang masih mencerminkan kepercayaan dan tradisi tempatan. Nomos-nomos Mesir kekal sebagai unit pentadbiran sehinggalah asas birokrasinya dirombak semasa pemerintahan Diocletianus dan Constantinus I.
Dari 307/8 TM, nomos digantikan dengan unit yang lebih kecil dipanggil pagus. Kemudian muncul pegawai-pegawai tempatan yang berkuasa dipanggil pagark, yang semua pertolongan naungan perlu lepasi. Peranan penting pagark ialah mengatur kutipan cukai. Lama-kelamaan, pagark juga mengambil alih beberapa tugas ketenteraan. Pagark selalunya pemilik tanah kaya yang menguasai pagus asal mereka.
Nomark
Dalam sebahagian besar sejarah, setiap nomos diketuai oleh seorang nomark. Jawatan nomark kadangkala diwarisi, sementara pada masa lain mereka dilantik oleh firaun. Umumnya, apabila kerajaan negara lebih kuat, nomark ialah gabenor yang dilantik oleh raja. Apabila kerajaan pusat lebih lemah pula—seperti semasa pencerobohan asing atau perang saudara—nomos-nomos akan berautonomi dan wujudkan wariskan jawatan mereka.[3] Konflik antara nomarki-nomarki berketurunan ini perkara biasa, terutamanya semasa Tempoh Perantaraan Pertama, semasa kuasa pusat runtuh dari Dinasti ke-7 – 11, yang berakhir apabila salah seorang pemerintah tempatan menjadi cukup kuat untuk mengawal seluruh negara sebagai firaun.
Senarai nomos
Nomos-nomos (Bahasa Mesir Purba: spꜣt, Qibti: ⲡⲑⲱϣ) disenaraikan dalam jadual berasingan untuk "Isti" - "dua Mesir" (Mesir Hulu dan Hilir).
Catatan:
- nama yang lebih tua atau varian lain nama berada dalam kurungan siku '[ ]';
- nama mungkin berbeza mengikut masa atau zaman, ataupun gelaran, kebanyakan julukan, gelaran kehormat ditandakan dengan garis miring '/';
- Nama terbitan Yunani-Mesir daripada bahasa Mesir yang asal berada dalam kurungan '()'
Mesir Hilir
Nombor | Standard Nomos (Simbol di atas kepala lelaki atau wanita) | Nama Nomos
Mesir Purba |
Nama Nomos
Yunani Purba dan QIbti |
Ibu kota | Nama moden ibu kota | Terjemahan | Dewa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Diketahui | Varian | Yunani | Qibti | |||||||
1 | Inebu-hedj | 𓈠 Inebu-hedj | Μεμφίτης
Memphites |
ⲙⲛⲫⲉ/ ⲉⲕⲉⲡϯⲁ | Ineb-Ḥedjet [ 𓏠𓈖𓄤𓆑𓂋𓉴𓊖 Men-nefer/ Menfe] (Memphis) | Mit Rahina | Tembok Putih | Ptah | ||
2 | Khepesh | 𓈡 (Khensu) | Λητοπολίτης
Letopolites |
ⲃⲟⲩϣⲏⲙ | 𓐍𓋉𓅓𓊖 Khem [Sekhem/ Iry] (Letopolis) | Ausim | Paha lembu | Horus | ||
3 | Imentet/ Amentet | 𓈢 Iment (Ament) | Γυναικοπολίτης
Gynaikopolites |
I-am/ Imu (Apis) | Kom El Hisn | Barat | Hathor | |||
4 | Nit Resu | 𓈣 (Sapi-Res) | Προσωπίτης
Prosopites |
ⲡϣⲁϯ | Niciu | Zawyet el-Razin | ||||
4 (21) | Nit Resu | 𓈣 (Sapi-Res) | Φθεμφουθ
Phthemphouth |
Ptkheka | Tanta | Perisai Selatan | Sobek, Isis, Amun | |||
5 | Nit Meḥtet, Nit Meḥetet | 𓈤/𓈥 (Sap-Meh) | Σαίτης
Saites |
ⲥⲁⲓ | 𓊃𓅭𓄿𓅱𓊖 Sau/ Zau (Sais) | Sa El Hagar | Perisai Utara | Neith | ||
6 | Khasu'u/ Khasu'wu | 𓈦 (Khaset) | Ξοίτης
Xoites |
ⲥϧⲱⲟⲩ | 𓆼𓋴𓅱𓅱𓏏𓊖 Khasu (Xois) | Sakha | Lembu Jantan Gunung | Amun-Ra | ||
7 | Ḥui-ges Imenti/ Ḥui-ges Amenti | 𓈧 (A-ment) | Μενελαίτης
Menelaites |
𓂧𓏇𓇌𓊖𓏌𓅃𓏤 (Hermopolis Parva, Metelis) | Damanhur | Tempuling Barat | Hu | |||
8 | Ḥui-ges Iabti/ Ḥui-ges Aabti | 𓈨 Nefer-Iabti (A-bt) | Ἡροοπολίτης
Heroopolites |
Thek/ Tjeku / Iset-Tem [= 𓉐𓏤𓏏𓍃𓅓𓏏𓊖 Per-Atum]/ Ān (Heroonpolis, Pithom) | Tell al-Maskhuta | Tempuling Timur | Atum | |||
9 | ‘Andjeti/ ‘Anedjti | 𓈩 (Ati) | Βουσιρίτης
Bousirites |
ⲡⲁⲛⲁⲩ | 𓉐𓏤𓊨𓁹𓎟𓊽𓂧𓅱𓊖 Djed/ Djedu [Iti] (Busiris) | Abu Sir Bara | Andjeti | Osiris | ||
10 | Kem-Ur/ Kem-Wer | 𓈪 Ka-Ka'm (Ka-khem) | Ἀθριβίτης
Athribites |
ⲁⲑⲣⲏⲃⲓ | 𓉗𓏏𓉐𓇾𓁷𓄣𓊖 Hut-hery-ib (Athribis) | Banha (Tell Atrib) | Lembu Jantan Hitam | Horus | ||
11 | Ḥesbu/ Ḥesebu | 𓈫 (Ka-heseb) | Λεοντοπολίτης
Leontopolites |
ⲛⲁⲑⲱ | Taremu/ Ikhenu (Leontopolis) | Tell el-Muqdam | Lembu Jantan Heseb | Isis | ||
12 | Tjeb-Netjer | 𓈬 (Theb-ka) | Σεβεννύτης
Sebennytes |
ϫⲉⲙⲛⲟⲩϯ | 𓊹𓍿𓃀𓊖 Tjebnutjer (Sebennytos) | Samanud | Anak dan Ibu Lembu | Anhur | ||
13 | Ḥeka-Redj | 𓈭 (Heq-At) | Ἡλιοπολίτης
Heliopolites |
ⲱⲛ | In (Iunu)/ In-meḥ/ Iset-Tem/ Igert, Igertet, Iqert, Iugertet (Heliopolis) | Materiya (suburb of Cairo) | Cokmar Makmur | Ra | ||
14 | Khenti-Iabti/ Khenti-Aabti | 𓈮 (Khent-abt) | Σεθρωίτης
Sethroites |
Tjaru/ Dj‘anet (Sile, Tanis) | Tell Abu Sefa | Paling Timur | Horus | |||
15 | Djeḥuti | 𓈯 (Tehut) | Μενδήσιος
Mendesios |
ⲛⲓⲙⲉϣϣⲱⲧ | Ba'h / Weprehwy (Hermopolis Parva) | Baqliya | Djehuti (Thoth)/Sekendi | Thoth | ||
16 | Ḥat Meḥit | 𓈰 (Kha) | Μενδήσιος
Mendesios |
ⲛⲓⲙⲉϣϣⲱⲧ | Djedet/ Ā'atjaba (Mendes) | Tell El Rubˁ | Ikan/ Terutama Segala Ikan | Banebdjedet and Hatmehyt | ||
17 | Beḥdet/ Beḥedet | 𓈱/𓈲 Sma-Beḥut (Sema-Beḥut) | Διοπολίτης Κάτω
Diospolites Kato |
ⲡⲟⲩⲛⲉⲙⲟⲩ | Semabehdet (Diospolis Inferior) | Tel El Balamun | Takhta/
Takhta Horus Behdet |
Amun-Ra | ||
18 | Imty Khenti/ Amty Khenti | 𓈳 Im-Khent (Am-Khent) | Βουβαστίτης
Boubastites |
ⲡⲟⲩⲃⲁⲥϯ | Per-Bastet (Bubastis) | Tell Bastah (near Zagazig) | Putera Selatan | Bastet | ||
19 | Imty Peḥu/ Amty Peḥu | 𓈴 Im-Peḥ (Am-Peḥu) | Τανίτης
Tanites |
ϫⲁⲛⲏ | Dja'net (Leontopolis Tanis) | Tell Nebesha or San El Hagar | Putera Utara | Uatchet | ||
20 | Sepdju/ Sepedju | 𓈵 Sep-d (Sopdu) | Ἀραβία
Arabia |
ϯⲁⲣⲁⲃⲓⲁ | Per-Sopdu | Saft El Hinna | Falkon Berjambul/Sepdju | Sopdet |
Mesir Hulu
Nombor | Standard Nomos
(Simbol di atas kepala lelaki atau wanita) |
Nama Nomos
Mesir Purba |
Ibu Kota | Ibu Kota Moden | Terjemahan | Dewa | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Diketahui | Varian | |||||||
1 | Ta-Seti | 𓈶 𓈶(Ta-Seti) | 𓍋𓃀𓃰𓅱𓎶𓈊 Abu / Yeb [Yb] (Elephantine) | Sunnu/ Irp-Ḥesp (Aswan) | Tanah Busur | Khnum | ||
2 | Wetjes-Ḥer | 𓈷 (Wetjes-Hor) | 𓌥𓃀𓊖 Djeba (Apollonopolis Magna) | Ineb/ Iset-Unep/ Iset-en-Rā/ Iset-Neterui/ Iset-Ḥeq/ Iset-Khnem-Iten/ Iset-Sekhen-en-Ḥeru-Iakhuti/ Iset-Shu/ Isebt/ Ā'ay-t-en-Beḥud/ Ā'a-t-enty-Ā'ap (Edfu) | Takhta Horus | Horus-Behdety | ||
3 | Nekhen | 𓈸 (Nekhen) | Nekhen (Hierakonpolis) | Elkab | Keramat | Nekhebet | ||
4 | Waset/ Uaset | 𓈹 Uas (Uaset/ Waset) | Niwt-rst / Waset [Ir-t Rā/ Iset-Sekhenu-en-Ākhemu/ Ānkh] (Thebes) | Luxor | Cokmar | Amun-Ra | ||
5 | Netjerui | 𓈺 (Herui) | 𓎤𓃀𓅂𓊖 Gebtu/ Iter-Shemā (Coptos) | Qift | Dua Falkon | Min | ||
6 | Meseḥ/ Mes-ḥ | 𓈻 (Iqer) | In/ In-en-P'teḥ/ In-en-Nut/ In-Ta-Neferet/ Iset-Au-Ib/ Iset-Au-Ib-enti-Neteru-Nebu/ Iset-Iabes-Ḥet-Ḥer/ Iset-Iset-em-Khet-Ḥā-s/ Iset-urt-en-Ḥem-Ḥeru-Iakhuty/ Iset-Per-Ḥet-Ḥer-Kher-Menu/ Iset-Per-Seshem-en-Ḥet-Ḥer-Ureth-Nebt-Tawy-Im/ Iset-Peṣis-Ta/ Iset-Pesh-Nebty/ Iset-M'as-Menu-ent-Ḥet-Ḥer-Imṣ/ Iset-M'as-Snef-sa/ Iset-Meskhenet-en-Iset/ Iset-enth-Mut-Ḥeru/ Iset-ent-Rā-Ḥeru-Iakhuti/ Iset-enth-Ḥemt-Nesu/ Iset-ent-Ḥet-Ḥer-Nebt-In/ Iset-Hy/ Isut-Ḥeru/ Iset-Ḥeḥ/ Iset-Khadbut-em-Āq-en-Netert-Ten/ Iset-Sekhem-Ānkh-en-Neter/ Iset-Shātu-Menu-en-Neb-In-Im-ṣ/ Iset-Shepset-Ḥent-Neterit/ Iset-Qen-Ḥeru-em-Baḥ-Mutef-Iset/ Iset-Tekh/ Iset-Tekh-ent-Ḥeru-Iakhuti/ Iset-Djeser/ Ān-Ḥer/ Iunet (Tantere/ Tentyra/ Dendera) | In/ In-en-P'teḥ/ In-en-Nut/ In-Ta-Neferet/ Iset-Au-Ib/ Iset-Au-Ib-enti-Neteru-Nebu/ Iset-Iabes-Ḥet-Ḥer/ Iset-Iset-em-Khet-Ḥā-s/ Iset-urt-en-Ḥem-Ḥeru-Iakhuty/ Iset-Per-Ḥet-Ḥer-Kher-Menu/ Iset-Per-Seshem-en-Ḥet-Ḥer-Ureth-Nebt-Tawy-Im/ Iset-Peṣis-Ta/ Iset-Pesh-Nebty/ Iset-M'as-Menu-ent-Ḥet-Ḥer-Imṣ/ Iset-M'as-Snef-sa/ Iset-Meskhenet-en-Iset/ Iset-enth-Mut-Ḥeru/ Iset-ent-Rā-Ḥeru-Iakhuti/ Iset-enth-Ḥemt-Nesu/ Iset-ent-Ḥet-Ḥer-Nebt-In/ Iset-en-Sek-Djet/ Iset-Hy/ Isut-Ḥeru/ Iset-Ḥeḥ/ Iset-Khadbut-em-Āq-en-Netert-Ten/ Iset-Sekhem-Ānkh-en-Neter/ Iset-Shātu-Menu-en-Neb-In-Im-ṣ/ Iset-Shepset-Ḥent-Neterit/ Iset-Qen-Ḥeru-em-Baḥ-Mutef-Iset/ Iset-Tekh/ Iset-Tekh-ent-Ḥeru-Iakhuti/ Iset-Djeser/ Ān-Ḥer/ Iunet (Tantere/ Tentyra/ Dendera) | Buaya | Hathor | ||
7 | Bat | 𓈼 (Seshesh) | Seshesh/ Pa-Khen-Iment/ Uas-Meḥ (Diospolis Parva) | Hu | Sistrum | Hathor | ||
8 | Ta-Wer/ Ta-Ur | 𓈽 Ta-wer | Thinis | Tanah Besar | Anhur | |||
9 | Menu/ Minu | 𓈾 (Min) | Ip/ Ipi/ Ipu/ Apu/ [later: Khen-Min, mungkin nama lain untuk "Khemenu"]/ Ārty-Ḥeru (Panopolis) | Akhmim | Min | Min | ||
10 | Wadjyt/ Uadjyt | 𓈿/𓉀 Uadj (Wadjet) | Djew-qa / Tjebu (Antaeopolis) | Qaw El Kebir | Ular Tedung | Hathor | ||
11 | Sha | 𓉁/𓉂 (Set) | Shashotep (Hypselis) | Shutb | Binatang Set | Khnum | ||
12 | Dju-fet | 𓉃 (Tu-ph) | Pr nmty (Hieracon) | al Atawla | Ular Kapak Gunung | Horus | ||
13 | Nedjfet Khentet/ Nedjefet Khentet | 𓉄 (Atef-Khent) | Zawty (z3wj-tj, Lycopolis) | Asyut | Pokok Ara Hulu dan Ular Kapak | Apuat | ||
14 | Nedjfet Peḥtet/ Nedjefet Peḥtet | 𓉅 (Atef-Peḥu) | Qesy (Cusae) | El Qusiya | Pokok Ara Hilir dan Ular Kapak | Hathor | ||
15 | Wenet/ Uenet/ Unit | 𓉆 (Wenet) | Khemenu (Hermopolis Magna) | El Ashmounein | Kelinci | Thoth | ||
16 | Ma-Ḥedj | 𓉇 (Ma-hedj) | Herwer? | Hur? | Oryx[8] | Horus | ||
17 | Input | 𓉈 Inpu (Anpu) | Saka (Cynopolis) | El Qais | Anubis | Anubis | ||
18 | Nemti | 𓉉/𓉊 (Sep) | Teudjoi / Hutnesut (Alabastronopolis) | El Hiba | Set | Anubis | ||
19 | Wabwi/ Uabwi/ Uabui | 𓉋 (Uab) | Per-Medjed/ Per-Mādjet/ Uabu-t (Oxyrhynchus) | El Bahnasa | Dua Cokmar | Set | ||
20 | N‘art Khentet/ N‘aret Khentet | 𓉌 (Atef-Khent) | Henen-nesut (Herakleopolis Magna) | Ihnasiya | Pokok Ara Selatan | Heryshaf | ||
21 | N‘art Peḥtet/ N‘aret Peḥtet | 𓉍 (Atef-Peḥu) | Shenakhen / Semenuhor/ Ium'ā (Krokodilopolis, Arsinoe) | Faiyum | Pokok Ara Utara | Khnemu | ||
22 | Mednit/ Medenit | 𓉎/𓉏 (Maten) | 𓁶𓏤𓃒𓏪𓊖 Tepihu (Aphroditopolis) | Atfih | Pisau | Hathor |
Rujukan
Petikan
- ^ "Nome | ancient Egyptian government". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-14.
- ^ Bunson, Margaret (2014). Encyclopedia of Ancient Egypt. Infobase Publishing. m/s. 280. ISBN 978-1-4381-0997-8.
- ^ a b "Nomes". Ancient Egypt Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-14. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Provinces of Egypt". www.ucl.ac.uk. Dicapai pada 2017-05-21.
- ^ "Ptolemaic Dynasty". World History Encyclopedia. Dicapai pada 2020-09-14.
- ^ Herodotus, Euterpe, 2.4.1 dan 2.99.1ff.
- ^ Bagnall, Roger S. (1996). Egypt in Late Antiquity (ed. Cetakan ke-4). Princeton: Princeton University Press. m/s. 333. ISBN 0691069867. Dicapai pada 2 Februari 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWG
BIbliografi
- Bagnall, Roger S. (1996), Egypt in Late Antiquity, Princeton: Princeton University Press.
- Bowman, Alan K. (1990), Egypt after the Pharaohs, Oxford: Oxford University Press.