
Hinduisme adalah agama ketiga terbesar di dunia . Ia sering disebut sebagai " agama tertua " di dunia, dan ramai penganut merujuk kepada Hinduisme sebagai "undang-undang abadi" ( Sanātana Dharma ). [1]
Agama ini merupakan sistem pemikiran yang pelbagai dengan pelbagai kepercayaan, dan oleh itu konsep tentang Tuhan serta bilangan dewa bergantung pada falsafah dan tradisi yang menjadi pegangan seorang penganut. Kepercayaan ini ada yang digambarkan sebagai monoteistik, di mana semua dewa dipercayai sebagai manifestasi Brahman, Realiti Tertinggi, sebagaimana yang dipopularkan oleh falsafah Advaita . [2] Ia juga secara meluas dianggap sebagai politeistik dan henoteistik, walaupun hal ini turut dianggap sebagai satu bentuk generalisasi berlebihan. [3]
Dewa-Dewi
Trimurti
Trimurti merupakan dewa-dewi yang paling menonjol dalam agama Hindu kontemporari. Ini terdiri daripada Brahma - Pencipta, Vishnu - Pemelihara, dan Shiva - Pemusnah. Pasangan feminin mereka ialah Saraswati - isteri Brahma, Lakshmi - isteri Vishnu, dan Parvati - isteri Shiva.

Brahma
Rencana utama: Brahma
Brahma ialah dewa penciptaan. Pasanganya, yang juga merupakan shakti (tenaga ilahi) baginya, ialah Saraswati, dewi pembelajaran.Beliau dikenali sebagai dewa pencipta Veda, Prajapati .Beliau diberi empat Veda oleh Vishnu, dan diperintahkan untuk memulakan pembuatan penciptaan. [4] Brahma tidak dipuja secara meluas dalam agama Hindu kontemporari, kerana tiada tradisi utama yang berkembang di sekeliling pemujaanya.[5] Namun, Brahma merupakan antara Dewa utama dalam agama Buddha dan sering diberi perhatian di dalama agama itu. Antara gelaran yang diberikan kepada Brahma termasuklah:
- Vedanatha
 - Chaturmukha
 - Prajapati
 - Vedagarbha
 - Kaushala
 
Vishnu
Vishnu (bahasa Melayu: Wishnu), ialah dewa pemeliharaan, dan yang kedua dalam Trimurti. Vishnu secara umumnya dianggap sebagai entiti yang paling kerap terlibat dalam urusan duniawi. Pasanganya yang juga shakti (tenaga ilahi) baginya,ialah Lakshmi, dewi kemakmuran. Vishnu dipercayai telah mengambil sepuluh penjelmaan utama (Dashavatara) di bumi untuk pemulihan dharma dan keseimbangan kosmos, demi para dewa dan manusia. Antara penjelmaan yang paling menonjol ialah Rama dan Krishna. Penganutnya dikenali sebagai Vaishnava, yang menganggap-Nya sebagai Tuhan Maha Esa. [6] Antara gelaran dan bentuk Vishnu ini ialah:
Dashavatara merujuk kepada sepuluh penjelmaan utama Vishnu:
- Matsya, ikan
 - Kurma, kura-kura
 - Varaha, babi hutan
 - Narsimha, Manusia-Singa
 - Vamana, si kerdil
 - Parashurama, pahlawan Brahmin
 - Rama, raja, wira epik Ramayana d
 - Krishna, tokoh utama dalam Mahabharata dan Bhagavad Gita
 - Buddha, yang memperdaya para asura
 - Kalki, penumpas adharma, dijangka muncul pada akhir Kali Yuga
 
Avatara lain Vishnu termasuklah Prithu, Mohini, Dhanvantari, Kapila, Yajna, dan satu pertiga daripada Dattatreya.
Shiva
Rencana utama: Shiva
Shiva atau dalam Bahasa Melayu Shiwa ialah dewa pemusnah, dan ketiga dalam Trimurti. Pasanganya yang juga shakti (tenaga ilahi) baginya, adalah Parvati, dewi kekuasaan. Kediamanya di bumi terletak di atas gunung Kailasha . Beliau sering digambarkan bersama dua orang puteranya, Kartikeya dan Ganesha. Shiva biasanya digambarkan dengan mata ketiga, bulan sabit di dahinya, Sungai Gangga mengalir dari kepalanya, serta tekak biru akibat meminum racun kalakuta yang terhasil ketika peristiwa pengadukan lautan. Penganutnya dikenali sebagai Shaiva, yang menganggap-Nya sebagai Tuhan Maha Esa. [7]
Gelaran
- Hara
 - Rudra
 - Virupaksha
 - Manjunatha
 - Bholenath
 - Maheshvara
 
Penjelmaan (Avatara)
Antara avatara dan rupa utama yang dikaitkan dengan Shiva termasuklah:
Tridewi
Tridewi merangkumi pasangan Trimurti, serta setiap shakti mereka. Mereka merupakan dewi utama dalam Hinduisme kontemporari, yang dipercayai membantu pasangan masing-masing dalam tindakan penciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan di alam semesta. [8]

Saraswati
Rencana utama: Saraswati
Saraswati atau Sarada adalah dewi ilmu, serta penaung muzik, seni, dan pertuturan. Dewi juga dianggap sebagai kekuatan yang bersemayan dalam segala bentuk puisi dan penulisan. Saraswati ialah pasangan Brahma. Saraswati digambarkan sebagai sosok anggun, berpakaian serba putih, dan secara tradisional digambarkan bersama veena ( vīṇā ), tasbih (akshamala), Kendi air (kamandalu) dan Kitab (pustaka).[9]
Saraswati dikaitkan dengan bentuk-bentuk berikut:
- Savitri
 - Vani
 - Brahmani
 - Maha Saraswati
 - Gayatri
 - Vac
 - Para Saraswati
 - Shatarupa
 - Medha
 - Sharada
 - Bharati
 - Aditi
 - Neel Saraswati
 

Lakshmi
Rencana utama: Lakshmi
Lakshmi ialah dewi kemakmuran, yang dikaitkan dengan kekayaan material dan bukan material, tuah, serta kecantikan. Lakshmi adalah pasangan kepada Vishnu. Menurut Lakshmi Tantra, dewi Lakshmi, dalam rupa agung-Nya dikenali sebagai Mahasrinya mempunyai empat tangan berwarna keemasan, dan memegang sebiji buah limau, sebuah gada, sebuah perisai, serta kendi yang berisi amrita. [10] Dewi ini secara umumya juga dianggap tenang dan patuh kepada pasanganya.
Dalam agama Buddha di Tibet, Nepal dan Asia Tenggara, Lakshmi dikenali sebagai Vasudhara. Dalam agama buddha Cina, Lakshmi dirujuk sebagai Gōngdétiān atau Jíxiáng Tiānnǚ. Dalam agama buddha Jepun, dewi ini dikenali sebagai Kishijotenī. Dalam kalangan pribumi Nusantara terutamanya Orang Melayu, Orang Bali, Orang Jawa dan Orang Sunda, dewi ini dikenali sebagai Dewi Sri, dewi kesuburan dan bercucuk tanam.
Manifestasi lain Lakshmi adalah -
Ashta Lakshmi (8 Manifesti Lakshmi)
- Adi Lakshmi,Yang membantu seorang pencari untuk mencapai sumber dirinya atau Atman .
 - Dhana Lakshmi, yang memberikan kekayaan material.
 - Dhanya Lakshmi, yang memberi kekayaankan dalam bidang pertanian
 - Gaja Lakshmi, yang memberikan kekayaan haiwan.
 - Santana Lakshmi, yang menganugerahkan zuriat.
 - Dhayriya Lakshmi, yang menganugerahkan keberanian, Semangat dan kekuatan untuk mengatasi kesukaran dalam hidup.
 - Vijaya Lakshmi, yang menganugerhakan kemenangan, dan menakluki halangan untuk mencapai kejayaan.
 - Vidya Lakshmi,yang menganugerahkan ilmu seni dan sains.
 
Parvati
Rencana utama: Parvati
Parvati ialah dewi kekuatan, dan juga dikaitkan dengan keberanian, kesuburan, serta kecantikan. Dia biasanya dirujuk sebagai Uma dan Gauri. Dewi ini ialah pasangan, Shiva, serta puteri kepada Himavana. Parvati dipercayai penjelmaan semula Sati. Dalam Purana, Parvati melakukan tapa untuk mengahwini Shiva, seorang brahmachari yang hidup membujang, dan Shiva akhirnya bersetuju selepas menyedari identiti sebenar Parvati. Dalam imej bersama pasanga-Nya, Parvati biasanya kelihatan dengan dua tangan, tetapi apabila bersendirian, dia digambarkan mempunyai empat, lapan atau sepuluh lengan, dan menunggang harimau atau singa dan dalam rupa ini Parvati dikenali sebagai Durga. Dewi ini umumnya dianggap sebagai dewi ibu yang penuh belas kasihan, namum juga membinasakan orang jahat dalam rupa sebgai Kali. Dalam mazhab dewi, Parvati dianggap sebagai penjelmaan semula Adi Parashakti. [11]
Avatara
- Durga, dewi kekuatan
 - Annapurna, dewi makanan dan pemeliharan
 - Shitala, dewi daerah yang dikaitkan dengan penyakit
 - Bhramari, dewi lebah
 - Bhavani,
 - Meenakshi, dewi penaung bandar Madurai
 - Kamakhya dan dewi-dewi lain dalan Shaktipeeth
 - Bhavatarini, dewi perlindungan serantau daripada bahaya
 
Dalam aspek garangnya sebagai Kali, Parvati menzahirkan manifestasi berikut:
- Mahakali
 - Bhadrakali
 - Sri Kali
 - Bhima Kali
 
Navadurga
Dalam Shaivisme-Shaktam, terdapat sembilan rupa dewi Durga.
- Shailaputri, puteri Himalaya.
 - Brahmacharini
 - Chandraghanta
 - Kushmanda
 - Skandamata
 - Katyayani
 - Kalaratri
 - Mahagauri
 - Siddhidhatri
 
Dasa Mahavidya
- Kali : Dewi yang garang dan berkuasa yang melambangkan masa, perubahan, serta kemusnahan.
 - Tara : Melambangkan kekuatan pertuturan , dikaitkan dengan pengetahuan ilahi dan bimbingan.
 - Tripura Sundari (Shodashi): Dewi cantik dari tiga dunia,
 - Bhuvaneshvari : Dewi dunia material
 - Bhairavi : Aspek garang Dewi, dikaitkan dengan kematian, kemusnahan, dan kuasa perubahan masa.
 - Chinnamasta : melambangkan pengorbanan diri, kebangkitan rohani, dan penghapusan ego.
 - Dhumavati : Dewi balu yang dikaitkan dengan kesusahan, kemiskinan, dan kuasa transformatif melalui penderitaan.
 - Bagalamukhi : Dewi yang melumpuhkan musuh, melambangkan kuasa untuk mengawal dan memanipulasi realiti.
 - Matangi : Dewi kebijaksanaan dalaman, dikaitkan dengan ucapan, muzik, dan seni.
 - Kamalatmika (Kamala): Dewi kemakmuran, melambangkan kekayaan rohani dan kesedaran ilahi.
 
Lain-Lain Dewi
Komuniti pemujaan dewi sudah wujud sejak zaman purba di India. Dalam Rigveda, dewi yang paling terkenal ialah Ushas, dewi fajar. Dewi-dewi daerah yang dihormati dalam Hinduisme pada umumnya disinkretiskan dengan Parvati, Lakshmi, atau Adi Parashakti. Antara dewi utama yang dihormati dalam Hinduisme moden termasuklah:
- Yogamaya atau Vindhyavasini, penjelmaan tenaga ketuhanan Vishnu
 - Shakambhari, dewi tumbuh-tumbuhan
 - Sati, permaisuri pertama Shiva dan kelahiran Parvati sebelumnya.
 - Gayatri, personifikasi Mantra Gayatri
 - Ganga, dewi personifikasi sungai Gangga
 - Yami, personifikasi sungai Yamuna
 - Kaushiki, dewi yang muncul dari Parvati
 - Narmada, personifikasi sungai Narmada
 - Shashthi, juga dikenali sebagai Devasena, isteri Kartikeya, dewi kanak-kanak dan pembiakan
 - Svaha, dewi pengorbanan, anak perempuan Daksha dan isteri Agni
 - Manasa, dewi ular dan kesuburan
 - Mariamman, dewi hujan
 - Mhalsa, bentuk wilayah sama ada Mohini atau Parvati
 - Renuka, ibu kepada Parashurama
 - Rahi, bentuk wilayah Radha, permaisuri Vithoba
 - Akilandeshwari, satu bentuk Mahadevi
 - Devi Kanya Kumari, dewi penaung Kanyakumari
 - Dewi Danu
 
Matrikas
Sekumpulan sepuluh ibu dewi membentuk Matrika :
Paniteon (Kumpulan Dewa-Dewi)
Paniteon Hindu terdiri daripada dewa-dewa yang membentuk identiti mereka melalui kedua-dua kitab suci agama Hinduisme serta tradisi daerah yang mengambil legenda mereka daripada kepercayaan itu. Beberapa dewa-dewi paling paling terkenal dalam paniteon Hindu termasuk:
- Ganesha, juga dipanggil Vinayaka dan Ganapati, ialah anak kepada Shiva dan Parvati . Beliau dianggap sebagai dewa kebijaksanaan.
 - Kartikeya, juga dipanggil Murugan dan Subrahmanya, adalah anak kepada Shiva dan Parvati .
 - Ayyappan, juga dipanggil Manikanta, adalah dewa dearah.
 
- Hanuman, juga dipanggil Anjaneya dan Maruti, adalah seorang vanara yang taat kepada Rama. Beliau dihormati sebagai dewa kesucian dan kekuatan.
 - Navagraha ialah personifikasi bagi sembilan planet, dihormati dalam astrologi Veda dan beberapa kuil.
 - Kamadeva, juga dipanggil Manmatha, adalah dewa cinta.
 - Rati adalah dewi cinta dan keseronokan, pasangan Kamadeva.
 - Garuda ialah dewa separa berbentuk helang
 - Nandi ialah lembu jantan Shiva.
 - Vasuki ialah raja kedua bagi para naga.
 
Dewa-dewi Veda
Rigveda menyembut tentang Tiga Puluh tiga tuhan yang dipanggil Trayastrinshata ('Tiga tambah tiga puluh'). Mereka terdiri daripada 12 Aditya, 8 Vasus, 11 Rudra dan 2 Ashvin [12] Indra juga dipanggil Śakra, dewa tertinggi, ialah yang pertama daripada 33 dewa , diikuti oleh Agni .
Aditya
- Mitra, dewa sumpah, janji, dan persahabatan
 - Varuna, dewa air laut, lautan, dan hujan
 - Indra, juga dipanggil Śakra, raja para dewa-dewi, dan dewa cuaca, ribut, hujan.
 - Savitr, dewi matahari pagi; dikaitkan dengan Surya
 - Aṃśa, dewa Solar; dikaitkan dengan Surya
 - Aryaman dewa adat, hospitaliti, dan perkahwinan
 - Bhaga, dewa keberuntungan
 - Vivasvan, dewa matahari
 - Tvāṣṭṛ, dewa seni bina dan tukang besi; tukang besi para dewa
 - Pūshan, dewa pelindung pengembara dan pengembala, dewa jalan raya,
 - Dhāta, dewa kesihatan dan sihir, juga dipanggil Dhūti
 - Vishnu kemudiannya dikenali sebagai avatar Vamananya .
 
Rudras
Ramayana menyatakan bahawa mereka adalah sebelas daripada 33 anak resi Kashyapa dan isterinya Aditi, bersama dengan 12 Aditya, 8 Vasus dan 2 Ashvin, membentuk Tiga Puluh tiga tuhan . . [13] [14]

Vasus
Vasus berperanan sebagai pembantu Indra dan Vishnu .
- Agni tuhan "Api", juga dipanggil Anala
 - Varuna dewa "Air" dan "Lautan", juga dipanggil Samudradeva atau Apa,
 - Vāyu dewa "Angin" dan "Udara", juga dipanggil Anila ("angin"),
 - Dyauṣ dewa "Langit", juga dipanggil Dyeus dan Prabhāsa atau "fajar bersinar", juga dipanggil akasha atau langit,
 - Pṛthivī dewi/dewa "Bumi", juga dipanggil Dharā.
 - Sūrya dewa "Matahari", juga dipanggil Pratyūsha, ("fajar fajar", tetapi sering digunakan untuk bermaksud "cahaya"), mazhab Saura menyembah Sūrya sebagai dewa utama mereka, juga dipanggil Anshuman,
 - Soma dwqa "Bulan", juga dipanggil Chandra .
 - Nakshatrani, juga dipanggil Dhruva atau bintang kutub yang tidak bergerak (Polaris) dan Prabhasa.
 
Ashvins
Aswin (juga dipanggil Nāsatyas ) ialah dewa kembar dalam bidang perubatan. Nasatya dan Dasra adalah nama masing-masign
Lihat juga
Rujukan
- ^ Knott 1998.
 - ^ Fowler, Jeaneane D. (2002). Perspectives of reality : an introduction to the philosophy of Hinduism. Brighton: Sussex Academic Press. m/s. 49–55. ISBN 1-898723-93-1. OCLC 49530055.
 - ^ Michaels, Axel (2004). Hinduism : past and present. Barbara Harshav. Princeton, N.J.: Princeton University Press. ISBN 0-691-08953-1. OCLC 51886444.
 - ^ www.wisdomlib.org (21 June 2008). "Brahma, Brahmā, Brāhma: 67 definitions". www.wisdomlib.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
 - ^ Morris, Brian (2006). Religion and anthropology : a critical introduction. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 123. ISBN 0-511-35154-2. OCLC 252536951.
 - ^ www.wisdomlib.org (13 October 2011). "Vishnu, Viṣṇu, Visnu: 49 definitions". www.wisdomlib.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
 - ^ www.wisdomlib.org (12 April 2009). "Shiva, Śivā, Sivā, Śiva, Siva, Sīva: 63 definitions". www.wisdomlib.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
 - ^ Guides, Fodor's Travel (12 March 2019). Fodor's Essential India: with Delhi, Rajasthan, Mumbai & Kerala (dalam bahasa Inggeris). Fodor's Travel. m/s. 88. ISBN 978-1-64097-123-3.
 - ^ www.wisdomlib.org (5 October 2008). "Sarasvati, Sarasvatī: 45 definitions". www.wisdomlib.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
 - ^ Lakṣmī Tantra : a Pāñcarātra text. Sanjukta Gupta (ed. 1st Indian). Delhi: Motilal Banarsidass Publishers. 2000. m/s. 23. ISBN 81-208-1734-6. OCLC 45503121.CS1 maint: others (link)
 - ^ www.wisdomlib.org (16 June 2012). "Parvati, Pārvatī: 33 definitions". www.wisdomlib.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2022. Dicapai pada 29 September 2022.
 - ^ Lynn Foulston, Stuart Abbott (2009). Hindu goddesses: beliefs and practices. Sussex Academic Press. m/s. 1–2. ISBN 9781902210438.
 - ^ Daniélou, Alain (1991). The myths and gods of India. Inner Traditions International. pp. 102–4, 341, 371. ISBN 0-89281-354-7.
 - ^ Mani, Vettam (1975). Puranic Encyclopaedia: A Comprehensive Dictionary With Special Reference to the Epic and Puranic Literature. Delhi: Motilal Banarsidass. ISBN 0-8426-0822-2.
 
Sumber
- Parikshitt, Sai (2012). 33 Koti Devata ~ The Concept Of 33 Koti Devata. Speaking Tree.: ' The Vedas refer to not 33 crore Devatas but 33 koti (Koti means types in Sanskrit) of Devatas. They are explained in Shatpath Brahman and many other scriptures very clearly. (In Sanskrit 33 koti means 33 types god's ) [...] .' The number 33 comes from the number of Vedic gods explained by Yajnavalkya in Brhadaranyaka Upanishad – the eight Vasus, the eleven Rudras, the twelve Adityas, Indra and Prajapati. (Chapter I, hymn 9, verse 2) . They are: 8-Vasu, 11-Rudra, and 12-Aaditya, 1-Indra and 1-Prajaapati.
 - Brown, Joe David, penyunting (1961). India. Time-Life Books. Time, Inc. 
popular figure.
: "Though the popular figure of 330 million is not the result of an actual count but intended to suggest infinity, the Hindu pantheon in fact contains literally hundreds of different deities [...]" - Knott, Kim (1998). Hinduism: A Very Short Introduction. Oxford University Press.
 - Nath, Vijay (2001). "From 'Brahmanism' to 'Hinduism': Negotiating the Myth of the Great Tradition". Social Scientist. 29 (3/4): 19–50. doi:10.2307/3518337. JSTOR 3518337.
 








