Cendera | |
---|---|
Bulan | |
Nama lain | Soma |
Gabungan | Dewa, Geraha, Nawageraha |
Tempat tinggal | Cenderaloka |
Planet | Bulan |
Mantera | Om Cenderamasē Namaha |
Hari | Isnin, bahasa Hindi: Somvaar bahasa Sanskrit: Induvaasaram bahasa Tamil: Thingal திங்கள் |
Warna | Putih pucat[1] |
Tunggangan | Pedati ditarik Antelop |
Jantina | Lelaki |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | |
Pasangan | Rohini (Dewi daripada 27 Naksatra)
Revati dan 23 anak perempuan (termasuk Rohini) dari Prajapati Daksa Tara (tidak sah) |
Zuriat | Buda dan keturunan Cenderawansi |
Equivalents | |
Kesetaraan Yunani | Selene |
Kesetaraan Rom | Diana / Luna |
Cendera atau Chandra (Sanskrit: चन्द्र , IAST: Candra, bermaksud "bersinar" ataupun "bulan")[a] ialah dewa bulan dan juga salah satu daripada kesembilan planet (Nawagraha) dalam anutan Hindu. Nama-nama lainnya ialah Indu (titisan cerah), Atrisuta (anak Atri), Sacin (ditandai arnab), Taradipa (raja bintang) and Nisakara (pembuat malam).
Cendera digambarkan muda dan menawan, bertangan dua membawa belantan dan teratai. Dalam kepercayaan Hindu, Cendera ialah bapa kepada Buda (planet Utarid). Cendera pernah menculik, perkosa dan akhirnya kahwini 27 anak perempuan Daksa, dan nama mereka digunakan dalam Naksatera dalam kepercayaan nujum Hindu.
Cendera, yang juga dikenali sebagai Soma dan Indu, ialah asas kepada Somvaar, dalam bahasa Hindi, dan Induvaasaram, dalam Sanskrit, bermaksud Isnin dalam kalendar Hindu .
Kepercayaan
Ada beberapa hikayat dalam kepercayaan Hindu tentang Cendera.
Dalam satu hikayat, Cendera bertemu dengan Tara, isteri kepada Respati (Brihaspati) dan mereka berdua saling jatuh hati. Setelah bersenggama, Tara hamil dan melahirkan Buda. Brihaspati murka dan isytiharkan perang. Dewa-dewi campur tangan dan Tara pulang kepada Respati. Anak lelaki Buda ialah Pururawas yang asaskan Wangsa Cenderawansi.
Selepas Tara kembali semula kepada Respati, perasaan Cendera bercelaru kerana tidak dapat puaskan hasratnya untuk peroleh berbilang zuriat bersama Tara maka dia (mindanya) dipenuhi nafsu (perasaan). Dia mengejar kedua puluh tujuh anak Daksa untuk puaskan keinginannya untuk bersenggama. Menurut Cendera, dia hanya menyayangi Rohini daripada kesemua 27 isterinya. Kedua puluh enam isterinya yang lain berang (setelah mendapati Cendera hanya luangkan masa dengan Rohini sahaja) dan putuskan untuk mengadu kepada ayahnya Daksa, syahdan baginda menaruhkan sumpahan ke atas Cendera atas kelakuannya. Sumpahan tersebut hanya terungkai setelah Cendera mengabdikan dirinya kepada Siwa, yang kemudian bongkarkan sumpahan tersebut sebahagian sahaja.
Dalam hikayat lain, Gana sedang dalam perjalanan pulang dalam wahananya Kerunca (seekor tikus) pada lewat malam dengan bulan purnama, selepas menjamu selera bersama dewa Kuwera, sang dewa kekayaan. Semasa pulang, seekor ular berada di jalan dan menakutkan tikusnya dan Ganesa pun jatuh terhumban. Lalu, Ganesa mula termuntah semua Modak yang dia telah makan. Apabila tersaksikan ini, Cendera tertawakan Ganesa. Ganesa naik murka dan merejamkan gadingnya ke Cendera, yang membuatkannya disumpah takkan sempurna. Oleh kerana ini, pemujaan Cendera pada perayaan Ganesa Caturti diharamkan. Hikayat ini menceritakan fasa-fasa bulan dan juga mengenai kawah gelap di muka bulan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Perihal lain
Chandra masih dikaitkan dengan "bulan" sehingga menjadi perkataan bermaksud sedemikian dalam bahasa Sanskrit dan dipinjamkan lanjut kepada bahasa Melayu (Jawi: چندرا ),[2][3] Bahasa Hindi dan bahasa-bahasa India yang lain. Perkataan "cendera" sering digunakan dalam istilah-istilah tertentu memerangkan unsur kiasan pencantikan atau hiasan seperti "cenderahati", "cenderamata" dan "cenderadurja".
Lihat juga
Nota
- ^ Dalam bahasa lain: Kannada ಚಂದ್ರ, Telugu చంద్రుడు, Tamil சந்திரன்.
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-21. Dicapai pada 2019-05-11.
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 386. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 48–49.
- ^ "cendera". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- Sumber utama
"CHANDRA NALAAR". MAGIC: THE GATHERING (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-15.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Cendera di Wikimedia Commons