Julie Sudiro | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 4 Februari 2023 Hospital UiTM Puncak Alam | (umur 77)
Sebab kematian | Radang paru-paru |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam USJ 22 |
Nama lain | Raden Juriah binti Raden Sudiro |
Kerjaya muzik | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1960–2023 |
Datin Paduka Hajah Raden Juariah binti Raden Sudiro, AMN; SMJ, atau lebih dikenali sebagai Julie Sudiro (26 Februari 1945 – 4 Februari 2023) merupakan seorang penyanyi Malaysia keturunan Jawa yang aktif menyanyi pada era 1960-an.
Beliau merupakan anak Malaysia yang mula mencipta nama di sebuah pertandingan nyanyian di Singapura. Berbekalkan kemenangan tersebut, beliau mula mendapat perhatian media dan akhirnya dilamar untuk merakamkan suara ke piring hitam. Antara EP Inggeris terawal beliau berjudul "Down Town" yang juga memuatkan lagu berjudul "Be Good To Me" pada tahun 1966. Satu persatu EP Melayu dan Inggeris dihasilkan dan salah satu lagu Inggeris yang pernah dirakamkan bersama kumpulan muzik pengiring iaitu The Emeralds ialah "Na Na Na Hey Hey Kiss Me Goodbye" (juga merupakan salah satu tajuk EP Inggerisnya yang dirakamkan bersama EMI pada tahun 1970). Julie juga turut merakamkan beberapa EP berbahasa Melayu dan Inggeris bersama kumpulan The Emeralds. Paling diingati ramai adalah lagu Melayu hits beliau seperti "Lambaian Kanda", "Seruling Malam", "Bunga Sakti", "Apa Khabar", "Miang Keladi" dan "Gambar Kenangan". Kartina Dahari @ Tina merupakan rakan artis paling akrab dan mereka pernah merakamkan EP duet yang mengandungi lagu-lagu seperti "Cincin Kenangan", "Marilah Bergembira", "Burung Nuri" dan "Pulau Harapan". Selain EMI, beliau juga pernah merakamkan beberapa EP bersama Mega Records yang berpengkalan di Singapura pada ketika itu.
Walaupun tidak lagi menyanyi secara aktif pada tahun 2010-an, namun beliau masih diundang untuk menjayakan persembahan korporat yang lebih kepada persembahan tertutup (eksklusif). Vokal dan nuansa Julie Sudiro sememangnya akan terus diingati sebagai salah seorang diva jazz yang dihormati bukan sahaja di Malaysia dan Singapura malah di dunia.
Anugerah dan pengikirafan
Anugerah muzik
Darjah kebesaran diraja
- Malaysia
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1991
Meninggal dunia
Julie Sudiro meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam akibat kanser paru-paru tahap empat, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, pada jam 2.50 petang 5 Februari 2023[1].
Rujukan
- ^ Farihad Shalla Mahmud (Februari 5, 2023). "Allahyarham Julie pergi akibat kanser paru-paru tahap empat". BH. Dicapai pada 7 Februari 2023.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.