Rise to Power: KLGU | |
---|---|
Pengarah | |
Penulis | Nazri M. Annuar |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh | Chulat |
Muzik oleh | Extreme Music |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | iflix |
Tarikh tayangan | 19 September 2019 |
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Rise to Power: KLGU (atau Rise to Power) ialah sebuah filem aksi Malaysia 2019 arahan bersama Faisal Ishak dan Syafiq Yusof. Filem ini merupakan kesinambungan dari KL Gangster: Underworld dan dikeluarkan pada 19 September 2019 oleh iflix.[1]
Premis
Kisah sebelum Ayah Zan dan Madam Wong menjadi nama besar dunia KLGU. Saksikan perebutan kuasa yang mengubah konco menjadi ketua geng dan keluarga menjadi empayar. Menggambarkan kisah bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai sebuah geng KL mendapatkan kuasanya melalui pelbagai cabaran dan halangan. Madam Wong menentang tradisi keluarga sambil mengatur strateginya untuk menjadi ketua yang berpengaruh dalam dunia gangster yang didominasi oleh kaum lelaki.
Pelakon
- Dynas Mokhtar sebagai May Wong/Madam Wong
- Hasnul Rahmat sebagai Ayah Zan
- Elvis Chin sebagai Jason Chong
- Tony Eusoff sebagai Che Mi
- Chew Kin Wah sebagai Dato' Francis Tan
- Rahim Razali sebagai Tok Mat
- Sharifah Sakinah sebagai Liyanna
- Kahoe Hon sebagai Danny
- Calvin Wong sebagai Eugene Tan
- Hushairy Hussein sebagai Mus Rimau
- Ridzuan Hashim sebagai King
- Beto Kusyairy sebagai Shah
- Zahiril Adzim sebagai Adi
- Amerul Affendi sebagai Belut
- Azhan Rani sebagai Tauke
- Zamarul Hisham sebagai Ketua Geng #1
- Mustapha Kamal sebagai Ketua Geng #2
- Sabrina Ali sebagai Victoria Cortez
- Azhar Amir sebagai Datuk Fuad
- Razib Salimin sebagai Lan Rimau
- Luqman Hafidz sebagai Bad
- Jay Iswazir sebagai Jalil
Penerbitan
Rise to Power: KLGU diumumkan oleh iflix pada Ogos 2019. Filem ini menggabungkan nama besar dalam industri dari Skop Productions bersama pengarah Faisal Ishak dan Syafiq Yusof yang menerajui KL Gangster: Underworld.[2] Kesemua pelakon asal KL Gangster: Underworld kembali menjayakan peranan masing-masing dengan penambahan beberapa pelakon baru.[3]
Keluaran
Rise to Power: KLGU dikeluarkan dengan tayangan terhad pada 19 September 2019 di iflix.[4][5]
Fikri Jermadi dari Thoughts on Films menulis: "Sama seperti ‘Rise to Power’, ini adalah peluang bagi kita semua untuk membina semula kekuatan dengan cara yang berbeza, memperluas kanvas yang menyekat pengembangan idea-idea ini sejak awal. Dilihat dari sudut itu, ‘Rise to Power’ adalah permulaan yang baik".[6]
Rujukan
- ^ "Rise To Power: KLGU (iflix)". Myinfotaip. 17 September 2019. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ Rafiq Mazlan (28 Ogos 2019). "Sah! Filem spin-off KL Gangster Underworld: Rise to Power akan ditayangkan 19 September depan". Media Hiburan. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ Ashraf Nasser (6 September 2020). "KL Gangster Underworld Rise to Power singkap kisah Madam Wong". Cinema Online. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ "Iflix premieres new Malaysian original production, Rise to Power" (dalam bahasa Inggeris). Life News Agency. 19 September 2019. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ Budiey (29 Ogos 2019). "Francais KL Gangster Underworld kembali dengan filem terbaru, Rise to Power". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 November 2019.
- ^ Fikri Jermadi (10 Oktober 2019). "Widening the Canvas - Rise to Power" (dalam bahasa Inggeris). Thoughts on Films. Dicapai pada 27 November 2019.