Special Force: Anarchy | |
---|---|
Genre |
|
Pencipta | Syafiq Yusof Shamin Yusof |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Dibintangi oleh | Puteri Aishah Elizabeth Tan Dato' M. Nasir Hasnul Rahmat Yusuf Bahrin |
Penggubah lagu tema |
|
Lagu pembukaan | "Special Force: Anarchy" |
Lagu penutup | "Special Force: Anarchy" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 7 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Datuk Yusof Haslam |
Penerbit | Shamin Yusof |
Penyunting | Izaq Yuzaini |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Rahimi Maidin |
Syarikat penerbitan | Skop Productions Technica Studios Viper Studios |
Syarikat pengedaran | Disney Platform Distribution |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney+ Hotstar |
Format gambar | 1080p (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Januari 2023 – 25 Februari 2023 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | KL Special Force |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Special Force: Anarchy ialah sebuah siri drama televisyen penstriman Malaysia 2023 dicipta dan arahan oleh Syafiq Yusof.[1][2] Diilhamkan dari filem KL Special Force (2018) arahannya, ia dibintangi oleh Puteri Aishah, Elizabeth Tan, Dato' M Nasir, Hasnul Rahmat dan Yusuf Bahrin. Siri ini disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 14 Januari 2023 dan tamat pada 25 Februari 2023.[3][4]
Sinopsis
Mengisahkan tentang perjalanan Iman, seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara. Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya! Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil.
Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar. Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.
Pelakon
Special Force
- Puteri Aishah sebagai Inspektor Iman - Pegawai polis Republik Tenggara yang komited dengan tugasnya dan selalu melakukan tindakan sendiri.
- Elizabeth Tan sebagai Inspektor Sara - Rakan seunit Inspektor Iman yang selalu membantunya dalam melakukan tugas. Terkorban ketika operasi untuk menangkap kumpulan Anarcy di Wisma Techstar.
- Johan As'ari sebagai Inspektor Izzat - Rakan seunit Inspektor Iman juga merupakan tunang kepada Inspektor Sara. Pakar dalam IT.
- Hasnul Rahmat sebagai Komander Qabil - Ketua unit special force. Ayah angkat kepada Inspektor Iman. Ahli kumpulan Azazel.
- Hariz Othman sebagai Inspektor Adib - Rakan seunit Inspektor Iman.
Kumpulan Anarcy
- Dato' M. Nasir sebagai Umar - Ketua kumpulan Anarcy yang juga "mastermind" untuk merompak Bank Tenggara bagi tujuan revolusi membentuk satu kerajaan yang adil. Bekas polis undercover yang dikhianati rakannya sendiri. Ayah kandung Inspektor Iman.
- Yusuf Bahrin sebagai Jefri a.k.a Jeff - Pembantu kepada Umar yang pakar dalam mencuri semua jenis benda. Juga pakar dalam memecah masuk sistem keselamatan. Mempunyai rakan baik yang bernama Linda dimana mereka membesar bersama di Rumah Kebajikan Al-Mustajab.
- Anas Ridzuan sebagai Hasrul Mubarak a.k.a Cakoi - Ahli kumpulan Anarcy dan pakar dalam penyamaran.
- Fify Azmi sebagai Merah[5] - Kakak kepada Putih. Pakar dalam membuka peti besi yang direkrut oleh Umar.
- Chacha Maembong sebagai Putih[5] - Adik kepada Merah. Pakar dalam bahan letupan yang juga direkrut oleh Umar.
- Alvin Wong sebagai Rudi Soetanto a.k.a Rudi - "Top Hacker" kumpulan Anarcy. Pernah ditahan oleh Interpol di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia kerana menggodam sistem keselamatan antarabangsa. Ditahan di pejabat imigresen Republik Tenggara kerana visa telah tamat tempoh. Membuka kedai menjual barangan antik bersama isterinya.
Pelakon Pembantu
- Steve Yap sebagai Tan Sri Reuben Lok - Pengerusi dan pemilik Bank Tenggara.
- Dynas Mokhtar sebagai Mariam - Peguam Republik Tenggara. Ahli kumpulan Azazel.
- Kenji Sawahi sebagai Leslie Wong - Pemilik bisnes judi.
- Intan Izzendra sebagai Linda - Rakan baik Jeff. Bekerja sebagai pelacur selepas berjaya melarikan diri dari rumah kebajikan dan menbunuh penjaga rumah tersebut, Angah yang menjalankan sindiket menjadikan anak-anak yatim sebagai pengemis.
- Theebaan G sebagai Tareeq - Orang suruhan Tan Sri Rueben dan Mariam.
- Daniella Sya sebagai Julia - Orang suruhan Tan Sri Rueben dan Mariam.
- Z. Zamri sebagai Eddie Ular - Ketua samseng yang menjalankan perniagaan haram menjual barangan kereta yang dicuri.
- Soffi Jikan sebagai Cerpelai - Pencipta teori konspirasi tentang kumpulan Anarcy dan Azazel. Kenalan Inspektor Izzat dan Ahli kumpulan Azazel.
- Shyrim Husni sebagai Reza - Ketua Pegawai Imigresen.
- Brian Chan sebagai Jason - Pengerusi Syarikat Majutech Software Solutions. Anak saudara kepada Tan Sri Rueben.
Undangan Khas
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Komander Jeneral Datuk Imran Hassan - Ketua Polis Republik Tenggara.
- C. Kumaresan sebagai Anand Raj - Ketua Pegawai Bank Tenggara.
- Namron sebagai Tuan Amir Sharifudin - Menteri Keselamatan Republik Tenggara.
- Dato' Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Iskandar Mansoor - Presiden Republik Tenggara.
- Hafidzuddin Fazil sebagai Komander Musa - Bekas ketua unit polis yang memberi tugasan kepada Umar untuk melakukan undercover.
Penerbitan
Syafiq Yusof berkata mengenai drama ini dalam satu temubual bersama Berita Harian:[6]
"Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018. Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita. Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,".
Keluaran
Special Force: Anarchy dikeluarkan pada 14 Januari 2023[3] di Disney+ Hotstar di Malaysia dan juga di wilayah Asia Tenggara sebagai Hotstar Originals, termasuk Singapura dan Filipina di Disney+ menerusi hab Star. Acara tayangan siri ini telah diadakan di Hotel EQ, Kuala Lumpur sehari sebelum tayangan perdana rasmi siri ini.[7]
Rujukan
- ^ "Sinopsis Special Force Anarchy". My Infotaip. 1 Julai 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Januari 2023). "Special Force: Anarchy siri aksi paling dinanti". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ a b Alleef Ashaari (6 Januari 2023). "Original Malaysian Series Special Force Anarchy Premieres On Disney+ Hotstar Next Week". Kakuchopurei.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (14 Januari 2023). "Special Forces: Anarchy ketengahkan hero wanita". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ a b Maya Basir (9 Januari 2023). "Teruja Berlakon Bawah Arahan Syafiq Yusof, Chacha Maembong & Fify Azmi Puas Buat Babak Aksi!". XTRA. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Affan Rostam (16 Januari 2023). "Wanita bergasak dalam Special Forces: Anarchy". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Haikal Fernandez (13 Januari 2023). "'Special Force: Anarchy' arrives guns blazing on Disney+ Hotstar this Saturday". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2023.