Evolusi KL Drift | |
---|---|
Pengarah | Syamsul Yusof |
Penulis |
|
Lakon layar | Syamsul Yusof |
Cerita oleh | Rizal Ashreff |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | James Baum |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.63 juta |
Pecah panggung | RM 3.9 juta |
Evolusi KL Drift (digayakan dalam filem sebagai Evolusi: KL Drift; atau disebut sebagai KL Drift sahaja)[1] merupakan sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2008 arahan sulung Syamsul Yusof yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip.[2][3] Ia berkisarkan tentang dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam sukan perlumbaan kereta 'drift'. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Diana Danielle.[4]
Ditayangkan pada 3 April 2008, filem ini menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik filem dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.5 juta. Syamsul menerima pujian daripada pengkritik untuk percubaan sulungnya sebagai pengarah. Filem ini dikatakan telah dipengaruhi oleh filem aksi permotoran Amerika, The Fast and the Furious: Tokyo Drift.[5][6] Kesinambungannya, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan pada 25 Mac 2010.
Sinopsis
Zack dan Sham ialah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'.
Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ia tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira berani dan agresif.
Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.
Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.
Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.
Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.
Pelakon
- Syamsul Yusof sebagai Zack
- Farid Kamil sebagai Sham
- Fasha Sandha sebagai Fasha
- Aaron Aziz sebagai Joe
- Diana Danielle sebagai Sarah
- Rizal Ashreff sebagai Mus
- XY Zakari sebagai Razi
- Buzen Hashim sebagai Zul
- Hetty Sarlene sebagai Vee
- Iqram Dinzly sebagai Karl
- Huda Ali sebagai Sazzy
- Shahril Wahid sebagai Jay Jay
Penerbitan
Evolusi KL Drift merupakan filem sulung arahan Syamsul Yusof dengan kos pembikinan yang paling tinggi sebanyak RM2 juta termasuk promosi.[7][8][9][10] Ia menjadi filem pertama terbitan Skop Productions dalam tempoh 3 tahun sejak Sembilu 2005 (2005). Penggambaran dijalankan selama 35 hari, kemudian dilanjutkan kepada 38 hari, pada Jun dan Julai 2007 dan menyebabkan kos pembikinan meningkat sebanyak berpuluh-puluh ribu untuk sehari penggambaran.[2] Skrip filem ini juga telah dirombak sebanyak 8 kali bagi mendapatkan hasil terbaik.[11][12]
Menurut Datuk Yusof Haslam selaku penerbit, hanya 10% idea sahaja diberikan kepada Syamsul. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepadanya. Dari segi suntingan juga, Syamsul banyak memberi ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3 hingga 4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Sebanyak 10% idea dari bapanya, manakala selebihnya ialah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.[2] Evolusi KL Drift ialah terbitan bersama Skop dan Grand Brilliance, sejak Pasrah (2000). Filem ini turut mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires.[2] Nazrul Afifi Mohd Nayan menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras aksi lagak ngeri.[13]
Filem ini menandakan penampilan layar lebar sulung pelakon Singapura, Aaron Aziz selepas 3 tahun membina kerjaya lakonan di Malaysia. Selain Aaron, dua lagi pelakon dari negara Kota Singa, Shahril Wahid dan Nurhuda Ali turut diberikan peranan masing-masing.[14][15]
Pada September 2008, Astro Box Office Movies, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Evolusi KL Drift.
Mulai 20 Mac 2009, Astro Kirana, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Evolusi KL Drift. [16]
Keluaran
Evolusi KL Drift dikeluarkan di pawagam seluruh negara pada 3 April 2008.[17] Ia menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM500,000 pada hari pertama. Jumlah yang sama juga diperolehi pada tayangan hari kedua, manakala tayangan pada hari ketiga mencatatkan pungutan kasar berjumlah RM700,000.[18] Menjelang hari terakhir tayangan, ia berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.5 juta.[19][20]
Evolusi KL Drift ialah salah satu daripada 9 filem Malaysia yang dipertontonkan di Minggu Filem Malaysia yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2008 di Singapura.[21] Dari 31 Julai hingga 3 Ogos, ia menjadi salah satu daripada 6 filem Malaysia yang dipertontonkan di Program Minggu Malaysia 2008 yang berlangsung di London, England.[22]
Sambutan
Seorang pengulas untuk Utusan Malaysia menulis bahawa "Evolusi KL Drift hanyalah sebuah pengulangan kisah remaja tempatan tanpa membawa sebarang pembaharuan dalam naratifnya" sambil berpendapat filem ini mempunyai "jalan cerita yang begitu nipis dan plotnya digerakkan dengan konsep suntingan pantas yang membantu mempercepatkan tempo filem ini".[23] Menulis untuk Metro Ahad, Firdaus Sahat berkata: "Tidak disangkal, Syamsul mempunyai gaya pengarah yang baik, walaupun filem sulungnya tidak mencapai tahap terbaik".[24] Nur Aqidah Azizi dari The Malay Mail pula berpendapat filem ini sebagai sebuah naskhah yang "boleh tahan bagi seorang pengarah yang baru pertama kali mengarah".[25] Wahiduzzaman dari Cinema Online menulis bahawa filem ini "menjanjikan aksi yang lebih hebat dan mantap".[9]
Kesinambungan
Evolusi KL Drift 2 (2010)
Kesinambungan filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan di pawagam seluruh negara, termasuk Singapura dan Brunei pada 25 Mac 2010 dengan belanjawan yang sama 2.5 juta dan meraih kutipan hampir RM4 juta ringgit daripada pendahulunya.[26][27] Difahamkan bahawa pelakon utamanya, Fasha Sandha dan Diana Danielle mengumumkan menarik diri dari berlakon dalam filem ini.[28]
Adaptasi televisyen
Pada pertengahan 2012, Skop Productions telah mengumumkan akan menerbitkan drama adaptasi filem ini, bertajuk Evolusi KL Drift: The Series. Pada 7 September 2012, treler siri ini telah dimuatnaik di YouTube yang juga menyatakan tarikh keluaran. Ia disiarkan secara rasmi pada 4 Oktober 2012 di RTM TV2 dan menampilkan pelakon asal filem ini dengan penambahan pelakon baru.[29]
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Festival Filem Malaysia ke-21 | Anugerah Khas Juri: Keberkesanan aksi lasak di layar perak | Syamsul Yusof | Menang |
Sinematografi Terbaik | Raja Mukhriz | Menang | ||
Penataan Bunyi Terbaik | Daud Sulaiman | Tercalon | ||
Poster Terbaik | Tercalon | |||
Pelakon Harapan Lelaki | Syamsul Yusof | Tercalon | ||
Pengarah Harapan Terbaik | Tercalon |
Rujukan
- ^ "KL Drift catat sejarah". Harian Metro. 5 April 2008. Dicapai pada 5 Mac 2020.
- ^ a b c d Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 April 2008). "KL Drift sedia mengaum". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Filem Evolusi KL Drift bakal buat kejutan Berita Harian. 6 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2008. Dicapai pada 5 Mei 2010.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 April 2008). "KL Drift sedia mengaum". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Nur Aqidah Azizi (10 April 2008). "Drifting into his own". The Malay Mail. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Zainuri Misfar (11 Jun 2007). "Evolusi KL Drift: Ujian Shamsul". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-13. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Akmal Abdullah (10 April 2008). "Syamsul bawa legasi box-office Yusof". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ a b Wahiduzzaman (22 Mac 2008). ""KL Drift" offers bigger and better actions" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- ^ Wahiduzzaman (27 Februari 2008). "Syamsul Yusof talks about his directorial debut in "Evolusi KL Drift"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2015.
- ^ Zainuri Misfar (21 April 2007). "Skrip Evolusi: KL Drift lapan kali kena tolak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Zubir Mohd Yunos (17 Jun 2007). "Evolusi KL Drift medan ujian terhebat buat Syamsul". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
- ^ Masami Mustaza (23 April 2008). "He evolutionised KL Drift". The Malay Mail. Dicapai pada 2 November 2019.
- ^ "Huda, Shahril 'drift' di KL". CyBerita. 5 Mei 2007. Dicapai pada 7 Julai 2018.[pautan mati kekal]
- ^ "Promosi bakat". CyBerita. 11 Mei 2007. Dicapai pada 7 Julai 2018.[pautan mati kekal]
- ^ http://web.archive.org/web/20090322162327/http://www.astro.com.my/channels/kirana
- ^ "Anak bapak tetap ada 'evolusi' tersendiri". CyBerita. 12 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-11. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Zainuri Misfar (7 April 2008). "KL Drift kutip RM2 juta selepas tiga hari tayangan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-10. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Malaysians getting fast and furious trailer for Evolusi KL Drift Diarkibkan 2008-12-11 di Wayback Machine Twitchfilm.net (3 April 2008). Dicapai pada 1 April 2009.
- ^ "30 filem tempatan sepanjang tahun ini". Berita Harian. 1 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-04. Dicapai pada 7 Julai 2015.
- ^ Hanim Mohd Salleh (9 Mei 2008). "Sembilan filem ditayang selama tiga hari mulai esok". CyBerita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Zainuri Misfar (25 Julai 2008). "6 filem kita ke London". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-28. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ "Siapa pelakon dan bintangnya?". Utusan Malaysia. 15 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-16. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Firdaus Sahat (30 Mac 2008). "Aksi sukan drift". Metro Ahad. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Nur Aqidah Azizi (27 Mac 2008). "Not bad for a first-time director". The Malay Mail. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Abd Aziz Itar (9 Mac 2010). "Evolusi KL Drift 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 15 April 2010.
- ^ "Filem Evolusi KL Drift ada sambungan". Berita Minggu. 4 Mei 2008. Dicapai pada 2 November 2019.
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
- ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Diarkibkan 2017-11-10 di Wayback Machine Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
Pautan luar
- Tapak web rasmi (diarkibkan)
- Evolusi KL Drift di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)