Siti Aishah | |
---|---|
bekas Tengku Permaisuri Selangor Raja Permaisuri Agong | |
![]() Aishah | |
Tengku Permaisuri Selangor ke 2 | |
Pemerintahan | 24 Oktober 1998 – 25 April 1999 |
Kemahkotaan | 24 Oktober 1998 |
Pemasyhuran | 1999 |
Didahului oleh | Tengku Ampuan Rahimah |
Diikuti oleh | Tengku Permaisuri Norashikin |
Raja Permaisuri Agong Negara Malaysia | |
Pemerintahan | 26 April 1999 – 21 November 2001 |
Kemahkotaan | 23 September 1999 |
Didahului oleh | Tunku Ampuan Najihah |
Diikuti oleh | Tengku Fauziah |
Keputeraan | Siti Aishah binti Abdul Rahman 18 November 1971 Kuala , Mukim Batu, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Selangor Darul Ihsan |
Pasangan | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Permaisuri Siti Aishah binti Abdul Rahman; (lahir 18 November 1971), Baginda berasal dari Kuala Lumpur.
Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan. Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah. Sejurusnya perkahwinan, baginda telah dikurniakan gelaran Che Puan Besar Selangor. Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) oleh Sultan Selangor. Selepas kemangkatan Tengku Ampuan Rahimah pada tahun 1993, Selangor tidak berpermaisuri sehingga tahun 1998. Pada 24 Oktober 1998, baginda telah dimashyurkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor dengan gelaran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Siti Aishah. Pada 26 April 1999, baginda telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong setelah suaminya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XI. Sewaktu tempoh menjawat gelaran tersebut, baginda menggunakan gelaran Raja Permaisuri Agong XI Tuanku Siti Aishah. Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain golf. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.