Sultan Badlishah | |
---|---|
Paduka Seri Sultan dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Kedah Darul Aman | |
![]() Sultan Badlishah | |
Sultan Kedah dan Seluruh Jajahan Takluknya | |
Pemerintahan | 13 Mei 1943 - 13 Julai 1958 |
Kemahkotaan | - |
Pemasyhuran | - |
Didahului oleh | Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Keputeraan | 17 Mac 1894 Alor Setar, Kedah |
Kemangkatan | 13 Julai 1958 (umur 64) Hospital Besar, Alor Setar, Kedah |
Pemakaman | Makam Diraja Langgar, Kedah |
Pasangan | Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud Sultanah Asma binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
Anakanda | Tunku Abdul Hamid Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Abdul Malik Tunku Mansur Tunku Annuar Sultan Sallehuddin Tunku Abdul Hamid Thani Tunku Hamidah Tunku Sakinah Tunku Hosnah Tunku Bisharah Tunku Badriatul Jannal Tunku Kamaliah Tunku Nafisah |
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah |
Bonda | Tunku Nai Sofiah binti Tunku Nai Haji Hassan |
Agama | Islam |
Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Sultan Kedah ke-27 dari 13 Mei 1943 hinggalah ketibaan tentera Jepun pada bulan Ogos dalam tahun tersebut, dan kembali ke takhta pada 5 September 1945 dengan penyerahan kalah Jepun pada 2 September 1945.
Sultan Badlishah ialah putera Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah. Baginda belajar di Kolej Wadham, Universiti Oxford.
Gelaran dan kurniaan
- 10 Mac 1894 – 21 Mac 1935: Yang Amat Mulia Tunku Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- 21 Mac 1935 – 5 Disember 1937: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Raja Muda Kedah
- 5 Disember 1937 – 13 Mei 1943: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Pemangku Raja Kedah
- 13 Mei 1943 – 13 Julai 1958: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Darul Aman
Kurniaan
Kurniaan Kedah
Founding Grand Master of the Bintang Keberanian Negeri Kedah (BKK, 30 Oktober 1952 - 13 Julai 1958)
Founding Grand Master of the Darjah Utama Untuk Jasa Kedah (KOM, 30 Oktober 1952 - 13 Julai 1958)
Founding Grand Master of the Bintang Perkasa Negeri Kedah (BPK, 30 Oktober 1952 - 13 Julai 1958)
Kurniaan asing
Jepun
- Order of the Sacred Treasure Darjah ke-3 (30.9.1943)
Thailand
Companion of the Order of the Crown of Thailand
Companion of the Order of the White Elephant
United Kingdom
Recipient of the King George V Silver Jubilee Medal (1935)
Companion of the Order of St Michael and St George (CMG) (1936)
Recipient of the King George VI Coronation Medal (1937)
Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) - Sir (1941)
Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG) - Sir (1948)
Recipient of the Queen Elizabeth II Coronation Medal (1953)
Keturunan
Sultan Badlishah telah berkahwin dua kali dengan Tunku Sofiah dan Tengku Asma. Isteri pertama baginda ialah Tunku Sofiah binti Almarhum Tunku Mahmud (1899-1934) berkahwin pada 1922. Perkahwinan dengan Tunku Sofiah telah melahirkan beberapa orang anak termasuk, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ke-28. Tunku Sofiah mangkat pada 1934 akibat kemalangan jalanraya.
- Tunku Abdul Hamid (20 Ogos 1923, mangkat waktu kecil)
- Tunku Hamidah (22 September 1925 – 4 November 2015), berkahwin dengan Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu.
- Tuanku Abdul Halim (28 November 1927 – 11 September 2017), Sultan Kedah dari 1958 hingga 2017 dan ditabalkan dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1970 hingga 1975 dan 2011 hingga 2016
- Tunku Abdul Malik (24 September 1929 – 29 November 2015), Raja Muda dari 1960 hingga 2015
- Tunku Sakinah (11 November 1931), berkahwin dengan Yves Borotra.
- Tunku Mansur (29 Disember 1933 – 18 Ogos 1934)
Sultan Badlishah berkahwin untuk kali kedua pada 1934 dengan Tengku Asma binti Almarhum Sultan Badrul Alam Shah (1911-1994), seorang puteri Sultan Terengganu dari Dinasti Bendahara. Tengku Asma menjadi Sultanah Kedah dan melahirkan beberapa orang anak;
- Tunku Hosna (25 Januari 1935)
- Tunku Annuar (30 Jun 1937 – 23 Mei 2014), Tunku Bendahara Kedah dari 1981 hingga 2014
- Tuanku Sallehuddin (30 April 1942), Sultan Kedah dari September 2017 hingga kini, Raja Muda dari 2015 hingga 2017
- Tunku Bisharah (18 Oktober 1944)
- Tunku Kamaliah (6 Jun 1947)
- Tunku Badriatul Jamal (1 September 1949)
- Tunku Abdul Hamid Thani (18 Jun 1952), Tunku Bendahara Kedah dari 2017 hingga kini.
- Tunku Nafisah (20 Jun 1954)
Lihat juga
Sultan Badlishah Kerabat diraja Kedah Tarikh keputeraan: 1894 Tarikh kemangkatan: 1958
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abdul Hamid |
Sultan Kedah 1943–1958 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Halim |