Herodotus | |
---|---|
Ἡρόδοτος | |
Kelahiran | s. 484 SM |
Meninggal dunia | s. 425 SM (Sekitar umur 60 tahun) |
Pekerjaan | Sejarawan |
Karya terkenal | Historíai |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Herodotus (disebut [hé.ro.do.tus]; bahasa Yunani kuno: Ἡρόδοτος Hēródotos, disebut [hɛː.ró.do.tos]) adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di Halicarnassus, Caria (sekarang digelar Bodrum, Turki) dan hidup dalam abad kelima SM (sekitar 484–425 SM) sezaman dengan Sokrates. Beliau secara meluas digelar sebagai "Bapa Sejarah"; beliau merupakan ahli sejarah yang pertama diketahui menyimpang daripada tradisi catatan peristiwa gaya Homeros yang lazim pada zamannya dengan mendekati bahan sejarah sebagai satu kaedah penyiasatan — secara khususnya dengan mengumpul bahan-bahan sejarah diperolehi secara sistematik dan kritis serta kemudiannya menyusun bahan-bahan berkenaan dalam Historiografi.
Historíai (Ἱστορίαι - The Histories) merupakan salah satu karyanya diketahui penghasilannya yang menerangkan tentang catatan "penyiasatan" mengenai asal usul Perang Yunani-Parsi dan termasuk banyak maklumat geografi dan etnografi. Sebahagian kandungan "penyiasatan" beliau adalah khayalan dan tidak tepat, namun beliau jelas menyatakan bahawa beliau hanya melaporkan apa sahaja yang diberitahu kepadanya.
Riwayat hidup
Kelahiran
Herodotus dipercayai (menurut catatan sejarah moden[1][2]) lahir di bandar Halicarnassus di Asia Kecil diperintah Empayar Achaemenes[3][4] sekitar tahun 484 SM. Beliau bersaudara denngan seorang penyajak epik bernama Panyassis.
Senja hidup
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pengaruh
Herodotus mengumumkan ukuran dan lingkup karyanya pada permulaan tulisannya Historia:
Ἡροδότου Ἁλικαρνησσέος ἱστορίης ἀπόδεξις ἥδε, ὡς μήτε τὰ γενόμενα ἐξ ἀνθρώπων τῷ χρόνῳ ἐξίτηλα γένηται, μήτε ἔργα μεγάλα τε καὶ θωμαστά, τὰ μὲν Ἕλλησι, τὰ δὲ βαρβάροισι ἀποδεχθέντα, ἀκλεᾶ γένηται, τὰ τε ἄλλα καὶ δι 'ἣν αἰτίην ἐπολέμησαν ἀλλήλοισι.
["Karya ini merupakan pernyataan kajian Herodotus dari Halicarnassus, sehingga apa yang terjadi pada manusia tidak luntur (atau pudar) kerana waktu mahupun segala perbuatan besar dan menakjubkan, baik dari orang Yunani mahupun bangsa gasar, tidak dilupakan kemuliaannya; dan semua ini juga termasuk apa yang menyebabkan mereka saling berperang".]
Catatannya atas prestasi orang-orang lain merupakan suatu prestasi tersendiri, meskipun masih diperdebatkan nilainya. Tempatnya pada sejarah dan nilai pentingnya dapat difahami menurut tradisi masa kerjanya. Karyanya merupakan salah satu prosa Yunani tertua yang masih utuh wujud. Walau bagaimanapun, Dionysius dari Halicarnassus, seorang kritikus sastera dari Augustan Rome menyenaraikan tujuh pendahulu beliau yang digambarkan karya-karya mereka sebagai kisah yang sederhana dan unik melibatkan tempat dan tokoh baik Yunani atau asing termasuk legenda rakyat, tanpa olahan atau tokok tambah, di mana pengisahan tersebut kadangkalanya bersifat melodramatik dan naif dan seringkali mengesankan - Dionysius selanjutnya menjelaskan bahawa unsur-unsur karya duluan sebegini dapat ditemui dalam karya Herodotus sendiri.[5] Sejarawan modern menganggap kronologinya tidak pasti. Menurut kisah kuno, para pendahulunya ini termasuk Dionysius dari Miletus, Charon dari Lampsacus, Hellanicus dari Lesbos, Xanthus dari Lydia dan, yang paling dapat dibuktikan dari semuanya, Hecataeus dari Miletus. Dari semua ini hanya sejumlah fragmen karya Hecataeus yang terlestarikan (dan keasliannya masih diperdebatkan)[6] tetapi memberikan sedikit gambaran tradisi pada masa Herodotus menulis Historia, sebagaimana pada kata pengantar karya Hecataeus, Genealogia:[7]
Hecataeus orang Milesia berbicara demikian, saya menulis hal-hal ini sebagaimana yang benar menurutku; karena cerita-cerita yang disampaikan orang Yunani sangat beragam dan menurut pendapat saya tidak masuk akal.
Rujukan
- ^ Rawlinson (1859), Introduction
- ^ Burn (1972), Introduction
- ^ Dandamaev, M. A. (1989). A Political History of the Achaemenid Empire. Brill. m/s. 153. ISBN 978-90-04-09172-6.
The ‘Father of History’, Herodotus, was born at Halicarnassus, and before his emigration to mainland Greece was a subject of the Persian empire.
- ^ Kia, Mehrdad (2016). The Persian Empire: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 161. ISBN 978-1-61069-391-2.
At the time of Herodotus’ birth southwestern Asia Minor, including Halicarnassus, was under Persian Achaemenid rule.
- ^ A.R. Burn, Herodotus: The Histories, Penguin Classics, 1972, page 23, citing Dionysius On Thucydides
- ^ A.R. Burn, Herodotus: The Histories, Penguin Classics, 1972, page 27
- ^ FGH I, F.I
Pautan luar
- Karya-karya oleh Herodotus di Projek Gutenberg
- The History of Herodotus, vol. 1, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg (terjemahan bahasa Inggeris oleh George Campbell Macaulay, 1852–1915)
- The History of Herodotus, vol. 2, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Herodotus di Internet Archive
- Mendelsohn, Daniel (28 April 2008). "Arms and the Man". The New Yorker. Dicapai pada 27 April 2008.