Pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat P93 Sungai Besar, kerusi parlimen terletak di negeri Selangor, Malaysia pada 18 Jun 2016 berikutan hari penamaan pada 5 Jun 2016.[1] Kerusi mula kosong setelah kematian ahli parlimen Noriah Kasnon, yang meninggal dalam nahas helikopter pada 5 Mei 2016 sementara berkempen di pilihan raya negeri Sarawak.[2] Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi.[3] Dalam pilihan raya umum 2013, Noriah memenangi kerusi dengan majoriti 399 undi menewaskan Mohamed Salleh M Hussin dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[4] Pilihan raya kecil ini diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Kuala Kangsar atas alasan yang sama.
Calon Barisan Nasional ialah Budiman Mohd Zohdi dari UMNO yang juga ADUN Sungai Panjang.[5] Calon PAS ialah Abdul Rani Osman yang juga ADUN Meru.[6] Gabungan pembangkang Pakatan Harapan telah memilih Azhar Abdul Shukor dari Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai calon.[7]
Beberapa isu-isu yang akan membawa semasa pilihan raya ialah Cukai Perkhidmatan dan Barangan, kenaikan biaya hidup dan tarif elektrik.[8]
Keputusan
Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi Barisan Nasional dengan majoriti 9,191 undi menewaskan kedua-dua calon dari Amanah dan PAS.[9]
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
PAS | Abdul Rani Osman | 6,902 | 21.78% | ▼26.82 | |
Barisan Nasional | Budiman Mohd Zohdi | 16,800 | 53.01% | ▲3.41 | |
Amanah | Azhar Abdul Shukor | 7,609 | 24.01% | N/A | |
Undian rosak | 379 | 1.2% | ▲0.04 | ||
Majoriti | 9,191 | 29.00% | ▲10.3 | ||
Peratusan mengundi | 31,690 | 74.29 | ▼14.04 | ||
BN kekal | Peralihan | 3.41 |
Rujukan
- ^ "Sungai Besar, K Kangsar by-elections on June 18". Malaysiakini. 13 May 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "Sungai Besar, Kuala Kangsar set for by-elections". Malaysiakini. 10 May 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "Confirmed: Noriah Kasnon among six on board missing chopper". News Straits Times. 6 May 2016. Dicapai pada 27 May 2016.
- ^ "Hisham: BN doesn't take Sungai Besar, Kuala Kangsar by-elections lightly". Malaysiakini. 16 May 2016. Dicapai pada 3 June 2016.
- ^ "BN's Sungai Besar candidate Budiman prefers to be underdog". The Star Online. 27 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
- ^ "Dr Abdul Rani is Pas candidate for Sungai Besar". Bernama. Astro Awani. 28 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
- ^ "Local boy Azhar Shukur is Amanah's pick for Sungai Besar". Malay Mail Online. 1 June 2016. Dicapai pada 2 June 2016.
- ^ http://www.thesundaily.my/news/1818903
- ^ "BN retains Sungai Besar with huge majority". Free Malaysia Today. 18 June 2016. Dicapai pada 18 June 2016.