| ||||||||||||||||
Kerusi Seri Setia di Dewan Undangan Negeri Selangor. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia 2018 merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos 2018[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 8 September 2018.
Penamaan Calon
Pilihan Raya Kecil Seri Setia menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PH-PKR dan PAS. PH-PKR telah mempertaruhkan Halimey Abu Bakar. PAS pula mencalonkan bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali[2].
Keputusan Pilihan Raya
Berikut merupakan keputusan rasmi[2]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH | Halimey Abu Bakar | 13,725 | Menang |
PAS | Dr Halimah Ali | 9,698 | Kalah |