Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi Tanjong Datu diadakan pada 18 Februari 2017 selepas proses penamaan calon pada 4 Februari 2017 [1] ekoran kematian penyandangnya yang juga Mantan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem akibat serangan jantung pada 11 Januari 2017.[2]
Beliau juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 selepas menewaskan pencabarnya, Encik Jazolkipli Numan dari PKR dengan memperoleh undian sebanyak 6,360 sementara Jazolkipli hanya memperoleh undian sebanyak 468 sahaja.[3] [4]
Calon pilihan raya kecil Tanjong Datu 2017
Pertandingan tiga penjuru telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dengan menyaksikan Jamilah Anu dari Barisan Nasional, Johnny Aput dari Parti STAR dan Rapelson Richard Hamit dari Parti PBDS Baru. [5] Jamilah merupakan balu kepada Adenan Satem juga dikenali oleh penduduk setempat di atas kepimpinan beliau di atas kerja-kerja sukarela kebajikan di Sarawak.[6]
Keputusan
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Jamilah Anu | 6,573 | 96.51 | ||
PBDSB | Rapelson Richard Hamit | 130 | 1.91 | ||
STAR | Johnny Bob Aput | 108 | 1.59 | ||
Jumlah undian | 6,811 | 100.00 | |||
Jumlah undi rosak | 80 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 1 | ||||
Turnout | 6,892 | 69.20 | |||
Jumlah pengundi berdaftar | 9,959 | ||||
Majoriti | 6,443 | ||||
BN kekal | Peralihan | ||||
Sumber "Federal Government Gazette - Notice of Contested Election - By-election of the State Legislative Assembly of N.03 Tanjong Datu for the State of Sarawak [P.U. (B) 87/2017]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 6 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-06-13. Dicapai pada 2018-09-19. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statement of the Poll after the Official Addition of Votes for the By-election of N.03 Tanjong Datu [P.U. (B) 110/2017]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 24 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-06-13. Dicapai pada 2018-09-19. |
Rujukan
- ^ "Three-cornered contest in Tanjong Datu by-election". The Sun Daily. 5 February 2017. Dicapai pada 5 February 2017.
- ^ "Sarawak Chief Minister Adenan Satem dies aged 72". Channel News Asia. 11 January 2017. Dicapai pada 5 February 2017.
- ^ "EC chief urges voters not brush off Tanjong Datu poll". Yahoo Singapore. 4 February 2017. Dicapai pada 5 February 2017.
- ^ "Jamilah Anu to be fielded as BN candidate for Tanjung Datu by-election". The Borneo Post. 1 February 2017. Dicapai pada 5 February 2017.
- ^ "Three-cornered fight in Tg Datu". The Borneo Post. 5 February 2017. Dicapai pada 5 February 2017.
- ^ "Landslide win for BN in Tanjong Datu by-election". Free Malaysia Today. 18 February 2017. Dicapai pada 20 February 2017.