Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee pada 2 Ogos 2018[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 8 September 2018.
Pilihan Raya Kecil Balakong menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PH-DAP dan MCA. MCA tidak menggunakan simbol BN. PH-DAP telah mempertaruhkan Wong Siew Ki. MCA pula mencalonkan Tan Chee Teong.