Penilaian Menengah Rendah atau dikenali dengan singkatannya PMR, merupakan satu peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.
PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Para pelajar juga diwajibkan untuk mengambil tujuh mata pelajaran asas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam untuk pelajar Islam atau Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam. Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu mata pelajaran bahasa tambahan di antara Bahasa Arab (اللغة العربية), Bahasa Cina (华文), Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி), dan Bahasa Iban (jaku Iban).
PMR telah dimansuhkan pada tahun 2013 dan peperiksaan tersebut secara rasminya ditukarkan kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2014 disebabkan kewujudan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Objektif dan Laporan
Objektif PMR ialah untuk menilai prestasi pelajar di akhir tahun tiga sekolah menengah sebelum ke peringkat menengah atas yang kemudian akan mengakhiri sistem persekolahan wajib Malaysia.
Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan. Keputusan akan direkod mengikut gred berikut:
|
Prestasi pelajar dalam kerja kursus bagi subjek-subjek yang mempunyai kerja khusus pula akan digred seperti berikut:
|
Format Peperiksaan
Bahasa Melayu
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:
- 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
- 7 soalan mencari kesalahan ayat
- 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
- 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
- 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
- 3 soalan mencari ayat yang betul
- 3 soalan berdasarkan peribahasa
- 10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
- Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
- Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
- Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
- Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah
- Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah
- Sukar Membawa Tuah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon A mulai tahun 2010)
- Bukan Duniaku (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon B mulai tahun 2010)
- Hikmah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon C mulai tahun 2010)
- Istana Menanti (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon D mulai tahun 2010)
- Lestari Bukit Menghijau (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon B mulai tahun 2011)
- Di Sebalik Wajah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon D mulai tahun 2011)
- Erti Sebuah Pengorbanan (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon C mulai tahun 2011)
- Wira Persona Avatari (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon A mulai tahun 2011)
- Bunga Cempaka Untukmu (Digunakan oleh pelajar tingkatan 3 Zon A mulai tahun 2013)
- Kasut Kelopak Jantung (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2010)
- Gema Sepi Gadis Genius (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2011)
- Harga Sebuah Lukisan (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2012)
Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 140:
Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Bahasa Inggeris
Terbahagi kepada dua kertas. 12/1 Kertas Satu melibatkan soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa (Grammar), sastera (Literature) dan pemahaman (Comprehension). Terdapat:
- 10 soalan berdasarkan gambar/stimulus (Graphics/Stimuli)
- 8 soalan memenuhi perkataan tertinggal dalam petikan berdasarkan jawapan yang diberikan (Rational Cloze)
- 6 soalan mencari makna terdekat (Closest in Meaning)
- 10 soalan berdasarkan petikan (Comprehension)
- 6 soalan sastera Tingkatan Satu (Short Stories and Selected Poems)
12/2 Kertas Dua mengandungi tiga bahagian iaitu:
- Bahagian A: Karangan Berpandu (Guided Composition), 30 markah
- Bahagian B: Ringkasan (Summary), 10 markah
- Bahagian C: Karangan Novel (Literature), 10 markah
- The Boscombe Valley Mystery (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Selangor,WP Kl, Negeri Sembilan dan Melaka] mulai tahun 2010)
- Journey To The Centre Of The Earth (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan] mulai tahun 2010)
- Black Beauty (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan] mulai tahun 2010)
- Dr. Jekyll and Mr. Hyde
- The Prisoner of Zenda
A Collection of Poems, Short Stories and Drama Form 1 to Form 3
Hasil tambah kedua-dua kertas adalah 90, Hasil Tambah Markah Pelajar/90 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Matematik50/1,50/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 20 soalan subjektif, 60 markah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Sains55/1,55/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 5-7 soalan eksperimen atau rajah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Geografi23/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Sejarah21/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Kemahiran Hidup
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 30 Teras, 30 Elektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100) Elektif-elektif: 76/1 Pilihan 1: Kemahiran Teknikal 77/1 Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga 78/1 Pilihan 3: Pertanian 79/1 Pilihan 4: Perdagangan dan Keusahawanan
Pendidikan Islam
Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20 markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.
Bahasa Cina (华文)
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 32/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa, prosa moden (现代文阅读) dan prosa klasik (文言文阅读). Terdapat:
- 3 soalan berdasarkan pemahaman bahan rangsangan
- 7 soalan berkaitan tatabahasa (语法), aspek yang diuji termasuklah: HanYuPinYin (汉语拼音), Gaya Bahasa (修辞手法), Peribahasa (谚语), Ayat Majmuk (复句), Penggunaan Fungsi Kata yang Betul
- 3 soalan mengisi tempat kosong (词汇填充) dalam petikan menggunakan perkataan yang paling sesuai/tepat
- 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa moden (现代文理解)
- 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa klasik (文言文)
- 7 soalan Mingju (名句精华) yang dipelajari di Peralihan hingga Tingkatan 3
02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
- Bahagian A : Penulisan Kaligrafi (中楷誊录), 6 markah
- Bahagian B : Ringkasan (摘录要点), 10 markah
- Bahagian C : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar (供料作文), 14 markah
- Bahagian D : Karangan Pilihan (作文), pelajar perlu memilih satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap yang melebihi 220 patah perkataan, 30 markah
Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.
Skop dan Topik-Topik Tahap PMR
|
Kemungkinan dimansuh
Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.[1]
Pada tahun 2014, secara rasminya Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)