Solat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum atau mahu berniat seperti kemarau, sakit, dan peperiksaan.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan akan bagaimana kita mahu memohon hajat kepada Allah s.w.t. :
مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: “Sesiapa yang ada hajat pada Allah s.w.t. atau pada sesiapa daripada kalangan anak Adam, hendaklah dia mengambil wuduk dan kemudian menunaikan solat dua rakaat.” - Riwayat Ibnu Majah, hadith no. 1384
Waktu Solat Hajat
Solat hajat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda berkelapangan kecuali pada waktu berikut:
- Waktu Syuruq – Waktu dimana matahari mulai terbit sehinggalah setinggi tombak dan ia biasanya dianggarkan berlangsungnya selama 15 minit.
- Waktu Zhahirah – Waktu ini ketika matahari berada di tengah-tengah langit pada waktu tengah hari. Bayang-bayang tidak kelihatan kerana matahari berada tepat di atas kepala kita. Ia berlangsung beberapa beberapa minit sebelum masuknya waktu solat Zohor.
- Waktu Senja – Waktu dimana matahari mulai terbenam sehinggalah terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung selama 15 minit sebelum masuknya waktu solat Maghrib.
Dan disarankan untuk anda mengerjakan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut dan berdoa hajat anda kepada Allah.
Niat Solat Hajat
“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara Melakukan Solat Hajat
- Mulakan dengan niat solat hajat
- Rakaat pertama - Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
- Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
- Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN" sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diiginkan (masih dalam keadaan sujud)
- Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dlaam tahiyat akhir dan memberi salam.
- Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.
Walau bagaimanapun ada para ulama' yang menyatakan solat ini tiada hadis yang jelas. adapun hadis yang di pegang adalah kesemuanya dhaif. [perlu rujukan]
Rujukan
2. Cara Solat Hajat Mudah - Tanyaustaz.com
Pautan luar
- Niat dan Cara Solat Sunat Hajat - Jiwarosak.com
- The Prayer of Need (Salat al-Hajah)
- Waktu Afdal Solat Hajat - TanyaUstaz.net