Siapa Salah? | |
---|---|
Pengarah | B.N. Rao |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi | P. Ramlee |
Sinematografi | Hitam-putih |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Diedarkan oleh | Malay Film Production (MPF) |
Tarikh tayangan | 7 November 1953 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Siapa Salah? merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 7 November 1953. Filem Siapa Salah? diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Siapa Salah? diarah oleh pengarah B.N. Rao (1953).
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Salim dan isterinya Aminah dan anaknya Jamil hidup mewah di sebuah rumah besar di Kuala Lumpur. Orang gaji mereka, Yatimah mempunyai seorang anak perempuan bernama Noorma. Jamil dan Noorma berkawan rapat hingga akhirnya mereka bercinta. Ketika Jamil sakit kepala Noorma datang memicit kepalanya. Salim terkejut melihat Noorma dan Jamil berdua-duaan. Salim begitu marah dengan perbuatan Noorma lalu menghalau dia dan ibunya dari rumah itu. Jamil kemudiannya mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan mewahnya dan pergi mencari Noorma.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Lakonan Seniman
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Salim
- Haji Mahadi
- Daeng Idris
- Salleh Kamil
- S. Hassan Sahab
- Malek Sutan Muda
- Hashim Nor
- Omar Suwita
- Boy Salleh
- Kemat Ahmad
Lakonan Seniwati
[sunting | sunting sumber]- Normadiah sebagai Noorma
- Neng Yatimah
- Siti Tanjung Perak
- Salbiah
- Marliah
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Kumbang dan Bunga - nyanyian P. Ramlee dan Normadiah
- Senyap dan Sunyi - nyanyian P. Ramlee
- Angin Malam - nyanyian Lena
- Seksa - nyanyian P. Ramlee
- Manusia Miskin Kaya - nyanyian Normadiah