Si Tanggang | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Penulis | Jamil Sulong |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | Jamil Sulong |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Disunting oleh | H. R. Narayana |
Muzik oleh | Shariff Dol |
Syarikat penerbitan | Malay Film Productions (MPF) |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 20 Ogos 1961 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Si Tanggang ialah sebuah filem drama adaptasi dongeng Melayu Si Tanggang. Filem ini diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem ini diarahkan oleh Jamil Sulong.
Sinopsis
Mengisahkan Tanggang yang asalnya orang miskin. Hidup bersama ibunya, Dermai. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannnya ekoran kerap dihina oleh orang kampung serta lamarannya ditolak oleh Orang Kaya Inas dan isterinya untuk memperisterikan Montel. Pada mulanya dia menyelinap masuk ke dalam sebuah kapal yang sedang berlabuh di perairan kampungnya sebelum dibenarkan untuk bekerja sebagai anak kapal. Kemudia dia berjaya menjadi seorang nakhoda kapal yang berjaya. Tanggang di kahwinkan dengan Kenanga. Tanggang merancang untuk menghapuskan kumpulan penyamun di Pulau Penyengat, dan akhirnya pasukan Tanggang berjaya menewaskannya. Tindakannya diketahui oleh Raja Donan, baginda mengurniakan pangkat dengan gelaran Datuk Mangku Negara dan menantunya sendiri. Tanggang dikahwinkan dengan Puteri Indera Kacha, puteri tunggal baginda. Tanggang menghantar utusan ke Inas agar dia tidak mahu pulang semula ke sana. Hati Kenanga menjadi hancur dan dia mengambil keputusan membunuh diri. Apabila Puteri meminta supaya dia di bawa belayar. Tanggang menurutinya sahaja. Setibanya kapal Tanggang belayar berhampiran tempat kampungnya dulu, ibunya cuba berjumpa Tanggang di kapalnya, tetapi Tanggang tidak mahu mengaku Dermai sebagai ibu kandungnya kerana malu untuk memperkenalkan ibunya kepada Puteri. Ibunya dihalau dan dia balik ke pantai. Selapas ibunya mendarat, dia menyumpah Tanggang. Akibatnya, Tanggang telah disumpah menjadi burung helang manakala seluruh anak kapalnya termasuk isterinya disumpah menjadi batu dan tenggelam di tengah lautan.
Pelakon
- Jins Shamsuddin sebagai Tanggang
- Zaiton sebagai Kenanga
- Normadiah sebagai Dermai
- Sarimah sebagai Puteri Indera Kaca
- Malek Sutan Muda sebagai Orang Kaya Inas
- Habsah Buang sebagai Isteri Orang Kaya Inas
- K. Fatimah sebagai Montel
- A. Rahim sebagai Jelutong
- Ahmad C sebagai Upik
- S. Shamsuddin sebagai Lembik
- Ali Fiji sebagai Husin
- S. Kadarisman sebagai Pak Nakhoda
- Zainon Fiji sebagai isteri Pak Nakhoda
- Bad Latiff sebagai Tanggang (Kecil)
- Salleh Kamil sebagai Linggi
- Rahmah Rahmat sebagai Molek
- Haji Mahadi sebagai Orang Kaya Sang Derma
- Sa'amah sebagai Isteri Orang Kaya Sang Derma
- Omar Suwita sebagai Pak Kelewang
- Shariff Dol sebagai Raja Donan
- M. Rafiee sebagai Anak Kapal
- M. Zain sebagai Orang Kampung
- Ibrahim Pendek sebagai Orang Kampung
- H. M. Busra sebagai Utusan Raja Donan
- Murni Sarawak sebagai Penari Istana