Ismail bin Abdullah dilahirkan sebagai Chia Soo Tuan atau lebih dikenali sebagai Nyong Ismail (1905 – 26 Ogos 1965) merupakan seorang pelakon tambahan yang sering muncul di filem keluaran Malay Film Productions di jalan Ampas, Singapura.
Nyong Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Chia Soo Tuan 1905 |
Meninggal dunia | 26 Ogos 1965 | (umur 59–60)
Sebab kematian | Penyakit dalam perut |
Nama lain | Ismail bin Abdullah |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1956–1965 |
Terkenal kerana | Hang Kebun dalam filem Seniman Bujang Lapok, Hussein Lempoyang dalam filem Tiga Abdul |
Anak-anak | Normadiah (anak angkat) |
Kerjaya
Watak beliau yang diingati ialah watak Hang Kebun yang dilakonkan oleh beliau sendiri di filem Seniman Bujang Lapok pada tahun 1961 serta watak Hussain Lempoyang dalam filem Tiga Abdul pada tahun 1964. Beliau merupakan bapa angkat kepada pelakon, penyanyi Normadiah, kedua-duanya memeluk agama Islam selepas berhijrah ke Singapura.[1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1956 | Anak-ku Sazali | Encik Sulaiman | Filem pertama |
1957 | Bujang Lapok | Pak Nyong | |
Hantu Jerangkong | Tok Leman | ||
1958 | Sri Menanti | ||
Doktor | |||
Hantu Kubor | Tok Leman | ||
Sumpah Orang Minyak | Pembantu Penghulu | ||
Sarjan Hassan | Bapak Salmah | ||
1959 | Musang Berjanggut | Pujangga | |
Batu Belah Batu Bertangkup | Tok Nujum | ||
Samseng | |||
1960 | Putera Sangkar Maut | Datuk Tabib | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Tuan Tabib | |
Seniman Bujang Lapok | Pelakon | Penampilan khas | |
Singapura Dilanggar Todak | Pengapit Pengantin Lelaki | ||
1962 | Batu Durhaka | Bapa Saudara Mawar | |
Labu dan Labi | Bomoh | ||
Siti Muslihat | Ayah Salamah | ||
1964 | Tiga Abdul | Hussein Lempoyang | Filem terakhir |
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 1965 di Singapura akibat penyakit dalam perut.