Semerah Padi | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis | P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | |
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaya |
Bahasa | Melayu |
Semerah Padi merupakan sebuah filem hitam putih Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Selaku filem arahan P. Ramlee, filem kedua arahannya, filem ini mengetengahkan hidup kemasyarakatan dan pentadbiran sebuah kampung bernama Semerah Padi berdasarkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya, dengan berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta pemahaman agama yang tinggi.
Sinopsis
Dua sahabat akrab, Aduka (P. Ramlee) dan Taruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Saadiah), anak ketua kampung (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Taruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya, dan kepada Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
Pada malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa (Omar Suwita). Atas arahan Tok Penghulu demi keamanan kampung, Aduka dan Taruna berjaya menangkap Jejaka (A. Rahim) dan Galak (Normahdiah), suami Kachiwa, kerana berzina, dengan Jejaka sebenarnya telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek (Salleh Kamil). Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya berjaya menghuru-harakan kampung Semerah Padi, dengan banyak jiwa manusia terkorban dan rumah-rumah dibakar. Aduka, Taruna dan orang-orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya, empat orang kuncu Borek, (Kemat Hassan, Shariff Dol, Muhammad Hamid dan Nyak Osman) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
Kemudian, negeri pula dilanda lanun, dan Taruna serta 10 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampung untuk berkhidmat dengan baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek, dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya, dan Borek berjaya dibunuh.
Dara tetap memujuk rayu Aduka, tetapi Aduka tetap tidak mempedulikannya. Lama-kelamaan, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Taruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Taruna dan kedua-dua orang tuanya. Taruna sungguh kecewa, dan mengarahkan Aduka agar meninggalkan Semerah Padi pada keesokkan harinya.
Taruna berjumpa Tok Penghulu untuk memcepatkan nikah antara Dara dengan Aduka. Keluarga Taruna pula memutuskan tali pertunangan antara Taruna dan Dara. Tok Penghulu dalam kebingungan, dan Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat menggunakan rotan sebanyak 100 kali keatas tubuh belakang Aduka dan Dara mengikut perintah al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. Taruna tidak lagi berdendam dengan Aduka, dan Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua-duanya kembali sihat.
Barisan pelakon
Pelakon utama
- Nordin Ahmad sebagai Taruna
- Saadiah sebagai Dara
- P. Ramlee sebagai Aduka
Pelakon pembantu
- Daeng Idris sebagai Penghulu Semerah Padi (Bapak Dara)
- Musalmah sebaga Mak Dara
- Salleh Kamil sebagai Borek
- A. Rahim sebagai Jejaka
- Normadiah sebagai Galak
- Sa'amah sebagai Mak Aduka
- Malek Sutan Muda sebagai Bapak Taruna
- Zainon Fiji sebagai Mak Taruna
- Kemat Hassan, Shariff Dol, Ahmad C & Nyak Osman sebagai Kuncu Borek
- Omar Suwita sebagai Kachiwa
Pelakon tambahan
- Ahmad Chetty sebagai Orang Kampung
Penerbitan
Semerah Padi pada asalnya merupakan karya oleh Omar Rojik dengan nama Pukau sebelum ditukar nama kepada Long Batee dan seterusnya, Semerah Padi. Nama tersebut diberi oleh P. Ramlee berdasarkan beberapa perlambangan berkaitan orang Melayu: awalan "se-" melambangkan keesaan, "merah" melambangkan keberanian, dan "padi" ialah simbol jati diri yang rapat dengan bangsa Melayu. Sebilangan babak dalam Semerah Padi direka P. Ramlee berdasarkan ilham daripada babak filem oleh pengarah Jepun, Akira Kurosawa, seperti filem ulungnya, Rashomon.
Runut
Lagu-lagu runut digubah oleh P. Ramlee dengan lirik ditulis oleh rakan sekerja utamanya, Jamil Sulong, sementara muzik iringan dihasilkan oleh Malay Film Productions. Fred Libio bertanggungjawab dalam skor muzik.
- Semerah Padi oleh P. Ramlee & beramai-beramai
- Makan Sireh di Semerah Padi oleh P. Ramlee
- Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Saloma
- Putus Kasih di Semerah Padi oleh Momo Latif
- Lenggang Kangkong oleh Saloma, menampilkan Hashimah Yon sebagai penari undangan
Skrip
MUSIK: LAGU PADI-PADI SEMERAH PADI (BERKUMANDANG)
MALAY FILM PRODUCTION LTD. PRESENTS
1956
SEMERAH PADI
(STARRING) NORDIN AHMAD SA'ADIAH P. RAMLEE
(CO- STARRING) DAENG IDRIS NORMADIAH MUSALMAH SALLEH KAMIL A. RAHIM
(WITH) MALEK SUTAN MUDA SA'AMAH ZAINON KEMAT HASSAN SHARIFF DOL MUHAMMAD HAMID NYAK OSMAN OSMAN SUWITA
(PHOTOGRAPHY) C. RAMACHANDRAN
ORIGINAL STORY: OMAR ROJAK SCREEN PLAY: P. RAMLEE DIALOGUES: S. SUDARMAJI SILAT INSTRUCTION: MALEK SUTAN MUDA CONTINUNITY: SALEHA MUSIC: P RAMLEE LYRICS: JAMIL SULONG ORCHESTRA: M. F. P. STUDIO ORCHES SCORE: FRED LIBIO PLAY-BACK SINGER: SALOMA DANCE INSTRUCTOR: NORMADIAH PRODUCTION MANEGER: KWEK CHIP JIAN
FILM EDITOR: H. R. NARAYANA AUDIOGRAPHY: MOK CHEK POK ART DIRECTOR: J. ANTONY LABORATORY: CHOW CHEW KOK AND LEE. MONG HAM
(ASSISTANTS) DIRECTOR: S. HASSAN SANAB AND S. SUDARMAJI PHOTOGRAPHYS: JUMARI AUDIOGRAPHY: WONG SHAUR LEEI FILM EDITOR: K. K. RAMAN ART DIRECTOR: A. RASUL LABORATORY: WONG HONG PENG
(PRODUCER) RUN RUN SHAW
(DOA PEMBUKAAN)
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, selembar demi selembar ku telah sejarah lama, rangkai demi rangkai terjalin sudah sedia sebuah kisah, nun beberapa abad nan silam setelah agama Islam berkembang di gugusan pulau-pulau melayu, berlakulah undang-undang baharu menurut ayat-ayat Al-Quranul Karim, penghulu serta pengikutnya sangat taat, penduduk itu ialah Semerah Padi.
(NYANYIAN BERAMAI-RAMAI)
Padi-padi semerah padi. (4X)
Semerah padi desa perwira, gagah berani teras semangat, adat dijaga teruna dara, teguh beriman kuat ibadat.
Padi-padi semerah padi. (2X)
Semerah padi mewah dan subur, terjadi buat bergotong-royong, bersama megah bersama lebur, itu azimat penegak kampung.
Padi-padi semerah padi. (6X)
- SCENE 1/EXT/SIANG/KAWASAN SAWAH PADI
- Dara: Aduka!
- Aduka: Kau juga berkerja, Dara.
- SCENE 2/EXT/SIANG/ANAK SUNGAI
- Dara: Aduka.
- Aduka: Dara. Apa kau buat di sini, Dara?
- Dara: Aku menunggu kau balik, Aduka.
- Aduka: (Ketawa sikit-sikit) Bukankah aku telah terangkan, jangan tunggu kalau aku lambat balik.
- Dara: Rasa setahun jiwaku dahaga Aduka, jika sehari tidak menunggu padamu.
- SCENE 3/EXT/SIANG/DI DALAM SUNGAI
- Aduka: Dara, mengapakah bunga menjadi rebutan si kumbang?
- Dara: Tentulah. Sebab kumbang menghisap madu.
- Aduka: Tapi mengapakah bunga itu tidak menjadi rebutan kambing mahupun lembu?
- Dara: Eh..eh.. takkanlah kumbang menghisap ubi rebus.
- Aduka: (Ketawa)
- Dara: Mengapa kau selalu mengusik aku, Aduka?
- Aduka: Rasa setahun jiwaku dahaga, jika sehari tidak mengusik-usik kau, Dara. Apa ini?
- Dara: Air tebu. Minumlah. Agar hilang dahagamu setahun.
- Aduka: (Ketawa) Nakal. (Minum) Manis kau juga. (Minum) Em... Alhamdulillah. (Sendawa) Terima kasih, Dara.
- Dara: Nak lagi?
- Aduka: Cukuplah. Dara, kita dah lama di sini. Baiklah ye..
- Dara: Baiklah. Aku pulang dulu ya, Aduka.
- Aduka: Em...em...
- Dara: Oh... ya, Aduka. Ini sirih mu, Aduka.
- Aduka: Terima kasih, Dara.
- SCENE 4/INT/SIANG/DI DALAM RUMAH DARA.
- Mak Dara: Bapak Dara, kita ini semakin hari semakin tua. Aku ingin melihat Dara berumahtangga dan bersuamikan orang yang berbudi.
- Penghulu Semerah Padi: (Ketawa kecil) Kau ini terburu-buru saja. Kalau iya pun sabarlah. Kalau sudah jodoh dia, takkan ke mana.
- Dara: Mak..
- Mak Dara: Kau dah balik, Dara.
- Dara: Pak, pak... pekerjaan kita semuanya sudah selesai.
- Penghulu Semerah Padi: Bagus.
- Dara: Besok kita akan menolong Pak Guru pulak.
- Penghulu Semerah Padi: Eloklah, pergilah masuk ke dalam.
- Dara: Pak, Dara tumpang lalu ya, pak.
- Penghulu Semerah Padi: Iyalah... Siapa agaknya...
- Mak Dara: Shhh...! Dara! Dara!
- Dara: Ya, Mak.
- Mak Dara: Jemuran kerepek tu.. Mak belum angkat Tolong angkatkan, Dara.
- Dara: Baik, Mak. Pak, Dara tumpang lalu ya, Pak.
- Mak Dara: Tengok tu. Dara bukan budak kecil lagi. Dah besar pun.
- Penghulu Semerah Padi: Iyalah, dah besar tu memang dah besar, Aku pun tahu. Tapi takkan perigi mencari timba. Apa pulak kata orang nanti.
- Mak Dara: Iyalah, aku ini cuma cakap-cakap saja. Kalaulah kita dah tutup mata besok, bagaimana pulak hal Dara.
- Penghulu Semerah Padi: Baiklah, siapa agaknya yang berkenan di hatimu untuk menjadi menantu kita?
- Mak Dara: Aku ini cukup berkenaan dengan tingkahlakunya Taruna.
- Penghulu Semerah Padi: Taruna. Tapi...
- Taruna: Assalamualaikum.
- Penghulu Semerah Padi: Waalaikumussalam. Oh.. kau Taruna. Itupun dia datang bakal menantu kau. Bila kau balik, Taruna?
- Taruna: Baru sebenar tadi, Tok Penghulu.
- Penghulu Semerah Padi: Duduk. Bagaimana lawatanmu ke Kampung Ulu?
- Taruna: Mereka sudah mengusahakan tanah-tanah berlukar untuk dijadikan perkebunan.
- Penghulu Semerah Padi: Syukur, Alhamdulillah. Kalau mereka sudah mahu mulai bekerja.
- Taruna: Dan juga mereka mula membuat parit-parit baru untuk empangan air.
- Penghulu Semerah Padi: Bagus, kalau mereka mahu berkerja bersungguh-sungguh kampung kita akan bertambah makmur. Semoga pekerjaan mereka berhasil.
- Taruna: Tapi, Tok Penghulu, nampak mereka itu kekurangan benih.
- Penghulu Semerah Padi: (Ketawa kecil) Mereka usah takut. Minuman...
- Mak Dara: Pergilah, tapi lekas balik ya.
- Penghulu Semerah Padi: Bagaimana dengan Masjid?
- Taruna: Semuanya dalam pembinaan.
- SCENE 5/EXT/MALAM/HALAMAN RUMAH ADUKA
- Dara: Assalamualaikum
- Mak Aduka: Waalaikumssalam. Oh, Dara. Kau, apa khabar Nak?
- Dara: Khabar baik, Mak
- Mak Aduka: Alhamdulillah, Mak di rumah?
- Dara: Baik jugak.
- Mak Aduka: Naiklah, Dara. Aduka! Aduka! Dara datang, Aduka. Naiklah, Dara. Mari.
- SCENE 6/INT/MALAM/DALAM RUMAH ADUKA
- Mak Aduka: Mari, Dara. Masuk. Ada perlu apa Nak?
- Dara: Tak ada apa-apa, Mak. Dara bawakan kuih sedikit sahaja.
- Mak Aduka: Amboi, selalu Dara bersusah payah buat kuih tetapi, Mak tak pernah membalas budi Dara, Terima kasih, Nak. Nanti Mak salinkan tempat dulu...
- Dara: Baik, Mak.
- Aduka: Eh... kenapa kau datang sini malam-malam? Nanti Mak cari nanti, apa macam?
- Dara: Mak tak tahulah. Dara kata Dara nak pergi rumah Wak Sapi.
- Aduka: He..he.. Kau memang nakallah
- Dara: Apa pulak nakal?
- Aduka: Wak Sapi mana?
- Dara: Wak Sapi adiknya Wak Lembu. Aduka, Taruna dah balik tau.
- Aduka: Iya ke? Bila?
- Dara: Baru tadi.
- Aduka: Iya, aku juga perlu nak berjumpa dengan Taruna. Tetapi besok pun boleh ya. Dara, mengapa kau cantik?
- Dara: Ish... Mak tu, Mak.
- Mak Aduka: Aduka, Dara selalu membawa apa-apa buat kita. Tetapi dari kita tak pernah sekalipun.
- Aduka: Maklumlah, Mak. Anak Tok Penghulu.
- Dara: Mak, Mak, Dara mintak diri ya.. Mak.
- Mak Aduka: Hai, begitu lekas nak balik?
- Dara: Dara ada kerja, Mak
- Mak Dara: Baiklah, Terima kasih, Dara. Kirim salam sama Mak ya.
- Dara: Insyaallah, Dara. Balik dulu ya, Mak. Dara balik ya, Aduka.
- Aduka: Baiklah. Emm... Dara, kalau jatuh bangun sendiri tau.
- Dara: Alah, Aduka ni.
- SCENE 7/EXT/MALAM/TEPI RUMAH
- Taruna: Dara, tadikan kau apa di rumah? Bagaimanakah kau boleh berada di sini?
- Dara: Sengaja aku menikmati angin malam.
- Taruna: Dara, bolehkah aku menghantar kau pulang?
- Dara: Tak payahlah, Taruna. Barangkali ayah dan ibumu sedang menunggu kedatanganmu. Aku takut kalau-kalau menghalang perjalananmu.
- Taruna: Oh, tidak. Jadi, kau pulang sendiri?
- Dara: Taruna, biar aku balik dulu, ya.
- Taruna: Baiklah.
- SCENE 8/EXT/MALAM/PERUMAHAN KAMPUNG
- Penduduk 1: Apa khabar, Taruna?
- Taruna: Alhamdulillah.
(DIRECTOR) P. RAMLEE
TAMAT
Ulasan kritis
Tema kemelayuan dan Islam dalam filem ini telah dikaji dan diberi kritikan baik oleh pelbagai pihak.[1][2][3] Sarjana seni, Anuar Nor Arai, menggelar Semerah Padi sebagai "filem Melayu paling Melayu dalam sejarah", dan mencatatkan filem ini sebagai batu loncatan dalam perfileman Melayu, khususnya di Singapura.
Lihat juga
- Sumpah Semerah Padi — filem pada tahun 1978 dengan tema yang sama
Rujukan
- ^ Mohd Zaki, Nurul Ezzati Aisya; Mustaffa, Che Su; Irmawati, Noer Doddy (2014). "Visualizing Islamic law and values in Semerah Padi (1956): P. Ramlee as cinematographic auteur". Procedia - Social and Behavioral Sciences. 155: 341–347 – melalui Elsevier.
- ^ van der Heide, William (2001). "Semerah Padi: A proposal for a new nation". Asian Cinema (dalam bahasa Inggeris). 12: 3–13.
- ^ Ahmad, Mahyuddin Ahmad; Yuen, Beng Lee (2015). "Negotiating class, ethnicity and modernity: the 'Malaynisation' of P. Ramlee and his films". Asian Journal of Communication (dalam bahasa Inggeris). 25 (4): 408–421.
Bibliografi
- Razali, Hidir Ali (2024). "Semerah Padi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 91–96. ISBN 9789672437871.