Maqlubah | |
---|---|
Nama alternatif | Maqluba, maaluba, magluba, maqlouba, maqlooba |
Jenis | Makanan |
Jenis sajian | Hidangan |
Tempat asal | Syam |
Kawasan/rantau | Timur Tengah |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Daging, nasi, dan sayur (tomato, bunga kobis, kentang, terung) |
sunting · sunting di Wikidata |
Maqlubah (Arab: مَقلُوبَة, rumi: maqlūbah terbitan kata kerja قَلَبَ qalaba "membalikkan"[1]) adalah hidangan nasi tradisional beberapa negara rantau Syam yakni Iraq,[2] Lubnan,[3][4] Palestin,[5][6][7][8] Jordan,[9][10] dan Suriah.[11][4] Nasi ini dimasak dengan daging dan sayuran goreng yang ditempatkan dalam periuk yang kemudiannya ditelangkupkan.[12] Ia sering kali disajikan dalam acara pesta dan pertemuan besar.
Hidangan ini sudah ada sejak berabad-abad yang lalu dan ditemukan dalam buku himpunan resipi Kitab al-Tabikh bertarikh seawal abad ke-13,[13] bahkan ada catatan yang menyatakan ia disediakan kepada Salahuddin al-Ayyubi dan para askarnya selepas membuka Baitulmaqdis pada 637 M:[14]
...جاء يوم فتح مدينة القدس على يد القائد صلاح الدين الأيوبي ودخوله وجنوده المدينة، واحتفالًا بهذا النصر والفتح قام أهل مدينة القدس بتقديم الطعام إلى صلاح الدين وجنوده كعادة المسلمين في هذه المناسبات، عندما أكل صلاح الدين من أكلة أعجبته كثيرًا فسأل عن اسم هذه الأكلة واصفًا إياها (الأكلة المقلوبة)....
("Pada hari datangnya Salahuddin al-Ayyubi dan tenteranya menuju bandar [Baitulmaqdis], para penduduk bandar itu memasak besaran untuk meraikan ketibaan mereka. Ketika masa inilah Salahuddin memakannya dan sangat menyukainya, maka beliau bertanyakan kepadanya nama lauk ini [yang digambarkan beliau sebagai 'lauk yang telangkup']...")
Pemasakan
Sayuran yang lazim dimasak goreng sebagai inti adalah bunga kubis dan terung tetapi sayur lain seperti tomato dan kentang juga digunakan; ia disertai dengan dedaging ayam atau bebiri.[15] Semua bahan akan dillapis-lapis perlahan ke dalam periuk semasa dimasak.[12][5]
Maqlubah biasanya ditabur dengan kacang sanubar dan parsli segar cincang[16] serta kadangkala disajikan dengan salad dan labnah segar.
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 301. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Bidoun. "Cooking with Maha Alusi". Bidoun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-04.
- ^ Shaheen (29 January 2020). "Maqluba--The Paella of Palestine". Arab America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-20.
- ^ a b Behnke, Alison (2005). Cooking the Middle Eastern way. Ehramjian, Vartkes. Minneapolis: Lerner Publications Co. m/s. 50. ISBN 0-8225-3288-3. OCLC 59008909.CS1 maint: date and year (link)
- ^ a b Linda Gradstein (6 December 2015). "Eucalyptus offers food from the Bible". Jerusalem Post. Dicapai pada 12 November 2018.
- ^ Timothy L. Gall; Jeneen Hobby (2009). Worldmark Encyclopedia of Cultures and Daily Life. Gale. m/s. 782. ISBN 978-1-4144-4892-3.
The most traditional Palestinian meals are maqluba, musakhan, and mansaf
- ^ Ottolenghi, Yotam (2015). "Jerusalem on a Plate". Gastronomica: The Journal of Critical Food Studies. University of California Press. 15 (1): 3. doi:10.1525/gfc.2015.15.1.1. ISSN 1529-3262.
Maqluba, an upside-down rice and vegetable cake that is actually Palestinian
- ^ Elizabeth Carty (24 September 2012). Shrewd Food: A New Way of Shopping, Cooking and Eating. Hachette Books Ireland. ISBN 9781444725780.
- ^ Swift, Robert (2016-03-07). "Maqluba - Eating Upside Down". The Media Line (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-11.
- ^ Benayoun, Mike (9 May 2014). "Jordan: Makluba (Maqluba)". 196 Flavors.
- ^ Joubin, Rebecca (2013). The politics of love : sexuality, gender, and marriage in Syrian television drama (“...recipe for the well-known Syrian rice dish “maqluba” (upside down)...”). Lanham: Lexington Books. m/s. 101. ISBN 978-0-7391-8429-5. OCLC 852830015.
- ^ a b Lam, Francis (5 January 2017). "A Middle Eastern Layer Cake for Dinner". The New York Times. Dicapai pada 13 November 2018.
- ^ Smith, Jen Rose (2018-01-02). "Beyond hummus: 10 foods you must try in Jordan". CNN Travel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-02.
- ^ Jaafar, Hanan (2017). تاريخ المطبخ المصري [Sejarah Masakan Mesir] (dalam bahasa Arab). Iskandariah. m/s. 202–3.
- ^ "Cooks.com - Recipe - Maqluba (Cauliflower with rice)".
- ^ "Maqlooba (Maqluba), Palestinian Upside Down Rice Recipe". LinsFood | by Azlin Bloor. 2013-07-21. Dicapai pada 2018-12-04.