Kacang pinus merupakan biji benih dikeluarkan dari buah kon pokok-pokok pinus atau tusam yang dapat dimakan sepertimana kekeras. Sebanyak 20 spesies pokok tusam dikenalpasti mampu menghasilkan biji "kacang" yang dapat dimakan kerana cukup besarnya.[1][2][3][4]
China dan Itali merupakan negara pengeluar kacang ini yang terutama di dunia.[5]
Spesies-spesies punca
[sunting | sunting sumber]Spesies-spesies tusam yang dikenalpasti berbiji boleh dimakan adalah seperti berikut:
- Di Eurasia
- Di benua Amerika Utara
Pokok tusam-tusam Korea (P. koraiensis) dan chilgoza (P. gerardiana) merupakan jenis utama yang sering dituai untuk pasaran di Asia, tusam Swiss (P. cembra) dan tusam Mediterranean (P. pinea) utama dituai untuk pasaran dan kegunaan di Eropah. Spesies-spesies yang dituai untuk pasaran setempat di benua Amerika Utara secara tradisinya dari masyarakat peribumi sana adalah Pinus edulis, Pinus monophylla, dan Pinus cembroides.[6][7]
Kegunaan dalam masakan
[sunting | sunting sumber]Biji-biji "kacang" ini boleh dikisar menjadi tepung untuk membuat marzipan, digoreng kering menjadi makanan ringan, malah dibakar dan dihaluskan untuk dijadikan bahan baku minuman pengganti kopi. Kacang pinus merupakan bahan asas membuat pesto yang lazim dalam masakan Itali. Di Timur Tengah pula kacang pinus digunakan pada masakan kibbeh, sambusak, baklava, dan sebagainya.
Biji ini juga dapat diekstrak untuk mendapatkan minyak khas yang dikehendaki kerana rasa yang unik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Awan, Hafiz Umair Masood; Pettenella, Davide (2017). "Pine Nuts: A Review of Recent Sanitary Conditions and Market Development". Forests (dalam bahasa Inggeris). 8 (10): 367. doi:10.3390/f8100367. hdl:10138/228885.
- ^ Farjon A (2005). Pines. Drawings and descriptions of the genus Pinus. Koninklijke Brill. ISBN 90-04-13916-8.
- ^ Lanner RM (1981). The Piñon Pine. A Natural and Cultural History. University of Nevada Press. ISBN 0-87417-066-4.
- ^ Lanner RM (1981). Made for Each Other. A Symbiosys of Birds and Pines. Oxford University Press. ISBN 0-19-508903-0.
- ^ "Pine Nuts Profile". Agricultural Marketing Resource Center. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ "History of Pine Nuts & The People of the Great Basin." Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine Goods from the Woods. 2004 (Diakses 8 Des 2009)
- ^ Frazier, Penny. "Pine Nuts, Politics and Public Lands." Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine Raw Foods News Magazine. (Diakses 8 Des 2009)
Bahan bacaan berkaitan
[sunting | sunting sumber]- Farris, Glenn J. (1982). "Pine Nuts as an Aboriginal Food Source in California and Nevada: Some Contrasts". Journal of Ethnobiology. 2 (2): 114–122.
- Farris, Glenn J. "Quality Food: The Quest for Pine Nuts in Northern California." In Before the Wilderness: Environmental Management by Native Californians, comp. and ed. T. C. Blackburn, and K. Anderson, 229-240. Ballena Press Anthropological Papers, no. 40. Menlo Park, Calif.: Ballena Press, 1993.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kacang pinus |