Rujukan: laman sesawang rasmi[1] Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]
Lapangan Terbang Lahad Datu (IATA: LDU, ICAO: WBKD), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Sabah. lapangan terbang tersebut terletak 1 km dari Lahad Datu, sebuah bandar di negeri Sabah dalam Malaysia. Ia terletak berhampiran pusat pemulihan orangutan. Lapangan terbang tersebut boleh menampung Fokker 50 dan kapal terbang yang kecil lagi dan terminalnya boleh menampung 100,000 penumpang. Pada tahun 2005, lapangan terbang tersebut telah menampung 116,973 penumpang dan 3,010 pergerakan kapal terbang.[1]
Lapangan terbang Lahad Datu boleh memuatkan pesawat sebesar ATR 72, dan bangunan terminal pada lapangan terbang itu boleh mengendalikan sehingga 100,000 penumpang setiap tahun. Pada 2016, lapangan terbang itu mengendalikan 140,077 penumpang dan 3,713 pergerakan pesawat.[1]
Bas yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Bas Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[4]
Teksi yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Teksi Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[5]
Pada 3 Jun 2009, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pejabat Daerah Lahad Datu d arah mengemukakan kertas cadangan berhubung kerja menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Nasrun Mansor meninjau lapangan terbang yang dibina pada 1940-an itu. Setakat ini hanya pesawat jenis ATR dan Fokker 50 yang boleh mendarat.[6]
^Lapangan Terbang ini memiliki kod ICAO sementara iaitu RP10
^Walaupun Kod Lapangan Terbang ini mengikut Format Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), Lokasi Lapangan Terbang ini berada di Malaysia Timur (Borneo Malaysia) Yang memiliki Format Awalan yang berlainan iaitu WB