Mukah Airport Lapangan Terbang Mukah | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports | ||||||||||
Destinasi | Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Mukah, Sarawak, Malaysia | ||||||||||
Zon masa | MST (UTC+08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 19.685 kaki / 6 m | ||||||||||
Koordinat | 02°52′55″N 112°02′36″E / 2.88194°N 112.04333°EKoordinat: 02°52′55″N 112°02′36″E / 2.88194°N 112.04333°E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2020) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Mukah (IATA: MKM, ICAO: WBGK) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Mukah, Malaysia.
Lapangan Terbang Mukah terletak pada kedudukan Latitud N02* 53.9910', Longitud E112* 03.8330' pada ketinggian .30 meter dari aras laut..
Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju kos sebanyak RM436 bilion bagi menggantikan lapangan terbang yang sedia ada yang sudah usang. Apabila siap ia mampu mengebdalikan pesawat jenis 3C (ATR 72) selain pesawat Twin Otter seperti yang dikendalikan lapangan terbang lama ketika ini. Ia dijangka siap pada Ogos 2020. Kontraktor-kontrakor utama yang dianugerahkan dalam projek ini ialah Ibraco Construction Sdn Bhd dan Hock Peng Furniture & General Contractor Sdn Bhd.
Sejarah
STOLport Lama
STOLport Lama (Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat jarak pendek) dibuka pada tahun 1960-an dan hanya dapat mengendalikan 67 penumpang dalam satu masa.[3][4][5][6] STOLport dilengkapi dengan landasan pacu 1.097 meter "bitumen". Pada tahun 2020, STOLport mengendalikan 29.011 penumpang dan 3.150 pergerakan pesawat setiap tahun.[7]
STOLport lama menyaksikan hari terakhir operasi pada 16 Jun 2021 dengan penerbangan terakhir berlepas ke Miri pada 1.20 tengah hari.[8]
-
Bagunan Terminal, seperti yang terlihat di tahun 2021.
-
Bahagian dalam terminal seperti yang dilihat pada bulan Jun 2011.
-
Pesawat milik Syarikat Penerbangan Maswings dengan siri Twin Otter siap menyambut penumpang pada Januari 2021.
Lapangan Terbang Baharu
Pada bulan April 2009, kerajaan pusat memperuntukkan RM436 juta untuk lapangan terbang baru di Mukah. Pada tahun 2020, kos lapangan terbang dinyatakan sebagai RM360 juta oleh Timbalan Ketua Menteri James Jemut Masing.[9][10] Kerja-kerja bermula pada bulan Julai 2017 dan dijadualkan disiapkan pada Ogos 2020.[11][12][13] Kontraktor utama dalam projek ini ialah Ibraco Construction Sdn. Bhd. Dan Hock Peng Furniture & General Contractor Sdn. Bhd. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan, lapangan terbang itu dijangka beroperasi pada suku kedua 2021, lebih lambat daripada yang dijadualkan sebelumnya.[14][15]
Lapangan terbang ini mula beroperasi pada 17 Jun 2021 dengan pesawat pertama, MASwings dengan Nombor Penerbangan MH3412 dengan armada siri Twin Otter dari Miri yang mendarat pada pukul 10.05 pagi.[16] Twin Otter yang sama kemudian melakukan penerbangan pertama dari lapangan terbang Mukah Baharu ke Kuching pada pukul 10.25 pagi.[17][18]
Lapangan terbang baharu yang bernilai RM300 juta itu terletak 7km dari bandar Mukah yang dibina di atas tanah seluas 285 ekar, dengan bangunan terminal 3,120sqm, landasan pacu, Menara Pengawal Trafik Udara, pejabat, Bangunan VIP, stesen bomba dan kemudahan menunggu penumpang. Pejabat pihak berkepentingan lapangan terbang lain ditempatkan di sini juga, iaitu Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET). Lapangan terbang baharu ini, juga dilengkapi dengan 100 tempat letak kenderaan, 20 tempat letak kereta teksi, 20 tempat letak kenderaan motosikal dan 2 tempat letak bas. Lapangan terbang baharu ini boleh memuatkan sehingga 264,000 penumpang setiap tahun dan pesawat yang lebih besar jika diperlukan.[19] Lapangan terbang ini menggunakan sistem LED lapangan terbang penuh (AGL), menjadikannya lapangan terbang pertama yang dipantau sepenuhnya LED di Malaysia.[20][21][22]
Terminal
Lapangan Terbang Mukah Baharu, untuk masa kini, hanya memiliki 1 terminal, yang digunakan, untuk Berlepas dan Ketibaan.
-
Bangunan terminal dan menara kawalan lalu lintas, seperti yang terlihat di taxiway.
-
Rekaan Atap untuk Lapangan Terbang Baharu.
-
Rekaan Atap untuk Lapangan Terbang Baharu.
-
Pintu masuk terminal dihiasi dengan motif khas Sarawak.
-
Pesawat miliki Syarikat Penerbangan MASwings dengan armada siri Twin Otter di apron pesawat.
Syarikat Penerbangan dan destinasi
Penumpang
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
MASwings | Bintulu, Kuching, Miri, Sibu, Tanjung Manis |
Pengangkutan
Perkhidmatan hantar jemput Penumpang, Lapangan Terbang Mukah Baharu, ialah hanya di layani oleh Teksi.
Teksi
Teksi Lapangan Terbang tersedia untuk Melayani Penumpang, Lapangan Terbang Mukah Baharu.
Rujukan
- ^ [1] at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ MUKAH AIRPORT at Civil Aviation Authority of Malaysia
- ^ name=MAHBstatement
- ^ "New Mukah Airport Opens, Replacing Previous Mukah Stolport". Malaysia Airports Berhad. 17 June 2021. Dicapai pada 28 June 2021.
- ^ name=johnisaac
- ^ John Isaac (16 June 2021). "Stolport Mukah ceases operations after more than 50 years". The New Sarawak. Dicapai pada 28 June 2021.
- ^ name=MAHB2020
- ^ name=johnisaac
- ^ name="masing2020"
- ^ "Works on Mukah's new RM360-million airport set for completion by January 2021". The Borneo Post. 9 August 2020. Dicapai pada 19 January 2021.
- ^ name=MAHB2017
- ^ [2] at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ name="april2021"
- ^ name="april2021"
- ^ Moh, Jane (23 December 2020). "Mukah Airport to be operational by second quarter of 2021". The Borneo Post. Dicapai pada 19 January 2021.
- ^ name=MAHBstatement
- ^ name=malaymailopened
- ^ {cite news |title=SNew Mukah Airport begins operations (VIDEO)|author=|url= https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/06/17/new-mukah-airport-begins-operations-video/1982990%7Cnewspaper= Malay Mail|date= 17 June 2021|accessdate=28 June 2021}}
- ^ name=MAHBstatement
- ^ name=OCEMstatement
- ^ "DISCOVER THE FIRST FULLY LED MONITORED AIRPORT IN MALASYIA: MUKAH AIRPORT". OCEM Airfield Technology. Dicapai pada 29 June 2021.
- ^ https://www.newsarawaktribune.com.my/special-welcome-to-new-mukah-airport/