Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: Gaya peletakan rujukan dan tulisan diskografi. (September 2022) |
V.E. | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | VE |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | R&B Soul/Soul/Acapella |
Tahun aktif | (1997–2007) (2020 –present) |
Laman sesawang | https://www.instagram.com/voicesofeuphonious |
Ahli | Zafri Nazaruddin (Zaf) Abdullah Ahmad (Lah) Shahrin Azmir (Shah) Damian Mikhail (Damian) Charma Adizalilullah Khalil (Cham) |
V.E atau Voices Of Euphonious[1] merupakan sebuah kumpulan penyanyi R&B Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berentak R&B dan soul dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sejarah awal
V.E ditubuhkan sekitar tahun 1997 sewaktu empat anggota asalnya iaitu Zaf , Lah, Shah dan JFK masih bersekolah. Bakat yang ada tidak disia-siakan dan mereka memasuki satu pertandingan nyanyian dan mendapat tempat kedua. Namun, tawaran untuk bernaung sebagai artis rakaman terpaksa disimpan dahulu demi memberi laluan kepada persekolahan. Setelah tamat persekolahan, mereka mula bergiat aktif.
V.E yang membawa maksud Voices of Euphonious, pada mulanya hanya menamakan kumpulan mereka sebagai Euphonious yang kemudian diringkaskan menjadi V.E untuk memudahkan orang mengenali mereka.
Selepas tamat persekolahan, keempat-empatnya terlibat dengan album kompilasi Ilham pada tahun 1999. Sebelum muncul dengan album duo Extreme Pleasure bersama Ruffedge (2002), tempat JFK digantikan oleh Charma. Pada tahun 2003, Damian Mikhail pula menyertai mereka.
V.E 2020
Pada tahun 2020, kelima-lima anggota asal V.E bersatu hati mahu kembali ke industri hiburan. Namun, pertengahan jalan, Lah Ahmad mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek Bring Back VE kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya solonya.
Damian, Shah, Zaf dan Cham meneruskan projek comeback dengan kehadiran dua anggota sementara iaitu Adeep Nahar dan Luqman Hakim. Mereka merakamkan sebuah single berjudul 'Alahai Sayang' namun ia tidak kesampaian untuk diterbitkan. Sejurus selepas itu, Damian dan Shah mengundurkan diri daripada VE dan diteruskan dengan Zaf dan Cham bersama dua anggota sementara.
Single pertama mereka untuk tahun 2021 telah menemui peminat pada 26 Mac berjudul 'Tunggu'.
Single kedua mereka menyusul 16 hari selepas itu iaitu pada 10 April berjudul 'Antara Cinta Ghairah'.
Lagu Tunggu berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik Berkumpulan pada Anugerah Industri Muzik (AIM 2022).
Anggota kumpulan
Senarai anggota kumpulan V.E adalah :-
- Zafri bin Nazarudin (Zaf)
- Abdullah bin Ahmad (Lah)
- Shahrin Azmir (Shah)
- Charma Adizalillullah Khalil (Cham)
- Damian Mikhail Seet (Damian)
Bekas anggota:
Diskografi
Album Studio
Album kompilasi Ilham Volume One (1999)
- Abadi
- Melodi Kasih
- Dian Nubari (bersama Composed Poetry)
- Sehati, Sejiwa
- Ilham (bersama Taheera, Composed Poetry & Silent Noize)
Extreme Pleasure (2002)
Album ini dianggap sebagai album pertama V.E biarpun ia adalah 'album duo' bersama kumpulan Ruffedge. Album yang mula berada di pasaran pada bulan September 2002 ini telah melonjakkan nama VE berikutan tidak banyak kumpulan vokal seperti mereka yang masih aktif dalam dunia muzik tempatan pada waktu itu.
- Touch, Kiss, Hug, Love
- U Can’t Change Me (feat. Saint of M.O.B & Atom da’ Bomb of Phlowtron)
- Ayu
- Creep
- Izinkan
Extreme Pleasure Extra (2003)
Album ini merupakan album Extreme Pleasure yang dibuat pembungkusan semula dan telah dilancarkan dengan tambahan beberapa lagu baru termasuk lagu lama yang digubah semula, Khayalan. Lagu ini berjaya menempatkan VE sebagai antara bakat baru paling mendapat perhatian penggemar muzik tanahair pada ketika itu.
- Saat Bahagia (duet bersama Ruffedge)
- Khayalan (duet bersama Ruffedge)
- Touch, Hug, Kiss, Love (Chynahouse Remix)
Single: Party Like This (2004)
Single ini dikeluarkan sebagai buah tangan kepada peminat sementara menantikan kemunculan album solo V.E yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.
- Party Like This
- Party Like This (ShortySoul Remix) (feat. Altimet of Teh Tarik Crew)
- Kau
- Party Like This (Instrumental)
For You (2004)
Ini merupakan album solo V.E yang pertama. Hampir kesemua lagu ditulis dan diterbitkan oleh anggota-anggota V.E sendiri.
- Good Morning
- V.E For You
- Gimme Your Love
- Feel Good
- Kerna Sayang
- Something For The People
- Get On Up
- Pop Ye Ye
- Message Girl
- Baby
- Don't Go
- Party Like This (NewEra Mix)
- Detik Bersama
- V.E Lullaby: Goodnight (Acapella)
Specially For You (2006)
Album ini merupakan album For You yang dibuat pembungkusan semula. Beberapa lagu baru ditambah seperti Oh! No..Kamu dan Rozana (lagu kumpulan Search yang diberi nafas baru).
- Pop Ye Ye
- Party Like This
- Detik Bersama
- Gimme That
- Don't Let Go
- Lullaby
- Baby
- Don't Go
- Rentak Disko
- Gimme Your Love
- Message Girl
- Feel Good
- Pop Ye Ye (remix)
- Oh! No...
- Kerna Sayang
- Oh! No..Kamu
- Rozana
V.E & Friends (2007)
Album ini boleh dikatakan album terakhir V.E sebelum kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing selepas tahun 2008.
- V.E Feat. Datuk A Rahman Hassan - Tak Mengapa.
- V.E - Ikhlas Tapi Jauh.
- V.E - Ayu.mp3
- V.E Feat Ruffedge - Khayalan.mp3
- V.E feat Shakirah - Party Like This.mp3
- V.E Feat Urban Xchange & Zain Ruffedge - Sabarlah.mp3
- V.E Feat. Nur Fatima - Gadis.
- Lah (V.E) Feat Shazzy - Kenapa.
- V.E Feat. Too Phat - Just A Friends.
- V.E Feat. Reefa - Feel Good.mp3
- V.E Feat. Saint & Atomda Bomb - U Can't Change Me.mp3
- V.E Feat. Vince (AF 1) - Andai Ia Tahu.mp3
- V.E Feat Too Phat - The Most Beautiful Girl.mp3
- V.E Feat Joe Flizzow (Too Phat) & Daly (Ahli Fiqir) - Pop Ye Ye.
- V.E Feat. Quadrose - Kerana Cintamu.(Lagu sanduran Allure berjudul All Cried Out)
- V.E Feat. Ella, KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron - Standing In The Eyes Of The World.mp3
VE2021
26 Mac 2021 : Single 'Tunggu' menemui peminat di bawah edaran Universal Music Malaysia
Komposer : Zaf, Mulah, Uno & AJ Pop Shuvit
Penulis Lirik : Zaf, Mulah & Cham
Susunan vokal : Zaf
10 April 2021 : Single kedua 'Antara Cinta & Ghairah' , edaran Universal Music Malaysia
Komposer & Lirik : Mulah
Piano : Roosa Valentino
Penampilan lain
2001 - Lagu "Just A Friend" - Too Phat feat. V.E dalam album Plan B (Too Phat)
2001 - Lagu "Nanti" - Innuendo feat. V.E dan Ruffedge dalam album BrandNuEndo (Innuendo)
2002 - Lagu "Sabarlah" - Urban Xchange feat. Zaf V.E dan Zain Ruffedge dalam album Urban Xchange (Urban Xchange)
2003 - Lagu "Tell Shorty" - Too Phat feat. V.E dan Ruffedge dalam album 360 Degrees (Too Phat)
2004 - Lagu "Gadis" dalam album Gadis (Nur Fatima)
2004 - Lagu "Jangan Simpan Rindumu" duet bersama Fran
2006 - Lagu "Ikhlas Tapi Jauh" dalam OST Cinta
2006 - Lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah" dalam album Urban Strike - Tribute to Ella
2006 - Lagu "Standing in The Eyes" (bersama KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron) dalam album Urban Strike - Tribute to Ella
2008 - Lagu "Aku Bukan Untukmu" - Zaf & Lah dalam OST Sepi
2020 - Lagu "Raikan Kemenangan" - lagu cover Hari Raya.
2020 - Lagu "Medley Lagu Raya" - Cover Lagu Raya TV3
November 2020 - Separuh Akhir AJL35, artis jemputan bersama Reshmonu
26 Mac 2021 - Single 'TUNGGU'
10 April 2021 - Single 'ANTARA CINTA DAN GHAIRAH'
10 April 2021 - Showcase 'THE PRIVATE ROOM' - YOUTUBE BISING LIVE
Syarikat Rakaman
2002 - 2004: The Promised Clan/Positive Tone
2004 - 2008: EMI
Media Sosial
Kelab Peminat
GROOVE PHAMILY
Trivia
- Menerusi album Extreme Pleasure yang pertama, V.E menerima pencalonan dalam kategori Artis Harapan Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Walaupun tidak berjaya memenangi kategori itu namun VE tidak pernah putus asa.
- V.E telah digandingkan dengan penyanyi Misha Omar untuk membuat persembahan di Anugerah Era ke-3 pada bulan Oktober tahun 2003, menyampaikan lagu Ayu yang digabungkan dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Persembahan mereka telah mendapat 'standing ovation' dari bukan saja dari para penonton malah artis-artis yang hadir di majlis tersebut. Banyak pihak mula membuka mata terhadap bakat yang dimiliki oleh V.E dan peluang demi peluang mula menghujani mereka selepas acara tersebut.
- Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005. Ini adalah kemenangan pertama V.E setelah dua tahun berturut-turut tewas kepada Too Phat.
- Lagu Pop Ye Ye telah berjaya memasuki peringkat akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu ke-20, juga pada tahun 2005. Bagaimanapun rezeki berpihak kepada penyanyi Hazami yang mempertaruhkan lagu Kata.
- V.E menggungguli kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang diadakan pada tahun 2006 menewaskan pesaing-pesaing hebat iaitu Ruffedge (album Ruffera), Too Phat (album Rebirth Into Reality), Rabbani (album Suara Takbir) dan Raihan (album Ameen).
- V.E telah diberi peluang untuk berduet dengan Amy Search menyampaikan lagu Rozana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.
- Zaf dan Lah pernah menyertai program realiti TV3, Mentor sebagai mentor kepada protege yang dilatih sebagai penyanyi. Zaf pada tahun 2006 (musim kedua) dan Lah tahun 2009 (musim ketiga).
- Selepas V.E dibubarkan pada tahun 2007, Zaf dan Lah muncul bersama untuk lagu runut filem Sepi 'Aku Bukan Untukmu' pada tahun 2008.
- Lagu Tunggu telah memenangi Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-23
Rujukan
- ^ "VE - Peminat hanya orang kota?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2015-04-28.
Pautan luar
- Instagram VE
- https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/09/999904/luar-biasa-12-trofi-aim-23-dalam-genggaman
- Tunggu, simbolik selepas sedekad menghilang - Berita RTM (26 April 2021)
- Tunggu, buka laluan VE - Utusan Digital (Aoril 2021)
- VE kini berempat - Berita Harian (Mac 2021)
- VE Kembali selepas 13 Tahun - Harian Metro (Aoril 2021)
- https://gempak.com/berita-terkini/sila-teruskan-lah-ahmad-umum-tak-terlibat-projek-bring-back-ve-35826
- VE - Peminat hanya orang kota? Diarkibkan 2018-09-01 di Wayback Machine
- Zaf keluar VE dalami agama, Utusan Malaysia, 2011
- Lagu Oh No! - V.E tidak sindir sesiapa, Utusan Malaysia, 2006
- http://www.allmusic.com/artist/ve-ruffedge-mn0001578817/discography
- Tuhan Sayang Aku, By Aimee Nour
- VE, Ruffedge berhasrat hasilkan produk baharu