![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/Vel%C3%A1zquez_-_Esopo_%28Museo_del_Prado%2C_1639-41%29.jpg/220px-Vel%C3%A1zquez_-_Esopo_%28Museo_del_Prado%2C_1639-41%29.jpg)
Aesop (Yunani: Αἴσωπος , Aisōpos; c. 620 – 564 SM) merupakan seorang pencerita dan penglipur lara berbangsa Yunani. Beliau lebih dikenali atas seberapa kisah dongeng yang dikatakan disumberkan kepada beliau iaitu "Dongeng Aesop"; meskipun kewujudan beliau tidak dapat dibuktikan dengan jelas mahupun penulisannya ada yang terselamat, namun kisah-kisah tersebut masih dapat dipelihara secara berterusan sehingga hari ini. Kisah-kisah ini banyak dicirikan oleh adanya watak-watak haiwan atau tidak hidup yang mempunyai ciri manusia yang berkata-kata, menaakul dan mampu menyelesaikan masalah.
Pautan luar
- Karya-karya oleh Aesop di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Aesop di Internet Archive
- Aesopica.net - kompilasi sebanyak 600 kisah dalam bahasa-bahasa Inggeris, Latin dan Yunani.