Laut Aegia | |
---|---|
Lokasi | Eropah |
Jenis | Laut |
Aliran keluar utama | Laut Mediterranean |
Negara lembangan | Yunani dan Turki[1] |
Laut Aegia (Yunani: Αιγαίο Πέλαγος [Aigaío Pélagos] ; Turki: Ege Denizi , Adalar Denizi) merupakan sebahagian daripada Laut Mediterranean. Laut ini terletak di antara semenanjung Balkan dan Anatolia, iaitu antara tanah besar Yunani dan Turki. Ia bersambung kepada Laut Marmara dan Laut Hitam oleh selat-selat Dardanelles dan Bosporus.
Penamaan
Laut ini dinamakan memperingati Aegeus, bapa Theseus iaitu raja pengasas Athens.
Ada diceritakan bahawa Aegeus menyuruh Theseus dalam persediaan Theseus melawan Minotaur di Knossos agar mengibarkan layar putih jika Theseus berjaya menumpaskan raksasa tersebut. Thesus berjaya mengalahkan Minotaur namun terlupa arahan diberikan ayahnya, maka Aegeus menyangka Thesus terkorban dalam pertarungan lalu terjun membunuh diri ke dalam laut ini.[2]
Geografi
Laut ini ialah telukan dalam Laut Mediterranean meliputi kawasan seluas 214,000 kilometer persegi (83,000 bt2) berjarak kira-kira 670 kilometer (420 bt) membujur dari barat ke timur dan 390 kilometer (240 bt) melintang utara ke selatan. Titik paling dalam laut ini sejauh 3,543 meter (11,624 ka), di suatu kedudukan timur dari Kriti.
Kepulauan Aegia terletak dalam perairan ini terdiri daripada beberapa gugusan:
- Kepulauan Utara
- Euboea
- Sporades
- Kyklades
- Kepulauan Saron
- Dodekanisa
- Kriti
Suhu dan iklim
Iklim kawasan sekitar laut ini dominan Iklim Mediterranean (Pengelasan iklim Köppen: Csa) di mana musim panas kering sementara usim sejuk sederhana.
Berikut merupakan catatan kuasa iklim dirakam di kota-kota pesisiran sekitar rantau laut ini:
City | Suhu purata (tinggi harian) | Air hujan purata | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Januari | Julai | Januari | Julai | |||||||
°C | °F | °C | °F | mm | in | hari | mm | in | hari | |
Alexandroupoli | 8.4 | 47.1 | 30.1 | 86.2 | 60.4 | 2.38 | 6.8 | 17.6 | 0.69 | 2.5 |
Bodrum | 15.1 | 59.2 | 34.2 | 93.6 | 134.1 | 5.28 | 12.3 | 1.3 | 0.05 | 1.5 |
Heraklion | 15.2 | 59.4 | 28.6 | 83.5 | 91.5 | 3.6 | 10.1 | 1.0 | 0.04 | 0.1 |
Izmir | 12.4 | 54.3 | 33.2 | 91.8 | 132.7 | 5.22 | 12.6 | 1.7 | 0.07 | 0.4 |
Thessaloniki | 9.3 | 48.7 | 32.5 | 90.5 | 35.2 | 1.39 | 8.8 | 27.3 | 1.07 | 3.8 |
Source: World Meteorological Organization,[3] Turkish State Meteorological Service[4] |
Rujukan
- ^ DRAINAGE BASIN OF THE MEDITERRANEAN SEA, UNECE http://www.unece.org/fileadmin/DAM/env/water/blanks/assessment/mediterranean.pdf
- ^ Hyginus, Fabula 41, 43; Servius on the Aeneid 3.74. Scriptores rerum mythicarum Latini, ed. Bode, i. p. 117 (Second Vatican Mythographer 125).
- ^ "World Weather Information Service – Europe". worldweather.wmo.int. Dicapai pada 16 June 2019.
- ^ "Resmi İstatistikler: İllerimize Ait Genel İstatistik Verileri" (in Turkish). Turkish State Meteorological Service. Retrieved 4 May 2019.
{{#switch:||Kategori=