Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Latar belakang
Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) diwujudkan pada 18 Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim. Sebelum itu ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Kuala Terengganu.Pada 1 Januari 2008, Kuala Terengganu telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
Ahli Majlis[2]
- TUAN HAJI ROSLI BIN LATIF S.M.Z., A.M.T., P.J.K.,
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
- TUAN HAJI YUSAINI AMIR BIN MOHAMAD NOR P.J.K.,
Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan ) Tingkat 14, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu.
- ENCIK AZRAN AMIN BIN MAZLAN S.M.Z., A.M.T., P.J.K.,
Pentadbir Tanah Kuala Terengganu Pejabat Daerah Kuala Terengganu,
- TUAN HAJI AHMAD AZIZI BIN ZULKIFLI A.M.T., P.J.K.,
Pentadbir Tanah Kuala Nerus, 21200 Kuala Nerus
- TUAN HAJI CHE SULAIMAN BIN ISMAIL
- ENCIK AZMI BIN A. RAHMAN
- PUAN NORFAIZAN BINTI NORDIN
- ENCIK KHAIRUDDIN BIN MUHAMAD
- Y.M. SYED HUSIN BIN TUAN HADI
- TUAN HAJI WAN MOKHTAR @ W.MOXTOR BIN WAN KADIR
- ENCIK MOHAMAD UMBAIDAH BIN TENGAH
- TUAN HAJI MOHD SHAFIE BIN TAIB
- ENCIK ROSDI BIN EMBONG
- ENCIK ASRI BIN AB AZIZ
- ENCIK AHMAD MAAROF BIN ISMAIL
- ENCIK MOHD NORDIN BIN MAHMOOD
- ENCIK RASHID BIN ABDULLAH
- TUAN HAJI HARUN BIN SALLEH P.J.K.
- TUAN HAJI MOHAMAD ISZEHAM BIN MAT ALI
- TUAN HAJI HASSAN BIN WAHID
- TUAN HAJI MOHAMAD YUSOF BIN HAJI EMBONG
- TUAN HAJI SANUSI BIN MD. TAIB
- TUAN HAJI ALI BIN ISMAIL
- TUAN HAJI MOHD SIDEK BIN ABDULLAH
- ENCIK MOHD RIDHUAN BIN ABDUL KARIM
Wakil Rakyat Bandar Raya Kuala Terengganu
- Kuala Nerus (kawasan persekutuan) YB Dato' Dr. Haji Alias Razak
- Kuala Terengganu (kawasan persekutuan) Kuala Terengganu YB Datuk Ahmad Amzad Hashim
Lihat juga
Rujukan
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ https://mbkt.terengganu.gov.my/ms/mbkt/pengurusan/profil-ahli-majlis