|
Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana bakal dipaparkan sebagai rencana pilihan. Rencana pilihan perlu mempunyai karya Wikipedia yang terbaik. Sila lihat: Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? untuk kriterianya. Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mengerjakannya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Anda boleh mencalonkan rencana melebihi dari dua. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya. Jangan mencalonkan rencana melainkan sekiranya anda benar-benar mahu komuniti Wikipedia mempertimbangkannya. Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah rencana boleh diiktiraf sebagai rencana pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan. Lihat juga Wikipedia:Calon gambar pilihan. |
Navigasi Kandungan pilihan: Alatan rencana pilihan:
Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan: Arkib:
|
|
Tatacara pencalonan
Penyokongan dan pembantahan
Salin kod dibawah dan tampal pada laman pencalonan yang anda cipta (cth:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1) <!-- Untuk pemohon -->
===[[Nama Rencana]]===
<noinclude>{{pagelinks|Nama rencana}}</noinclude>
:<small>''Pencalon: {{user3|Nama pengguna anda}} ~~~~~''</small>
<!-- Jangan bubuh pautan -->
Ringkasan berkenaan rencana pilihan anda faham. Komen anda (pilihan). ~~~~
<!-- Untuk pengulas -->
*'''Bantah''' Komen bantahan anda disini. ~~~~
*'''Sokong''' Komen sokongan anda disini. ~~~~
*'''Komen''' Berikan komen yang membina. ~~~~
| |
Pencalonan rencana pilihan terkini
Letakkan permohonan {{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}} yang anda cipta disini.
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 09:02, 25 Januari 2026 (UTC)
Happy Feet ialah seekor penguin maharaja yang tiba di pantai Peka Peka, Pulau Utara pada Jun 2011, setelah menempuh perjalanan kira-kira 3,200 kilometer (2,000 bt) dari Antartika. Dinamakan sempena filem Happy Feet (2006), penguin ini merupakan salah satu penguin maharaja paling utara yang pernah direkodkan di luar habitatnya dan penguin maharaja kedua yang ditemui di New Zealand. Selepas tiba, penguin ini didapati menelan pasir di pantai, menganggapnya sebagai salji, lalu memenuhi proventrikulusnya dengan pasir. Penguin itu menjadi tidak sihat dan dihantar ke Zoo Wellington, dengan 50 peratus peluang untuk hidup. Beberapa prosedur dilakukan untuk membuang pasir dan penguin itu dijaga di zoo tersebut supaya pulih. Happy Feet dilepaskan di Lautan Selatan pada 4 September 2011 dan dipasangkan dengan pemancar satelit untuk menjejaki lokasinya; transmisi pemancar itu terhenti pada 9 September, mungkin disebabkan oleh pemancar itu jatuh atau penguin itu diburu. Ketibaan dan pemulihan Happy Feet menarik perhatian media di seluruh dunia.
- Sokong sebagai pencalon. – 26 Ramadan (bincang) 09:02, 25 Januari 2026 (UTC)
Pencalonan rencana pilihan terdahulu
- Pencalon: Countryball_mys123 (bincang · sumbangan · log) 13:31, 25 Disember 2025 (UTC)
Perang Boshin (戊辰戦争, Boshin sensō; bermaksud Perang Tahun Naga) ialah perang saudara di Jepun yang berlaku dari 1868 hingga 1869, melibatkan konflik antara Keshogunan Tokugawa dan golongan yang berusaha mengembalikan kuasa politik kepada Maharaja Jepun. Perang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati dalam kalangan bangsawan dan samurai muda terhadap sikap berlembut keshogunan terhadap kuasa asing. Perikatan samurai dari selatan Jepun, khususnya Domain Satsuma dan Chōshū, bersama pegawai istana, berjaya menguasai istana diraja dan mempengaruhi Maharaja Meiji, yang ketika itu masih muda.
Shogun Tokugawa Yoshinobu menyedari kedudukannya semakin lemah lalu menyerahkan kuasa politik kepada maharaja, dengan harapan kelangsungan puak Tokugawa dapat dipertahankan dan peluang untuk kembali berkuasa masih terbuka. Namun demikian, pergerakan ketenteraan tentera empayar serta kekacauan di Edo yang menyokong maharaja menyebabkan keadaan semakin mendesak. Tambahan pula, perintah maharaja yang dipengaruhi puak Satsuma–Chōshū untuk membubarkan klan Tokugawa mendorong keshogunan melancarkan operasi ketenteraan bagi merampas Istana Diraja di Kyoto. Pasukan empayar terbukti lebih unggul walaupun jumlahnya lebih kecil, kerana mereka lebih moden dan teratur. Selepas mengalami beberapa kekalahan besar yang berakhir dengan kejatuhan Edo, Tokugawa Yoshinobu menyerah diri secara peribadi. Penyokong setia Tokugawa berundur ke utara Pulau Honshū sebelum menyeberang ke Hokkaido, di mana mereka menubuhkan Republik Ezo. Bagaimanapun, kubu terakhir mereka tumbang selepas kekalahan dalam Pertempuran Hakodate, sekali gus mengembalikan kuasa ke atas seluruh Jepun kepada pihak empayar dan menandakan berakhirnya fasa ketenteraan Pemulihan Meiji. Ia dianggarkan sekitar 12,000 orang terlibat dalam Perang Boshin, dengan kira-kira 3,500 korban jiwa. Countryball mys123 (bincang) 13:31, 25 Disember 2025 (UTC)
- Sokong sebagai pencalon. Countryball mys123 (bincang) 13:31, 25 Disember 2025 (UTC)
Tidak setuju kerana terlalu banyak pautan merah di dalam rencana serta petikan rujukan dan struktur penggunaan bahasa yang tidak dirapikan/diperbaiki. 26 Ramadan (bincang) 14:21, 25 Disember 2025 (UTC)
- Harap maaf Countryball mys123 (bincang) 15:05, 25 Disember 2025 (UTC)
- Pencalon: Countryball_mys123 (bincang · sumbangan · log) 09:01, 24 Disember 2025 (UTC)
Spy × Family ialah sebuah siri manga Jepun yang dikaryakan dan diilustrasikan oleh Tatsuya Endo. Manga ini mengisahkan seorang perisik yang perlu "membina keluarga" untuk melaksanakan misi, tanpa menyedari bahawa gadis yang diambilnya sebagai anak angkat serta wanita yang setuju berkahwin palsu dengannya masing-masing punya kuasa membaca minda dan membunuh licik. Ia telah disirikan setiap dua minggu pada aplikasi dan tapak web Shōnen Jump+ Shueisha sejak Mac 2019, dengan bab-bab itu dikumpulkan dalam sembilan jilid tankōbon setakat April 2022. Viz Media telah melesenkan siri ini untuk keluaran Bahasa Inggeris di Amerika Utara.
Sebuah siri televisyen anime adaptasi yang diterbitkan oleh Wit Studio dan CloverWorks telah ditayangkan dari April hingga Disember 2022, dengan bahagian kedua ditayangkan dari Oktober hingga Disember pada tahun yang sama. Musim kedua, yang menyambung adaptasi tahun 2022 tersebut, telah ditayangkan dari Oktober hingga Disember 2023. Musim ketiga pula mula ditayangkan secara perdana pada Oktober 2025. Sebuah filem anime bertajuk Spy × Family Code: White, yang menampilkan barisan pelakon asal daripada siri televisyen tersebut, telah dilancarkan di pawagam Jepun pada Disember 2023 serta di Malaysia pada Februari 2024. Filem itu juga dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada April 2024.
- Sokong sebagai pencalon. Countryball mys123 (bincang) 09:01, 24 Disember 2025 (UTC)
Tidak setuju Masih banyak pautan merah. SNN95
00:32, 1 Januari 2026 (UTC)
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 12:29, 22 Disember 2025 (UTC)
Gravity Bone ialah permainan pengembaraan orang pertama percuma yang dibangunkan oleh Brendon Chung melalui studio Blendo Games dan telah dilancarkan pada 28 Ogos 2008. Permainan ini menggunakan versi diubah suai perisian id, enjin Quake II dan menggabungkan muzik yang pada asalnya dipersembahkan oleh Xavier Cugat untuk filem-filem arahan Wong Kar-wai. Empat penjelmaan permainan telah dihasilkan ketika pembangunan selama satu tahun. Versi pertama menampilkan unsur-unsur penembak orang pertama berbanding versi yang dikeluarkan. Versi berikutnya memasukkan lebih banyak tatamain yang berorientasikan pengintip.
Gravity Bone menerima pujian kritis daripada wartawan permainan video. Ia digelar "keseronokan untuk dialami" oleh Charles Onyett daripada IGN dan dibandingkan dengan permainan seperti Team Fortress 2 dan Portal. Permainan ini dipuji kerana gaya visual, suasana, jalan cerita yang padu dan keupayaannya untuk menarik minat pemain dalam jangka masa yang singkat. Gravity Bone menerima anugerah "Permainan Rumah Seni Terbaik" di Anugerah Khas Game Tunnel pada tahun 2008. Permainan susulan Thirty Flights of Loving yang telah dilancarkan pada tahun 2012 turut menerima pujian kerana jalan ceritanya yang tidak linear.
- Sokong sebagai pencalon. – 26 Ramadan (bincang) 12:29, 22 Disember 2025 (UTC)
Setuju sokong untuk dipaparkan pada 2026. Rulwarih 08:40, 23 Disember 2025 (UTC)
Setuju SNN95
00:32, 1 Januari 2026 (UTC)
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 12:29, 22 Disember 2025 (UTC)
Jambatan Wandsworth ialah sebuah jambatan yang merentasi sungai Thames di barat London, England. Ia membawa Jalan A217 di antara kawasan Battersea, berhampiran stesen Wandsworth Town dekat Boro London Wandsworth di sebelah selatan sungai dan Sands End dan Parsons Green dekat Boro London Hammersmith dan Fulham di sebelah utara. Jambatan pertama di tapak ini merupakan jambatan tol, yang dibina pada tahun 1873 dengan jangkaan bahawa terminal barat Kereta Api Hammersmith dan City akan dibina dalam masa terdekat di tebing utara. Terminal kereta api itu tidak dibina, dan masalah dengan saliran di jalan pendekatan menyebabkan capaian ke jambatan adalah sukar bagi kenderaan. Jambatan Wandsworth secara komersialnya tidak berjaya, dan pada tahun 1880, ia telah diambil alih oleh pemilikan awam dan dijadikan bebas tol. Kerana terlalu sempit dan lemah untuk membawa bas, jambatan itu dirobohkan pada 1937. Jambatan sekarang yang merupakan jambatan julur keluli tanpa hiasan telah dibuka pada tahun 1940. Pada masa pembukaannya, jambatan itu dicat dalam warna biru kusam sebagai penyamaran terhadap serangan udara, suatu skema warna yang dikekalkan. Jambatan Wandsworth merupakan salah satu jambatan tersibuk di London, membawa lebih 50 ribu kenderaan setiap hari.
- Sokong sebagai pencalon. – 26 Ramadan (bincang) 12:29, 22 Disember 2025 (UTC)
Setuju sokong untuk dipaparkan pada 2026. Rulwarih 08:40, 23 Disember 2025 (UTC)








