Warna dalam peta | Merah jambu salmon |
Tahun dibuka | 1864 |
Jenis aliran | Bawah permukaan tanah |
Pusingan simpanan (Rolling stock) |
C stock |
Stesen dalam perkhidmatan |
29 |
Panjang | 25.5 km (15.9 batu) |
Depoh | Hammersmith |
Bilangan penumpang | 50 juta (2002) (setahun) |
Perkhidmatan kereta api Transport for London | |
---|---|
Aliran Hammersmith & City merupakan aliran London Underground yang beroperasi pada tahap bawah permukaan tanah (subpermukaan). Aliran ini menghubungkan stesen Hammersmith di barat London dan stesen Barking di barat London. Sebenarnya sebahagian aliran ini asalnya merupakan landasan asal bagi aliran Metropolitan yang merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang tertua di dunia. Landasan di antara stesen Paddington dan stesen Farringdon yang dibuka pada 10 Januari 1894, merupakan landasan pertama dalam sistem pengangkutan London Underground.
Aliran ini mula dibuka pada 13 Jun 1864. Aliran ini mempunyai bilangan penumpang yang paling sedikit selepas aliran Waterloo & City dan aliran London Timur (pada masa ini merupakan perkhidmatan London Overground). Hal ini demikian kerana dari segi bilangan penumpang, aliran ini menduduki tangga ke-11 daripada dua belas aliran Underground.
Aliran ini menyediakan perkhidmatan kepada 29 buah stesen. Sepuluh buah stesen merupakan platform gali dan timbus, manakala stesen Paddington, Edgware Road, Farringdon, Barbican dan Whitechapel ialah stesen landasan tanah walaupun berada lebih rendah daripada aras jalan.
Dengan pembukaan aliran Circle pada bulan Disember 2009 dari stesen Liverpool Street ke stesen Hammersmith, aliran Hammersmith & City sekarang tidak mempunyai stesen yang hanya eksklusif untuknya.
Sejarah
Sebelum tahun 1988, sebenarnya perkhidmatan aliran Hammersmith & City ialah sebahagian asal cabang perkhidmatan aliran Metropolitan.[1] Pada waktu itu bagaimanapun, cabang ini tidak ditunjukkan dalam perkhidmatan aliran Metropolitan yang utama iaitu dari Baker Street ke Amersham dan Wembley.
Nama Hammersmith & City diambil dari Hammersmith and City Railway (H&CR) yang merupakan landasan kereta api bawah syarikat ini. Landasan itu yang sepanjang 5 km (3.1 bt), dibuka pada tahn 1864, dan dibina serta berada bawah pengurusan Metropolitan and Great Western Railways sehingga tahun 1868. Perkhidmatan ini dimulakan pada 30 Julai 1990.[2]
Peta
Peta aliran Hammersmith & City sebelum stesen baru Wood Lane dibuka dan sebelum stesen Shepherd's Bush (Hammersmith & City) dinamakan menjadi Shepherd's Bush Market.
Stesen
dalam turutan dari barat ke timur
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Hammersmith | 1 Disember 1868 | Stesen asal dibuka pada 13 Jun 1864, pertukaran untuk aliran Circlepeta 1 | |
Goldhawk Road | 1 April 1914 | peta 2 | |
Shepherd's Bush Market | 1 April 1914 | Nama asalnya Shepherd's Bush pada 13 Jun 1864peta 3 | |
Wood Lane | 12 Oktober 2008 | Pertukaran untuk ke aliran Circle di White City peta 4 | |
Latimer Road | 16 Disember 1868 | peta 5 | |
Ladbroke Grove | 13 Jun 1864 | Nama asalnya Notting Hill, sebelum ditukar kepada Notting Hill & Ladbroke Grove pada tahun 1880, selepas itu menjadi stesen Ladbroke Grove (North Kensington) pada 1 Jun 1919. Nama sekarang dikekalkan mulai tahun 1938.peta 6 | |
Westbourne Park | 1 Februari 1866 | peta 7 | |
Royal Oak | 30 Oktober 1871 | peta 8 | |
Paddington ( Kereta api ke Heathrow) | 1 Disember 1913 | peta 9 | |
Edgware Road | 1 October 1863 | peta 10 | |
Baker Street | 10 Januari 1863 | peta 11 | |
Great Portland Street | 10 January 1863 | Nama asalnya ialah stesen Portland Roadpeta 12 | |
Euston Square ( Euston) | 1863 | Nama asalnya Gower Streetpeta 13 | |
King's Cross St Pancras ( Kereta api ke Gatwick dan Luton) | 1863 | peta 14 | |
Farringdon ( Kereta api ke Gatwick and Luton) | 10 January 1863 | peta 15 | |
Barbican | 1865 | Nama asalnya ialah stesen Aldersgate Street, sebelum ditukar kepada Aldersgate pada tahun 1910, kemudiannya kepada Aldersgate and Barbican pada tahun 1923. Nama stesen sekarang digunakan dari tahun 1968.peta 16 | |
Moorgate | 1865 | peta 17 | |
Liverpool Street ( Kereta api ke Stansted) | 12 Julai 1875 | Nama asalnya ialah stesen Bishopsgate, sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 1 November 1909peta 18 | |
Aldgate East | 6 Oktober 1884 | peta 19 | |
Whitechapel | 6 Oktober 1884 | peta 20 | |
Stepney Green | 1902 | peta 21 | |
Mile End | 1902 | peta 22 | |
Bow Road | 1902 | peta 23 | |
Bromley-by-Bow | 1858 | Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936.peta 24 | |
West Ham | 1 Februari 1901 | peta 25 | |
Plaistow | 1858 | Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 26 | |
Upton Park | 1877 | Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 27 | |
East Ham | 1858 | Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1988peta 28 | |
Barking | 1854 | Perkhidmatan aliran Hammersmith & City bermula dari tahun 1936peta 29 |
Perubahan pada Disember 2009
Apabila perkhidmatan aliran Circle dipanjangkan dari Edgware Road ke Hammersmith, gangguan perkhidmatan dalam aliran Circle itu sendiri dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, aliran Hammersmith & City masih lagi dikekalkan. Kebaikan pelaksanaan langkah sebegini dapat dilihat dari segi kekerapan perkhidmatan kereta api dari Hammersmith ke Edgware Road. Waktu antara dua buah kereta api di landasan itu dikurangkan dari tujuh minit hingga empat minit sahaja.[3] Kekerapan perkhidmatan kereta api kini ialah sebanyak 12 kali sejam di stesen terbabit, berbanding sebelumnya iaitu hanya enam kali sejam.
Depoh
Depoh Hammersmithpeta 30 yang terletak berhampiran stesen Hammersmith, hanya mampu melakukan pembaikan ringan. Pembaikan-pembaikan lain dilakukan di depoh Neasden.[4]peta 31
Peta stesen
Rujukan
- ^ Peta London Underground pada 1987 daripada "The London Tube Maps Archive". Dicapai pada 25 Februari 2011.
- ^ "C U L G Hammersmith & City Line". Dicapai pada 25 Februari 2011.
- ^ "Circle line victory". London Borough of Hammersmith & Fulham. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 2009-05-20.
- ^ "London Underground Key Facts". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-15. Dicapai pada 2008-05-21.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aliran Hammersmith & City |
- "Hammersmith and City line facts". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-13. Dicapai pada 2008-07-11.
- "Hammersmith & City Line". Clive's Underground Line Guides. 2007-12-14. Dicapai pada 2008-07-11.