Kesyogunan Tokugawa 江戸幕府 Edo Bakufu | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1603–1868 | |||||||||||||
Jata Kesyogunan Tokugawa | |||||||||||||
Ibu negara | Kyoto,Edo | ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jepun | ||||||||||||
Agama | Buddha, Syinto | ||||||||||||
Kerajaan | Monarki, Feudal, Ketenteraan, diktator | ||||||||||||
Maharaja | |||||||||||||
• 1586-1611 | Go-Yōzei | ||||||||||||
• 1867-1912 | Meiji | ||||||||||||
Syogun | |||||||||||||
• 1603-1605 | Tokugawa Ieyasu | ||||||||||||
• 1867-1868 | Tokugawa Yoshinobu | ||||||||||||
Badan perundangan | Rōjū | ||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||
• Didirikan | 1603 | ||||||||||||
21 Oktober, 1600 | |||||||||||||
• Tokugawa Ieyasu menjadi syogun | 24 Mac, 1603 | ||||||||||||
22 Januari, 1615 | |||||||||||||
1635 | |||||||||||||
29 Julai, 1858 | |||||||||||||
29 Mac 1868 | |||||||||||||
|
Kesyogunan Tokugawa (徳川幕府 , Tokugawa bakufu, 1603—1868) atau Kesyogunan Edo (Edo bakufu) ialah pemerintahan diktator ketenteraan feudalisme di Jepun yang didirikan oleh Tokugawa Ieyasu dan secara turun-temurun dipimpin oleh syogun keluarga Tokugawa. Dalam sejarah Jepun, masa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa disebut zaman Edo kerana ibu kota terletak di Edo yang sekarang dipanggil Tokyo. Kesyogunan Tokugawa memerintah dari Istana Edo hingga Restorasi Meiji.
Kesyogunan Tokugawa ialah pemerintahan diktator ketenteraan ketiga dan terakhir di Jepun setelah Kesyogunan Kamakura dan Kesyogunan Muromachi. Kesyogunan Tokugawa bermula pada tanggal 24 Mac 1603 dengan pengangkatan Tokugawa Ieyasu sebagai Sei-i Taisyōgun dan berakhir ketika Tokugawa Yosyinobu mengembalikan kekuasaan kepada tangan maharaja (Taisei Hōkan) pada 9 November 1867.
Pemerintahan kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun dipanggil sebagai zaman Edo atau zaman Tokugawa. Zaman terakhir Kesyogunan Tokugawa yang diwarnai dengan maraknya oleh gerakan untuk menggulingkan kesyogunan Tokugawa dikenali dengan panggilan Bakumatsu.
Oda Nobunaga dan penerusnya Toyotomi Hideyosyi merupakan pemimpin Jepun di zaman Azuchi Momoyama yang berjaya mendirikan pemerintah pusat setelah berjaya mempersatukan provinsi-provinsi di zaman Sengoku. Setelah Pertempuran Sekigahara di tahun 1600, kekuasaan pemerintah pusat direbut oleh Tokugawa Ieyasu yang menyelesaikan proses pengambilalihan kekuasaan dan mendapat gelaran Sei-i Taisiōgun di tahun 1603. Tokugawa Ieyasu sebenarnya tidak memenuhi syarat sebagai syogun kerana bukan keturunan puak Minamoto. Agar syarat utama menjadi syogun terpenuhi, Ieyasu memalsukan garis keturunannya menjadi keturunan puak Minamoto agar boleh diangkat menjadi syogun. Keturunan Ieyasu secara turun-temurun menjadi syogun dan ketua pemerintahan sampai terjadinya Pemulihan Meiji.
Semasa Kesyogunan Tokugawa, rakyat Jepun dibahagikan menurut sistem kelas berdasarkan pembahagian kelas yang diciptakan Toyotomi Hideyosyi. Kelas samurai berada di hierarki paling atas, diikuti petani, penukang dan pedagang. Pemberontakan sering berlaku akibat pembahagian sistem kelas yang tetap dan tidak membolehkan orang untuk berpindah kelas. Cukai yang dikenakan terhadap petani selalu berjumlah tetap dengan tidak memperhitungkan inflasi. Samurai yang menguasai tanah harus menanggung akibatnya kerana jumlah cukai yang berjaya dikumpulkan semakin hari nilainya semakin berkurang. Perselisihan soal cukai sering mencetus pertikaian antara petani kaya dan kalangan samurai yang terhormat tapi kurang makmur. Pertikaian sering memicu kerusuhan tempatan sehingga pemberontakan berskala besar yang umumnya dapat segera dipadamkan. Kelompok anti kesyogunan Tokugawa justeru semakin bertambah kuat setelah kesyogunan Tokugawa membuat rancangan untuk bersekutu dengan kekuatan asing.
Setelah kalah dalam Perang Bosyin yang berpuncak pada Pemulihan Meiji, kesyogunan Tokugawa berjaya ditumbangkan persekutuan maharaja dengan sejumlah daimyo yang berpengaruh. Kesyogunan Tokugawa secara rasmi berakhir setelah syogun Tokugawa ke-15 yang bernama Tokugawa Yosyinobu mundur dan kekuasaan dikembalikan kepada tangan maharaja (Taisei Hōkan).
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Kesyogunan dan wilayah han
[sunting | sunting sumber]Sistem politik feudal Jepun di zaman Edo dipanggil Bakuhan Taisei (幕藩体制 ), baku dalam "bakuhan" berarti "tenda atau khemah" yang merupakan singkatan daripada bakufu (pemerintah ketenteraan atau kesyogunan). Dalam sistem Bakuhan taisei, daimyo menguasai daerah-daerah yang disebut han dan membahagikan tanah kepada pengikutnya. Sebagai balasannya, pengikut daimyo berjanji untuk setia dan menyokong daimyo secara ketenteraan.
Kekuasaan pemerintah pusat berada di tangan syogun di Edo dan daimyo dilantik sebagai ketua pemerintahan di daerah. Daimyo memimpin provinsi sebagai wilayah berdaulat dan berhak menentukan sendiri sistem pemerintahan, sistem percukaian, dan garis panduan dalam negeri. Sebagai balasannya, daimyo wajib setia kepada syogun yang memegang kendali hubungan antarabangsa dan keamanan dalam negeri. Syogun juga mempuntai banyak provinsi dan berperanan sebagai daimyo di provinsi yang dikuasainya. Keturunan keluarga Tokugawa disebar sebagai daimyo di seluruh pelosok Jepun untuk mengawasi daimyo lain agar tetap setia dan tidak bersekongkol melawan syogun.
Kesyogunan Tokogawa berhak menyita, mengambil alih atau memindahtangankan wilayah antara para daimyo. Sistem Sankin Kotai mewajibkan daimyo bertugas secara bergiliran mendampingi syogun menjalankan tugas pemerintahan di Edo. Daimyo harus memiliki rumah kediaman sebagai tempat tinggal kedua sewaktu bertugas di Edo. Anggota keluarga daimyo harus tetap tinggal di Edo sebagai penjaga rumah sewaktu daimyo sedang pulang ke daerah, sekaligus sebagai gadaian kalau daimyo bertindak di luar keinginan syogun.
Daimyo daripada keturunan puak Tokugawa dan daimyo yang secara turun-temurun merupakan pengikut setia puak Tokugawa dipanggilFudai Daimyo. Sedangkan daimyo yang baru setia kepada puak Tokugawa setelah menyerah kalah dalam Pertempuran Sekigahara dipanggil Tozama Daimyo. Golongan yang selalu mendapat perlakuan khusus dipanggil Syimpan Daimyo kerana berasal daripada tiga percabangan keluarga inti Tokugawa yang dipanggil Tokugawa Gosankei (Tiga keluarga terhormat Tokugawa) yang masing-masing dipimpin oleh putera Tokugawa Ieyasu:
- Tokugawa Yosyinao, penguasa han Owari generasi pertama
- Tokugawa Yorinobu, penguasa han Kisyū generasi pertama
- Tokugawa Yorifusa, penguasa han Mito generasi pertama.
Lambang keluarga Tokugawa berupa Mitsuba Aoi (tiga helai daun Aoi) hanya boleh digunakan garis keturunan utama keluarga Tokugawa dan Tokugawa Gosankei. Putera-putera lain Tokugawa Ieyasu hanya diberi nama keluarga Matsuidara dan tidak mendapatkan nama keluarga Tokugawa.
Di awal zaman Edo, kesyogunan Tokugawa sangat bimbang terhadap Tozama Daimyo yang dianggap memiliki kesetiaan yang tipis terhadap puak Tokugawa. Pelbagai macam perancangan dirancang agar Tozama Daimyo tidak memberontak. Sanak keluarga puak Tokugawa sering dikahwinkan dengan Tozama Daimyo, walaupun sebenarnya tujuan akhir kesyogunan Tokugawa ialah memusnahkan habis semua Tozama Daimyo. Kesyogunan Tokugawa justeru akhirnya berjaya ditumbangkan Tozama Daimyo dari Satsuma, Chosyu, Tosa, dan Hizen.
Kesyogunan Tokugawa memiliki sekitar 250 wilayah han yang jumlahnya turun naik sesuai keadaan politik. Peringkat wilayah han ditentukan pemerintah berdasarkan jumlah pendapatan daerah dalam setahun berdasarkan unit koku. Penghasilan minimal yang ditetapkan syogun untuk seorang daimyo ialah 10 000 koku. Daimyo yang memegang wilayah makmur dan berpengaruh mempunyai pendapatan sekitar 1 juta koku.
Hubungan syogun dan maharaja
[sunting | sunting sumber]Kesyogunan Tokugawa menjalankan pemerintah pusat dari Edo, sedangkan penguasa sah Jepun dipegang maharaja Jepun yang berkedudukan di Kyoto. Garis panduan pemerintahan dikeluarkan istana maharaja di Kyoto dan diteruskan kepada puak Tokugawa. Sistem ini berlangsung sampai kekuasaan pemerintah dikembalikan kepada maharaja di zaman Pemulihan Meiji.
Kesyogunan Tokugawa menugaskan perwakilan tetap di Kyoto yang dipanggil Kyōto Syosyidai untuk berhubungan dengan maharaja, keluarga maharaja dan kalangan bangsawan.
Perdagangan luar negeri
[sunting | sunting sumber]Kesyogunan Tokugawa mengaut keuntungan besar daripada monopoli perdagangan luar negeri dan hubungan antarabangsa. Perdagangan dengan kapal asing dalam jumlah terbatas hanya dibenarkan di Provinsi Satsuma dan daerah khusus Tsusyima. Kapal-kapal Nanban dari Portugal merupakan teman dagang utama kesyogunan Tokugawa yang diikuti jejaknya oleh kapal-kapal Belanda, Inggeris dan Sepanyol.
Jepun berperanan aktif dalam perdagangan luar negeri sejak tahun 1600. Pada tahun 1615, misi dagang dan kedutaan besar di bawah pimpinan Hasekura Tsunenaga melintasi Lautan Pasifik ke Nueva Espana dengan menggunakan kapal perang Jepun bernama San Juan Bautista. Sampai dikeluarkannya garis panduan Sakoku di tahun 1635, syogun masih mengeluarkan kebenaran bagi kapal-kapal Syuisen (Kapal Mohor Merah) yang ingin berdagang dengan Asia. Setelah itu, perdagangan hanya dibenarkan dengan kapal-kapal yang datang dari China dan Belanda.
Lembaga pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Rōjū dan Wakadosyiyori
[sunting | sunting sumber]Menteri senior (rōjū) diangkat daripada anggota kesyogunan yang paling senior dan bertugas sebagai pengawas ōmetsuke, machibugyō, ongokubugyō dan pejabat-pejabat tinggi lain. Tugas lain menteri senior adalah berhubungan dengan pelbagai kalangan seperti istana maharaja di Kyoto, kalangan bangsawan (kuge), daimyo, kuil Buddha dan Jinja, di samping menghadiri pebagai macam pertemuan seperti pertemuan pembahagian daerah. Kesyogunan Tokugawa memiliki 4-5 menteri senior yang masing-masing bertugas sebulan penuh secara bergantian. Syogun meminta pertimbangan menteri senior jika ada pertanyaan penting yang harus diselesaikan. Pada perombakan birokrasi di tahun 1867, posisi menteri senior dihapus dan diganti dengan sistem kabinet, sehingga ada menteri dalam negeri, menteri kewangan, menteri luar negeri, menteri tentera darat dan menteri tentera laut.
Pada prinsipnya, Fudai Daimyo yang memiliki wilayah kekuasaan paling kurang 50 000 koku memenuhi persyaratan untuk dilantik sebagai menteri senior. Walaupun demikian, pejabat menteri senior sering datang daripada birokrat yang dekat dengan syogun, seperti pejabat soba yōnin, Kyoto syosyidai dan Osaka jōdai.
Syogun kadang kala melantik seorang menteri senior untuk mengisi posisi Tairō (ketua atau penasihat). Pejabat Tairō hanya layak untuk yang berasal daripada puak Ii, Sakai, Doi dan Hotta, walaupun Yanagisawa Yosyiyasu pernah juga diangkat sebagai pengecualian. Ii Naosuke merupakan Tairō yang paling terkenal tetapi tewas dibunuh pada tahun 1860 di luar pintu gerbang Sakurada, Istana Edo.
Sebagai perkembangan daripada dewan rokuninsyū (1633–1649) yang terdiri daripada 6 anggota, kesyogunan Tokugawa membentuk dewan wakadosyiyori yang kedudukannya selepas menteri senior (rōjū). Dewan wakadosyiyori terbentuk pada tahun 1662 dan terdiri daripada 4 anggota. Tugas utama dewan wakadosyiyori ialah mengurusi hatamoto dan gokenin yang merupakan pengikut langsung syogun.
Sebahagian syogun juga mengangkat pejabat soba yōnin yang bertugas sebagai perantara antara syogun dan rōjū. Kedudukan soba yōnin menjadi sangat penting semasa syogun Tokugawa ke-5 yang bernama Tokugawa Tsunayosyi akibat salah seorang pejabat wakadosyiyori bernama Inaba Masayasu membunuh pejabat tairō bernama Hotta Masatosyi. Syogun Tsunayosyi yang cemas akan keselamatan dirinya memindahkan pejabat rōjū sehingga jauh dari bangunan utama istana.
Ōmetsuke dan Metsuke
[sunting | sunting sumber]Pejabat yang melapor kepada rōjū and wakadosyiyori dipanggil ōmetsuke dan metsuke. Lima orang pejabat ōmetsuke diberi tugas memata-matai para daimyo, kalangan bangsawan (kuge) dan istana maharaja agar segala usaha pemberontakan boleh diketahui sejak awal.
Di awal zaman Edo, daimyo seperti Yagyū Munefuyu pernah dilantik sebagai pejabat ōmetsuke. Seterusnya, jabatan ōmetsuke cuma diisi oleh hatamoto yang berpendapatan paling kurang 5 000 koku. Syogun sering menaikkan pendapatan ōmetsuke menjadi 10 000 koku agar ōmetsuke boleh dihargai dan berkedudukan sejajar dengan daimyo yang sedang diperhatikan. Pejabat ōmetsuke juga menerima gelaran kami, seperti Bizen-no-kami yang bererti penguasa provinsi Bizen.
Sejajar dengan perkembangan waktu, fungsi pejabat ōmetsuke berubah menjadi semacam utusan yang menyampaikan perintah daripada kesyogunan Tokugawa ke para daimyo. Pejabat ōmetsuke juga diserahkan tugas melangsungkan upacara beristiadat di lingkungan Istana Edo. Pengawasan kehidupan beragama dan pengendalian senjata api merupakan tanggungjawab tambahan pejabat ōmetsuke.
Pejabat metsuke melapor kepada wakadosyiyori dan bertugas sebagai polis ketenteraan bagi syogun. Tugasnya mengawasi ribuan hatamoto and gokenin yang berpusat di Edo. Masing-masing wilayah han juga mempunyai metsuke yang berfungsi sebagai polis ketenteraan bagi para samurai.
San-bugyō
[sunting | sunting sumber]Pelaksanaan pemerintahan dilakukan oleh san-bugyō (tiga lembaga pentadbiran): jisyabugyō, kanjōbugyō dan machibugyō. Pejabat jisyabugyō berstatus paling elit kerana para pejabat selalu berhubungan dengan kuil Buddha (ji) dan kuil Syinto (sya) dan diberi hak penguasaan atas tanah. Pejabat jisyabugyō juga menerima pengaduan daripada pemilik tanah di luar 8 provinsi Kanto. Pejabat jisyabugyō dilantik daripada kalangan daimyo dengan Ōoka Tadasuke sebagai pengecualian.
Pejabat kanjōbugyō yang terdiri daripada 4 orang melapor langsung kepada rōjū. Tugasnya sebagai juruaudit kewangan kesyogunan Tokugawa.
Pejabat machibugyō merupakan pelaksana pemerintahan peringkat tempatan. Tugasnya merangkap-rangkap sebagai datuk bandar, ketua polis, ketua pemadam kebakaran atau bomba, dan hakim pengadilan jenayah dan hukum sivil tetapi tidak bertanggungjawab terhadap samurai. Pejabat machibugyō yang terdiri daripada 2 orang (pernah juga sampai 3 orang) biasanya diambil daripada hatamoto bertugas secara bergantian selama satu bulan penuh.
Tiga orang pejabat machibugyō menjadi terkenal lantaran wayang samurai (jidaigeki), pejabat bernama Ōoka Tadasuke dan Tōyama Kinsyirō (Tōyama no Kinsan) selalu digambarkan sebagai pahlawan, sedangkan Torii Yōzō sebagai penjahat.
Pejabat san-bugyō merupakan anggota daripada dewan yang dipanggil Hyōjōsyo. Anggota dewan hyōjōsyo bertanggungjawab dalam soal pentadbiran tenryō, mengawasi gundai, daikan dan kura bugyō. Selain itu, anggota dewan hyōjōsyo juga hadir sewaktu diadakan dengar pendapat sehubungan dengan kes yang melibatkan samurai.
Tenryō, Gundai dan Daikan
[sunting | sunting sumber]Syogun juga menguasai secara langsung tanah di pelbagai daerah di Jepun. Tanah milik syogun dipanggil Bakufu Chokkatsuchi yang sejak zaman Meiji dikenali sebagai Tenryō. Syogun memiliki tanah yang sangat luas, mencakupi daerah-daerah yang sudah sejak dulu merupakan wilayah kekuasaan Tokugawa Ieyasu, ditambah wilayah rampasan daripada para daimyo yang kalah dalam Pertempuran Sekigahara serta wilayah yang diperoleh daripada pertempuran musim panas dan musim dingin di Osaka. Di akhir abad ke-17, seluruh wilayah kekuasaan Tokugawa bernilai 4 juta koku. Kota perdagangan seperti Nagasaki dan Osaka dan pelbagai kawasan perlombongan seperti lombong emas di Sado termasuk ke dalam wilayah kekuasaan langsung syogun.
Wilayah kekuasaan syogun tidak dipimpin oleh daimyo melainkan oleh pelaksana pemerintahan yang memegang jabatan gundai, daikan, dan ongoku bugyō. Kota-kota penting seperti Osaka, Kyoto and Sumpu dipimpin oleh machibugyō, sedangkan kota pelabuhan Nagasaki dipimpin oleh Nagasaki bugyō yang dilantik oleh syogun daripada hatamoto yang sangat setia kepada syogun.
Senarai syogun puak Tokugawa
[sunting | sunting sumber]- Tokugawa Ieyasu (1543–1616), berkuasa: 1603–1605
- Tokugawa Hidetada (1579–1632), berkuasa: 1605–1623
- Tokugawa Iemitsu (1604–1651), berkuasa: 1623–1651
- Tokugawa Ietsuna (1641–1680), berkuasa: 1651–1680
- Tokugawa Tsunayosyi (1646–1709), berkuasa: 1680–1709
- Tokugawa Ienobu (1662–1712), berkuasa: 1709–1712
- Tokugawa Ietsugu (1709–1716), berkuasa: 1713–1716
- Tokugawa Yosyimune (1684–1751), berkuasa: 1716–1745
- Tokugawa Iesyige (1711–1761), berkuasa: 1745–1760
- Tokugawa Ieharu (1737–1786), berkuasa: 1760–1786
- Tokugawa Ienari (1773–1841), berkuasa: 1787–1837
- Tokugawa Ieyosyi (1793–1853), berkuasa: 1837–1853
- Tokugawa Iesada (1824–1858), berkuasa: 1853–1858
- Tokugawa Iemochi (1846–1866), berkuasa: 1858–1866
- Tokugawa Yosyinobu (Keiki) (1837–1913), berkuasa: 1867–1868
Tokoh terkenal dalam kesyogunan Tokugawa:
- Tokugawa Mitsukuni dari Mito (Mito Komon)
- Tokugawa Nariaki dari Mito
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Sistem politik Tokugawa