Enam belas buah negara pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA sepanjang penganjuran kejohanan ini, bermula dengan Piala Dunia FIFA 1930.Pemilihan bagi tuan rumah bagi kejohanan ini tidak pernah lekang dari kontroversi sejak pemilihan Uruguay sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 1930.Proses pemilihan bagi tuan rumah juga telah mengalami perubahan sebanyak beberapa kali.
Hanya Mexico, Itali, Perancis ,Jerman dan Brazil yang pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.Piala Dunia FIFA 2002 pula merupakan satu-satunya kejohanan yang mempunyai lebih dari satu tuan rumah, - iaitu Korea Selatan dan Jepun.
Cara pemilihan
Cara pertama yang diguna pakai oleh FIFA ialah melalui mesyuarat kongres FIFA.Cara kedua yang diguna ialah melalui sistem giliran antara benua Amerika Selatan dan Eropah sehinggalah Piala Dunia FIFA 2002, dimana ianya dilangsungkan di benua Asia.Cara pemilihan sekali lagi diubah untuk kali ketiga, dimana tuan rumah dipilih melalui undian oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA. Tuan rumah dipilih tujuh tahun sebelum sesuatu kejohanan itu berlangsung, kecuali tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dipilih serentak dengan tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018.
Senarai Hos
Tahun | Hos | Benua | Pemenang |
---|---|---|---|
1930 | Uruguay | Amerika Selatan | Uruguay |
1934 | Itali | Eropah | Itali |
1938 | Perancis | Eropah | Itali |
1942 | Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 | Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 | Tiada pemenang |
1946 | Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 | Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 | Tiada pemenang |
1950 | Brazil | Amerika Selatan | Uruguay |
1954 | Switzerland | Eropah | Jerman Barat |
1958 | Sweden | Eropah | Brazil |
1962 | Chile | Amerika Selatan | Brazil |
1966 | England | Eropah | England |
1970 | Mexico | Amerika Utara | Brazil |
1974 | Jerman Barat | Eropah | Jerman Barat |
1978 | Argentina | Amerika Selatan | Argentina |
1982 | Sepanyol | Eropah | Itali |
1986 | Colombia (dibatalkan) | Amerika Selatan | Tiada pemenang |
Mexico (digantikan) | Amerika Utara | Argentina | |
1990 | Itali | Eropah | Jerman Barat |
1994 | Amerika Syarikat | Amerika Utara | Brazil |
1998 | Perancis | Eropah | Perancis |
2002 | Korea Selatan / Jepun | Asia | Brazil |
2006 | Jerman | Eropah | Itali |
2010 | Afrika Selatan | Afrika | Sepanyol |
2014 | Brazil | Amerika Selatan | Jerman |
2018 | Rusia | Eropah | Perancis |
2022 | Qatar | Asia | Argentina |
Bidaan:
Sebelum Kongres FIFA boleh mengundi hos Piala Dunia buat kali pertama, satu siri penarika diri oleh negara-negara yang bertanding telah membawa kepada pemilihan Uruguay; Belanda dan Hungary telah menarik diri dan diikuti oleh Sweden, Itali dan Sepanyol. Kongres FIFA telah mengadakan pertemuan di Barcelona, Sepanyol pada 18 Mei 1929 untuk mengesahkan bahawa Uruguay ialah hos Piala Dunia edisi pertama tanpa undi. [perlu rujukan]
Keputusan:
- Uruguay
Italimenarik diriSepanyolmenarik diriSwedenmenarik diriBelandamenarik diriHungarymenarik diri
Bidaan:
Sweden menarik diri sebelum undian dilakukan, membenarkan baki calon, Itali untuk mengambil tugas sebagai hos Piala Dunia FIFA 1934. Keputusan itu disahkan oleh Kongres FIFA di Stockholm, Sweden dan Zurich, Switzerland pada 14 Mei 1932. Persekutuan Bola Sepak Itali menerima tugas hos pada 9 Oktober 1932.
Keputusan:
Bidaan:
Tiada negara yang menarik diri sebelum undian; Kongres FIFA diadakan di Berlin, Jerman pada 13 Ogos 1936 untuk menentukan hos Piala Dunia yang seterusnya. Perancis hanya memerlukan satu undian sahaja kerana Perancis mempunyai separuh dari undian pada pusingan pertama.
Keputusan:
Pembatalan Piala Dunia FIFA 1942 dan 1946
Bidaan untuk 1942:
Pemilihan hos Piala Dunia dibatalkan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada September 1939.
Bidaan untuk 1946:
- Tiada
Bidaan 1949
Bidaan:
Brazil dan Jerman mempunyai bidaan rasmi untuk Piala Dunia FIFA 1942, tetapi ia dibatalkan berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua. Piala Dunia FIFA 1950 pada awalnya dijadualkan pada tahun 1949, tetapi beberapa hari selepas Brazil dipilih sebagai hos oleh Kongres FIFA pada 26 Julai 1946 di Luxembourg City, Luxembourg, Piala Dunia telah dijadualkan semula pada tahun 1950.
Keputusan:
Bidaan 1954
Bidaan:
Tugas menganjurkan Piala Dunia FIFA 1954 telah diputuskan pada 26 Julai 1946, hari yang sama Brazil dipilih sebagai hos Piala Dunia FIFA 1950, di Luxembourg City.
Keputusan:
Bidaan:
Argentina, Chile, Mexico dan Sweden menyatakan minat mereka untuk menganjurkan kejohanan ini. [1] Perwakilan Sweden melobi negara-negara lain pada Kongres FIFA yang diadakan di Rio de Janeiro. [1] Sweden was awarded the 1958 tournament unopposed in on 23 June 1950.[2]
Keputusan:
Bidaan:
Jerman Barat menarik diri sebelum undian yang berlangsung di Lisbon, Portugal pada 10 Jun 1956, meninggalkan dua lagi bidaan. Dalam satu pusingan pengundian, Chile mengatasi undian Argentina.
Keputusan:
- Chile, 32 undian
- Argentina, 11 undian
Jerman Baratmenarik diri
Bidaan:
Sepanyol menarik diri dari bidaan sebelum pengundian oleh Kongres FIFA yang diadakan di Rom, Itali pada 22 Ogos 1960. Sekali lagi, hanya terdapat satu pusingan pengundian dengan England menewaskan Jerman Barat untuk kedudukan hos.
Keputusan:
- England, 34 undian
- Jerman Barat, 27 undian
Sepanyolmenarik diri
Bidaan:
Kongres FIFA diadakan di Tokyo, Jepun pada 8 Oktober 1964. Satu pusingan pengundian menyaksikan Mexico mengatasai Argentina.
Keputusan:
- Mexico, 56 undian
- Argentina, 32 undian
Australiamenarik diriColombiamenarik diriJepunmenarik diriPerumenarik diri
Tiga hos untuk Piala Dunia FIFA 1974, 1978 dan 1982 telah dipilih oleh Kongres FIFA di London, England pada 6 Julai 1966.
Bidaan 1974
Bidaan 1978
Bidaan 1982
Keputusan 1974
- Jerman Barat
Sepanyolmenarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1982Italimenarik diriBelandamenarik diri
Keputusan 1978
- Argentina
Colombiamenarik diriMexicomenarik diri, kerana mereka telah memenangi penganjuran untuk Piala Dunia 1970
Keputusan 1982
- Sepanyol
Jerman Baratmenarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1974Italimenarik diri
Bidaan:
Pengundian hos kini dikendalikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA (atau 'Exco'), bertemu di Stockholm, Sweden pada 9 Jun 1974 dan mengesahkan bidaan Colombia menang tanpa bertanding.
Keputusan:
Walau bagaimanapun, Colombia menarik diri selepas dipilih menjadi hos Piala Dunia kerana masalah kewangan pada 5 November 1982, kurang dari empat tahun sebelum kejohanan ini dimulakan. Panggilan untuk bidaan telah dipanggil semula, dan FIFA menerima hasrat daripada tiga negara:
Di Zurich pada 20 Mei 1983, Mexico menang bidaan secara sebulat suara kerana dipilih oleh Exco, buat kali pertama dalam sejarah bidaan Piala Dunia FIFA.
Keputusan:
- Mexico undi sebulat suara
- Kanada, Amerika Syarikat 0 undian
Bidaan:
Semua negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini telah menarik diri kecuali Itali dan Soviet Union sebelum pengundian, yang akan dikendalikan oleh Exco di Zurich pada 19 Mei 1984. Sekali lagi, hanya satu pusingan undian diperlukan; Itali mengatasi undian Soviet Union.
Keputusan:
- Itali, 11 undian
- Kesatuan Soviet, 5 undian
Austriamenarik diriEnglandmenarik diriPerancismenarik diriGreecemenarik diriIranmenarik diriJerman Baratmenarik diriYugoslaviamenarik diri
Bidaan:
Walaupun mempunyai tiga negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini, pengundian hanya memerlukan satu pusingan sahaja. Undian telah diadakan di Zurich (untuk kali ketiga berturut-turut) pada 4 Julai 1988. Amerika Syarikat memenangi bidaan dengan menerima lebih separuh daripada undian oleh ahli-ahli Exco.
Keputusan:
- Amerika Syarikat, 10 undian
- Maghribi, 7 undian
- Brazil, 2 undian
Chilemenarik diri
Bidaan:
Undian diadakan di Zurich buat kali keempat berturut-turut pada 1 Julai 1992. Hanya satu pusingan pengundian diperlukan untuk menentukan Perancis sebagai hos mengatasi Maghribi.
Keputusan:
- Perancis, 12 undian
- Maghribi, 7 undian
Switzerlandmenarik diriEnglandmenarik diriJermanmenarik diri
Bidaan:
Pada 31 Mei 1996, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan di Zurich untuk kali kelima berturut-turut. Bidaan bersama telah ditubuhkan antara Jepun dan Korea Selatan, dan tawaran itu diundi dengan sebulat suara, undi lisan tanpa kertas undian. Bidaan bersama Piala Dunia yang pertama telah diluluskan.
Keputusan:
- Korea Selatan/ Jepun (bidaan bersama, diundi dengan sebulat suara)
- Mexico
Kontroversi
Piala Dunia FIFA 2002 telah dihoskan buat kali pertama di Asia oleh Jepun dan Korea Selatan. Pada mulanya, kedua-dua negara ini ialah pesaing dalam pembidaan ini. Mereka telah bersetuju untuk menjadi hos bersama. Walau bagaimanapun, persaingan dan jarak antara mereka membawa kepada masalah organisasi dan logistik. FIFA berkata, hos bersama tidak mungkin berlaku lagi, dan pada tahun 2004, FIFA menyatakan bahawa ketetapan itu tidak membenarkan bidaan hos bersama. [3]
Bidaan:
Pada 6 Julai 2000, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan buat kali keenam berturut-turut di Zurich. Brazil telah menarik diri dari proses pembidaan ini, tiga hari sebelum undian. Ini adalah kali pertama di mana lebih dari satu pusingan pengundian diperlukan. Tiga undian akhirnya diperlukan. Jerman terikat untuk undian pusingan pertama dan akhirnya mengalahkan Afrika Selatan dengan hanya satu undian (lihat bawah).
Negara | Undian | ||
---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | |
Jerman | 10 | 11 | 12 |
Afrika Selatan | 6 | 11 | 11 |
England | 5 | 2 | |
Maghribi | 2 | ||
Jumlah Undian | 23 | 24 | 23 |
Kontroversi
Keputusan mengenai keputusan Jerman menjadi hos Piala Dunia FIFA 2006 telah membawa kepada perubahan seterusnya. Pungutan akhir adalah 12 kepada 11 undian memihak Jerman mengatasi pesaing, Afrika Selatan, yang telah menjadi pilihan untuk menang. Ahli FIFA dari New Zealand, Charlie Dempsey, yang telah diarahkan untuk mengundi Afrika Selatan oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania, dikecualikan daripada mengundi pada saat-saat akhir. Jika dia mengundi pembidaan Afrika Selatan, pungutan undian akan menjadi 12-12 dan memberi keputusan untuk Presiden FIFA, Sepp Blatter untuk mengundi Afrika Selatan. [4] Dempsey adalah antara lapan ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk menerima faks dari editor majalah satira Jerman Titanic pada Rabu, malam sebelum undian, yang dijanjikan dengan hadiah sebagai pertukaran kerana mengundi Jerman. Beliau berpendapat bahawa tekanan dari semua pihak termasuk satu percubaan untuk merasuah telah memberi tekanan kepadanya. [5]
Oleh yang demikian, FIFA memutuskan untuk memutarkan penganjuran pertandingan akhir antara Konfederasi konstituennya sehingga pemilihan tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2014 pada tahun 2007, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua mereka (lihat di bawah). [6]
Bidaan:
Proses pembidaan Piala Dunia yang pertama di bawah putaran benua adalah Piala Dunia FIFA 2010, [3] Piala Dunia pertama diadakan di Afrika. Selepas ia telah disahkan oleh FIFA bahawa bidaan bersama tidak akan dibenarkan pada masa akan datang, Libya dan Tunisia telah menarik diri daripada pembidaan mereka pada 8 Mei 2004. Pada 15 Mei 2004 di Zurich (kali ketujuh berturut-turut pemilihan tuan rumah diadakan di sana), Afrika Selatan, selepas kerugian yang sempit dalam bidaan 2006, mengalahkan Maghribi untuk menjadi tuan rumah, 14 undian kepada 10. Mesir tidak mendapat sebarang undian.
Negara | Undian | ||
---|---|---|---|
1 | |||
Afrika Selatan | 14 | ||
Maghribi | 10 | ||
Mesir | |||
Jumlah Undian | 24 |
Bidaan:
FIFA meneruskan lagi prosedur putaran benua sekali gus Piala Dunia FIFA 2014 adalah untuk Amerika Selatan. FIFA menyatakan mereka akan keluar dari konsep putaran benua, [7] tetapi kemudian mengambil keputusan untuk terus melalui keputusan hos 2014, selepas itu ia telah digugurkan.
Colombia telah menyatakan minat mereka untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2014, [8] tetapi menarik diri dan menjadi hos Piala Dunia B-20 FIFA 2011. [9] Brazil juga menyatakan minat untuk menjadi hos Piala Dunia. CONMEBOL, menyatakan pilihan mereka iaitu Brazil untuk menjadi hos. [10] Brazil adalah satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan rasmi apabila prosedur bidaan rasmi untuk persatuan ahli CONMEBOL telah dibuka pada bulan Disember 2006, kerana pada masa itu, Colombia, Chile dan Argentina telah menarik diri, dan Venezuela tidak dibenarkan untuk membida.
Brazil membuat tawaran tanpa bertanding pertama sejak pemilihan awal Piala Dunia FIFA 1986 (apabila Colombia telah dipilih sebagai tuan rumah, tetapi kemudian menarik diri kerana masalah kewangan). Jawatankuasa Eksekutif FIFA mengesahkan Brazil sebagai negara tuan rumah pada 30 Oktober 2007 melalui keputusan sebulat suara. [11]
Keputusan:
Bidaan 2018:
Bidaan 2022:
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: FIFA receives eleven bids for 2018 and 2022 World Cups |
FIFA mengumumkan pada 29 Oktober, 2007 bahawa ia tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua itu, yang dilaksanakan selepas pemilihan hos Piala Dunia FIFA 2006. Dasar pemilihan hos yang terbaru adalah mana-mana negara boleh membida untuk menjadi hos Piala Dunia, dengan syarat konfederasi benua mereka menjadi salah satu daripada hos dua edisi Piala Dunia yang lalu. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2018, bidaan dari Afrika dan Amerika Selatan tidak dibenarkan. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2022, bidaan dari Amerika Selatan dan Eropah tidak dibenarkan. [12][13] Juga, FIFA secara rasmi membenarkan bidaan bersama sekali lagi (selepas mereka mengharamkannya pada tahun 2002), akibat daripada wujudnya hanya satu jawatankuasa penganjur bagi setiap bidaan bersama, tidak seperti Korea / Jepun, yang mempunyai dua jawatankuasa penganjur yang berbeza. [14] Antara negara yang berminat untuk menjadi hos ialah Australia, England, Indonesia, Jepun, Qatar, Rusia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Bidaan bersama Sepanyol & Portugal dan Bidaan bersama Belgium & Belanda. [12][15][16]
Hos untuk kedua-dua Piala Dunia telah diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 2 Disember, 2010. Rusia telah dipilih untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2018, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan dihoskan di Timur Eropah dan menjadikannya negara terbesar dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. Qatar telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Timur Tengah dan kali kedua di Asia. Juga, keputusan yang dibuat menjadikan Qatar ialah negara yang paling kecil dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. ref name=fifa20182022>"Russia and Qatar to host 2018 and 2022 FIFA World Cups, respectively". FIFA. 2010-12-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-06. Dicapai pada 2015-02-09.</ref>
Tuduhan RasuahSebelum undian, tuduhan rasuah menyebabkan penggantungan dua orang ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, mengurangkan bilangan pengundi kepada 22. [17] Pada bulan Mei 2011, dakwaan rasuah antara pegawai kanan FIFA telah menimbulkan persoalan ke atas kesahihan Piala Dunia yang akan diadakan di Qatar. Menurut Naib Presiden Jack Warner, e-mel telah disiarkan mengenai kemungkinan bahawa Qatar 'membeli' Piala Dunia FIFA 2022 melalui rasuah menerusi Mohammed bin Hammam yang merupakan presiden Konfederasi Bola Sepak Asia pada masa itu. Pegawai Qatar dalam pasukan bidaan untuk 2022 telah menafikan sebarang salah laku. [18] Seorang pemberi maklumat, didedahkan sebagai Phaedra Almajid, mendakwa beberapa pegawai Afrika telah dibayar $ 1.5 juta oleh Qatar.[19] Beliau kemudiannya menarik balik dakwaan rasuah ke atasnya, beliau menafikan bahawa beliau akan membalas dendam ke atas pasukan bidaan Qatar untuk melegakan beliau dari tugas itu dengan mereka. Beliau juga menafikan yang meletakkan di bawah sebarang tekanan untuk membuat penarikan balik itu. FIFA mengesahkan menerima e-mel daripada beliau yang menyatakan beliau menarik balik. [20][21] Pada 1 Jun 2014, Sunday Times mendakwa telah memperolehi dokumen termasuk e-mel, surat dan pemindahan bank yang kononnya membuktikan bahawa Bin Hammam telah membayar lebih daripada AS $ 5 juta kepada pegawai bola sepak untuk menyokong Bidaan Qatar itu. Bin Hamman dan semua mereka yang dituduh menerima rasuah menafikan semua tuduhan. [22] Lebih banyak syak wasangka muncul pada Mac 2014 apabila ia telah menemukan bahawa Jack Warner, yang ingin meletakkan jawatannya sebagai Presiden CONCACAF dalam kehinaan, dan keluarganya telah dibayar hampir $ 2 juta daripada firma yang dikaitkan dengan kempen berjaya Qatar. FBI sedang menyiasat Warner dan disyaki terlibat untuk bidaan Qatar. [23] Bidaan CONCACAF untuk Piala Dunia 2026, dengan Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada yang berkemungkinan besar untuk membida. [24] Di bawah peraturan FIFA pada tahun 2013, Eropah dan Asia tidak boleh menjadi hos untuk Piala Dunia FIFA 2026, [25] yang membuka peluang kepada Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania untuk membida. [26] Bidaan 2026: Piala Dunia FIFA 2030Empat bidaan awal untuk Piala Dunia FIFA 2030 telah dicadangkan, dengan usaha secara kolektif dari negara-negara Asia Tenggara, [27] bidaan yang dicadangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Chile, [28] dan usaha yang dicadangkan dari Uruguay dan Argentina. Bidaan Uruguay-Argentina bersempena dengan ulang tahun keseratus sejak edisi pertama Piala Dunia di Uruguay dan Perlembagaan pertama Uruguay. Amerika SelatanAsia
Nota: Langkah negara ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 mungkin terpaksa dipindahkan ke tahun 2034 disebabkan peraturan FIFA 2014 (dikenali sebagai Dasar Putaran), Piala Dunia 2030 tidak boleh diadakan dalam Asia atau benua yang menjadi hos Piala Dunia 2026. Jumlah pencalonan tuan rumahPencalonan yang berjaya ditebalkan.
Prestasi tuan rumahPasukan tuan rumah lazimnya menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika beraksi di Piala Dunia FIFA.[31] Dari lapan buah negara yang pernah memnangi Piala Dunia FIFA, hanya Brazil dan Sepanyol yang berjaya muncul juara di luar tanah air mereka,serta England dan Perancis pula hanya muncul juara ketika menjadi tuan rumah. Sweden pula hanya mampu melayakkan diri ke final ketika menjadi tuan rumah iaitu pada tahun 1958, dan hanya Sweden dan Brazil yang berjaya menjadi naib juara ketika menjadi tuan rumah.[32] Pasukan tuan rumah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebanyak tiga belas kali dari dua-puluh kejohanan, serta Chile dan Korea Selatan hanya berjaya meraih tempat ke-empat ketika menjadi tuan rumah. Cuma Afrika Selatan yang gagal melepasi peringkat kumpulan sebagai tuan rumah pada 2010.[33]
Nota kaki
Pautan luar
Rujukan
|