Takwim qamari (Jawi: تقويم قمري ) atau juga dikenali sebagai penanggalan bulan dan kalendar lunar merupakan sejenis sistem penanggalan yang berdasarkan kepada fasa bulan, berbeza dengan takwim suria, yang kitaran tahunannya hanya berdasarkan pada tahun suria. Takwim yang paling biasa digunakan, takwim Gregorius, adalah sistem takwim suria yang mula-mula berkembang daripada sistem takwim qamari. Takwim qamari semata-mata juga dibezakan dari takwim lunisolar, yang bulan qamarinya dijajarkan dengan tahun suria melalui beberapa proses interkalasi. Perincian bagi bulan takwim bermula berubah dari takwim ke takwim, dengan sesetengahnya menggunakan anak bulan, bulan purnama, atau bulan sabit dan lain-lain yang menggunakan pengiraan terperinci.
Disebabkan setiap qamarian adalah kira-kira 29 1⁄2 hari (29 hari, 12 jam, 44 minit, 3 saat, atau 29.5306 hari), adalah biasa untuk bulan takwim qamari untuk bersilih antara 29 dan 30 hari. Memandangkan tempoh dua belas bulan, tahun qamari, hanya 354 hari, 8 jam, 48 minit, 34 saat (354.367056 hari), takwim qamari hilang sekitar 11 hari setahun berbanding dengan takwim Gregorian. Dalam takwim qamari sejati seperti takwim Islam dan takwim Jawa, ketiadaan interkalasi menyebabkan bulan qamari bergerak sepanjang musim tahun Gregorius dalam perjalanan kitaran 33 tahun qamari.
Lihat juga
- Kalendar Babylon
- Kalendar Celt
- Kalendar Cina, Jepun, Korea, Vietnam, dan Mongolia
- Kalendar Mesir
- Epak
- Kalendar Hindu
- Kalendar Iran dan Ibrani
- Kalendar Islam
- Penanggalan Jawa
- Fasa bulan
- Kalendar Maya
- Bulan penuh Paschal
- Kalendar Rom
- Kalendar lunar Thailand
- Kalendar Tibet